¿¿Q&A!!

Hollaaa~ xD Hahaha! Ceria semacam akak sepanjang chapter bederet ni!

Mula-mula, akak nak tanya sekali lagi! Best tak story yang akak tulis ni? Ini story pertama akak yang memang akak tak ubah langsung dari awal publish! Syukur rasanya akhirnya buku ini sudah berada di pengakhiran. Haa...ini sudah chapter last dah ni. Harap korang sudilah lepaskan buku ini berakhir macam tu saja ya? X,D

Ok kita tak payah cakap banyak sebab akak akan cakap lebih baaaaanyak dalam QnA kali ini.

Macam...tak ada sambutan sangat tetang QandA tu. Mungkin sebab tertunggu sangat nak tahu pengakhiran cerita ni kan? Jadi seperti yang korang sudah tahulah. Cerita dia habis dengan Happy Ending. ^^

Ok, tak payah basa-basi lagi. Jom, akak tolong bagi soalan dan jawapan terus. Soalan-soalan ni memang jarang orang tanya tapi ia berkait dengan story ini. ^^

Jom mulakan!

P/S: Berkemungkinan besar semua jawapan yang ada tidak ada di dalam story asal cerita ini sebab akak tak sempat nak selitkan.

.
.
.
.
.

1. Siapakah yang Halilintar suka sebenarnya?

- Ok, in simple words, Hali hanya suka Gempa saja. Memang sejak dari awal hingga akhir hanya Gempa ada di mata Hali.
- Taufan? Macam ni pula ceritanya. Akak pernah mention yang bila ke mana sahaja Taufan dan Hali berada, pasti Taufan akan heret Gempa sekali. Haaa...itu kerana Taufan sengaja mahu Hali terus-menerus sukakan Gempa.
- Pada awalmya Hali baru niat nak move on dari Gempa sebaik sahaja dia dan Taufan akan menikah, tetapi dibatalkan niatnya apabila dia mendapat amanah dari Taufan untuk mencintai dan meraih Gempa kembali.

2. Sewaktu kehilangan Hali, apa yang terjadi sebenarnya?

- Haa..yang ni pun ada di mention di dalam story. Tapi akak akan terangkan lebih detail dekat sini.
- Selepas ditembak bom, Hali sempat melompat keluar dari bot dan nak kata memang nasib menyebelahinya, awal-awal lagi Hali sudah meletakkan fonnya di dalam plastik kalis air dan ia selamat berada dalam poket kot nya yang dibutton rapat. Nasib Hali katakan. ^^
- Hali ada luka-luka kecil dan sederhana sikit pada wajah dan badannya kerana bom itu dan dia memang dapat rasakan yang orang bom itu memang sedang target dia untuk dibunuh. Oleh kerana Hali tak nak sesiapa terkorban, Hali membuat keputusan untuk berenang menjauh dari kawasan bom dan segera menelefon bodyguardnya. Dengan cepat bodyguardnya iaitu Iwan dan Stanley datang dan selamatkannya.
- Hali mengarahkan mereka membawanya ke sebuah pulau yang tertulis nama keluarga Hali di sana untuk menghilangkan diri. Malang sungguh Fang. Dia terlepas pandang bawaha keluarga Hali bukanlah keluarga kaya semata-mata. Tetapi keluarga yang punya agensi rahsia tersendiri yang akak tak masukkan ke dalam story.
- Jadi, Hali membuat keputusan untuk menghilang buat sementara waktu kerana dia ingin melihat apa niat sebenar orang-orang itu. Hali siap upah bodyguardnya untuk mencari orang bawahan untuk mengintip orang itu sehingga Hali ketahui, yang 'kepala' kepada orang-orang itu ialah Fang.
- Walaupun Hali biarkan saja, tetapi Hali sentiasa memerhatikan gerak-geri isterinya walau di mana sahaja Gempa berada. Tak kira Gempa keluar dengan sesiapa pun Hali tahu kerana begitu banyak orang bawahan yang diupah Hali untuk mengintip isterinya sendiri. (Padanlah Gempa selalu rasa ada orang sentiasa perhatikan dia... =^=')
- Dan sehinggalah hari ke-4 kehilangan Hali, Fang ingin melamar Gempa telah sampai ke telinga Hali. Jadi Hali membuat keputusan untuk pulang pada malam itu juga. Dia tidak mahu Gempa dimiliki oleh orang lain sedangkan suaminya masih hidup. (Dia punya cemburu tu lain macam! :v)
- Dan sebaik sahaja Hali pulang, dia membiarkan sahaja dirinya diketahui oleh orang bawahan Fang bahawa dia masih hidup. Dia mahu lihat apa rancangan Fang yang seterusnya.

