Bab 44

“Yes!Finally” Harraz tersenyum memandang laptopnya.Telefon dicapai lalu mendail nombor Hani.

“Hello nak apa?” Soal Hani kasar setelah panggilan dijawab.

“Woo..jangan marah marah.Aku ada good news..”

“Good news?” Hani tertanya tanya.Dada automatik berdegup kencang.

“Pasangan mempelai tu dah balik Sepanyol.Kau dah ada plan ke belum?” Harraz bangun lalu membawa beberapa beg plastik berisi makanan ke tingkat atas.

“Dah...” jawab Hani.Tiba tiba dia terlanggar seseorang di depan.

“Oppss,lo siento,estás bien?(Maaf,awak okay?)”

“Estoy bien(saya okay)” jawab Hani pula.Harraz yang mendengar berkerut dahi.

“Kau kat mana tu?” Soal Harraz serius.

“A..aku dekat luar.”

“Kau buat apa hah?Kau cuba nak report dekat siapa?” Nada Harraz bertukar garang.Marah betul dia.

“Ish kau ni bodoh lah.Jangan main tuduh je boleh tak?Aku pergi kedai,sebab ada benda yang aku kena guna untuk plan tu nanti.Kau taktau apa apa just diam” Hani membalas balik.Geram pula dengan Harraz yang suka menuduhnya.

“Fine fine,aku tak kisah macam mana sekalipun plan kau.Aku taknak ambil tahu.Yang penting,Faiq dan Hayfa berpisah.Dan kau!Tak bagitau sesiapa pasal ni.Kalau tak,family kau mampus.Faham?” Tegas nada Harraz.Dia tak mahu plannya hancur begitu sahaja.Sikit sahaja lagi dan Hayfa akan jatuh ke tangannya.

Lagipun pembeli kali ini lebih kaya dari lelaki tua Sio Sam Ong itu.Lebih muda dan paling penting,lelaki itu akan menolongnya membangunkan syarikatnya yang sudah jatuh muflis.Syaratnya mudah,jual gadis yang masih belum disentuh dan cantik.

Siapa lagi kalau bukan Hayfa?Dia cantik dan Harraz sendiri tahu ketika perkahwinan mereka yang cuma beberapa hari itu.Hayfa adalah seorang gadis yang sukar digoda.Dia yakin Faiq belum bertindak lagi tentang perkara itu.Nak jual Hani,tapi gadis itu bukan kelemahan Faiq.

“Yelah aku faham,family aku kau jangan berani usik eh.Bye” Hani terus menamatkan panggilan.Tak kuasa dia mahu berlama lama dengan Harraz.Nanti makin banyak soalan ditanya.

Harraz senyum memandang telefonnya.Tak sia sia dia menculik keluarga Hani.Lihat,sekarang dia sudah ada pembantu walaupun hakikatnya Hani terpaksa kerana ugutannya.

“HAHAHHA..see?Bagus jugak anak perempuan korang ni.Dengar cakap aku,patuh arahan aku.Korang pun patut jadi macam dia,jangan asyik melawan je!Nah,makan apa yang aku beli ni.Bazir duit aku je bagi makanan kat orang tua macam korang” Plastik diletak berhadapan dengan pasangan suami isteri yang sudah berumur itu.Siapa lagi kalau bukan tahanannya,iaitu ibu bapa Hani.

Nak dibandingkan dengan Hani,ibu bapanya lebih kuat memberontak.Suruh sikit melawan,tertekan juga Harraz melayan.Tapi apakan daya,demi rancangan jahatnya,terpaksa dia hadap semua ini.

“Aku buka ikatan korang untuk makan.Lepastu aku ikat balik.Jangan mimpi nak keluar dari sendiri.Rumah ni ada satu pintu je boleh keluar” Pesan Harraz tegas sebelum melangkah keluar dari bilik yang kosong itu.

Sungguh mereka berdua tidak selesa di dalam bilik itu.Ada tingkap,tapi sudah dikunci dan di grill.Oksigen pun susah hendak masuk.Hanya lampu dan kipas siling sahaja yang terpasang.

Semua tingkap di rumah ini sudah dikunci setahu mereka.Pintu belakang juga ada,tapi sudah dirantai dan tidak boleh dibuka.Ke mana mereka mahu lari?Pintu masuk sahaja satu satunya jalan keluar.Itupun selalu dijaga oleh Harraz.

Terdetik rasa kasihan kepada satu satunya anak perempuan mereka,Hani.Gadis itu terpaksa berkomplot dengan lelaki jahat bernama Harraz,hanya kerana tidak mahu nyawa mereka diambil.

🌸🌸🌸

Hani genggam tali beg silangnya.Pagar rumah di hadapannya dipandang.Takut,gementar semua ada.Harap rancangannya berjaya nanti.Biarpun terpaksa menggunakan cara kotor.

‘Ting tong’

Loceng rumah ditekan sekali.Kemudian dua kali.Nafas dihela.

“Ada orang ke tak ni?” Hani menggumam sendirian.Tak lama kemudian,kelihatan kelibat seorang perempuan sedang terjengul di luar pintu rumah.Hani senyum sebelum melambai tangannya.

“Hani!Kenapa datang tak bagitau?Nasib baik aku ada kat rumah.Masuklah” Kedatangan Hani disambut baik oleh Hayfa.Dia yang tadi sedang mengemas ruang tamu tersentak loceng rumah ditekan,fikirnya Faiq atau Muiz sudah pulang,ternyata orang lain.

Hani hanya senyum sambil membontoti Hayfa dari belakang.Beg silangnyanya tidak lepas dari genggamannya sejak tadi.

“Bos mana?Sunyi je rumah” Soal Hani lalu melabuhkan duduk di atas sofa.Sekeliling rumah dipandang.Terlalu sunyi,kalau ada Muiz mungkin sedikit ceria rumah ini.

“Faiq pergi settlekan urusan office lah.Bos sendiri takkan kau tak tahu?” Hayfa letak dulang berisi air teh.Mujur dia ada membancuh air untuk minum petang.Masih panas.

“Tahu apa?”

“Kan syarikat tu dah kehilangan klien penting.Tak sure dari mana,tapi rasanya combination syarikat Faiq dengan klien tu gagal ketika mesyuarat.Faiq cakap one of the prensenters buat hal,mabuk then semuanya terpaksa dibatalkan.” Jelas Hayfa tenang.Dia leka membetulkan bantal kusyen di atas sofa.

Hani pula ternganga.Hujung cawan terhenti 1 inci dari bibirnya.Mabuk?Pekerja Khalis Enterprise mabuk?Seriously,susah nak percaya.Syarikat itu sangat menitikberatkan disiplin.Ya,dia tahu kerana itulah apa yang dia dengar sebelum memohon kerja di situ.

Sekarang dia yakin bosnya marah dengan kehilangannya yang sudah beberapa hari tidak masuk kerja.Disiplinnya teruk meskipun kerana ugutan Harraz.

Sebut pasal Harraz,mungkin pekerja mabuk itu agendanya.

“Kau tak tahu ke?Pelik sangat muka kau aku tengok” Tegur Hayfa menyentakkan Hani yang sedang mengelamun.

“Y-ya..aku tak tahu sebab...dah lama aku tak masuk kerja sebenarnya.Family aku tak sihat” Hayfa angguk faham mendengar penjelasan Hani.

“Oooo..maaflah aku tak boleh jenguk.Faiq busy lately ni.Hope family kau cepat sihat” Kata kata Hayfa membuatkan Hani sedih dalam diam.Dia terpaksa menipu,kalau tak Harraz akan dengar segala perbualannya melalui gelang yang tersembunyi di sebalik bajunya.

“Takpa,tak kisah.Ni aku sebenarnya dari kedai,beli barang sikit.Tetiba rasa nak singgah sini.Nasib kau ada dekat rumah” Hani keluarkan sebotol minuman dari begnya.

“Apa ni?” Tanya Hayfa sambil membelek botol itu.

Hani garu kepala. “T-tadi ada sorang ni bagi dekat aku.Katanya tersilap beli,sayang nak dibuang.Kau ambik lah,aku tak minum air oren”

“Terima kasih.Eh minumlah air teh tu.Karang sejuk pulak,tak sedap.Aku ambilkan biskut kejap”

~~~~~~~~~~~~~~~~

Hayfa rebahkan badan di atas sofa selepas mencuci pinggan di dapur.Penat.Hani sudah lama pulang,katanya risau tinggalkan family di rumah.Lagipun sekarang sudah malam.

‘Ting!’ Dentingan mesej menyentakkan dia yang baru hendak melelapkan mata.Telefon di atas meja dicapai lalu dibuka.

Faiq Husband
Dah nak sampai rumah.Jangan kunci pintu,aku lupa bawak kunci tadi.

Me
Okay..

Telefon ditutup kembali.Sekarang tak tahu nak buat apa.Kemas rumah dah,masak pun dah.Muiz dan Faiq mungkin lapar balik nanti.

Oh ya,lupa nak hidang atas meja.Rasanya kari ayam masih belum dikeluarkan dari kuali.Hayfa bangun menuju ke dapur.Tiba tiba dia ternampak botol air yang diberi oleh Hani di atas meja.Terlupa pula nak masukkan dalam peti ais.

Penutup botol dibuka sekilas lalu diteguk sedikit.Sedap!Rasa orennya lain.Selepas diteguk beberapa kali,disimpan air itu ke dalam peti ais.Masih bersisa lagi sedikit,nanti boleh sambung minum.

Dia berlalu untuk membuat kerjanya sementara menunggu Muiz dan Faiq sampai.Nanti balik boleh terus makan.

Beberapa minit berlalu,bunyi pintu dikuak menarik perhatian.

“Assalamualai-huarghhhhhhh kum..” Muiz memberi salam sambil menguap luas.Kot kerja ditanggal lalu mula mengeliat.

“Waalaikumsalam” Hayfa senyum memandang Muiz yang sudah rebah di atas sofa.Kepala dibawah manakala kaki di atas.Nampak sangat letih bekerja.

“Makanan dah siap masak,nanti makan lah” Terus Muiz terpacak berdiri.Muka teruja ditayang.

“Seriuslah?Huwaa memang the best lah kakak ipar aku ni.Macam tau tau ja orang tengah lapar” Berdesup kakinya yang nampak lembik tadi,kini gagah berlari masuk ke dapur mencari makanan.

Hayfa pandang ke arah Faiq yang sedang melonggarkan tali leher.Pandangannya tiba tiba menjadi kabur,kurang jelas.Kepalanya dipegang kuat.

“Hayfa?Kau kenapa ni?” Soal Faiq melihat Hayfa yang berubah menjadi pelik secara drastik.Tadi elok je bercakap,sekarang tiba tiba jadi lain.

“F-Faiq...saya..” Kaki Hayfa melangkah mendekati suaminya.Seperti orang mabuk,jalannya agak terhuyung hayang.Terketar ketar jari Hayfa menggengam kolar baju kerja Faiq.

“Hey kau kenapa ni?Demam ke?” Soal Faiq cemas.Tidak pernah dia nampak Hayfa berkelakuan seperti ini.Pinggang isterinya dirangkul kemas bila Hayfa hampir jatuh.

Tak tunggu lama,terus dicempung tubuh isterinya naik ke tingkat atas.Bilik tidur mereka berdua dituju. Mungkin Hayfa demam walaupun badannya tidak panas.

Faiq bangun untuk menuju ke bilik air.Tak sempat badannya menegak,lengannya ditarik oleh Hayfa.

“Aku nak mandi lah,kau tidur dulu”

“Stay dengan saya.." Faiq merenungnya lama.

Kenapa dengan Hayfa sebenarnya?

Faiq pejam mata.Dia lelaki biasa ,lagipun Hayfa isterinya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top