Task 2 : Blurb

Tajuk : Dua Dunia , genre fantasy .

Disebabkan puak pari-pari mempunyai kuasa ajaib, mereka ditugaskan untuk membantu puak manusia dengan melakukan lima puluh kebaikan. Pari-pari yang dapat menyelesaikan tugas akan menerima ganjaran.

Yi Tian masuk ke kehidupan manusia untuk mencari insan yang memerlukan pertolongannya. Menurut ketua pari-pari, jantung Yi Tian akan berdegup kencang sekiranya berjumpa manusia itu. Yi Tian bertemu dengan Shen Yue dalam situasi yang tidak disangka-sangka dan perwatakan gadis itu sungguh aneh. Ini membuatkan Yi Tian tidak suka gadis pelik itu tetapi dia akur, Shen Yue perlu dibantu.

Shen Yue dan Yi Tian duduk serumah. Hari demi hari, perasaan cinta antara mereka mula berputik. Suatu hari, Shen Yue mengetahui hakikat sebenar bahawa Yi Tian ialah pari-pari. Shen Yue berasa amat sedih dan kecewa kerana tidak dapat menerima kenyataan itu. Yi Tian pergi meninggalkan Shen Yue kerana lima puluh kebaikan sudah berjaya diselesaikan.

Wan Er, seorang wanita jahat dan psiko ingin membunuh Shen Yue kerana berdendam dengan ibu bapa gadis itu. Adakah Shen Yue akan mati? Bagaimana pula dengan Yi Tian? Adakah Yi Tian hanya berdiam diri dan meneruskan hidupnya seperti biasa?

Done , mami TunIndah 😄😄

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top