3. Adakah Gempa betul-betul membenci ibu bapanya?

- Tidak. ^^ Gempa masih sayang dan sentiasa mendoakan keluarganya termasuk Taufan dan Tok Aba. Hanya Gempa tidak terlalu menunjukkan rasa kasih dan sayangnya kepada ibu dan bapanya terlalu menonjol.

4. Halilintar dan Gempa kan ada telefon, macam mana mereka akan contact antara satu sama lain jika salah seorang daripada mereka akan tinggal jauh?

- Kebiasaannya Hali yang akan (terpaksa) duduk jauh dengan Gempa kerana outstation. Tapi kalau outstation terlalu lama, Hali akan bawa Gempa bersama. (Tak nak isteri sedih nanti katanya. :v Yeke?)
- Ok kalau dalam call, mereka tak pakai call biasa. WhatsApp pun mereka jarang kerana mereka akan lebih kepada Video Call. Jika hal temeh dan kecil pun mereka akan Video Call. Lebih-lebih lagi Hali lah. Macam contoh waktu lunch, Hali ada meeting dan Gempa akan keluar bersama dengan yang lain, selesai meeting Hali akan terus video call dengan Gempa dan berbual dengannya sehingga Gempa habis makan. Hali tak makan? Dah kenyang tengok muka isteri katanya. =A='

5. Anak HaliGem seorang saja ke? Mereka tak terfikir untuk ada lebih?

- Hahahaha! X,D Soalan sensitif untuk Hali kalau dia dengar. Kalau ikutkan idea asal akak nak buat mereka akan ada sama ada 2 atau 3 orang anak. Gempa juga berkeinginan yang sama walaupun dia masih takut-takut dengan 'night excersice' dengan Hali.
- Tapi malangnya, Hali tak nak. Sebab kenapa? Waktu Gempa nak lahirkan Taufan, memang penuh kesakitan wajah Gempa melalui fasa itu dan Hali yang berada di sebelah pun ikut rasa kesakitannya. Jadi dia sudah tekad, tak nak seksa Gempa dah. Cukup anak seorang sahaja. Tak sanggup tengok muka kesakitan Gempa lagi. X,D (Serius Hali memang kebudakkan bila bincang topik ni)

6. Kenapa nama anak mereka Taufan? Adakah itu seolah kelahiran semula Taufan?

- Akak tak nak letak unsur kelahiran semula dalam buku ni. ^^ Jadi anggap sahaja yang anak mereka itu mirip Taufan (sebab Gempa kembar seiras Taufan....tapi lebih comel :v) tetapi bukan Kak Taufan Gempa.
- Mereka menamakannya Taufan kerana iris anak mereka mirip Taufan. Tambahan pula sifatnya tidak kalah ceria dengan arwah Taufan jadi mereka menamakan anak mereka Taufan dan mereka akan mencurahkan banyak kasih sayang kepada Taufan dan berikan kebahagiaan yang secukupnya. ^^

7. Waktu Gempa jadi PA Hali, dia pakai baju kurung saja ke?

- Yap! Pernah sekali dua ditegur Ais sebab kenapa Gempa tak pakai baju yang elegant sikit. Pantas Hali menyampuk. Katanya, "Aku tak nak jual maruah isteri aku dekat orang lain." Lagipun kalau-kalau orang tanya tentang diri Gempa di depan Hali, Hali akan terus berterus-terang menyatakan yang Gempa adalah isteri dia.

