Task:Puisi
Task puisi pula..harap okey😅
Tema:Elegi
Tajuk:Kawan
Kawan,
Tubuh kamu menghiasi malamku
Kehadiran mu bagaikan pelangi
Menghiasi kehidupanku yang suram
Tanpa engkau duniaku gelap
Gelap tanpa ada cahaya yang terang
Kawan,
Gelakan kamu telah menghidupkan
Cahaya hidupku yang hampir malap
Tangisan mu telah memalapkan lagi
Cahaya hidupku.
Kawan,
Janganlah engkau pergi
Janganlah engkau tinggalkan
Aku sendirian
Tinggal dengan ku sehingga nafasku terakhir,
_____________________
Tajuk:Keluarga ku
Tema:Satire
Wajibkah anda
Menghina keluarga ku
Kami yang berpenat lelah
Membersihkan nama kami
Tapi engkau
Seperti melepaskan sampah
Kepada kami yang dihina
Insan yang lemah seperti kami
Wajibkah anda
Mencaci kami
Memaki kami
Tanpa tersedar hati kami terhiris
Satu persatu perkataan kau
Menghiris hati kami yang nipis
Air mata kami mengalir
Tapi engkau tetap tak sedar
Wajibkah anda
Menyeksa kami
Seperti binatang engkau
Engkau seret kami
Engkau pukul kami
Tapi kami sabar
Sebab suatu hari nanti
Dendam kami akan terbalas
________________________
Tajuk:Oh tuhanku,
Tema:Himne
Oh Tuhanku,
Aku bersyukur kepada mu
Kerana engkau wujudkan aku
Dalam keadaan dunia yang baik
Aku bersyukur dengan kehidupanku
Terima kasih Allah.
Oh tuhan,
Aku menadah tanganku
Aku bersujud kepadamu
Aku tunaikan arahanmu
Aku cuma mahu satu daripada engkau
Aku cuma mahu dosa ku diampun
Oh tuhan,
Tolong jagakan mereka
Ketika aku tiada
Tolong pimpin mereka
Jika aku tidak layak
Tolong ampunkan mereka
Sesungguhnya mereka tidak bersalah.
Oh tuhan,
Kembalikan aku dengan cara yang baik
Janganlah engkau resahkan mereka
Tenangkanlah mereka
Supaya aku dapat pergi dengan tenang.
Done! Harap tak terabur puisi ni😅
TunIndah mami sudah!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top