Bab 15
Pejam celik pejam celik,kini sudah masuk hari kelima Tengku Faiq dan Atan berada di Jepun.Manakala Muiz dan Hayfa pula hanya menjalani kehidupan seperti biasa.Makan,tidur,bangun pagi,bersiap dan pergi kerja.
Dan hari ini,Muiz dan Hayfa mengambil cuti.Mujur Faiq sudah memberi izin.
'Ting!'
Telefon Hayfa berdenting.Hayfa yang sedang mengelap rambut itu berpaling.
"Muiz?" Hayfa membaca mesej yang dikirim oleh Muiz.
Muiz
Hayfa,jom keluar gi mall.Teman Muiz pergi shopping.Don't worry,Muiz belanja sebab Faiq dah bagi duit haritu.
Hayfa tergelak kecil membaca mesej itu.Dah agak,mesti guna duit Faiq punya.
Jari Hayfa lincah menaip untuk membalas mesej Muiz.Butang send ditekan.
Hayfa
Okeyh..Hayfa nak bersiap kejap ek.Tunggu tau!
'Ting!'
Muiz
Okie dokie!Tunggu jap,Muiz on the way.
Hayfa tersenyum lalu mematikan skrin telefon.Almari baju dituju.
"Hurm...nak pakai baju warna apa ni?" Hayfa menilik satu persatu baju yang digantung.
"Warna hitam lah" Baju blaus berwarna hitam digapai.Hayfa terus bersiap sementara menunggu Muiz sampai.
🌸🌸🌸
Mereka berdua sampai di pusat membeli belah.Penat berjalan kesana sini,Muiz mengajak Hayfa untuk berehat seketika.
"Nah!" Muiz menghulur aiskrim berperisa vanilla kepada Hayfa.
Hayfa menyambut."Terima kasih"
Muiz melabuhkan punggung disebelah Hayfa.Kaki kanan diletak di atas kaki kiri lalu digoyangkan.Lidah sibuk menjilat aiskrim coklatnya.
"Hayfa" panggil Muiz.
"Hmm?" sahut Hayfa.
"Kau...nak tak jadi kakak ipar aku?" soal Muiz tanpa simpang siulnya.
"Hah?" Hayfa terpempan seketika.Lidahya berhenti dari menjilat aiskrim.
"Kau merepek apa ni?Takda maknanya lah aku nak jadi kakak ipar kau" Hayfa smirk memandang Muiz.
Oh ya,panggilan mereka sudah bertukar kepada 'aku kau'.Ini semua permintaan daripada Muiz sendiri.Hayfa pula hanya menurut.
"Kenapa taknak jadi kakak ipar aku?Kau takda perasaan langsung dekat dia?" soal Muiz.
"Yup,aku takda perasaan dekat dia langsung.So,buat apa aku nak kahwin dengan dia kan?" jawab Hayfa yakin.
"Kalau la kan,kalau ja..Kalau dia ada perasaan dekat kau?Kau terima tak?" Muiz mengacau jus orennya dengan straw.
Hayfa terdiam seketika.Jari telunjuk diletak pada dagu tanda sedang berfikir.
Hayfa angkat bahu."Entah,tak tahulah nak terima atau tak.Lagipun perasaan tak boleh dipaksa."
"Hmmm"
"Dah habis dah makan?Jom sambung shopping!" ajak Muiz.Hayfa mengangguk lalu mereka berdua bangun dari kerusi.
Mereka berdua masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual hoodie.Setelah beberapa minit,mereka keluar dari kedai itu.
"Hayfa,pegang kejap beg ni.Aku nak pergi toilet." Muiz menghulur beg kertas yang dipegang tadi.Hayfa menyambut.
"Tunggu tau!Kejap ja" Muiz berlari masuk ke tandas lelaki.
Hayfa berdiri sambil bersandar pada dinding.Beg kertas di tangannya direnung.
"Banyaknya Muiz shopping.Ni mesti kuat bodek si Faiq ni" Hayfa tersenyum kecil lalu menggeleng perlahan.
Tiba tiba,dia terdengar beberapa suara yang sedang menjerit.Hayfa berpaling ke arah punca suara itu.
Kelihatan seorang lelaki berambut berwarna ungu dan putih kelabu sedang berjalan sambil diikuti beratus orang di belakang.
"Arghhhh!!!!!Azfar Heri!!!!" Mereka semua menjerit kuat.Lelaki itu hanya mampu tersenyum sambil menunduk sedikit.
"Kenapa tu?" Muiz muncul tiba tiba dari tepi.Mata memerhati sekelompok manusia yang sedang berpusu pusu itu.
"Ada Instafamous lalu kot.Itu yang ramai orang" Lelaki yang bernama Azfar itu melintasi mereka.
"Aduh!" Hayfa menggosok bahunya yang sakit gara gara dilanggar peminat lelaki itu.
"Hayfa!" Muiz ingin memegang lengan Hayfa,namun dirinya sendiri sudah pun dilanggar oleh ribuan orang.Bayangan Hayfa juga sudah tenggelam di kalangan orang ramai.
