Bab 42

“Awak..” Tegur Hayfa pada suaminya yang sedang duduk di bangku taman mini rumahnya.Faiq berpaling.Tangannya menggamit Hayfa untuk duduk di sebelahnya.

“Come here”

“Dah siap packing barang?” Soal Faiq sambil melingkarkan tangan di bahu isterinya.Hayfa mengangguk.

“So,bagitaulah pasal semalam.Kenapa tiba tiba awak suruh pack barang?”

Kedengaran Faiq mengeluh panjang.Bahu Hayfa dipeluk lebih erat. “I’m sorry.Kita kena balik Sepanyol petang ni.Muiz call aku semalam,ada masalah besar dekat office.”

Flashback..

“Hello bro” Terdengar keluhan Muiz di talian.Faiq masih setia menunggu kata kata Muiz yang seterusnya.

“Aku call kau ni..pasal client kita

“Teruskan.Kenapa dengan klien kita?” Tangan bergerak menepuk perlahan bahu Hayfa bila dia terjaga sedikit.Isterinya terlena di siang hari,penat agaknya berkebun pagi tadi.

Setelah Hayfa lena kembali,Faiq bangun dari katil lalu berdiri di hadapan tingkap yang terbuka.

“We lost them.I’m sorry,semuanya atas kesalahan yang tak sengaja”

“What?Macam mana boleh jadi macam tu?” Suaranya diperlahankan,bimbang Hayfa terjaga semula.

“Macam apa yang kau arahkan,time meeting aku present 70% and Ray present 30% kan?That time aku dah habis bentang almost 1 hour,tapi Ray still tak masuk meeting.Lily dah call dia,tapi tak dapat” Muiz berhenti mengambil nafas.

“And lepas dia masuk,kitorang semua terkejut sebab dia mabuk.Lepas tu,kertas kerja semua dia buang ke bawah.So,that’s how we lost our important client”

“Mabuk?Bukan ke dia dah stop minum macam tu ke?” Seingat Faiq,pekerjanya yang bernama Ray memang kaki minum,tapi dia sudah mula berhenti semua itu selepas mendapat kerja tetap.

“Yes dia dah stop,tapi kami tak tahu kenapa dia mabuk tadi.Now still pengsan”

Faiq meraup wajahnya,nak marah pun tak boleh.Benda dah jadi dan bukan salah Muiz.Nampaknya esok dia perlu balik ke Sepanyol semula.

“Haih..esok aku balik sana.Ambil aku dengan Hayfa kat airport.” Pesan Faiq.

“Okay,kau tak marah aku kan?”

