Task 1 : Plot
Tugasan menulis plot by mami TunIndah. Saya memilih genre fantasy, Dua Dunia sebab tak ramai yang buat jadi takdelah idea TERsama, nanti masuk penjara 😂
Pengenalan :
Terdapat sebuah perkampungan manusia yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Kampung ini terletak di tengah-tengah hutan tebal serta dilindungi dengan kawasan gunung-ganang. Mereka semua hidup bahagia walaupun dalam komuniti yang kecil sehinggalah pada suatu malam, ada cahaya pelik dari bulan terpancar mengenai tubuh penduduk kampung itu.
Mereka tiba-tiba mempunyai sayap seperti pari-pari dan kuasa ajaib. Ketua kampung itu mendapat petunjuk melalui mimpinya bahawa mereka bukan lagi manusia tetapi ialah pari-pari yang ditugaskan untuk melindungi manusia biasa. Ganjarannya, lima puluh kebaikan yang dilakukan akan dikurniakan harta yang tidak ternilai.
Pengembangan :
Puak pari-pari semakin maju sehinggakan dapat mencipta suatu mantera untuk menyembunyikan sayap mereka. Yi Tian seekor pari-pari lelaki yang masuk ke alam manusia untuk mencari insan yang dia perlu tolong. Pertemuan Yi Tian dengan seorang gadis bernama Shen Yue tidaklah begitu baik. Shen Yue adalah manusia yang menjengkelkan dan agak pelik. Yi Tian merasa jantungnya berdegup kencang dan itulah petanda bahawa Shen Yue merupakan manusia yang perlu dia bantu.
Shen Yue memerlukan kawan serumah kerana dia tidak mampu untuk membayar sewa seorang diri. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh Yi Tian untuk mendekati gadis itu. Yi Tian berasa amat pelik apabila Shen Yue boleh berkomunikasi dengannya seperti biasa tanpa sebarang telepati tidak sama macam manusia normal yang lain.
Konflik :
Mereka berdua sering bergaduh. Yi Tian selalu menyakat Shen Yue kerana dia suka melihat gadis itu marah. Dalam diam, Yi Tian selalu membantu Shen Yue. Lama kelamaan kehidupan Shen Yue bertukar menjadi lebih baik.
Shen Yue mulai sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan Yi Tian semasa dia menyembuhkan Yi Tian dari kecederaan yang serius. Shen Yue mempunyai kuasa untuk menyembuhkan orang lain dengan menggunakan darahnya.
Disebabkan darah Shen Yue mengalir di tubuh Yi Tian, sayap pari-pari tidak lagi terlindung. Shen Yue berasa kecewa dan sedih apabila mengetahui kebenaran bahawa Yi Tian ialah seekor pari-pari sehingga dia tidak mahu lagi berjumpa Yi Tian. Yi Tian pula akur dengan penerimaan Shen Yue, dia pergi meninggalkan gadis itu kerana lima puluh kebaikan sudah pun diselesaikan.
Klimaks :
Wan Er, seorang wanita biasa yang berperwatakan psiko. Dia berdendam dengan ayah Shen Yue, Hao Ming. Ayah Shen Yue merupakan pari-pari yang ditugaskan menolong dirinya. Wan Er meluahkan perasaan cintanya kepada Hao Ming tetapi tidak diterima. Hao Ming malah mencintai wanita biasa iaitu Qing Suo, ibu Shen Yue.
Sebelum Hao Ming memadamkan ingatan Wan Er, Wan Er telah mencatat semua maklumat tentang pari-pari di sebuah buku. Ini memudahkan Wan Er untuk membalas dendam dengan membunuh Shen Yue.
Yi Tian mengetahui niat jahat Wan Er dan menyelamatkan Shen Yue. Malangnya, Yi Tian mati dibunuh oleh Wan Er kerana wanita jahat itu mengetahui cara membunuh pari-pari.
Peleraian :
Shen Yue menggunakan kuasanya melebihi limit untuk menyembuhkan Yi Tian. Akibatnya, Shen Yue terpaksa mengorbankan dirinya kerana kuasa penyembuhan itu mempunyai limit. Yi Tian berjaya dihidupkan kembali tetapi Shen Yue sakit tenat.
Secara tiba-tiba, Shen Yue kembali sihat. Cinta yang besar antara Yi Tian dan Shen Yue dapat memulihkan gadis itu. Rupa-rupanya, Shen Yue dan Yi Tian dapat bersama di dunia manusia seperti mak ayah Shen Yue. Shen Yue mempunyai kuasa penyembuhan dan dapat memahami bahasa pari-pari disebabkan cinta ayah dan ibunya yang berlainan dunia.
Yi Tian rela meninggalkan kehidupan sebagai pari-pari dan kuasa ajaibnya hanya untuk Shen Yue. Mereka hidup bahagia walaupun masih sahaja bertengkar antara satu sama lain.
Dah siap buat plot , mami TunIndah 😄 Sorry panjang sangat sebab rasa excited bila dapat buat genre lain 😅
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top