Bab 32

Hujan yang lebat semalam sudah pun berhenti.Hanya hujan gerimis saja di waktu pagi.

Faiq yang tersedar dari lenanya menggosok matanya.Tiba tiba dia terasa sesuatu di pinggangnya.

Dalam samar samar gelap,Faiq pandang 'objek' yang sedang memeluknya.Ternyata itu Hayfa,sedang lena dengan mata yang agak basah.

Faiq tersenyum kecil.Kawasan mata Hayfa yang basah itu dilap dengan jari.Rambut gadis itu diselak ke belakang telinga.Menampakkan wajah mulus itu.

Faiq teringat akan permintaan Puan Ima yang menelefonnya ketika dia di pejabat semalam.

Flashback

"Saya nak kamu kahwin dengan Hayfa secepat mungkin." pinta Puan Ima.

"Huh?K-kenapa pula?" soal Faiq.

"Sebab yang pertama,saya risau dengan keselamatan dia.Ya,saya tahu kamu yang jaga dia.Tapi kalau kamu jadi suami dia,mungkin memudahkan lagi kamu nak jaga.Dan sebab yang kedua..hurmm.Sebab saya sebagai ibu,umur saya semakin tua.Jadi,nak juga lah saya merasa dapat cucu sebelum menutup mata nanti."

Faiq termalu sendiri.Belum kahwin,dah minta cucu pula.

"Jadi..macam mana?Kamu setuju tak?"

"Bagi saya masa untuk fikir pasal ni.Nanti apa apa keputusan saya,saya akan bagitau Puan."

"Ya..baiklah.Saya tunggu keputusan kamu.Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Panggilan ditamatkan.

End of flashback..

"Bos?" suara kecil itu menyapa pendengaran.Faiq tersedar dari lamunannya.

"Eh,kau dah bangun?" soalan bodoh diaju.

"Saya terbangun lah.Dah tangan bos main telinga saya.Geli tahu tak"

Faiq baru sedar sepanjang lamunan tadi,tangannya bermain main telinga Hayfa.Faiq tarik kembali tangannya.

"Ermm..saya mintak maaf" Ujar Hayfa perlahan.

"Kenapa?"

"Sebab saya ganggu bos tidur semalam" jawabnya.

Faiq tergelak kecil."Takpa..aku tak kisah.Lagipun best jugak dapat bantal peluk baru.Selesa ja tidur"

Jawapan Faiq membuatkan Hayfa bangun dari pembaringannya.Namun belum sempat apa apa,pinggangnya ditarik oleh tangan kekar Faiq.

"Eh,bos buat apa ni?" Soal Hayfa kalut.

"Takda apa,cuma best peluk kau." Dagu diletak pada bahu Hayfa.

Hayfa mengeliat geli.Tangan Faiq dipinggangnya dileraikan lalu bangun dari katil.

"Uhm..saya keluar dulu.Terima kasih sebab teman saya semalam.Bye..." Hayfa bergegas keluar dari bilik Faiq.

Faiq senyum hantar pemergian Hayfa.Pintu yang tertutup rapat itu dipandang.

"Aku rasa aku kena setuju dengan Puan Ima" Faiq menggumam sendiri.

🌸🌸🌸

"Bro" Suara garau Muiz menyapa.Faiq yang sedang minum air itu beralih.

"Apa?" Faiq sambung minum air kosongnya.

"Semalam...kau tidur dengan Hayfa eh?" soal Muiz bersahaja.

"Uhuk!!" Faiq tersedak.Dada ditepuk berkali kali.

"Tak payah nak tersedak sangat lah.Cliche tahu tak.Asal terkejut ja,tersedak.Asal tersedak ja terkejut.Kenapa tak tercirit ja terus?" Bebel Muiz dengan tangan yang memeluk tubuh.

"Aku tersedak sebab aku tengah minum air sekarang.Kau ada nampak aku tengah berak ke?Sampai nak tercirit bagai.Herghh!"bidas Faiq lalu mencuci gelasnya tadi.

" Oi oi kau nak pergi mana?Soalan aku kau tak jawab lagi"Halang Muiz apabila melihat abangnya ingin berlalu keluar dari dapur.

"Penting ke untuk aku jawab soalan kau?" soal Faiq.

"Eh,mestilah penting.Ha cepat jawab.Semalam kau tidur dengan Hayfa ke?" soal Muiz buat kali kedua.

"Haah,aku tidur dengan dia semalam.Macam mana kau tahu?"

"Aku tahu sebab semalam aku terbangun dengar bunyi guruh kuat sangat.Lepastu aku pergi la bilik kau.Tengok tengok kau tengah peluk dia.Kalau nak ikut hati aku,aku nak je join korang sekali.Duduk tengah tengah.Tapi takpa lah,aku taknak ganggu korang"jawab Muiz panjang lebar.

"Hurm..lena pulak aku tidur semalam.Mungkin sebab ada orang kat sebelah kot" kata Faiq.

"Kalau kau nak tidur dengan Hayfa,kau kahwin je lah.Halalkan hubungan korang.Kau jugak yang dapat tidur lena nanti.Untung untung,boleh bagi aku anak buah.Hehe" Muiz angkat kening berkali kali.