8. Selain telefon, ada lagi tak hadiah yang diberikan oleh Hali untuk Gempa?

- Ada! Banyak sangat! Tapi hadiah yang paling diingati oleh Gempa dan Hali ialah hadiah apabila mereka mahu ke honeymoon ke-2 mereka. Hari tu Gempa kebasahan kerana terkena hujan. Hali pun ikut basah juga, lagi teruk mereka tertinggal kunci bilik dan waktu itu sudah malam, jadi Hali membuat keputusan untuk sambil menunggu proses buka semula bilik tu, mereka pergi turun beli baju baru. Haa..part ni kelakar. Nak tahu hadiah apa yang Hali beli? X,D Memang makan penampar kuat betul Hali waktu tu. Sebabnya...dia tolong belikan 'baju dalam' untuk Gempa. :v Astarghfirullah budak tu...

9. Boleh tak akak ceritakan jalan cerita ini secara basics?

- Boleh! Ok akak mulakan dari awal. Seperti yang korang tahu, akak memang pakai idea asal. Semuanya asal belaka. Cuma ada beberapa bahagian akak terpaksa delete sebab nak habiskan 50 chapter kan. Ikutkan nak panjangkan lagi, tapi akak pun risau juga kalau-kalau lambat update ke apa. ^^

- Back to our topic, awalan dia akan menceritakan kehidupan universiti antara Halilintar, Taufan, Gempa dan yang lain. Mereka memang akrab lah. Usia mereka berbeza belaka. Kalau Hali, Taufan, Gempa, Yaya dan Fang adalah 25 tahun. Manakala Ying 24 tahun. Dan Blaze, Ais, Thorn dan Solar pula 23 tahun. Seperti yang korang tahu, Trio Hots tu (Hali, Blaze dan Solar) merupakan adik-beradik dan Blaze serta Solar pula kembar. Hali as an older brother.

- Sama juga dengan Taufan dan Gempa. Mereka kembar yang sangat rapat. Wajah mereka sama, tetapi wajah Gempa lebih bulat dan pipinya lebih tembam dari Taufan. Itu sebab Gempa selalu senyum. Manakala Taufan selalu ketawa. Haaa..berbeza tau 2 perkara tu. Ada sebab kenapa macam tu. Tak percaya, cuba ketawa dan senyum depan cermin. Jangan lama-lama pula, nanti orang kata syik sendiri. ^^'

- Ais dan Thorn pula bukan adik-beradik. Tetapi mereka rapat juga. Mereka berdua sebenarnya lebih selesa bersendirian dan buat hal masing-masing cuma bila diperlukan, mereka akan ada bersama. Biasanya antara mereka, pasti ada juga Gempa sebab mereka berdua lebih rapat bersama Gempa.

- Dan kalau diingat balik, Gempa menerima tawaran untuk sambung belajar dan dia kembali setelah 2 tahun berlalu. Kira baik juga Gempa tu. Patutnya 3 tahun perjanjiannya. Tetapi sebab Gempa tersangatlah jarang nak balik Malaysia, dia belajar di situ dengan bersungguh dan akhirnya rezekinya dapat mengakhiri pelajaran 1 tahun lebih awal dari yang lain.

- Setelah balik, Gempa dikejutkan dengan berita yang Taufan akan menikah dengan Hali. Sebenarnya tiada sesiapa yang melamar sesiapa. Hanya mereka berdua bersepakat untuk seriuskan lagi hubungan. Hali juga hanya sekadar biasa-biasa sahaja kerana waktu itu Hali perlu bertungkus lumus mengurus syarikatnya. Dan kalau korang nak tahu, mak ayah Hali tak pernah lagi bertemu Taufan. Tetapi Gempa mereka pernah. Waktu di sekolah menengah, mereka ada kelas tambahan dan pertama kali Hali perlu menunggu lama di sekolah. Gempa yang merupakan pengawas perpustakaan yang baru balik dari bertugas kebetulan ternampak Hali lalu mereka berbual sementara menunggu Hali pulang. Dan sebaik sahaja mak ayah Hali tiba, mereka melihat penampilan Gempa dan tingkah-laku Gempa. Ada mak Hali ingin mengatakan yang dia berkeinginan mahu Gempa menjadi suri hati Hali tetapi dia tak sempat. Takpe mak cik, jodoh tak kemana~ ;3

