Task 6 : Watak dan perwatakan

Zodiak - Pisces 😉

"Memandangkan cikgu anjurkan perkhemahan kat Kem Kaizen ni untuk cungkil bakat dalam bidang kesusasteraan jadi sekarang, kau orang cipta satu sajak tentang tempat ni." kata Cikgu Suhana.

"Hah? Dahlah saya tak pandai buat sajak."

"Susahlah cikgu, kita baru je duduk tak sampai sejam kat sini dah kena buat sajak pasal tempat ni?"

Qaira mendengar sahaja rungutan pelajar-pelajar sekolahnya sambil tersenyum. Matanya mula ligat meneroka keindahan di kawasan sekeliling untuk mencari idea. Tangannya mula bergerak menulis apa yang difikirkan.

"Fuh, cepatnya kau dapat idea! Tak disangkal lagi, kau memang pisces hehehe." ujar Fariysa. Kemudian, dia mengeluh. 'Kenapa aku kat sini!'

"Pisces? Apa kaitan dengan pisces?" tanya Ayreen.

"Orang yang berzodiak pisces ialah orang yang kreatif dan berimaginasi tinggi. Jiwa Qaira memang sesuai dengan bidang ni."

"Aku pun boleh buatlah walaupun bukan pisces." Sela Ayreen dengan bibirnya yang mencebik tidak puas hati.

"Dee, aku nak pergi tandaslah. Teman aku!" Hanis berkata sambil menarik tangan Diyana.

"Alaaa, kau pergi jela. Ni siang hari bukan ada apa pun!" sindir Diyana. Dia sedang tekun mencari idea.

"Dah siap ke belum? Saya bagi masa lagi sepuluh minit! Siapa yang tak siap, saya denda!" Lantang suara Cikgu Aisyah memberi peringatan.

"Haa dengar tu! Aku taknak kena denda! Kau ajaklah sesiapa..., si Qaira tu ke?"

"Kenapa Qaira?"

"Qaira tu baik, dia mesti kesian kat kaulah walaupun dia sendiri tak siap lagi."

Hanis bangun lalu langkah diatur menuju ke arah Qaira yang sedang sibuk menulis sajaknya.

"Qaira, teman aku pergi tandas! Aku takut nak pergi seorang diri."

"Kejap eh, lagi sikit je nak siap."

"Alaaa, aku betul-betul dah tak tahan ni. Tolonglah aku weh, kali ni je!" Hanis menyusun ayat sehabis baik.

Qaira menatap wajah Hanis yang sedang terdesak di sebelahnya. Hatinya berasa kasihan melihat Hanis walaupun sajaknya tidak siap sepenuhnya.

"Okey, aku teman kau!"

"Terima kasih weh! Sayang kau ketat-ketat!" balas Hanis sambil menarik tangan Qaira mengikutinya.

......................................

"Qaira! Awak dari mana?"

"Tandas." Qaira terus tunduk memandang lantai apabila matanya bertembung dengan wajah tegang Cikgu Aisyah.

"Sajak tak siap, ada hati pergi tandas! Teruk pulak tu! Budak tadika tulis pun lagi okey!" sinis nada suara Cikgu Aisyah berkata.

"Hah? Tadi Cikgu Suhana suruh tulis lima rangkap tapi saya tak siapkan rangkap ketujuh je."

"Tujuh? Wah muka awak betul-betul tebal eh? Apa tujuhnya? Tengok ni! Dua rangkap pun tak sampai!" marah Cikgu Aisyah. Dia mencampak kertas itu ke lantai.

Qaira memungut kertas itu. 'Eh, ni bukan sajak aku! Ni bukannya tulisan Ayreen ke?'
Dia terus memandang Ayreen. Ayreen tika itu sedang tunduk ke bawah sambil bibirnya terukir senyuman puas.

Qaira dapat merasakan Ayreen yang menukar kertasnya kerana pisces boleh mengagak pemikiran seseorang dan dapat mengesyaki jika ada yang menipunya.

"Sekarang ni, saya nak awak pergi pasang semua khemah kat tapak perkhemahan! Semua! Now!"

Bahu Qaira terhinjut mendengar jerkahan dari Cikgu Aisyah. Pantas, kakinya melangkah ke tapak perkhemahan. Air matanya bertakung. Menunggu detik untuk tumpah.

Tangannya ligat membuka satu persatu gulungan khemah. Dia berusaha memasang khemah seorang diri. Ketika sedang menegakkan besi yang panjang, kaki Qaira tersadung pada batu lalu terjatuh.

Tangisan yang cuba ditahan sekian lama akhirnya jatuh mengalir di pipi. Qaira menangis teresak-esak.

"Kenapa Ayreen tukar kertas tu?" Sanggup dia buat aku macam ni! Aku bukan kawan baik dia ke? Cikgu... Cikgu Aisyah marah aku depan diorang semua. Mesti diorang tengah gelakkan aku." Qaira tersedu-sedan. Hati seorang pisces sememangnya sensitif dan mereka mudah untuk menangis.

"Huargh..., siapa yang memekak tu? Tak nampak ke orang tengah tidur?"

Aakil melangkah menghampiri seorang pelajar perempuan di hadapannya. Qaira segera mengesat air mata.

"Asal kau nangis? Siapa buli kau?" soal Aakil. Dia menatap wajah gadis itu yang basah dengan air mata.

