Bab 34
"Aku nak kita kahwin.Selama tiga bulan" Empat patah perkataan itu cukup membuatkan Hayfa terkejut.
Terlepas sudu dari genggamannya.Hayfa tersandar pada kerusi dengan mata yang bulat memandang Faiq dihadapan.
"What?Bos merepek apa ni ha?" Hayfa ternganga.
Faiq hanya beriak selamba.Tangan naik memeluk tubuh sambil bersandar pada kerusi.
"I'm serious right now.Let's get married" Faiq menikam tepat anak mata gadis di hadapannya.
"T-tapi kenapa tiba tiba?Perkahwinan ni untuk apa?"
"Seperti yang kau sedia maklum,aku jaga kau sebab nak lindung kau dari Harraz.So why not kalau kita kahwin terus?Aku nak pegang kau pun takda masalah nanti" Faiq senyum nakal.
"Eyyy..patutlah beria ria ajak beli baju lah bagai.Saya taknak lah kahwin dengan bos!"Hayfa pasang muka cemberut.Buat tebiat ka apa nak kahwin dengan ditaktor ni?Mahunya merana hidup.
" Are you sure Hayfa?Betul kau taknak kahwin dengan aku?"soal Faiq.
"Saya Hayfa Rihana binti Lutfi teramatlah sure dengan keputusan ni" Hayfa berkata dengan yakinnya.
"Okay then.Makan cepat,lepas ni aku nak hantar kau" Faiq menyambung menghabiskan makanannya.
Hayfa berubah pelik.Seriuslah,macam tu ja reaksi dia?
"Hantar pergi mana?" Hayfa juga menyambung makannya.
"Pergi Thailand.Aku nak jual kau" Terus terhenti suapan Hayfa.
"Eh,no no no cannot cannot..sesedap kacang ja ek bos nak jual saya?Apa ingat saya ni barang?Nak main jual beli?"Gadis itu bercekak pinggang.
" So what,aku jual kau atau tidak,pengakhirannya tetap macam tu"Selamba Faiq menjawab lalu mengelap mulutnya dengan tisu.
"Maksud bos?"
"Harraz masih bebas dan belum ditangkap.Kalau kau tak kahwin dengan aku,takda siapa nak lindung kau.Jadi senang lah Harraz nak cekup kau jual dekat sana buat kali kedua."
"Kau nak kena jual hurm?Sanggup jadi tempat pemuas nafsu lelaki dekat sana?" Soal Faiq memandang Hayfa yang sedang bercelaru.
"Taknak..." Hayfa menunduk.Jari bermain sesama sendiri.
"Then apa keputusan kau?Tiga bulan ja Hayfa.Lepas tiga bulan,aku akan lepaskan kau"
Hayfa angkat kepala."Betul?"
Faiq terdiam seketika.Tak lama kemudian dia mengangguk perlahan.
"Okey,saya setuju"
🌸🌸🌸
Penat seharian membeli belah bersama Faiq,Hayfa pun terlelap di dalam kereta.
Faiq hanya tersenyum kecil.melihat Hayfa yang sedang lena diulit mimpi.Tak lama kemudian,telefonnya berbunyi.
"Hello?"
"Hello bro,dah bergerak balik ke belum?" Suara Muiz kedengaran.
"On the way balik.Kenapa?"
"Takdalah,tadi ada sorang perempuan telefon.Dia cari kau.Dia kata dia call kau tak jawab.So dia guna telefon rumah"
Faiq kerut dahi.Siapa pulak yang cari dia?Guna nombor telefon rumah pulak tu.
"Apa nama dia?" Tangan Faiq masih setia memegang stereng kereta.
"Ermm tak silap aku...Ema kot.Tahla..lebih kurang macam tu lah nama dia"
Ema?Anak siapa pulak tu?
"Ema?Kau biar betul,aku tak kenal perempuan nama Ema."kata Faiq.Tak lama kemudian,dia tersedar sesuatu.
" Ohh..Puan Ima ke?"soal Faiq dengan nada perlahan.Bimbang Hayfa disebelah terdengar.
"Haaa yang tu..kau ada bagi nombor telefon rumah dekat dia ke?Siapa Ema tu?"
"Bukan Ema,Puan Ima.Memang aku ada bagi nombor telefon rumah dekat dia.Dia tu..." Faiq pandang sekilas Hayfa di sebelah.
"Mak Hayfa"
"Ohhh mak dia..takpa lah.Kau drive elok elok.Pintu rumah aku dah kunci tau,pandai pandai lah kau bukak sendiri.Aku nak tidur.Cau!"
Panggilan ditamatkan.Faiq lihat di skrin telefon.Ada tiga panggilan tidak dijawab dari Puan Ima.
Terlupa pula telefonnya dalam mood senyap tadi.Nantilah dia telefon Puan Ima semula.
