~50~
VRROOOMMM!!!
Dengan kelajuan 180 km/j sebuah kenderaan beroda empat memecut laju di jalan raya yang kurangnya kenderaan kerana pada waktu itu jam sudah menunjukkan hampir 11 malam.
Tidak pedulikan apa nasib yang bakal menimpanya, di dalam fikirannya dia lebih fokuskan kepada seseorang yang dia perlu segera selamatkan manakala di dalam hatinya bagaikan baraan api yang menyala dengan besarnya.
Persis perlumbaan kereta, pemandu kereta tersebut membelokkan keretanya di setiap selekoh. Bagaikan seorang pemandu kereta yang sangat handal.
Dalam wajahnya yang serius itu, kedengaran bunyi telefon menganggu pemanduannya. Dia hanya sekadar mengangkat dan kedengaran suara adiknya dari hujung talian.
Blaze: Abang! Abang Hali janganlah gerak laju sangat! Aze boleh nampaklah dari dalam GPS Location ni!
Hali: Ckh! Aku takde masa lah nak kena ikut peraturan tu semua! Aze, kau ikut aku dari belakang!
Blaze: Ok...tapi nanti abang lah yang sampai dulu! Kami masih di separuh perjalanan abang!
Hali: Ok!
Hali menutup call antaranya dan Blaze. Hali menarik dan mengehela nafas. Kini iris rubynya mula bernyala terang. Seperti terdapat bara api di dalamnya.
Hali: Kau tunggulah Fang...aku akan pastikan kau tak dapat tengok dah matahari esok..!
Selesai mengucap kalimat tersebut, terus Hali memecut ke depan di dalam jalan yang sunyi itu.
.
.
.
Kenderaan merah Hali berhenti di kawasan yang penuh dengan semak dan belukar. Hali mengintai dari balik cermin keretanya. Di hujung pandangannya, terdapat sebuah rumah sederhana besar yang hanya terang di luar rumah namun langsung tidak bercahayakan lampu di dalamnya.
Hali: Tsk-! Kalau aku main redah je nanti masalah pula... haizz...
Hali menyandarkan dirinya di tempat duduk pemandu. Seketika kemudian dia mendapat panggilan. Hali menjawab panggilan tersebut.
Hali: Helo...ya. Aku dah dapat alamat mamat tu. Korang berdua boleh rehat sekarang. Takpe aku settlekan semuanya. Itu sahaja, Iwan.
Hali mematikan panggilan. Dia mengehela nafas melepaskan kelelahan.
Mengingat kembali keadaan sewaktu dia mengamuk, dia mendapat 1 mesej dari 2 bodyguardnya sebaik sahaja dia selesai menumbuk 7 keping kayu yang sederhana tebal itu.
Hali melihat tangannya yang mempunyai kesan luka yang berwarna kemerahan itu. Darahnya sudah membeku. Kelihatan juga beberapa kesan aliran darah yang mengalir keluar dari luka itu yang kini sudah membeku.
Hali mencapai dashboard lalu membukanya. Seperti yang disangkakan. Terdapat 1 paket tisu basah di dalamnya yang masih belum terbuka. Hali mengambilnya lalu membukanya dan mengeluarkan beberapa helai tisu basah dari paket itu. Lalu dia terus mencuci darah beku dari tangannya. Kadang ada berdesis menahan sakit luka yang baru itu.
Hali melirik ke arah rumah gelap itu. Pandangannya serius seperti menantikan waktunya dia memulakan perlawanan akhirnya.
.
.
.
PADA MASA YANG SAMA DI DALAM RUMAH ITU
Gempa: Urgh...
Gempa tersedar dari pengsannya. Dia mencuba untuk melihat kawasan sekelilingnya dan mengenal kawasan itu. Namun dia tidak berjaya. Dia baru tahu yang dia sekarang berada di dalam kawasan yang luas dan gelap. Perabot-perabot yang berwarna hitam dan kerusi meja kayu yang sudah lama dan tunggu untuk mereput sahaja.