‘Tutt’ Terus panggilan ditamatkan tanpa menjawab soalan Muiz.

~~~~~~

“Tak sampai seminggu kita kat sini,dah kena balik Sepanyol pulak.Kau tak marah kan?”

Hayfa menggeleng sambil tersengih. “Taklah..kenapa pulak nak marah?Saya tak kisah,lagipun kesian Muiz sorang kat sana.Malaysia ni bila bila pun kita boleh balik kan”

Faiq tersenyum.Rambut Hayfa dilurutkan dengan jari.Syukur dia mendapat isteri yang begitu memahami kerjanya.Walaupun hanya tiga bulan.

Senyumannya mati bila teringat hal itu.Tiga bulan,masa yang terlalu pendek baginya.Jujur dia tak mahu lepaskan Hayfa sampai bila bila.Hatinya terlalu sayang pada gadis naif itu.

Gadis?Atau wanita?Terfikir juga Faiq kalau Harraz sudah menyentuh Hayfa atau tidak.

“Hayfa,Harraz dah sentuh kau ke?” Soal Faiq laju.Hayfa yang sedang mengusik pokok bunga raya di tepi itu terkejut.

“K-kenapa tanya macam tu?Takut saya” Hayfa berginjak sedikit jauh.

Faiq yang perasan perkara itu segera menarik pinggangnya merapat kembali dengan sebelah tangan.

“Takut kenapa?Dia dah pernah sentuh kau sampai kau trauma ke?” Faiq menyoal lagi.

Hayfa menunduk sambil menggenggam erat seluar palazo hitamnya. “T-tak..dia tak pernah sentuh saya”

Ouhh..masih bergelar gadis rupanya.Faiq angguk faham.

“Sorry aku tanya ni,kau...tak teringin nak pregnant?” Aduhmak soalan kau Faiq...

“Mestilah teringin,tapi kita kahwin pun 3 bulan je kan.Jadi..saya lupakan semua tu.” Hayfa senyum kekok.

“Lepas apa yang jadi dekat saya sebelum ni,saya rasa macam..fed up dah nak dirikan rumahtangga.Saya setuju kahwin dengan awak pun sebab takut Harraz kacau saya lagi”

Sakit.Hatinya sakit selepas mendengar kata kata Hayfa.Seperti ada yang mencucuk cucuk tangkai hati.

“Ohh” Faiq beriak biasa,seolah olah tidak terkesan langsung.

        🌸🌸🌸

Faiq menuruni anak tangga sambil membawa turun beg bagasi.Hayfa pula masih di atas,hendak berjumpa dengan ibunya.

“Eh Faiq.Bawak bagasi semua ni nak pergi mana?” Tegur Mia yang baru keluar dari dapur.Faiq terhenti seketika.

“Balik Sepanyol,ada hal kecemasan dekat sana”

Mia sedikit terkejut. “Aik,cepatnya.Kata seminggu,ni baru empat hari”

Faiq senyum kecil sesaat. “Dah nama pun kecemasan kan,nak buat macam mana”

Nak panggil pandai,susah.Tapi tak baik pula kalau gelar bodoh.

“Ohh ye lah kan” Mia senyum kekok.

Muka cantik,tapi minda tak berjalan,tak boleh jugak.

Hohoo..sempat lagi kutuk dia kan.

“Nanti free..balik la sini lagi tau.Sunyi rumah ni tak ramai orang.Kita pun tak berpeluang nak sembang lama lama kan?”

Faiq garu belakang kepala.Tak tahu nak jawab apa.Sepatutnya kena cepat sekarang ni,banyak lagi beg yang kena bawak turun.Tapi dah kakak ipar tegur,tak dilayan dikata sombong pula.

“Aku nak cepat ni.Pergi dulu ya?” Hambek..sopan betul ber ‘aku kau’ dengan kakak ipar sendiri.Tak tunggu lama,Faiq terus membawa beg bagasi keluar rumah.

Penat naik turun tangga semata mata nak angkut beg,akhirnya Faiq berhenti di bilik Puan Ima.Terdengar gelak tawa Hayfa dan ibunya.Entah apa lah yang diborak dua beranak itu.

“Hayfa..ibu” Faiq menyapa dengan senyuman lebar.Cantik betul isterinya sekarang.Dengan gaun labuh berwarna putih,rambut didandan kemas.

That’s what we call simple but nice.

“Hah Faiq,baru nampak batang hidung hari ni.Selalu berkepit je dengan Hayfa” Puan Ima mengusik.

Hayfa dan Faiq hanya ketawa.

“Beg semua dah bawak turun ke?” Soal Hayfa.

“Dah,tunggu teksi je” Faiq duduk di sisi Puan Ima.

“Cepatnya kamu berdua nak balik.Nanti lapang lapang,jenguklah ibu sekali sekala ya?Setahun sekali pun dah cukup,bukan senang nak ulang dari Sepanyol ke Malaysia ni.”

“Insyaallah..”

“Hayfa...ibu mintak maaf sekali lagi ya?Ibu banyak abaikan kamu sebelum ni” Digenggam tangan anaknya erat.

“Sudahla ibu..Hayfa tak pernah ambil hati pun sebelum ni.” Hayfa senyum.Begitu juga Puan Ima.

“Hayfa turun dulu ya.Nak jumpa kakak” Pamit Hayfa sebelum keluar dari bilik ibunya.

“Ibu...saya ada benda nak bagitau” Kata Faiq perlahan.

“Pasal apa?”

“Pasal perkahwinan saya dengan Hayfa,dan apa yang pernah terjadi dekat dia di Sepanyol”

Dia tekad,dia perlu menceritakan segala galanya pada Puan Ima.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top