- Dan tanpa diduga, perkahwinan terpaksa dibatalkan kerana kemalangan yang menyayat hati. Di sini akak takde niat langsung nak buat Gempa lemah. Sama macam waktu Tok Aba meninggal dan Hali hilang. Cuma Gempa sentiasa stress dengan apa yang ada di fikirannya. Dia terlalu kecewa dan tertekan dengan mak ayahnya sehingga dia tidak ada sesiapa untuk menjadi pendengarnya. Hanya Taufan yang ada dan Gempa sentiasa berharap dengan harapan yang tinggi agar dia dapat bersama dengan kakaknya sehingga maut memisahkan. Dan ternyata ia hanya sementara, Taufan terpaksa pergi tanpa kerelaan Gempa. Siapa tak sedih? Orang yang kita sayang dan ingin sentiasa bersama telah pergi. :(

- Sama juga dengan Tok Aba dan Hali. Luka di hati Gempa masih belum sembuh sepenuhnya, dan sewaktu Tok Aba ada, hanya Tok Aba yang masih Gempa ingin bersama lebih lama. Cuma takdir, Tok Aba juga terpaksa pergi sehingga mental Gempa menjadi tidak terkawal dan ditambah pula dengan stress kerjanya di hari pertama. Sebab itulah Gempa menjadi hilang kawalan pada hari itu. Dan Hali pula, Gempa lebih kuatkan dirinya daripada menangis. Dia kalau nak menangis dia akan menangis seorang diri. Dan selebihnya Gempa akan cuba terima sahaja. Aish...sadis pula hidup Gempa ni. :'(

- Dan dipendekkan cerita, Hali kahwin dengan Gempa, mereka hidup dengan aman walaupun Gempa masih dalam luka trauma kehilangan kakaknya.

- Dan kemudian, selepas seorang demi seorang meninggalkan Gempa. Dan Gempa menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya, lukanya semakin sembuh dan hatinya terbuka kembali untuk menerima Halilintar sebagai suaminya.

- Namun siapa sangka? Dalam di luar jangkaan sesiapa, Hali menjadi target buruan oleh kumpulan Fang. Gempa pernah menyatakan bahawa dia tidak mahu dan sebolehnya halang Hali untuk pergi outstation, tetapi apakan daya? Tiada apa yang dapat mengubah takdir. Hali pergi, dan diserang. Hal ini sudah pasti mengejutkan Gempa dan menambahkan lagi lukanya yang hampir pulih setelah kehilangan Taufan dan Tok Aba. Gempa menjadi tidak tenang dan sering menangis di kala malam hari walaupun dia tidak menunjukkannya.

- Dan sehinggalah, Hali kembali semula. Pada hari itulah, segalanya menjadi lebih baik. Mereka berdua semakin rapat dan mesra sebagai suami isteri.

- Namun kebahagiaan hanya sementara apabila Fang datang kembali untuk menculik Gempa. Dan Fang berjaya menculik Gempa di luar pengawasan Hali. Dan begitu mudah, Hali mengetahui segala berita dan lokasi mereka berada lalu menyerang balas di atas segala perbuatan Fang. Walaupun Hali tidak berniat melakukan lebih, namun dia terpaksa. Dan dia secara tidak sengaja membunuh Fang.

- Pengakhirannya, Hali membuat keputusan untuk lebih menjaga Gempa sebegitu juga dengan Gempa. Mereka lebih rapat dan erat antara satu sama lain sehinggalah lahirnya cahaya mata mereka iaitu Taufan. Anak lelaki kesayangan mereka. (Yang bakal menerima adik baru lagi~)

Hmm...rasanya dah banyak dah akak terangkan segalanya. Ha, kalau korang ada lagi atau rasa-rasa macam nak tanya lagi, silakan tanya di ruang komen dan insyaAllah akak akan jawab semuanya! ^^

Terima kasih sudi support akak! Sayang korang my lovely readers!! XD

End Here (?)




























































































Psst-

Tadi korang yang tanya akak kan? Ha, sekarang. Mari akak tanya korang pula. 1 soalan je!

