Kenangan Zaman Kecil

Hey maaf ye sekali lagi Ey ada tugasan oleh mami kita orang.

Hari ni Ey diberi satu tugasan iaitu......
*bunyi drum*...KENANGAN ZAMAN KECIL EY.Suka tak..hari ni Ey nak ceritakan kehidupan dulu Ey.

Ey percaya yang semua orang ada kenangan zaman kecil korang yang tak pernah lupakan?

Ey pun sama ada kenangan zaman kecil dulu.Baiklah Ey masa dulu sangat kecil orang dia lebih kurang 120 kot tinggi dia.Kecikkan..Ey selalu berpindah tapi 3 kali je.Mula-mula Air Tawar Satu di Kota Tinggi lepastu Taman Air Merah di Mersing.Sekarang di area Mersing.Tak leh bagitahu nanti abis orang datang😂😂.

Baiklah Ey masa di Taman Air Merah,Ey selalu main sorang2.Yelah anak sorang nak main ngan sape kan..Dulu Ey selalu bermain pelbagai mainan termasuk barang ibu bapa Ey.Ada satu tu Ey pernah pakai stokin ayah Ey dan memakai bakul yang ada tangkai tu macam beg.Ey cakap yang 'Adik nak gi sekolah bye'.Haha best gila.

Lepastu Ey pernah patah jari Ey sebab degil.Dah orang kata jangan main basikal dia pergi main basikal juga..kan dah patah jari.Tapi patah jari pun Ey molek je makan ayam.Ayam KFC lagi weh😂.

Lupa nak bagitahu yang dulu Ey ada abang angkat.Dia selalu bermain dengan Ey.Main blok lah main apa2 lagi lah.Tapi sekarang dia dah balik ke ibu bapa dia dan dah kerja.Tetiba rindu😂.Umur Ey dan dia beza 6 tahun gitulah.

Ayah Ey pernah cerita yang masa dulu Ey tak pernah dijaga oleh pengasuh.Ey dijaga oleh ayah,makcik Ey dan nenek Ey.Tapi kebanyakkannya ayah Ey yang jaga.Ayah Ey pernah cakap yang masa dulu kat taman,ayah ada kat dapur dan Ey kat depan..masa tu kecik lagi kot dalam bape tahun..tak ingat😂..lepastu ayah Ey pegi mencari Ey kat depan tapi tak jumpa.Ayah Ey gelisah gila..yelah anak hilang.Lepastu jiran kitaorang datang dan bawa Ey.Dia cakap yang dia bawa Ey jalan2 sekejap.Punya cuak ayah Ey masa tu tapi ayah tak marah sebab kawan.

Lepastu ibu Ey ialah cikgu sekolah rendah.Jadi Ey selalu ikut ibu Ey..senang cite satu keluarga lah pergi ke kursus ibu Ey.Masa tu kat Rompin,Pahang.Ey dan ayah Ey mandi kat kolam.Lepastu datang seorang perempuan,dia ajak Ey mandi dengan dia.Tapi Ey tak nak sebab Ey malu lepastu tak leh jauh dengan ayah Dy kalau tak nangis..Yelah orang yang selalu jaga Ey mesti tak leh jauh2.😂.Banyak kali dia ajak tapi Ey tak nak juga jauh ngan ayah Ey walaupun ayah Ey dah bape kali suruh😂.

Okey Ey ada sepupu yang sama umur ngan Ey nama dia Farid.Kitaorang dulu boleh lah rapat tapi tak selalu bermain bersama lah.Ada satu masa tu Ey dan keluarga dan keluarga dia perhi bercuti di pantai.Lepastu Ey mandi laut dengan dia.Ibu Ey cakap bergambar ngan Farid tu.Jadi kitaorang bergambar dalam satu pelampung.Tak sweet eh..sapa cakap sweet Ey smack down kang..gurau2😂.tapi Ey serius ni😬.