"M-mana aku ni...?"
Desis hati Gempa dalam kerisauan. Dia mula rasa ketakutan. Melihat dirinya sendirian di dalam kegelapan yang hanya diterangi sipi-sipi oleh cahaya bulan.
???: Sudah bangun, sayang?
Kedengaran tapak kaki berjalan dan menghampiri Gempa sambil menyuarakan soalan kepada gadis itu. Gempa melilau-lilau mencari pemilik asal suara itu. Dia cuba untuk bangun dan lari, namun baru dia sedar. Diriya diikat di sebuah kerusi. Tangan dan kakinya diikat kuat tanpa aa ruang untuk dia bergerak sedikit.
???: Ckh..ckh..ckh...Gempa tak perlu takut~ Fang takkan buat Gempa merana macam dia...
Gempa terkejut apabila mendengar nama yang disebut itu. Fang?! Pantas Gempa ternampak munculnya susuk tubuh seorang lelaki berkot ungu gelap menghampirinya. Cermin mata yang setia di wajahnya dan irisnya yang menyeramkan itu...
Gempa: F-Ffaang...?
Terketar-ketar suara Gempa apabila melihat Fang yang kini sedang berdiri di hadapannya. Walaupun masih dalam jarak yang jauh, Gempa sudah merasakan satu aura tidak sedap datang dari Fang. Gempa mula menggigil. Apa patut dia buat sekarang?
Dan belum sempat Gempa memikirkan jalan keluar, Fang sudah berada dekat di hadapannya. Gempa memandang Fang takut. Manakala senyuman sinis masih di wajah Fang.
Fang: Sayang, jangan takut. Aku takkan apa-apakan kau.
Tangan Fang mula menghampiri wajah Gempa. Namun Gempa cepat-cepat mengalihkannya. Gempa tidak peduli, dia tidak mahu disentuh oleh 'manusia' seperti itu!
Gempa: Jangan pegang akulah!
Fang: Marah? Kenapa..? Suami kau tak layan kau dengan baik? Heheh~ takpe sayang. Aku kan ada?
Gempa: Pergilah kau! Aku ni isteri Halilintar dan aku bahagia bersama dia!!
Fang: Tak, Gempa. Aku tak nampak mana kebahagiaan itu. Kau tak tahu? Siang malam aku perhatikan kau, Gempa.
Sambil berkata dengan nada lembut sambil tangan Fang menghampiri wajah Gempa. Dia mahu menikmati saat itu bersama Gempa.
Tangan Fang tiba di tudung Gempa. Perlahan dia mahu membuka tudung yang selama ini menutup rambut Gempa yang hanya Hali sahaja sah melihatnya.
Gempa: L-lepaskan aku!! Apa kau buat ni hah?!!
Fang: Takpe, sayang. Sekarang hanya ada kau dan aku-
Gtang!
FWOOOOMMMM~!!
Kata-kata Fang terhenti. Kedua wajah Fang dan Gempa jelas memaparkan reaksi terkejut apabila melihat api yang marak tiba-tiba masuk.
GANG!!!
Dan sekali lagi dikejutkan dengan pintu yang tiba-tiba terbuka dengan kasar walaupun sudah berkunci.
Dan di muka pintu, kelihatan Halilintar berdiri dengan kilauan iris rubynya yang merah menyala. Bersama dengan sekeliling yang sudah marak dengan api.
Hali: Boleh kira aku sekali?
(A/N: Kalau nak lagi epik, buka lagu atas ni sambil baca! XD Enjoy!)
Setelah berkata sedemikian, Hali merenung Fang tajam setelah memandang Gempa yang sedang ketakutan.
Fang bangun dari duduk mencangkungnya bersama senyuman sinis dan melepaskan tangannya dari memegang tudung Gempa. Fang berdiri sambil berpeluk tubuh dan berjalan menghampiri Hali.
Fang: Hooo? So kau datang? (smirk)
Hali: ...
Fang: Kenapa diam? