Bab 33

Faiq yang sedang duduk itu bangun dari rumput.Kelibat Hayfa dicari di dalam rumah.

"Hayfa.."

"Ya!Saya kat sini!" Laung Hayfa dari ruang tamu.

Faiq berjalan ke situ.Kelihatan Hayfa sedang bermain game bersama Muiz.

"Jom,ikut aku keluar" Ajaknya sambil melabuhkan punggung di atas sofa.

"Hurm?Pergi mana?" Hayfa pause game tadi.Tumpuannya beralih pada Faiq di belakang.

"Pergi mall.Cari barang untuk kita." jawabnya.

"Kita?Apa maksud bos?" soal Hayfa pelik.Controller dibiar di atas lantai.

"Bro,asal kau pelik sangat hari ni?" Muiz menyampuk.Pelik dengan perangai abangnya.

"Takda apa lah.Ikut je la aku pergi beli barang.Kau Muiz,tak payah mengada nak ikut" larang Faiq sambil menuding jari ke arah Muiz.

"Alaa...baru nak ikut.Kenapa tak boleh pulak?"soal Muiz dengan muncung sedepanya

" Tak boleh.Hari ni kau spend time dengan Atan ja.Biar aku pulak yang spend time dengan Hayfa"

Muiz ingin membantah,namun melihat jegilan dari abangnya membuatkan dia terpaksa akur.

"Dah,pergi siap.Aku tunggu dalam kereta" Faiq gapai kunci keretanya.

Dengan langkah longlai,Hayfa naik ke biliknya untuk bersiap.

Tabahlah wahai hati!

Beberapa minit kemudian,Hayfa turun dengan baju blaus berwarna kelabu.

"Bye Muiz!!" laung Hayfa di pintu rumah.

"Ya bye!Jaga diri!" sahut Muiz dari ruang tamu.Hayfa bergegas masuk ke dalam kereta Faiq.

"Lamanya bersiap" tegur Faiq di dalam kereta.Wangian Enchaunter dari Hayfa menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Hmmm wangi!Tenang ja rasa.

"Eh,lah dah nama pun perempuan,bersiap mestilah kena lama" Hayfa menjawab selamba.Tali pinggang di pasang.

"Haih..apa apa je lah Hayfa" Brek tangan diturunkan lalu Faiq mula memandu dengan sebelah tangannya.

Hayfa hanya memerhati sebelum mengajukan satu soalan.

"Kenapa bos suka bawak kereta sebelah tangan?"

Faiq yang mendengar beralih sedikit.Lalu dia tersenyum kecil.

"Kau tak rasa ke lelaki yang memandu guna sebelah tangan ni seorang yang maskulin?" soalan Hayfa dibalas dengan soalan oleh Faiq.

Hayfa guling bebola mata."Yeah,maskulin,tapi bila bos yang buat macam tu maskulin tu tiba tiba hilang"

Faiq tercengang mendengar jawapan dari Hayfa.Tangan di panjangkan lalu menjentik dahi gadis itu.

"Auch!"

"Heh,padan muka"Faiq senyum kemenangan.Hayfa pula hanya mampu mencebik.

Hampir setengah minit,suasana di antara mereka senyap dan sunyi.

Faiq pandang sekilas wajah Hayfa.Gadis itu hanya diam memandang pemandangan di luar tingkap.

" Hayfa"

"Hurm?" Hayfa yang menongkat dagu itu menyahut.

"Lepas ni,kau jangan panggil aku bos" kata Faiq tenang.

"Eh,habis tu saya nak panggil apa?"soal Hayfa kebingungan.Dulu kemain suruh dia panggil bos,sekarang tak nak pula.

" Panggil je lah apa apa pun,janji bukan bos" stereng di belok ke kanan.

"Hurmm..nak panggil apa ek?" Hayfa letak jari telunjuk pada dagu.

"Kau tau tak apa panggilan bagi pasangan yang dah berkahwin?" soal Faiq tiba tiba.

"Tahu!Selalunya diorang panggil,abang,sayang,hubby,husb-"

"Then panggil aku abang or hubby"

                        🌸🌸🌸
Gedebuk!

"Aww!!"

Hayfa menyeringai tatkala kepalanya terhantuk pada dashboard dan tingkap.Tangannya menggosok perlahan.

"Aduh..bos nak saya mati awal ke?"Muka Hayfa berubah cemberut.Kepalanya sakit terhantuk gara gara Faiq yang brek mengejut.