Ada satu masa tu,Ey dan keluarga pergi kutip siput sedut dengan keluarga belah ayah Ey.Pernah sekali Ey hanya duduk kat batu dan tengok je diorang kutip atas alasan..geli kot nak pegang😂.Ey memang jadi cctv lah kat situ.Ey..Ey..nasib ibu tak marah.

Disebabkan Ey tak de sesapa untuk dimain selepas umur Ey darjah empat kot.Ey selalu bermain dengan adik sepupu Ey.Sepupu Ey ada 4 orang sekarang tapi dulu yang Ey selalu bermain ialah adik sepupu Ey yang no 2 iaitu Mira.Mira dengan Ey jarak dia 5 tahun so sekarang Mira darjah empat.Ey pernah masa dulu Ey menari chicken dance dengan dia.Lepastu dia menari satu lagu korea kot.Ok lah dia menari tapi dia menari sampai nak buat flip bagai tu apahal.Risau Ey tengok dia menari macam tu😂sampai cakap 'Mira jangan'.Biasalah Ey kan kakak mithali(aduh tak geti eja pulak😂).

Ey selalu bermain dengan sepupu belah ibu Ey iaitu Mira,Ira dan Irfan.Mira dan Ira adalah adik beradik.Umur mereka beza 3 tahun.Irfan adalah anak sorang macam Ey.Sekarang umur dia 6 tahun.
Ey main ngan diorang sampai sekarang tau.Main nenek lah sorok2 lah duduk bawa meja lah.Apa2 jelah permainan diorang sampai Ey yang umur 15 tahun pun jadi budak😂.

Ey masih ingat lagi yang masa nak duduk rumah yang ketiga iaitu rumah sekarang ni,Ey selalu bermain lari-lari dalam rumah yang dah nak siap sampai jatuh tapi Ey tak nangis tapi ketawa terbahak-bahak.

Lepastu Ey main dengan rakan-rakan Ey pulak😂.Ey ingat lagi masa tu darjah 5,Ey punya sekolah ada ketinting.Oleh sebab Ey ni anak cikgu jafi ibu suruh makan kat bilik guru😂😂Lepastu Ey beria set jam Ey sebab nak main ketinting punya pasal.Rehat selama 20 ke 30 minit jadi 15 minit atau 5 minit kena turun bawah😂.

Lepastu Ey masa dah abis UPSR,cikgu-cikgu kitaorang kalau nak mintak tolong kat kitaorang,cikgu kena round satu sekolah sebab ape..sebab semua kawan-kawan Ey dan Ey sekali hilang.Semua pergi merayau.Tempat Ey paling suka adalah bilik kaunseling,surau,bilik English dan bilik SPBT.Ey dan kawan-kawan biasanya lepak je.Ada satu masa tu kitaorang kat surau.Sebenarnya bukan surau tapi musollah apa entah nama dia😂.Ey dan kawan-kawan duduk situ sebab nak lepak lepastu tolong sikit-sikit.
Ey ingat lagi yang kawan Ey pergi ke tempat orang khutbah tu.Lepastu kawan Ey tu pergi ke tempat tu lepastu dia buat ceramah kat situ.Lepastu Ey cakap 'Bukan Imam ke kena bagi ceramah'.Lepastu dia cakap 'Memanglah Imam tapi yang ni Imamah.Gelaran Imam bagi perempuan'.Tak senak lagi kitaorang gelak terbahak-bahak kat situ.Imamah celah mana pulak dia ambik perkataan tu😂😂.

Lepastu kitaorang lepak kat bilik kaunseling.Sebab ape..sebab bilik tu ada dua bilik satu bilik untuk cikgu lagi satu bilik untuk berehat.Kat situ lah kitaorang berbual,bergalak semua lah ada.Lepastu diorang pergi cerita pasal hantu.Naik bulu roma Ey tau korang cerita.

Lepastu kitaorang lepak kat bilik SPBT.Kat situ ada banyak buku.Lepas je UPSR,kitaorang semua tolong cikgu bagi buku,pulang buku,cop buku,susun buku,cop tangan sendiri..opss..tapi memang betul pun.Habis tangan Ey penuh ngan cop😂.Ey memang suka cop-cop benda ni walaupun benda tu akan jadi comot atau terbalik😂.Kekadang kitaorang suka jaga kaunter kekadang suka susun buku.Ada jugak kitaorang bergalak kat situ😂.

