Bab 41
Hayfa duduk di atas bangku kayu di sebelah tanaman pokok bunga orked.Segar sahaja udara di waktu pagi yang hening ini.Bosan duduk dalam rumah,baik duduk luar.
“Hayfa?” Suara seseorang menegur kedengaran.Hayfa berpaling ke belakang.Terkejut dia melihat gerangan itu.
“K-kakak” Terus badannya berdiri tegak.Memandang ke arah figura Mia di hadapannya.Sungguh dia tak sangka kakaknya ada di sini.Ingatkan tak ada,memandangkan sudah tiga hari di sini,bayang Mia langsung tak nampak.
“Urmm” Hayfa tunduk bermain dengan jari jemarinya sendiri.Agak janggal situasi di antara mereka berdua.
“Aku mintak maaf” sebaris ayat itu membuatkan Hayfa angkat kepala.Wajah Mia ditenung lama.
“Aku mintak maaf sebab tuduh kau punca arwah papa meninggal.Aku memang bodoh,sanggup buat dekat kau macam macam” Mia tertunduk ke bawah.Kesal dia jadinya.
“No,Hayfa selalu maafkan akak.” Tubuh Mia dipeluk erat.Dihambur tangisnya di situ.
“Lepas kau pergi,aku selalu risaukan kau.Aku nak call,tapi ego aku menghalang.I’m sorry Hayfa” Mia juga turut menangis di bahu adiknya.
Menyesal kerana melayan Hayfa dengan buruk dulu.Entah,dia cuma tak dapat lupakan arwah papanya.Tertekan,sedih,semuanya bercampur menjadi satu.Dan Hayfa yang jadi tempat dia melempiaskan amarahnya.
Berkat pujukan Faiq juga,hatinya sudah mula menerima Hayfa.Faiq ada menelefonnya hari tu,teruk jugak kena marah dengan adik ipar sendiri.
Faiq yang memerhati dari jauh hanya tersenyum.Gembira dia melihat dua beradik itu berpelukan.Senyuman lebar Hayfa sudah cukup buat dia tumpang bahagia.
Tangan diseluk ke dalam kocek seluar lalu berjalan ke arah mereka berdua.Dia berdehem.
“Hei,bahagia betul orang tu dapat jumpa kakak dia” Tegur Faiq.Hayfa memandangnya.
“Mestilah,saya tengah happy ni.Awak apa tahu?” Suaminya dijeling.
“Tak sangka kau langkah bendul dulu dari aku.Congrats” Ujar Mia.
Hayfa senyum. “Thank you,Hayfa doakan akak cepat jumpa jodoh”
“Dah jumpa,cuma dia dah berpunya.” Mia ukir senyuman nipis.Sekilas dia memandang Faiq yang sedang ralit merenung isterinya dari tadi.
Dahi Hayfa berkerut. “Seriuslah,apa maksud akak?Dia tunang orang ke?”
“Takda apa lah,jom.” Tangan Hayfa ditarik masuk ke dalam rumah.Faiq hanya mengikut dari belakang.
🌸🌸🌸
Hani gelisah membaca mesej yang baru dihantar oleh Harraz tadi.Otaknya buntu tak tahu nak buat apa sekarang.
Harraz
Aku dah dapat tahu yang Muiz ada dekat sini.Get ready,fikir apa plan kau.Aku akan buat Faiq balik sini secepat mungkin.Lepastu,terus jalankan tugas kau.
Hani tak senang duduk.Sekejap ke kiri sekejap ke kanan.Muiz ada di sini!Arghhh..dia risau kalau Harraz buat sesuatu yang buruk.
Nak mesej Muiz bagitau dia?Tak boleh sebab Harraz memantau segalanya dalam telefon.
Tulis surat dan bagi dekat Muiz?Hani tak pasti,dia tak tahu sama ada Harraz ada memasang alat pengesan atau tidak.Kalau tiada,maka selamatlah dia dan keluarga.Kalau ada,habis nyawa keluarganya Harraz tamatkan.
Nak bercakap apa apa pun perlu berhati hati kerana Harraz mendengar melalui gelang.Tak boleh bercakap sembarangan.
Haihla gelang,menyusahkan betul!Nak tanggalkan pun susah.Telefonnya diambil.
