Bab 16
"Awak...kita kat mana ni?" Soal Hayfa yang sudah menggenggam lengan baju Harraz.
"Shhh...jangan bising.Kita kena keluar dari bangunan ni dulu" Ujar Harraz sedikit berbisik.
"What?Maksudnya selama dua hari ni kita kena kurung dalam bangunan?" soal Hayfa terkejut.
Hari ni masuk hari kedua dia dan Harraz diculik.Dan siapa penculik itu,mereka pun tak tahu sebab tak pernah tunjuk muka.Tetapi,kata Harraz,ini semua kerja Faiq.Hayfa tak percaya,tapi ada betulnya juga.Faiq seolah olah mahu memerangkap dirinya.Kalau tak,kenapa beria ria suruh dia kerja dekat syarikat Faiq?
Kan?
Harraz diam.Kaki terjengket jengket melangkah tanpa menghasilkan bunyi.
Dalam diam,dia tersenyum sinis.Mudah benar gadis itu percayakan dirinya.
"Diorang tengah tidur lah" bisik Hayfa sambil menjengul memandang beberapa orang lelaki yang sudah tidur terbongkang.
"Nice.Ni peluang untuk kita lari dari sini.Hayfa,naik belakang saya" Harraz bercangkung di hadapan Hayfa.
"Huh?Tapi saya berat lah" kata Hayfa perlahan.
"Naik jer..senang sikit nak bergerak" kata Harraz.Hayfa akur lalu naik dibelakang Harraz.
Mereka berdua keluar dari bangunan usang itu.Leher Harraz dipeluk erat oleh Hayfa.Bimbang pula kalau terjatuh.
Harraz berjalan sambil menggendong Hayfa dibelakang.
"Betul ke semua ni kerja Faiq?" soal Hayfa tiba tiba.
"Iye..kan saya dah cerita kat awak.Faiq tu dengki dengan saya.Jadi,sesiapa yang rapat dengan saya,automatik akan jadi sasaran dia jugak." kata Harraz mereka cerita.
"Rapat?Kita rapat ke?"
"Kita tak rapat.Tapi mungkin dia pernah nampak kita berbual sama sama" jawab Harraz.
"Awak pernah dengar tak cerita pasal perempuan accident yang nama Husna?" soal Harraz sambil kaki yang masih berjalan.
"Ha..pernah.Yang rapat dengan Faiq tu kan?"
"Hurmm..dia accident sebab Faiq sendiri.Ya,Husna rapat dengan dia.Dulu,Faiq,Husna dengan saya kawan rapat.Lepastu,hubungan kami renggang bila Faiq dah mula dengki dengan saya.Mungkin dia tak suka bila Husna luang masa dengan saya"
"Maksud awak?Yang langgar Husna tu atas arahan Faiq?" soal Hayfa.
"Yup"Jawapan ringkas dari Harraz cukup membuatkan Hayfa terkejut.
" Kejamnya.."Hayfa mengomel sendirian.Manakala Harraz pula sembunyi senyum.
'Kau dah masuk perangkap Hayfa.Tunggu sikit je lagi plan aku nak berjaya'
🌸🌸🌸
Sepanyol~~
Muiz bermundar mandir di dalam bilik pejabat milik abangnya.Dengar khabar,harini Faiq dan Atan akan balik dari Jepun.
Dia tahu abangnya marah.Darah terasa kering tatkala teringat amarah abangnya dua hari lepas.Ya,salah dia.Salah dia kerana tidak menjaga Hayfa dengan baik.
'Klak!'
Pintu bilik dibuka dari luar lalu ditutup.Muiz beralih memandang susuk tubuh yang baru masuk ke dalam bilik itu.
"Bro" Sapa lelaki itu.Muiz ukir senyum kelat.
"Yow bro,macam mana kat Jepun?Okay?" tanya Muiz.Bahu dilaga sesama sendiri.
"Okay ja..takda masalah" jawab Atan.
"Baru sampai ke?" soal Muiz.
"Haah,sampai je airport terus datang sini" Atan ukir senyum.Dapat dia lihat riak takut pada wajah lelaki itu.Tahulah dia Muiz takut berhadapan dengan Faiq.
"Errr..abang aku mana?" soal Muiz sambil menjengul jengul ke belakang.Kata dah balik,tapi tak nampak bayang pun?
"Ohh..ada orang nak jumpa dia kat bawah tadi.Kejap lagi dia naik" Jawab Atan.