Bila fifikirkan balik,banyak kenangan Ey dengan rakan-rakan Ey.Sekarang Ey tak leh nak bergalak ngan diorang sebab diorang dah bersekolah menengah kat tempat lain.Ey rindu sangat-sangat kat korang..harap Ey boleh jumpa diorang

Lepastu Ey masuk sekolah menengah.Kat situ pulak banyak lah perangai yang macam budak-budak.Ada satu masa tu,kitaorang ada jamuan raya.Lepastu kitaorang sediakan air gas untuk minum.Ey tak minum sebab Ey tak suka sangat.Leoastu diorang gi campur air gas yang berlainan perisa dalam satu cawan.Lepastu diorang cakap 'weh-weh air ketum weh'.Kejadah dia air ketum.Bila difikirkan balik kelakar ada nak marah pun ada tapi memang tak boleh blah gila.Air ketum😂😂.

Lepastu ada lagi..masa tu kitaorang kena ambik gambar untuk majalah sekolah kitaorang.Kitaorang kena duduk di bawah cahaya matahari.Kalau nak muka steady memang tak leh sebab masing-masing buat mata sepet gila dengan Ey sekali.Mata Ey pun berair macam nak nangis sebab mata masuk habuk.Banyak pulak tu😂😂.

Ey masa form 1 kena inject.Masa tu Ey rasa nak meraung sebab Ey memang takut gila kat jarum.Ey pun adalah irang yang last dalam kelas Ey untuk inject😂.Inject yang Ey kena adalah khas untuk budak perempuan form 1 je sebab itu adalah untuk mencegah kanser Servik.

Ey kalau bersukan banyak betul request ngan cikgu macam tembak rusa lah galah panjang lah apa lah.Tapi Ey paling suka tembak rusa dan galah panjang sebab ia melatih kita punya badan untuk lebih fleksibel.Ey main je badan terus jadi licik.Kekadang Ey nak buat aksi sikit tapi takut kalah pulak😂.

Ibu Ey kan cikgu jadi ape-ape program sekolah ibu Ey aka sekolah lama Ey buat Ey akan ikut.Sampaikan diorang gi legoland pun Ey ikut walaupun sekolah Ey buat ceramah pasal soalan KBAT.Jadi kalau ada orang yang baca ni jangan jadi macam Ey yang pentingkan jalan daripada belajar😂😂.

Walaupun Ey dah sekolah menengah tapi Ey tetap menjadi fanantic kepada kartun😂😂.Tapi kekadang diorang cakap yang Ey ni minat kartun tak pernah fikir luar otak padahal orang yang tengok kartun ni berimaginasi tinggi okey..korang setuju tak?

Ey dari dulu suka melukis.Pernah sekali Ey melukis pakai watercolour.Habis satu buku kertas lukisan Ey ambik lepastu jemjr kat dapur😂😂yang peliknya ibu bapa Ey tak marah pun😂😂.

Aaah Ey baru teringat yang masa dulu ayah Ey nak renovated dapur.Ayah Ey pergi simen lepastu letak mozek kat situ.Mula-mula Ey fikir lain iaitu Ey ingat ayah Ey nak buat kolam kat dapur..Apa lah Ey ni😂😂.

Ey ada kolam kecil bukan kolam besar yang macam artis punya tu.Ayah Ey buat lepastu Ey mandi kat situ.Hampir setiap hari juga lah.Lepastu kolam tu bocor jadi tak leh nak tadah air.Kalau tadah nanti tak penuh jadi kolam tu Ey namakannya 'Kubur Katak' sebab katak selalu terlompat kat situ lepastu mati😂

Ada banyak lagi Ey nak cerita tapi sampai situ je lah.Ok task dah siap walaupun dah nak hujung-hujung😂😂
Mami dah siap dah!

TunIndah

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top