"Takde apa. Saya tak nangis pun. Maaf ganggu awak." Qaira meneruskan kerjanya memasang khemah. Dia tidak mahu menceritakan kesedihannya dan memilih untuk memendam perasaan seorang diri. Itu salah satu karakter individu berzodiak pisces.

"Aku tolong kau. Ingat senang ke nak pasang khemah seorang je?"

"Takpe, saya boleh buat."

"Aku dah tak mengantuk sebab kau bising tadi. Lagipun, aku tak bolehlah tengok perempuan susah macam ni." kata Aakil. Dia merasakan gadis itu menarik. Sebagai seorang pisces, dia akan terdorong untuk menggoda pasangannya.

Setelah selesai memasang kesemua khemah, Qaira terus menapak ingin kembali bersama rakan-rakan sekolahnya semula.

"Oi cik adik, takde ucapan terima kasih ke?"

Langkah Qaira terhenti. "Terima kasih daun keladi, kalau saya susah nanti, silalah tolong lagi." Qaira tersenyum sambil berjalan.

Aakil tergelak mendengar kata-kata itu. "Kelakar pulak minah tu. Dia pisces jugak ke? Pisceskan kelakar."

.....................................

"Sekarang ni, kita ada aktiviti jungle trekking. Jadi, semua pelajar masuk dalam hutan ikut kumpulan yang saya dah bagi. Saya nak kamu cipta satu drama ketika di hutan nanti."

'Haish! Qaira lagi! Asal dia sama kumpulan dengan aku!' dengus Ayreen.

Sewaktu berada di dalam hutan sambil mencari idea untuk drama, Qaira banyak memberikan cadangan kepada kumpulannya.

"Hahaha uniklah cerita awak! Okey, saya setuju idea Qaira tu."

"Kan kan! Boleh pulak mak dia pinang orang yang salah hahaha. Awak memang sesuai jadi seorang penerbit."

Qaira hanya tersenyum mendengar pujian rakan-rakannya. Muka Ayreen merah padam menahan marah. Tiba-tiba, matanya terpandangkan lubang yang agak dalam berdekatan situ. Perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyuman.

"Qaira, teman aku kejap pergi sana. Kau orang jalan dulu. Aku nak bagitahu sesuatu kat kawan baik aku ni."

"Okey." teriak ahli kumpulan mereka.

Qaira berjalan mengikuti Ayreen. Langkahnya mati apabila Ayreen berhenti.

"Ada apa weh?" tanya Qaira.

Tiba-tiba, Ayreen menolak Qaira tetapi Qaira mengelak jadi Ayreen yang terjatuh ke dalam lubang itu.

Pisces akan mengikut kata hati kerana mereka mempunyai naluri yang sangat kuat. Disebabkan hati Qaira menyuruhnya berganjak maka dia terselamat dari tolakan itu.

"Qaira, aku minta maaf! Tolonglah aku keluar."

"Kenapa kau buat macam ni? Apa salah aku?" Qaira mula menangis.

"Sebab aku cemburu! Kau baik sangat! Kau naif, polos, comel, sopan! Semua suka kau termasuklah Rayyan!"

"Aku tak suka Rayyan. Kau pun tahukan?"

"Ye, aku salah. Aku minta maaf. Aku dah gila! Macam mana aku boleh benci kau sedangkan tu semua memang perwatakan pisces!" Tangisan Ayreen mula kedengaran.

Qaira berlari mencari kayu yang panjang untuk menolong Ayreen. Matanya tertancap pada sebatang kayu yang panjang tetapi berduri di bahagian bawah. Dia mengambil kayu itu.

"Nah! Cepat pegang!"

"Kau dah maafkan aku?"

"Dah, aku maafkan kau. Aku sayang kau."

"Betul lah, pisces memang seorang yang pemaaf."

Saat Aqilah ingin memegang pada bahagian berduri, ada seseorang menariknya dari belakang.

"Awak?"

"Biar aku yang buat, kayu ni berduri. Kau kan kata tadi, kalau kau susah lagi, aku kena tolong. Now, here I am! Tapi, lepas aku tolong je, kau rasmi jadi kekasih aku."

"Eh? Takpelah macam tu!"

Aakil menolong Ayreen tanpa menghiraukan bantahan Qaira.

"Sekarang kau dah jadi kekasih aku. Awek aku kena suka main game tau!"

"Okey, saya dah mula suka game." kata Qaira sambil tersengih.

"Ceh cepatnya setuju, tadi taknak. Tiba-tiba suka eh dengan game! Pisces akan terdorong untuk menyesuaikan diri dengan pasangannya."

"Mana awak tahu pasal pisces?"

"Sebab aku pun pisces. Pasangan yang sepadan dengan pisces adalah zodiak pisces itu sendiri, scorpio dan cancer."

Qaira tersenyum kecil. Wajahnya kemerahan menahan malu.

Tugasan 6 kali ni, mami suruh buat berdasarkan zodiak. Jadi, disebabkan saya pisces, watak utama dalam cerita ini adalab pisces. Tugasan ni memang paling susah hahaha 😂 Apa pun, jangan percaya ye zodiak ni. Ini hanyalah rekaan orang luar negara je. Saya dapat semua maklumat dari youtube dan google jadi maaf kalau ada yang salah.

Panjang sangat cerita ni hahaha jadi bacalah tau. Jangan give up! Hehehe maaf tak best 😊

Done, TunIndah  sorry ye mami sebab lambat hehehe dan terpanjang sangat 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top