Bab 38

Harraz senyum sinis sambil mendekati seorang gadis yang sedang duduk di atas kerusi.Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar.

“Kau nak apa jumpa aku?” Gadis itu menyoal geram.

“Aku nak kau tolong aku.Pisahkan Faiq dengan Hayfa” Harraz tarik satu kerusi lalu duduk di hadapan gadis itu.

‘Dia’ tersenyum sinis. “Aku takda masa nak tolong orang jahat.Aku takkan sekali kali rosakkan rumah tangga orang.”

Harraz ketap rahang.Leher baju gadis itu dicekak kuat.Sakit hati dengan jawapan yang diberi.Mukanya bertukar bengis dan merah padam menahan marah.

“Kau kena buat juga untuk aku” Hilaian tawa keluar dari si gadis.

“Kalau aku taknak?” Senyuman mengejek diberi.Harraz membuat riak tenang.Telefon pintar dibuka lalu ditunjuk gambar yang terpapar pada skrin.

“Kalau kau taknak,nyawa keluarga kau melayang.” Harraz tersenyum apabila riak wajah gadis itu berubah.Ugutannya berjaya membuat ‘dia’ tergugat.

“Aku tahu kau yang stalk aku sampai Thailand kan?Berani ek kau,kalau nak diikutkan dah lama aku bunuh kau.Tapi tak boleh sebab kau je yang boleh tolong aku” Jari kasarnya menyentuh pipi mulus dan gebu itu.

“Please..jangan apa apa kan family aku”

Harraz ketawa kuat seperti orang psiko.Ya,dia psiko kerana wang dan kekayaan.

“Boleh,family kau akan selamat kalau kau ikut arahan aku.Aku nak kau pisahkan Faiq dan Hayfa.Buatlah macam mana sekalipun,janji aku dapat Hayfa.” Harraz terhenti seketika.Satu alat di atas meja dicapai.

“Tapi,setiap perlakuan kau,aku akan pantau.Gelang ni kau kena pakai supaya aku boleh dengar setiap apa yang kau cakap.Kalau kau report polis or bagitau sesiapa pasal ni,aku boleh dengar dan family kau automatik akan mati termasuk kau sekali”

Gelang yang tebal dan sedikit bercahaya neon dipakaikan pada pergelangan tangan gadis itu.Sekali pakai,gelang itu takkan boleh dibuka melainkan menggunakan kunci yang berada pada Harraz.Gadis itu meronta ronta,namun gagal apabila gelang itu sudah selamat melilit pergelangannnya.

“Ingat,gelang ni ada bom.But dont worry,ianya tak aktif melainkan aku sendiri yang aktifkan.”

Peluh di dahi mula membasahi wajah putih itu.Dia tersekat.Antara nyawanya dan keluarga,atau maruah Hayfa.Dia tahu,Harraz inginkan Hayfa hanya untuk dijual dan mendapatkan wang.

‘ I’m sorry..’

  🌸🌸🌸

Faiq melangkah masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.Kelihatan Hayfa sedang kusyuk membaca novel di atas katil.Langsung tidak sedar akan kehadiran Faiq di dalam bilik.

“Hayfa”

“Hurm” Hayfa menyahut namun anak matanya masih melekat pada novel yang dibaca.Faiq mengguling bebola mata.Tak lama kemudian,dia tersenyum senget.

Baju yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan lalu dibaling ke lantai.Kini tubuhnya tidak berbaju menyerlahkan biceps serta sixpacks di perut.Hanya seluar putih sahaja yang masih tersarung.

Perlahan lahan dia memanjat katil mendekati Hayfa yang masih leka itu.Novel di tangan si isteri ditarik laju.Terkejut Hayfa dibuatnya.

“Kenapa-ARGHH!!KENAPA TAK PAKAI BAJU?!” Hayfa pejam mata rapat,tangannya turut menutup mata.

Faiq jongket kening.Tangan Hayfa ditarik menyuruhnya membuka mata.Namun isterinya berkeras.

“Kau kenapa takut sangat?Come on chill,aku kan suami kau.Tak berdosa pun kalau kau tengok”

“No,saya taknak.Pergi pakai baju” Hayfa menolak tubuh Faiq yang terasa semakin mendekat.Namun apalah sangat kudrat wanita nak dibandingkan dengan lelaki.Tubuh Faiq masih di situ,langsung tidak terkesan dengan tolakkannya.

“Bukak mata kau Hayfa” Suara Faiq kedengaran dalam dan menggoda.Mana mana gadis pun akan cair termasuklah Hayfa.

“Bukak atau aku sendiri yang paksa” Faiq mengugut. Hayfa masih berkeras,kepalanya digeleng laju.

“Jangan cabar aku Hayfa.Aku cakap,then aku akan buat”

“Apalah sangat yang awak boleh-“

‘Cup’  Terus terbuka luas mata Hayfa kerana tindakan Faiq tadi.Hayfa terkejut,tubuh Faiq ditolaknya sekuat mungkin.

Namun makin dalam pula Faiq menciumnya.Selepas satu minit,barulah Faiq melepaskan bibirnya.Hayfa merengus geram memandang Faiq yang hanya tersenyum jahat.Bibirnya yang menjadi mangsa tadi digosok kasar dengan belakang tangan.