“Hello,nak apa?Ish aku tengah sibuk lah” Harraz sedikit marah.
“Aku nak tanya,kalau dapat Hayfa,kau nak jual kat siapa?Heh” sinis Hani di telefon.
“Sapa sapa je lah yang nak dia.Janji fresh,konferm ada orang beli.Kalau tak fresh,memang dah tak laku dah.Sebab tu aku nak pisahkan diorang cepat cepat.Dah,aku sibuk ni” Harraz terus mematikan panggilannya.Kacau saja nak buat persiapan bertemu Muiz.
Hani berfikir sejenak.Sekilas senyumannya lebar.Yes,sudah ada plan.
🌸🌸🌸
Muiz berjabat tangan dengan semua clientnya.Senyuman diukir mesra.
“Nice to meet you Tengku Muiz. We hope that we can work well together.” Tetamu itu juga turut tersenyum.Berbangga kerana dapat bekerjasama dengan syarikat berjaya ini.
“Yeah,i hope too.Have a seat” Muiz mempelawa semua tetamunya duduk.
“Can we start?” Soal Muiz.Yang lain hanya mengangguk membenarkan Muiz memulakan pembentangan.
Sejam berlalu,mereka semua masih kusyuk berbincang.Ialah,syarikat lain mahu berkejasama,maka makin meluas lah perniagaan mereka nanti.
“Okay, So far, I have only explained 70% first. Another 30%, my workers will be present.” Terang Muiz satu persatu.Semua hanya mengangguk faham.
“And..Chris.Where is Ray?He needs to complete this presentation” Muiz berbisik sedikit.Tak mahu tetamu yang lain dengar.Chris jongket bahu.
“I dont know sir. I haven't seen Ray come in here in a while. I'm sure he came to work today” Jawab Chris,juga dalam keadaan berbisik.
Ha sudah!Muiz raup rambutnya.Masalah...masalah..ke mana pula pekerjanya yang satu itu?Jangan lah buat pasal,klien depan mata ni.
“So Tengku. When do you want to continue this presentation?” Salah seorang bertanya.Mungkin sudah lama menunggu dari tadi.
Muiz garu kepala. “Ahh i’m still waiting for him.Sorry for the long wait”
“Lily,had you call him?Come on, there can't be a single mistake today. Today is an important day” Muiz gelisah.Lily angguk menandakan dia sudah menelefon Ray.Tetapi tak diangkat.Entah ke mana Ray pergi.
Bam!
Terkejut semua yang berada di situ bila pintu dibuka kuat.Kelihatan Ray berdiri di depan pintu dengan agak serabai.Seperti tak terurus.
“Oh there he is.Ray!Where have you been?Our meeting has already start almost 1 hours!” Muiz berjalan ke arah Ray yang masih menayang muka selamba.Bahunya disentuh.
“Don’t touch me!I just wanna enjoy today.No meeting..no works..ahh thats my happiness. What is all this meeting for? “ Tangan Muiz yang menyentuhnya ditepis kuat.Mereka semua tersentak.
“What happened to you Ray?!Our clients is here!” Marah Muiz geram.Gigi diketap rapat.
“Aww..look at the paper here.It’s all a mess!” Kata kata Muiz diabaikan.Ray membuang segala kertas kertas milik klien di situ.Tubuhnya dibaringkan ke atas meja.
Tetamu di situ menggeleng kepala.Mereka semua bangun dari duduk.
“I’m sorry Tengku. We had to cancel everything. This guy is drunk. We don't want to work with a troubled company.”
Muiz ternganga. “No wait!We still can continue this meeting”
Malangnya,semua klien sudah pun beredar keluar.Muiz genggam rambutnya kuat.
“Arghhh!!Shit!Damn it!” Segala carutan keluar dari bibir Muiz.Tertekan dia sekarang.Chris dan Lily hanya mampu melihat dari jauh.Mereka kehilangan klien penting.Pasti Faiq akan marah.Dipandang Ray yang sudah pengsan di atas meja.Muiz mengeluh.
Muiz capai telefon bimbitnya.Nombor Faiq dicari.Ada baiknya kalau dia bagitau cepat cepat daripada bagitau lambat.
“Hello bro” Keluhan dilepaskan lagi.Dia yakin abangnya akan mengamuk nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top