"Muiz!" Hayfa menjerit memanggil nama Muiz.Namun suaranya tidak kedengaran dek kerana suara jeritan peminat yang lebih meninggi.
"Muiz!Mu-Emmphhh!!" Tiba tiba mulut Hayfa ditekup seseorang.Hayfa meronta kuat.
Akhirnya dia terjelupuk jatuh kerana banyak terhidu klorofom.Pandangannya mulai kelam.Suara yang hingar bingar tadi sudah tidak kedengaran.
"Hayfa!!" laung Muiz apabila orang ramai sudah beransur kurang.
"Shit!Tak guna,time macam ni la orang nak ramai." Muiz resah mencari kelibat Hayfa.Namun tetap tiada.
"Kalau Faiq tahu ni,mampus aku!Ish,mana kau Hayfa" Muiz berlegar legar mencari Hayfa.Kedua tangan setia bercekak pinggang.
Telefon dikeluarkan lalu nombor Hayfa ditekan.
"This is the voice-"
Muiz terus mematikan panggilan.Wajahnya diraup dengan sebelah tangan.
"Setan betul!Bukan suara kau yang aku nak dengar.Aku nak dengar suara Hayfa!!" Muiz memarahi telefonnya.Pandangan aneh dari orang sekeliling hanya diabaikan.
Nombor Hayfa didail berkali kali.Namun tiada respon.
"Haish...mana kau pergi Hayfa" Muiz terus usaha mencari Hayfa.
🌸🌸🌸
Hayfa membuka kelopak matanya perlahan lahan.Kepala yang terasa berdenyut dipegang.
"Awww" Hayfa mengetuk sedikit kepalanya.Rasa mahu hantuk saja pada dinding.
Sekelilingnya dipandang.Hanya sebuah bilik yang ditemani sebiji mentol.
"Hayfa" panggil satu suara garau.
Hayfa berpaling.Terbuntang matanya melihay susuk itu.
"Awak dah sedar?" soal orang itu.
"Eh taklah.Saya dah mati" Jawab Hayfa berloyar buruk.Lelaki itu tersengih.
"Kita kat mana ni?Kenapa awak pun ada sekali?Dan...howhh!"Hayfa menekup mulut tatkala ternampak luka dan lebam pada wajah Harraz.
" Kenapa ni?"Hayfa ingin menyentuh tapi ditahan oleh Harraz.
Harraz senyum kecil.Dia menggeleng perlahan.
"Takda apa lah.Ni,lebam sebab kena tumbuk dengan budak budak dekat taman." Kata Harraz.
Muka Hayfa berubah cemberut."Awak tipu!Takkan lah budak budak tumbuk sampai teruk macam ni?Ni macam bekas lepas bergaduh ja.Cuba awak jujur dengan saya.Cakap,siapa buat awak macam ni?"
Harraz terdiam seketika.Lalu dia menggeleng lagi.
Hayfa pincingkan mata.Leher baju Harraz dicekak.
"Okey okey.Tapi saya yakin,kalau saya bagitau siapa yang buat,mesti awak tak percaya."
"Bagitau jela" desak Hayfa.
"Faiq,Muiz dengan Atan"jawab Harraz.
" What?No!Mengarut betul"Hayfa menggeleng tidak percaya.
"See?Kan saya dah cakap,awak mesti takkan percaya punya" kata Harraz.
"Tapi kenapa?Diorang nampak baik ja." Hayfa menyoal.Sungguh dia tak percaya dengan kata kata Harraz.
"Huh?Baik?Macam tu awak cakap baik?" Harraz cuba memprovok.
"Apa maksud awak?Saya tak faham"
"Diorang baik ada makna Hayfa.Saya tahu,sekarang awak bekerja dengan Faiq sebab terpaksa kan?"Teka Harraz.
" Ma-macam mana awak tahu?"soal Hayfa keliru.Seingatnya,Faiq ada pesan supaya tidak memberitahu Harraz tentang pekerjaannya di syarikat Khalis Enterprise.
"Saya tahulah..Faiq memang dengki dengan saya.Ni mesti dia pernah pesan jangan bagitahu saya yang awak kerja dengan dia kan?" Teka Harraz lagi.
Hayfa angguk perlahan.Dia menunduk ke bawah.
"Actually apa yang terjadi antara awak dengan Faiq?" soal Hayfa.
Harraz senyum kecil."Nanti saya cerita dekat awak"
🌸🌸🌸
"He-hello" Muiz meletakkan telefon ditelinga.
"Ha,angkat pun call aku.Asal lambat sangat angkat call?" soal Faiq dicorong telefon.
Muiz diam tak menjawab.Takut rasanya mahu bersuara dengan abangnya.
"Oii,kau asal diam ja?Sembelit?"
"Takda apa lah" jawab Muiz ringkas.
"Haih..ni Hayfa mana?Aku call dia banyak kali tadi tak dapat pun"
Muiz terkesima.Otak ligat menyusun alasan.
"Woii!Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!" sergah Faiq sedikit kuat.
"Bro,aku....nak mintak maaf" kata Muiz perlahan namun mampu didengari Faiq.
"Kenapa?What happen there?"soal Faiq cemas.
" Hayfa...hilang."
"What??!!!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top