Bab 28
Ketang!Ketung!
Bunyi sudip berlaga dengan belanga kedengaran dari arah dapur.
"Apa benda tu?" soal Ikram sambil melabuhkan punggung di atas sofa.
"Hani...berperang nak sediakan breakfast.Biar lah dia" Jawab Faiq lalu menekan remote tv.
Siaran di kaca tv ditukar berkali kali.Bosan,takda rancangan menarik.
"Muiz!!" laung Hani dari dapur.
Muiz yang baru duduk di sofa berpaling apabila namanya diseru Hani.
"Apa?"
"Hehe..breakfast dah siap.Tolong hantarkan makanan ni dekat Hayfa boleh?" Hani hulur pinggan berisi mee goreng.
Muiz guling mata.Bontotnya belum panas lagi di sofa itu,dah disuruh buat kerja.Haih..tak mengapa lah.
Huluran Hani disambut lalu di bergerak ke lif menuju ke bilik Hayfa.
'Bam!'
Takpa,dah biasa dengan sifat Muiz yang satu itu.
"Nah,Hani dah buat breakfast.Jangan lupa makan tau."
Pinggan mee goreng itu diletak atas meja kecil.Muiz pandang sekilas ke arah Hayfa yang duduk menyisir rambut di hadapan cermin solek.
Cermin?Ya,Raeez kan kaya.Jadi sepantas kilat dia menggantikan cermin yang baru.
"Meh,aku tolong kau sikat rambut" Muiz ambil sikat ditangan Hayfa.
Seram pula melihat Hayfa yang hanya diam dengan tangan yang menyisir rambut secara perlahan itu.
Huh,macam hantu gayanya!
Muiz mula menyikat rambut Hayfa yang agak panjang itu.
"Wangi rambut kau,pakai syampu apa?" Muiz mencuba nasib untuk berbual dengan Hayfa.
Diam.Hayfa tidak menjawab.
Muiz hela nafas.Perubahan Hayfa nampak ketara.Dulu,gadis itu seorang yang ceria,suka menjawab.Sekarang sudah jadi pendiam.
Tiba tiba Muiz terasa sesuatu di kakinya.Dia memandang ke arah lantai.Setelah itu,matanya terbuntang luas.
🌸🌸🌸
"Cuba kau bayangkan,usus perut kau,lepastu ada orang gunting"
"Eyy..kau pulak bayangkan.Biji mata kau terkeluar.Lepastu,aku cucuk guna pisau."
"Macam mana doo ular boleh bergerak.Dia kan takda kaki?"
"Aku syak kan,ada robot dalam badan dia.Robot tu yang kawal dia supaya bergerak."
"Agak agak en,kalau aku sentuh awan,awan tu macam kapas ke?"
"Tak,macam kau sentuh angin ja...kot"
"Ehehehehehhe"
Faiq,Hani dan Raeez hanya mampu bersabar setelah mendengar perbualan Atan dan Ikram di meja makan itu.
Apa yang diboraknya pun tak tahu lah.Macam mengarut ja.
"Korang boleh diam tak?Nak makan pun tak senang lah"Raeez bersuara.Sudu diletak atas pinggan.
Tiada selera mahu makan apabila perbualan Atan dan Ikram menerjah pendengarannya.
Sembang pasal tahi lah,awan lah,ular lah.Takda manfaat langsung!Bikin tekak loya saja.
"Entahnya,sembang entah apa apa.Orang lain nak makan pun takda selera dah" sokong Faiq.Hani mengangguk setuju.
"Dengki kenapa?Ada aku kacau mee goreng kau?Takda kan?" Atan membidas.
Belum sempat Faiq berkata apa apa,kedengaran suara Muiz yang agak kuat.
"Korang!Hayfa keguguran!"
"What??!!" Semua di meja makan itu drastik bangun dari kerusi.Bergegas mereka naik ke bilik Hayfa.Muiz juga turut mengikuti.
"Hayfa!Muiz cakap kau keguguran.Betul ke?!" Faiq terus mengaju soalan setelah sampai di bilik Hayfa.
Hayfa yang sedang menyidai tuala itu berpaling.Kelihatan semua orang tercegat di muka pintu dengan wajah cemas.
Keningnya berkerut sedikit."Keguguran?Bila masa pulak saya pregnant?Anak siapa?"
"Tadi Muiz caka-"
"Wowow..chill chill dulu.Aku tak cakap dia keguguran sebab pregnant ke apa.Aku nak cakap dia keguguran rambut.Tu je" jawab Muiz selamba.
"Eh kau ni kan,eh setannya!"Faiq mengepit kepala adiknya lalu diketuk berkali kali.
