Bab 49
Hari demi hari,kesihatan Faiq semakin menunjukkan perkembangan yang baik. Kepalanya yang dipukul agak kuat mengambil masa lama untuk sembuh. Mujur tak ada gegaran otak.
Hayfa masuk ke dalam bilik wad setelah selesai solat zohor. Ikram,Atan dan Muiz setia menolong Faiq di situ.
Tolong? Tolong main game je pandai.
"You has slain the enemy"
"Killing spree"
"Mega kill"
"Weh weh backup aku Ikram. Aku nak mati dah ni" Muiz tak senang duduk sambil memegang telefonnya. Kedua kedua kaki naik ke atas sofa lalu bercangkung di situ.
"You has been slained" Muiz mengeluh kuat.Stress pula jadinya.
"Kau tak power Muiz, kau tengok aku main." Atan sengih. Jari lincah menekan skrin telefon.
"You has slained the enemy"
"Double kill"
"Unstoppable"
"Ha tengok,camtu cara main dia. Kau benak" Atan bangga,tak lama kemudian..
"You has been slained"
"HAHAHAHAHAHAA tu lah lain kali jangan cakap besar. Tengok,kan dah mendapat" Muiz gelak kuat. Ikram hanya tersenyum tahan gelak.
"Eh mana ada,ni haa Balmond tah dari mana datang."
"Dengan Balmond pun kalah. Kau yang benak sebenarnya" Muiz sengih menang.
Faiq dan Hayfa hanya memerhati dari jauh. Begitulah harian mereka,tak ada tiga ekor tu memang sunyi hidup.
"Seronok tengok diorang" Mata Hayfa tak lekang memerhati tiga orang lelaki itu.
"Kan,sebelum kita kahwin,diorang lah yang ceriakan abang hari hari. Walaupun rasa nak hempuk je sekor sekor biar mampus" Faiq senyum.
"Banyak masalah yang diorang buat. Lepas satu masalah,masalah lain datang pulak. Abang letih nak melayan tapi dalam masa yang sama abang terfikir,kalau takda diorang mesti hidup abang kosong."
"Mummy daddy dah takda,diorang je yang abang ada selama ni. Termasuk Is tu. Now dah tambah lagi sorang" Pipi Hayfa disentuh dengan senyuman lebih lebar.
Hayfa senyum malu. Makin pandai pula Faiq mengusik.
"Sayang bacakan surah untuk abang boleh?"
"Boleh" Hayfa angguk lalu mula mengalunkan surah surah yang dihafal di sebelah suaminya.
Sambil pasangan suami isteri itu meluangkan masa,mereka bertiga masih leka dengan game.
"Eh Is call" Terhenti seketika tangan yang sedang bermain game.
"Hello Is"
"Waalaikumussalam"
"Uishh kau,jangan la deep sangat"
"Ape?Jawab salam pun tak boleh ke?Cikgu aku cakap bagi salam tu sunat,jawab salam tu wajib."
"Apa apa je lah kau Is" jawab Atan malas. Loud speaker ditekan memberi peluang untuk Muiz dan Ikram dengar.
"Kau nak apa call aku ni?" Is bertanya di talian.
"Eh apa pulak aku? Kau yang call kan"
"Tipu, kau yang aku call aku pastu taknak mengaku kan? Elelele rindu aku la tu"
Atan guling bebola mata. Ini yang dia malas pasal Is ni. Susah betul.
"Aku tahu la..aku retis. Kau mesti rindu aku kan"
"Tolong sikit,takda masa aku nak rindu kau" Atan sandar pada sofa,penat main game tambah penat melayan Is.
"Ye la..aku sedar aku sape. Takde orang yang rindu aku. Takpe.."
Atan,Muiz dan Ikram tepuk dahi. Mula dah drama Is ni. Letih.
"Pehal tetiba drama kau ni?" Muiz bersuara.
"Eh Muiz.Mai prend" Meleret suara Is.
"Jawab la,aku tanya tu. Kau dah kenapa tetiba drama"
"Jawab tu ape?"
Muiz tersandar ke tepi. Muka ditekap dengan tapak tangan. "Dia ni boleh buat aku menangis tahu tak?Aku penat lahhh"
"Kalau penat,rehat Muiz. Tu pun nak kene ajar" Bidas Is senada.
Muiz tegak semula. Bersedia untuk membalas balik kata kata Is.
"Rehat tu apa?" Tanya Muiz sengaja.
"Rehat pun tak tahu ke? Tak payah hidup lah Muiz kalau macam tu"
"Biar la aku nak hidup pun. Sibuk je" Muiz senyum.
"Hidup pun biar berguna. Ini rehat pun tak tahu ape,baik tak payah"
"Banyak mulut la kau ni Is. Dari dulu sampai sekarang tak berubah" Ikram pula menyampuk.
"Mana ada mulut aku banyak. Mulut aku satu je. Manusia dicipta dengan satu mulut.Itu pun tak tahu? Pangkat je polis,tapi tak tahu manusia ada satu mulut"
Terdiam Ikram jadinya.Tak kuasa mahu membalas lagi.
"Mana Faiq my prend? Die takde ke?"
"Ada ha..dengan bini dia" Atan bangun mendekati katil yang diduki pasangan suami isteri itu.
Telefon didekatkan sedikit dengan Faiq. "Ni hah Is call"
"Yow Is"
"Faiq....mai prendd. Tengah buat ape?"
"Dengar wife aku baca surah. Nak dengar jugak ke?"
"Nak"
Hayfa mula mengalunkan surah Ayatul Qursi.
"Allahu la ilaha illa huwa al haiyul qaiyum"
"Uish jangan Hayfa. Nanti Atan terbakar ha aku tak tahu" Kata Is tanpa simpang siul.
"Otak anda,kau nak cakap aku setan ke"
"Eh tak cakap pun. Ye ye je kau"
"ARGHH STRESS AKU" Atan menyerah. Jujur penat kalau melayan Is ni.
"Ha kan aku dah cakap. Dia terbakar. Tengok apa jadi"
Semua di situ ketawa kecuali Atan seorang. Dia sudah malas.
"Dahla Is,aku end call dulu"
"Eh jangan lah..ko ni. Ugut kang"
"Kau nak ugut apa?" Atan cuak.
"Korang nak tahu tak? Atan kan...dia kan..nama sebenar dia kan-"
"Okay stop Is. Jangan ugut aku"
"Stop tu apa?Jenama baju ke?"
"Dah Is,bye"
'Tutt' Terus talian dimatikan dengan cepat.
"Kau ni,kesian dia HAHAHA" Kata Muiz sambil berselang dengan tawanya.
"So...." Faiq angkat kening.
"Is tahu nama sebenar kau eaa" Muiz,Faiq dan Ikram memandang serentak ke arah Atan.
Atan diam sekejap. "Mana ada,percaya lah sangat dengan Is tu"
'Ting!'
Is
Sape nak tahu
Nama Atan kan
"Aku dapat mesej Is lah,HAHAHAHA" Muiz gelak bila Atan diugut sebegitu.
"Aku pun dapat" Faiq dan Ikram menilik telefon.
"Dia buat broadcast kot"
"HAHAHAHA best siot tengok Atan kena ugut" Muiz puas hati.
Atan bangun berbaring di atas sofa.Malas mahu layan sesiapa.
"Gelak lah kau puas puas. Geram aku" Matanya ditutup rapat. Lalu dia terlena di situ.
-----------------------
Stress dengan Is? Jangan risau,saya lagi stress dengan dia😌
Ni antara perangai sebenar dia.👇
Banyak lagi sebenarnya,hmm stress😌
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top