Bab 3
'Tok tok tok!'
"Come in!" Sahut Faiq dengan malasnya.Jarinya bermain main dengan pen di atas meja.
"Yow,bro.Lama tak jumpa" sapa seseorang seraya menuntup pintu.
Faiq mengangkat kepalanya.Keluhan dilepaskan apabila seseorang itu adalah Harraz Hamsyari,rakan nya yang tak berapa rapat.
"Kau nak apa datang office aku ni?" soal Faiq berbasa basi.
"Saja,nak jumpa kawan aku ni.Sejak dah ada company sendiri ni kau dah semakin sombong ya?Lagi lagi bila kau jadi bos kat sini" perli Harraz dengan selamba.
"Eh lantak aku lah nak jadi bos pun.Ni company aku sendiri.Dan kalau aku sombong sekalipun dengan kau,at least aku bukan tamak macam kau" bidas Faiq kembali.Kedatangan Harraz ke sini bukannya menyenangkan,malah menyusahkan!
"Wah,dah pandai mengata aku ek.Chill chill dah la bro.Aku bergurau je" Harraz menarik kerusi di hadapan Faiq lalu duduk bersilang kaki.
"Kalau kau takda benda penting dengan aku,lebih baik kau keluar.Serabut kepala otak aku ni dengan kau" halau Faiq.Malas mahu berlama lama dengan Harraz.
"Yelah yelah,aku keluar.Aku tahu kau terkesan dengan kematian Husna kan?Takpa aku faham.Aku chau dulu" Harraz bangun dari duduknya.Sempat dia menepuk bahu Faiq beberapa kali sebelum keluar dari bilik.
Faiq mendecit."Shit."
Faiq mencarut perlahan.Geram dengan perangai Harraz yang suka memperli orang.
Kerjanya yang tergendala disambung.Soal Harraz tadi dibuang jauh jauh dari kepalanya.Kini tumpuan difokuskan pada kertas kerja yang bertimbun di atas meja.
🌸🌸🌸
"Baru balik kerja ke sayang?" soal Puan Ima setelah ternampak Hayfa yang sedang terbaring letih di atas sofa.
Hayfa membuka matanya.Susuk ibunya dipandang.
"Ha ah ibu.Adik baru ja balik sebab banyak tempahan dekat butik." jawab Hayfa lalu bangun dari pembaringannya.
"Kan ibu dah cakap.Berhenti kerja dekat butik tu.Tengok,kan adik dah penat.Adik tak payah la susah susah kerja.Ibu boleh bagi apa ja yang adik nak."
Hayfa menggeleng perlahan.Mahu sahaja dia menjerit mahukan belaian dari seorang ibu.
"Adik tak kisah pun kalau penat.Lagipun adik nak belajar cari duit sendiri." jawab Hayfa.
"Biarkan je la adik kerja.Takda la menyusahkan orang je dekat rumah ni." sampuk Mia yang sedang menuruni tangga.
Hayfa senyum kelat.Sudah biasa dengan kata kata pedas dari kakaknya.
"Kakak,apa cakap adik macam tu." celah Puan Ima.
Mia hanya mengabaikan.Dia berjalan menuju ke dapur melegakan tekaknya yang kering.
"Urmm..ibu.Adik ada benda sikit nak cakap dengan ibu" kata Hayfa.
"Adik nak cakap apa?" Puan Ima duduk di sofa.
"Adik sebenarnya nak mintak izi--" belum sempat Hayfa habiskan tuturnya,telefon Puan Ima berdering.
"Kejap ya adik,ibu nak angkat call" Puan Ima menjawab panggilan itu.
Hayfa mengeluh perlahan.Dia mahu meminta izin ibunya untuk dia terbang pergi ke luar negara.Dia sudah tidak tahan duduk di sini.Biarlah dia menenangkan dirirnya dahulu.
Tapi nampaknya ibunya sedang sibuk.Mungkin ibunya tiada masa untuk diluang bersamanya nanti.
"Okay baik cik.Esok pagi kita jumpa dekat tempat biasa ya?Assalamualaikum" Puan Ima menamatkan panggilan.
"Adik bagitau lain kali ya?Ibu nak naik dulu"
"Okay" Hayfa menghantar langkah ibunya dengan hujung mata.Keluhan dilepaskan.Hari ini sudah banyak kali dia mengeluh.
🌸🌸🌸🌸
"Kau nak pergi mana tu?" soal Mia sambil memandang Hayfa yang lengkap memakai jubah hitam.
"Adik nak ziarah kubur arwah papa.Kakak nak ikut?" soal Hayfa.
Selendang hitamnya di letak ala kadar sahaja.Sekadar menutup rambut di atas kepala.Lagipun dia masih belum bersedia untuk berhijab.
Mia senyum sinis."Kau tak payah berlagak alim la.Entah entah arwah papa pun tak tenang bila kau pergi ziarah dia."
Hayfa menggenggam erat tangannya.Dia tak suka bila kakaknya berkata bukan bukan tentang arwah papa.
"Kakak nak caci maki adik,adik masih boleh bertahan tau.Tapi jangan libatkan arwah papa macam ni.Akak dah melampau!"suara Hayfa naik seoktaf.
" Kenapa?Memang roh arwah papa tak tenang pun.Dia mati sebab kau.Kau lah punca papa mati!Aku tak mengaku kau sebagai adik aku!"hambur Mia.
Hayfa terpempan.Air matanya mengalir laju di pipi.
"Kenapa perlu benci adik sendiri?Hurm?" suara Hayfa kembali mengendur.Hayfa tertunduk.
"Adik tak mintak banyak.Adik cuma nak kasih sayang dari seorang kakak dan seorang ibu.Adik dah takda orang lain dalam dunia ni"sambungnya lagi.
" Orang malang macam kau ni tak layak lah dapat kasih sayang.Mana tahu kan,lepas dapat kasih sayang nanti aku dengan ibu pulak yang dapat bala?"selamba Mia membalas tanpa memikirkan perasaan adiknya.
Hayfa mengesat air matanya.Selendang dikemaskan.Terus Hayfa berlalu keluar dari rumah dengan hati yang sakit.
Cukup lah setakat hari ni sahaja dia tahan diri.Dia tekad untuk ke luar negara secepat mungkin.
"Aku dah penat.Aku nak lari dari semua ni" gumamnya sendirian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top