“Suka hati awak je cium saya!” Bantal disebelah dicapai lalu dibaling ke arah Faiq.

“Kau yang cabar aku.Aku suruh kau bukak mata je pun.Tengok je lah body aku ni.Fikir senang ke nak dapat peluang tengok badan aku?”

Bantal yang dibaling tadi Faiq letak elok di sebelah Hayfa.Ibu jarinya menguis bibir sendiri lalu tersenyum nakal.

“Your lips..not bad.I like it” Faiq merebahkan tubuhnya di sebelah Hayfa.Hayfa mengengsot jauh sedikit.

“T..tadi awak panggil saya kenapa?” Soal Hayfa masih gugup.

“Oh,aku nak tanya kau pasal ibu.Kau dah dapat nombor telefon dia?” Faiq mengiring menghadap isterinya.Wajah Hayfa yang naif itu dipandang.Comel.

“Belum..sejak kejadian hari tu,saya dah takut nak bercakap dengan Raeez” Hayfa bermain dengan jarinya sendiri.Sungguh dia sudah tidak berani untuk bertanya apa apa pada Raeez.Lelaki itu sungguh menyeramkan.

Faiq ketawa kuat. “Nak takut apa dengan dia.Dia okay je dengan sesiapa kecuali dengan musuh dan orang yang dia tak kenal.”

“Sebenarnya aku sendiri pun dah ada nombor telefon ibu.Aku dah lama berhubung dengan dia sebelum kita kahwin lagi” Beritahu Faiq jujur.Dia sudah malas mahu berahsia dengan Hayfa lagi.Hayfa isterinya,jadi lebih baik jika tiada rahsia di antara mereka.

“What?Habis kenapa awak tak bagitau saya awal awal?” Bahu Faiq yang tidak berbaju ditumbuk geram.Kenapa Faiq tak bagitau hari tu?Kalau tak,takda lah dia susah susah ketuk pintu bilik Raeez.

“Saja,lagipun aku tak sedia lagi nak bagitau kau” Faiq capai telfonnya di atas meja lampu.Senarai kenalan ditekan lalu mencari nombor telefon Puan Ima.

“Dah,aku dah send nombor ibu dekat Whatsapp.Mana telefon kau?”

“Tengah charge.Kejap lagi saya tengok.Terima kasih awak” Hayfa ukir senyum gembira.

“Hmm,aku ingat minggu depan nak bawak kau balik Malaysia.Kita jumpa ibu and stay sana seminggu.Boleh?” Cadang Faiq.Fikirnya dia mahu bawa Hayfa berjumpa dengan Puan Ima.Dia faham isterinya sangat merindui ibunya di Malaysia.

Mata Hayfa bersinar sinar dengan riah gembira. “Mestilah boleh!Boleh sangat..thanks again awak!”

“Thanks je?Yang lain?” Faiq tenung anak mata Hayfa dalam.

Hayfa garu kepala. “Err..yang lain apa?”

Faiq senyum.Jari telunjuk menekan kedua belah pipinya. “Kiss me”

Hayfa kekok.Tak lama kemudian,dia mengangguk akur.Faiq angkat kening tidak percaya.Biar betul Hayfa ni?Wah,jarang dapat peluang sebegini.

“Boleh tapi!Tutup mata dulu” Hayfa mendekatkan jaraknya dengan Faiq.

Faiq hanya akur.Matanya dipejam rapat.Menunggu Hayfa mencium pipinya.

Hayfa senyum jahat.Novel yang dibacanya tadi diambil.Perlahan lahan,bucu novel itu dicucuk cucuk pada pipi Faiq.

Faiq buka matanya.Tajam dia merenung ke arah Hayfa yang sedang terkekeh ketawa.

“Suka ek kau kenakan aku.” Pinggang Hyafa ditarik lalu mencucuk jarinya di situ.Hayfa ketawa dengan kuat sambil menampar lengan Faiq.

“HAHAHHA..NO!Stop awak,geli lah” Faiq dan Hayfa ketawa serentak.Bergema suasana bilik itu dengan suara mereka.

“Stop awak..huhh saya penat...” Faiq berhenti setelah melihat Hayfa yang kelihatan sangat penat.Huh,penat ketawa je.

Mereka berdua baring sebelah menyebelah. “Dah sebulan kan kita kahwin.Cepat je masa berlalu”

“Ya dah sebulan.Kenapa?Kau sedih?” Faiq menyoal.Hayfa di sebelah dipandang.

“Mana ada sedih.Lagi dua bulan,awak akan lepaskan saya.” Hayfa senyum lebar.Fikirannya sibuk memikirkan apa yang dia mahu buat selepas berpisah dengan Faiq.

Malangnya,senyuman itu telah menghancurkan hati Faiq.Fikirnya Hayfa akan sedih.Namun sangkaannya meleset,Hayfa kelihatan gembira dengan penceraian itu.

‘Aku...dah mula sayangkan kau buat kali kedua Hayfa’ keluh Faiq di dalam hati.Kecewa.Itu sahaja yang dia rasa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top