Sampai sahaja di rumah,Faiq mematikan enjin kereta.Dia berpaling ke sebelah.
Lantas Faiq keluar terlebih dahulu lalu membuka pintu rumah.Selepas itu,dia kembali ke keretanya.
Hayfa yang sedang lena itu dicempungnya penuh berhati hati.Bimbang kalau gadis itu terjaga.
Faiq membawa Hayfa ke bilik.Tubuh kecil itu dibaringkan ke atas katil.
"Sleep tight Hayfa." Rambut yang menutupi mata itu diselak ke belakang.Menampakkan sepasang mata yang terpejam menikmati ketenangan.
Nampak tenang,namun hakikatnya empunya diri itu sudah melalui pelbagai cabaran hidup.
Dipinggir keluarga,kemudian duduk di negara lain dan diculik untuk dijual.Tiada siapa sanggup melaluinya.Namun takdir telah menentukan,bahawa Hayfa perlu menghadapinya.
🌸🌸🌸
"Hello assalamualaikum"
"Waalaikumsalam ibu.Maaf Faiq tak angkat call tadi." Faiq bersuara.
"Eh takpa,ibu tak kisah.Mungkin kamu ada kerja tadi.Ha,macam mana?Kamu dah buat keputusan?" soal Puan Ima tidak sabar.
"Saya dah buat keputusan.Saya akan kahwin dengan Hayfa." kata Faiq tenang.
"Ya?Alhamdulillah..bila?" Puan Ima mengucap syukur.Lega rasanya bila jejaka itu sanggup menjaga anak gadisnya.
"Err lusa"Faiq teragak agak untuk menjawab.
Puan Ima di talian terkejut." Lusa?Kamu tak rasa cepat sangat?Ibu bukan apa,ibu tak kisah bila kamu nak kahwin.Cumanya ibu risau lah kalau kamu kahwin awal sangat,nanti tak sempat pulak nak uruskan itu ini."
"Takpa ibu,kitorang kahwin dekat pejabat agama ja.Saya tak berani nak buat majlis besar besar.Bukan apa,risau keselamatan Hayfa aje." Faiq bersandar pada palang balkoni.Mata dihala pada langit gelap.
"Takpa lah kalau kamu dah buat keputusan.Ibu ikut aje janji kamu berdua kahwin." Puan Ima tersenyum kecil.
"Nanti lepas kahwin,saya bawak Hayfa jumpa Ibu ya?Mesti dia rindu nak jumpa ibu."ujar Faiq membuatkan hati Puan Ima senang.
" Yelah,terima kasih Faiq.Jaga Hayfa elok elok.Restu ibu sentiasa dengan kamu berdua"
"Insyaallah..doakan kami ibu.Assalamualaikum"
Usai Puan Ima menjawab salam,talian ditamatkan.
'Tok' 'tok'
"Bos?"
Faiq berjalan ke arah pintu bilik.Tombol dipulas lalu mucul wajah Hayfa di muka pintu.
"Kenapa?"
"Err,saya haus.Tapi lampu dekat bawah tak menyala lah." Hayfa tersengih.
"Kenapa tak suruh Muiz cek lampu?Dia ada dalam bilik kan?" soal Faiq berkerut kening.
"Haah,saya nak mintak tolong dia tadi.Tapi..dia tengah tidur"
"Hmm yelah,jom aku teman" Mereka berdua turun menuruni tangga.
Tangan Hayfa setia menggenggam belakang baju Faiq.
"Takut?Jangan risau lah,aku ada." Faiq tarik tangan Hayfa menuju ke dapur.
"Pergi lah minum dulu.Aku nak cek suis lampu kejap." kata Faiq.
Hayfa tuang air kosong dalam dua gelas.Air diteguk membasahi anak tekaknya yang sejak tadi kering.
Tak lama kemudian,lampu menyala.Faiq datang mendekati Hayfa yang masih berdiri di kaunter dapur.
"Bos nak air?Nah,saya dah tuangkan" Gelas air kosong dihulur.
"Esok bangun pagi,terus bersiap" pesan Faiq lalu meneguk air.
"Pergi mana?" Hayfa pergi ke sinki untuk mencuci gelasnya.
"Aku lupa nak beli sesuatu.Oh ya,kita kahwin lusa dekat pejabat agama" Faiq berdiri di belakang Hayfa.Lalu tangan nya giat mencuci gelasnya sambil Hayfa dikepung di tengah.
"What?!Lusa?" Hayfa ingin berpaling kebelakang namun terhenti apabila menyedari Faiq terlalu dekat dengannya.
"Yes,lusa.Tiada bantahan.Dah jom" Faiq berjalan dahulu keluar dari dapur.
Hayfa menggeleng perlahan.
"Gila"
----------------------
Heyyo,long time no update😓
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top