Seram part 1

Assalammualaikum guysss!!!

Ce teka, sape akuuuu???

Okey, tajuk kali ni, agak menyeramkan. Benda ni berlaku time aku kat asrama haritu. Bulan puasa pun ada tauuu guyssss... HOHOHOHOOO ^0^

Sat, sape aku???

Aku adalah ahli team GS yang paling lambat balik rumah. 

Ofc la Arleeeeeeeee.... Tiiibeeer... (terbyg ustz aku ckp tiber)

Memang tibeeer... Astaghfirullah---

--------

Begini, first day balik asrama, F4 & F5 solat kat dorm. Dorm aku ada F4 n F5 je. Maka kami pun solat Maghrib Jemaah. Time rakaat ke berapa aku x ingt, time baru nak sujud. Elektrik terputus tanpa sebab yg mungkin kerana kilat. Helok nggak da angin ribut taufan. Gelappp! Nasib tak batal solat kamiii...

Lalu, kami pun lepas solat, perlu berangkat pergi ke surauuu... Kenapa kene pergi surau, ek??? Padahal lepastu kitorang naik dorm. Hmm... Biarlaaaah... Kitorang pun siap-siap lu, pakai baju t-shirt labuh, pakai tudung, pakai stokin, yang pakai handsock, pakai la handsock. Dah siap semua, kitorang pun keluar dari dorm. Yelah, sape je nak tinggal sorang-sorang dalam dorm gelap tu. Ada lampu pun duk sensorang, seraaam.

Aku duk tingkat atas, tingkat 3. Dengan bantuan lampu belajar, kami pun turun ke surau. Kami pun turun macam biasa. Bising-bising. Biasalah, perempuan kaaan. 

Sampai je depan surauuu...Time aku nak cabut kasut sebelum nak masuk surauuu.. dengar orang menjerit. Ha, sudah! First day dah ada. Be like n dah biasa, sebab kitorang pun dah diinformkan, asrama tu 4 tahun sekali akan berlaku kejadian yang paling teruk. Haish.. Aku redha je. Latest paling teruk, 2017. Maka, kira-kira, tahun ni peristiwa akan berulang. Cumaaa... Kalini maybe teruk, sebab dah banyak kali tinggalkan asrama berbulan-bulan. 

Selepas tu, dah tak ada apa sangat pun. Asrama akan dipagar setahun sekali. Sebelum bulan Ramadhan, kitorang ada buat pagar asrama dan sekolah. Sekolah and asrama kecil je. Buka-buka pintu dorm, dah nampak sekolaaah. Cuti-cuti pun nampak sekolaaah. HOHO

Nak dijadikan cerita, kitorang pun pagar sekolah dengan bantuan Ustaz-ustaz Syifa'. F4 &F5 yang tolong pagar. Aku nak join, tapiii... Tak mengapalah, kawan aku yang seorang ni kata dah ramai, padahal baru 10 orang. Kawan aku yang P.K Asrama kata ramai-ramai lagi bagus. Tapi, kitorang kenal sangat perangai makhluk yang seorang tu. Malas nak gaduh-gaduh. 

Tapi, tulaaa... Ada form 1 ni bawa tangkal. Haish, maka kalau pagar pun, benda tu tetap ada dalam tu. Parents dia bekalkan tangkal sebab tak nak toyol curi duit. Kitorang be like. Tu semua kawan-kawan dia je. Sama je, kawan tolong kawan. Hay, tepuk dahiii... 

Masuk bulan Ramadhan, start dah benda tu berleluasa. Banyak kejadian. Hahaha, aku pun tak terkecuali. Cuma aku just terdengar-dengar. Alhamdulillah, aku tak nak nampak and tahu tentang benda tu.

One day ni, Ketua Asrama nampak 'Akak' tu lalu kat koridor aras 2, time Solat Tarawih. Time tu Ketua Asrama cuti solat, dia pun pergi jumpa warden atas urusan asrama. Dia dari bawah nampak 'Akak' tu lalu dari hujung koridor sampai hujung koridor. Lepastu hilang! Uwu, bapak seram bhai. Time tarawih, awal lah dia wat job. 

Di hari yang sama, ada sorang budak form ni pun nampak benda yang sama time dia dekat dalam dorm. Maka tak disangkal lagi, ia benar.

Aku pula, pernah dengar. Bukan aku seorang je, ramai jugalah. Orang bercangkul malam-malam. Belakang asrama kitorang adalah padang sekolah. Dekat padang tu ada pokok asam jawa. Pokok asam jawa tu dekat je dengan asrama kitorang, belakng je. Pokok tu besar. Memang tinggi sampai tingkat 2. Aku tingkat 3. Tak jauh pun. Kitorang dengar orang bercangkul. Apekah. Memalam??? Sape nak buat kerja tu memalam. Lagi-lagi padang tu pun dah lama kitorang tak pergi sebab tak boleh buat aktiviti sukan. Tinggi dah rumput padang aku tengok. Sian... Aku time tu, husnudzon, maybe orang dekat kedai depan, kot. Tengah betulkan apa-apa. Tapi tulah, member aku yang lain dah fikir lain. Maka, ia masih misteriii...

Di hari yang sama, pasal cangkul ni. Dorm sebelah dorm aku ni memang belakang dia pokok asam jawa. Lepastu time tarawih kot, ada orang baling batu ke tingkap dorang. Gila lah kalau orang baling. Benda tinggi kot nak sampai. Malam-malam lak tu. Ada sorang akak ni, dia family Syifa', dia gi tengok keluar tingkap. Dia, "Astaghfirullah". Tahu-tahu jelah apa dia nampak. 

'Gula-gula' lompat. ngisauuu--- Ada satu harini, beberapa orang batch aku kene solat jemaah dekat dorm form 1. Haish, kalau aku citer pasal form 1 pulak. Tak habis chapter ni. Hahahaha.. Form 1 punya dorm di aras 2, yang 'akak' tu ada lalu. Time tengah solat, dorang dengar 'benda' tu lompat. Masha Allah. Kesian dorang yang kene solat situ. And, dorm tu lah ada budak yang bawa tangkal and still ada tangkal. Dia just pulangkan pada akak exco bekas. Tangkal, yelek.

See... Menambahkan masalah je benda-benda ni.

One day ni, aku and ahli dorm yang lain solat jemaah dekat dorm kitorang la. Lepas tu aku and member aku dikacau pemikiran sepanjang solat. Kitorang terbayang time salam benda tu sergah kitorang la. Dari start solat tarawih, sampai solat witir. Akak imam tarawih dan imam witir kene kacau dengan benda tu. Sorang akak ni, time solat tarawih, benda tu saje tunjuk muka dia. Kesian akak tu, time solat dow. Akak yang aku ada citer dia tengok tingkap dorm dia.. Dia punya kaki kene tolak dari belakang, time witir baca doa qunut. Ish ish ish... Kacau kitorang time solat, bhai.

Hmm... Pasal dorm aku pula. Ada satu malam ni, lepas tutup lampu. 10 minit kemudiannya, ada 3 orang dormmate aku yang dengar tingkap kitorang kene baling batu. 3 kali jugaklah. Dorang tidur ramai-ramai dekat lantai. dorang pun berpelukkan tangan. Akuu time tu dah tidur. Alhamdulillah.

Tapi... aku pernah dengar, time tu tengah tido. Tetiba pulak kipas atas aku ni nak gosak. So, bising. Aku tak leh tido. Aku duk katil atas. Memang susah nak lelap. Macam-maca aku fikir. Aku tak buka mata. Aku tutup muka aku dengan selimut. And aku ada terlelap sekejap, lepastu aku termimpi aku macam kene tarik. Lepastu aku jerit panggil akak dorm aku yang tido kat lantai tu. Alhamdulillah mimpi sahaja. Lepastu, kipas tu pun dah bising-bising, dia mati. Hais, kipas. Lepastuuu, aku dengar 2 kali, tingkap kene baling batu. Aku dalam hati, "jangan kacau aku". Aku tak leh lelap. Aku istighfar sampai dapat tido. Dah le esok sekolah. Nasib tak tido dalam kelas.

Latest, sebelum balik.. Aku jadi imam witir. Dengar orang berborak walhal semua solat. Ehek. Sabar aja akuu. Ni dorm yang akak syifa' punya dorm tu. 

Ouh ya. member aku citer. Kitorang kan balik hari ahad. Pagi ahad tu kul 1 pagi gituw, ada 2 makcik guard yang jaga asrama. Makcik guard sorang ni boleh nampak. Dia nampak ada kereta masuk. Perempuan and budak lelaki. Lepastu dia keluar, budak lelaki tu tak ada. Benda ni berkait dengan pasal yang kene kacau dekat surau tu. Budak lelaki tu lah yang kacau. Awallah mak dia hantar anak dia ke asrama. Haish...

Begituwlah. Aku pun, bukan kuat sangat. Boleh-boleh je. Time yang dikacau pemikiran tu pun, time solat tak khusyuk and aku doa supaya Allah tak buka hijab aku. Aku tak nak tau pasal benda-benda tuu.

Maka, itu sahaja kisah seram Ramadhan akuu.. Disebabkan tu, aku tak tido katil aku, aku tido katil member aku. Member aku tu memang fly dorm lain.

Tamat!

Itu sahaja kisah seram di bulan ramadhan daripada Arlee. Kalau tetiba ada wattpaders yang budak sekolah aku. Faham-faham lah, siapa saya. Kalau anda dapat cam laaa... HAHAHA.. 

Byeee---!!! Aku harap, naik sekolah ni.. Oey sahaja.

Ouh ye, lupa nak kata. Benda tu dah bagitahu awal-awal, standby lepas raya... Muahahahaha! Bapak seram la ... Aku macam tak nak balik asrama pula rasa kalau begini. 

Okey, bye! jumpa lagi di chapter yang lain bersama-sama dengan ARLEE!!!

1254 words

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top