"Ohhh" Muiz menunduk.
"Chill bro.Kalau dia tanya apa apa nanti,jawab,jangan diam je.Aku tahu kau takut nak jumpa dia." Atan tepuk bahu Muiz sekilas.Telefon dikeluarkan lalu duduk di atas sofa panjang.
Muiz bermain dengan jarinya sendiri.Kaki digesel pada lantai licin itu.Takutnya makin bertambah sekarang ini.
'Bam!!'
Pintu dibuka kasar dari luar.Terpacul wajah beku seorang Tengku Faiq Khalis di muka pintu.
Muka Muiz berubah pucat tatkala anak mata bertembung dengan Faiq.Kaki terasa sejuk dan lemah.
"Muiz" Panggil Atan yang masih duduk di sofa.Muiz berpaling.Kelihatan Atan mengangguk tanda 'bertenang'.Muiz menghela nafas perlahan.
"Bro....aku..-"
"Macam mana boleh hilang?" Suara mendatar dari Faiq memintas kata kata Muiz.
"Haih...aku ada dengan dia masa tu.Tiba tiba orang ramai sangat berkumpul,aku nak pegang dia,tapi aku sendiri dah kena tolak.Dan.....dia pun hilang macam tu je" Muiz semakin menunduk menekur lantai.
"Habis,kau tak cari dia ke hah?!!Kalau kau cepat bertindak,kau mungkin akan jumpa dia!!" Suara Faiq kedengaran lantang memenuhi segenap ruang bilik yang besar itu.
"Aku dah cuba cari,tapi tak jumpa!!Kau faham tak aku cakap dekat situ ramai orang?!!" Akibat kehilangan sabar,suara Muiz juga turut memetir.
"Ahhh,aku suruh jaga seorang perempuan je pun!!Kau ni memang tak boleh harap!!" Faiq mencekak kolar baju Muiz dengan kuat.
Atan yang menjadi pemerhati bingkas bangun dari sofa.Dia cuba meleraikan dua beradik itu,namun gagal.
"Aku tak boleh harap?Habis,asal kau suruh aku jugak yang jaga dia hah?!!Kalau kau tak buat keputusan untuk biar aku duduk kat sini,aku takkan hadap lah benda beban macam ni!!" Kolar baju Faiq dicekak juga oleh Muiz.
'Buk!!'
Faiq melayangkan tumbukan pada wajah Muiz.
"Hayfa bukan beban!!" Wajah Muiz ditumbuk sekali lagi.
"Bro,sudah la!!" Atan menolak Faiq ke tepi.Muiz yang terbaring di lantai di pandang sekilas.
Hidungnya berdarah,bibir pula pecah.Pipi sudah lebam.
"Benda boleh settle elok elok kan?" marah Atan.
Dia cuba membantu Muiz untuk bangun.Namun dirinya ditepis oleh Muiz.
"Biarlah,dia takkan dengar cakap orang.Dalam hidup dia,orang lain yang perlu dengar cakap dia.Huh,selfish!!" Muiz bangun.
Bibirnya yang berdarah dilap sedikit.Wajah abangnya dipandang."Aku akan ingat benda ni sampai bila bila"
Lalu Muiz pun menonong keluar dari bilik itu.Sempat bahu Faiq dilanggar.
"Estúpido, inútil!(Bodoh!Tak guna!)" Faiq memaki hamun.Meja kecil disepak kuat melepaskan amarah.
Atan pula hanya menggeleng perlahan.Tak pernah dia lihat Tengku Faiq Khalis dan Tengku Muiz Khalis bergaduh sebegini rupa.
'Ting!'
Dentingan dari telefon menyentakkan Atan.Mesej yang diterima oleh salah seorang pekerja Faiq dibaca.
Atan mengeluh kuat lalu membuatkan Faiq berpaling.
"Bro,bad news"
"What?" soal Faiq dingin.
"Hani,pekerja baru kita tu hilang jugak." kata Atan.
Faiq meraup wajah dan rambutnya.Again?Hayfa hilang,Hani pun hilang.Apa ni?!
"Arghhh!Serabut!" Faiq mengusutkan rambutnya.Tak lama kemudian,bayangan Harraz muncul di minda.
'Ya,tak lain tak bukan ni semua kerja Harraz'Desis Faiq di dalam hati.
---------------------------------
Heyyo!Takda apa nak bebel.Just nak bagitau kalau ada typo or what so ever,abaikan ye.I is very the malas nak check balik.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top