" Kan aku dah kata,jangan panggil aku bos"selar Faiq seraya menarik brek tangan ke atas.

"Dah sampai,jom keluar" Tali pinggang dibuka lalu Faiq keluar dari perut kereta.

Dengan kasar,pintu kereta dibuka oleh Hayfa.

Bam!

"Ha bagus,runtuhkan terus pintu kereta aku tu.Nanti aku ganti dengan sliding door pulak."Perli Faiq pedas.

"Eyy,dah la brek mengejut sampai kepala saya terhantuk.Bos ni memang tak pandai mintak maaf eh?" bebel Hayfa sambil bercekak pinggang di hadapan Faiq.

Faiq hela nafas.Tapak tangan dilekap pada kepala Hayfa lalu digosoknya perlahan.

"I'm sorry" kata Faiq perlahan.

Hayfa terdiam.Rasa bersalah pula kerana memarahi bos nya tadi.

"Jangan panggil aku bos,panggil aku abang atau hubby" ujar Faiq lalu tersenyum kecil.

"Kenapa pulak?Taknak lah" Hayfa berkerut kening.

"Kejap lagi kau akan tahu kenapa.Jom" Faiq genggam erat tangan Hayfa lalu mereka masuk ke dalam sebuah mall.

Hayfa pula berasa janggal dengan keadaan tangannya yang digenggam.Ini sudah masuk kali ke dua Faiq pegang tangannya ketika berjalan.

"Err,bos.Lepaslah tangan saya ni" Pegangan itu cuba dileraikan.Namun makin erat pula Faiq taut tangannya.

"Kau lupa apa yang aku cakap haritu?Kau kan pendek,karang hilang lepastu kena culik pergi Thailand sekali lagi,aku taknak cari dah" kata Faiq sambil kakinya yang masih berjalan.

"Eyy,suka hati ja cakap saya pendek" Hayfa berwajah cemberut.Namun riaknya berubah tatkala Faiq menariknya masuk ke dalam butik pengantin.

"Eh eh,kenapa masuk sini?" Hayfa menghentikan langkahnya.Faiq juga turut berhenti.

Hayfa disebelah dipandangnya sekilas."Nanti kau tahu lah.Ikut ja aku"

Lelaki itu menyambung langkahnya.Dapat dia rasa Hayfa yang sengaja memberatkan dirinya.Namun apa dia kisah?Diheretnya juga Hayfa untuk mengikutnya.

Pintu butik pengantin itu Faiq tolak lalu masuk ke dalam.Terdapat seorang pekerja perempuan menunduk sambil tersenyum ke arah mereka.

Faiq berjalan melihat tuxedo berwarna putih.Dibeleknya seketika sementara Hayfa berdiri seperti patung di belakangnya.

Matanya beralih pula ke arah suit yang berwarna hitam.Tangan menggapai lalu dipadankan pada tubuhnya.

"Kau,pergi pilih gaun mana yang kau suka.Aku nak pergi try baju ni kejap" Suit hitam di tangannya ditunjuk.

"Eh,tapi-"

"Shhh..pastikan kau pilih mana mana gaun.Kalau kau tak pilih jugak,tak payah balik.Aku tinggal je kat sini" Faiq cepat memintas lalu dia berjalan menuju ke bilik mencuba pakaian.

Hayfa terpaksa berjalan menilik satu persatu gaun yang ada.Sesekali dia tersenyum melihat satu gaun yang agak cantik pada pandangan matanya.

"Cantiknya..." Senyumannya melebar.Namun ianya kembali memudar setelah melihat harga gaun itu.Matanya terbeliak lalu menelan liur.

"Mahalnya" Dia berkata perlahan.Gaun yang dipegangnya tadi dilepaskan.

"Dah pilih?"

Suara Faiq kedengaran menegurnya dari belakang.Faiq kelihatan segak memakai suit hitam yang dipilihnya tadi.

"Err,haa tengah pilih lah ni" Hayfa membuat gaya seperti sedang menilik gaun.Satu persatu dibeleknya dengan  kalut.

"Cepat sikit,lepasni kita cari barang lain pulak" Pesan Faiq.

"Untuk apa semua ni?" soal Hayfa tidak puas hati.

Faiq tidak menjawab sebaliknya membantu Hayfa memilih gaun yang sesuai.

Fikirnya,dia akan memberitahu perkara sebenar kepada Hayfa apabila makan tengahari nanti.

-----------------------
Maaf,Izz buat pendek ja and Izz memang akan jarang update ya lepas ni.






                          

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top