" Adoi!Woi,apa ni?"Muiz meringis.
"Kau ni buat suspen je.Geram pulak aku" Hani bercekak pinggang.
"Apa pulak salah aku?Salah korang lah.Aku baru ja cakap Hayfa keguguran.Korang semua dah " what?!"." Muiz menganjing sambil membuat memek mukanya.
"Kau pun...asal tak cakap," Weh,rambut Hayfa gugur!".Haaa centu...ni tak.Kau punya statement buat orang gelabah tahu tak!" Atan tepuk dahi Muiz.
"Mana lah aku tahu.Kau ingat aku ada masa nak karang ayat bagai?" Muiz gosok dahinya yang baru ditepuk itu.
"Pfft...hahahahaha"
Semua orang terdiam mendengar gelak tawa halus itu.Mereka yang bertelagah tadi terhenti.
Hayfa yang sedang ketawa itu dipandang lama.
"Pssstt...dia gelak lah gaiss" Muiz berbisik.
"Yelah,memang lah dia tengah gelak.Takkan tengah bakar ikan pulak" Ikram memerli.
"Kau..asal menyetan sangat?" Muiz siku pinggang Ikram.
"Korang ni...aduh.." Hayfa menghabiskan sisa tawanya.Kepala digeleng perlahan lalu menyapu losyen di belakang tapak tangan.
"Hayfa,kau gelak ke tadi?" Soalan terlalu pandai diaju oleh Atan.Mukanya blurr sahaja.
"Yelah,saya gelak tadi.Kenapa?Ada nampak hantu mengilai ke?" soal Hayfa pelik.
"Errr.." Mereka semua terkebil kebil di muka pintu.Hayfa ketawa kecil.
"Dahla,saya dah okay.Jangan nak terkejut sangat."
"Jom,korang semua dah sarapan?Saya nak join."
"Aah..ye ye..jom sarapan" Mereka semua turun ke dapur.Sempat Hayfa gapai pinggan yang dibawa Muiz tadi turun ke bawah.
🌸🌸🌸
"Kau dah betul betul okay?" soal Faiq.
Usai sarapan tadi,mereka semua berkumpul di ruang tamu.
Hayfa angguk yakin.Walaupun hakikatnya,dia belum okay sepenuhnya.
"Kenapa kau nampak diam lepas kau kena culik?Kau cuba nak lari dari aku ke?"soal Faiq.
Hayfa tertunduk sendiri." Errmm..sebenarnya..."
Hayfa mula menceritakan semua perkara yang Harraz pernah memberitahunya.Faiq hanya mendengar dengan tekun.Sesekali,dia mengeluh kecil.
"Jadi,lepas dia cakap arwah Husna mati sebab aku yang rancang,kau percaya yang aku ni pembunuh?" tanya Faiq.
Anggukan kecil dari Hayfa membuatkan Faiq mengeluh kasar.
"Kenapa kau percaya?"
"S-sebab,bos nampak macam dah biasa membunuh sejak saya nampak bos tembak lelaki lelaki gangster tu."
"Lelaki lelaki gangster?Maksud kau,anak anak buah Sio Sam Ong?"
Hayfa angguk.Tengku Faiq kelihatan sudah biasa menembak orang.Dan itu,membuatkan Hayfa lebih percaya bahawa lelaki itu adalah pembunuh.
Faiq raup mukanya."Look,aku ada kawan macam Raeez.Untuk pengetahuan kau,aku belajar sikit sikit tentang menembak dari dia.Aku bukan pembunuh.Raeez tu boleh la nak gelar pembunuh sebab dia mafia."ujar Faiq.
"Walaupun dia mafia,pembunuh,tak bermaksud dia seorang yang jahat.See?Mafia macam mana pun dia,dia tetap tolong aku untuk selamatkan kau.Sama jugak macam aku,aku takda lah baik mana,tapi bukannya jahat.Kalau aku ada niat jahat dekat kau,takda maknanya aku nak selamatkan kau dari kena jual dengan Sio Sam Ong tu"sambungnya lagi.
Biar panjang,janji Hayfa faham apa yang dia cuba sampaikan.
Hayfa pandang tangannya yang berbalut.Kata Muiz,Faiq yang balut lukanya semalam.
" Tu tangan kau,kalau aku jahat,aku tak rawat luka kau.Bazir tenaga aku je."Faiq juih bibir ke arah balutan itu.
"Hmmm" Hayfa sentuh tangan berbalut itu.
"Sini,aku nak tukar bandage." Hayfa hanya membiarkan Faiq menukar balutan lukanya.
Perlahan lahan,bibirnya tersenyum tanpa sedar.
----------------
Done!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top