"Pehal pulak kau nak anak buah?" soal Faiq.

"Yelah,nak jugak aku merasa jadi uncle sebelum aku tutup mata nanti"ujar Muiz sayu.

"Ish,macam ayat orang tua tua!Jemu dah aku dengar." Dahi Muiz ditepuk.

"Lagipun sunyi lah rumah ni,takda suara budak budak.Kau pun tahu kan aku suka budak budak" tambah Muiz lagi.

"Kalau nak rumah ni ada budak budak,kau kahwin la sendiri.Buat anak dengan bini kau.Tak payah nak suruh aku" Kata Faiq tanpa bertapis.

Muiz yang mendengar terjegil mata.Ayat abangnya itu straight sungguh."Kau ni,kalau Hayfa dengar macam mana?Tapis la sikit ayat kau"

Faiq buat muka selamba.Biarlah Hayfa nak dengar pun.Nak malu apa,nanti dia jugak yang akan mengalaminya nanti.Eh?

"Ehem,korang" suara Hayfa kedengaran.Kedua lelaki itu berpaling.

"Dah sarapan ke belum?Kalau belum,saya nak masak mee hari ni" soal Hayfa.

"Err...belum.Haa mee ada dalam peti ais"Muiz tunjuk ke arah peti ais.

" Ouh..okay"Hayfa akur lalu mengambil mee.

"Nak kitorang tolong tak?" Soal Faiq yang sudah menyinsing lengan baju.

"Eh,tak payah la..kejap lagi kan korang nak pergi kerja" tolak Hayfa.

Kenapa Hayfa tak pergi kerja?Huh,Faiq tak izinkan.Katanya risau kalau Harraz mengganggu nya di pejabat.

"Takpa..lagipun kitorang cuti hari ni.Nak rest kan otak yang serabut ni" jawab Faiq.

"Hmm..yelah.Tolong potongkan sayur tu"

Mereka bertiga mula lincah di dapur.Sesekali mereka berbual kosong mengisi kebosanan.

🌸🌸🌸

Faiq lekapkan telefon pada telinga.Menunggu suara seseorang menyahut.

"Hello,Assalamualaikum Faiq."

"Waalaikumsalam Puan"jawab Faiq.

" Haa,macam mana?Dah ada keputusan?" Soal Puan Ima tidak sabar.

"Ya,saya dah buat keputusan untuk setuju berkahwin dengan Hayfa." Jawab Faiq tenang.Sesekali dia memandang sekeliling,bimbang Hayfa terdengar perbualannya dengan Puan Ima.

"Ya?Alhamdulillah syukur..terima kasih ya nak.Sudi jaga Hayfa,sudi terima Hayfa dalam hidup kamu." Puan Ima ditalian menghela nafas lega.

"Sama sama...hal kecil je Puan.Nak jaga Hayfa bukannya susah,walaupun dia degil sikit."

Faiq juga turut berasa lega.Mujur bakal ibu mertuanya sudi menerimanya dengan hati terbuka.Kalau dapat ibu mertua yang jenis cerewet?Tak ke naya dia nanti.

"Tak payah la nak ber puan lagi.Panggil je ibu.Lagipun tak lama nanti kamu jugak yang nak jadi menantu.Ye dak?"Puan Ima ketawa kecil.

" Baiklah i-ibu" Faiq sedikit sebak memanggil ibu.Teringat dia akan arwah mamanya,Ungku Nadine.

"Terima kasih.." ucap Faiq sambil tersenyum.

"Eh,kenapa pulak nak berterima kasih kat ibu?" soal Puan Ima pelik.

"Terima kasih sebab terima saya jadi menantu.Dan terima kasih,sebab mahu jadi ibu saya walaupun hanya ibu mertua.Dah lama saya tak merasa kasih seorang ibu" ujar Faiq perlahan.

"Ouh..boleh ibu tahu kenapa?" soal Puan Ima berhati hati.Bimbang pertanyaannya menguris hati anak muda itu.

"Mama saya dah meninggal masa saya dan adik masih kecil.Sama jugak dengan daddy saya.Diorang berdua meninggal sebab accident kena rempuh lori.Masa tu saya masih umur 7 tahun.Adik pulak umur 4 tahun.Kami jadi anak yatim piatu pada usia yang masih muda." Cerita Faiq panjang lebar.Sebak yang menelan diri cuba ditahan.

"Allahuakbar..kesiannya kamu berdua.Ibu mintak maaf,ibu tak sepatutnya tanya kamu tadi.Ibu tak tahu" Puan Ima juga turut berasa sedih.

"Takpa,saya tak kisah.Okaylah ibu,nanti kita sembang lagi.Assalamualaikum"

"Baiklah,waalaikumsalam"

Talian ditamatkan.Faiq duduk di atas rumput sambil merenung langit biru.

--------------------------
Guys,Izz tahu haram untuk lelaki dan perempuan duduk sebilik.Tapi tu lah,nak naikkan aura romantik tu bukannya senang tau.Hahaha









Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top