Antara buku ini, (di bawah) korang pilih dan vote yang mana korang nak baca seterusnya? (Setelah semua cerita selesai~)

●Pilihan 1

Ship: Tauxfem!Gem
Title: Senorita~

Little summary:

»» Gempa hanya gadis universiti yang biasa. Hanya bekerja sambilan di kedai sebaneka untuk mengisi masa lapang justeru mengumpul duit poket bulanannya bagi membantu menampung keluarganya. Siapa sangka? Dia akan bertemu seorang lelaki periang misteri yang baru hari itu, malam itu dan waktu itu mereka pertama kali berjumpa, tiba-tiba menyatakan perasaan kepadanya?! Lagi teruk, baru beberapa hari kenal, dia datang kembali untuk melamar Gempa?! Tak masuk akal! Tapi kenapa...bila lelaki itu tiada, Gempa rasa lain?

●Pilihan 2

Ship: Blaxfem!Gem
Title: Coach Crush Little(Big) Secret?

Little summary:

»» Blaze hanyalah coach bola sepak yang mengajar anak didiknya di sebuah  sekolah menengah yang terkenal. Dia suka bersukan dan menyanyi. Wajah juga boleh tahan. Tapi...kenapa dia harus bertemu seorang gadis beriris emas ini? Gadis tu selalu bertopeng muka, tangan selalu ada penyapu atau mop lantai, tak suka bercakap dan sangat mementingkan kebersihan! Pelik! Kenapa Blaze selalu tertarik pada gadis itu? Dan perwatakan dia hanya biasa-biasa saja tu! Tapi...kenapa gadis itu sudah tiada di saat Blaze mula suka padanya?

● Pilihan 3

Ship: Aisxfem!Gem
Title: Start with Your Tears

Little summary:

»» Semenjak bertemu dan bertentang mata di underwaterworld park, mereka sering bertemu. Tetapi pertemua mereka pastinya akan bermula dengan aliran air mata. Seorang lelaki yang pendiam dan lebih gemar bersenang-senang bersama dengan gadis yang pemalu dan gemar menyendiri? Macam mana tu? Namun, siapa sangka? Kesejukan perbualan mereka membuatkan hati yang membacanya akan terasa hangat. Gempa suka memandang iris Ais yang lembut warnanya seperti air laut yang bersih. Manakala Ais, melihat senyuman Gempa amatlah tenang baginya.

● Pilihan 4

Ship: Thornxfem!Gem
Title: Florist Boy

Little summary:

»» Thorn hanya florist lelaki yang masih di umur yang muda. Masih baru lepasan universiti. Dia mengambil keputusan untuk terus dengan minatnya ke atas bunga dan tumbuhan walaupun sering dihalang oleh keluarganya. Di saat hati sudah perit menerima segala kesakitan, Thorn menerima seorang pelanggan yang merupakan gadis sekolah menengah tinggi tahun akhir yang menarik perwatakannya. Sering bertanya tentang bunga dan sering teruja apabila mendengar setiap kelebihan dari bunga itu. Setiap minggu gadis itu akan datang dan terus datang. Thorn sukakan gadis itu, tetapi kenapa dia hilang dan tidak kembali semula?

● Pilihan 5

Ship: Solxfem!Gem
Title: Dear Idol, Why Me?

Little summary:

»» Tak boleh bertemu, mesti akan bergaduh mereka berdua ni. Si lelaki ialah seorang idol, penyanyi dan pelakon yang terkenal di negara mereka. Manakala gadis itu hanya budak sekolah menengah tinggi biasa yang hanya hala tujunya adalah untuk berjaya dan bekerja untuk menolong keluarganya. Mereka bertemu bukanlah kerana si gadis ini meminati lelaki itu a.k.a Solar. Tetapi kerana terpaksa menemani kawan baiknya bertemu idol tersebut sewaktu persembahan nyanyian diadakan di negeri mereka. Oleh disebabkan sekali ditegur oleh gadis itu a.k.a Gempa, Solar terus beradu mulut dengannya. Namun apabila ditanya adakah Solar sedang menjalani hubungan mesra dengan Gempa, kenapa Solar diam sedangkan Gempa bersungguh menafikannya?
.
.
.
Haaa~ itu pilihannya. Macam mana? Semua menarik kan pengenalan ceritanya? Akak dah habis fikir dab setiap jalan ceritanya. Dah ready dah beberapa chapter dalam stories tu semua. Tunggu korang vote dan pilih yang mana korang nak ia dipublishkan dan korang dibenarkan untuk vote mana-mana buku korang nak dan seberapa banyak mana pun korang mahu vote! Vote yang paling banyak akak kan publish dulu! XD

Eh? Tertinggal sesuatu?

Hmm...macam mana dengan 2 pilihan terakhir ini? Uwu

↓↓↓↓

Ekstra Pilihan Terakhir!

● Pilihan 6

Ship: Halixfem!Gem
Title: I'm Just For You, Gempa

Little summary:

»» Gempa hanya gadis biasa yang mempunyai kepintaran yang tinggi. Dia juga baik dan peramah. Murah senyum pula tu! Tetapi kenapa ramai yang tidak tertarik kepadanya? Sebab saiz badannya lain dari yang (canon) biasa kita lihat. Sungguh 'lebar' :v. Namun siapa sangka? Dalam diam Gempa menyimpan perasaan kepada lelaki yang ter-ohok!-hensem-ohok! di sekolah itu! Halilintar. "Kau tu dah lah gemuk! Sah-sah senget pelamin nanti kalau kau nikah dengan aku!" Tapi si jejaka Halilintar ini bukan seperti putera-putera luar sana. Tak cukup dengan mulut berapi tanpa lesen, pemalas, pembuli, pemberontak, kaki pukul dan banyak lagi sampai hampir masuk senarai hitam. Untung dia salah seorang pelajar terpintar di sekolah. Akibat dari kata-kata yang hina itu, di sekolah rendah, Gempa membawa diri yang terluka ke luar negara dan di akhir sekolah menengah tinggi dia datang kembali. Dengan rupa yang baru. "Aku suka kau" Jumpa di pandangan ke-2 terus meluahkan perasaannya. Hali tidak dapat menahan perasaannya memandang Gempa yang cantik seperti bidadari di matanya. Tetapi... "Hahaha! Kau tu dah lah pemalas, kaki pukul! Ada hati nak couple dengan aku? Nanti tak pasal-pasal aku juga join masuk lokap dengan kau! Sorrylah. Reject!" Hanya kepada Halilintar Gempa akan dingin seperti ais (krim). "Aku sanggup jadi gemuk sama macam kau dulu untuk tebus kesalahan aku." Ok ini kerja gila. Kenapa hanya semata mahu Gempa menerimanya, dia mahu lakukan perkara pelik macam tu?!

● Pilihan Ekstra!

Ship: Halixfem!Gem
Title: In LOVE with YOU (After)

Little summary:

»» After From Me To You. Hidup dalam keluarga tak selalunya bahagia. Lebih-lebih lagi melayani kerenah suami dan anak yang macam-macam. Cabaran di dalam rumah tangga sungguh memenatkan dan melelahkan. Tetapi jika iman dan usaha yang kuat, pastinya akan tersenyum juga. Di dalam setiap doa, namamu takkan ku lupa. Semoga kita setia berdua, hingga ke Jannah bahagia bersama. Hali, si suami mahu lakukan yang terbaik kepada isteri dan anaknya. Dan Gempa, berharap agar dia dapat terus mencintai suaminya selamanya hingga ke Syurga.





Hohooo~ akak tak dapat janjikan yang After Story tu. Sebab kalau boleh tak nak lah ship yang sama sentiasa kan? Eh, tapi kalau korang masih mahukan HaliGem akak dengan gembiranya menerimanya!

Jangan lupa vote dan undi!
Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca hingga ke akhir chapter ini.
Sampai jumpa nanti!
Bye!
Assalamualaikum. ^^/

Author,

Zie♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top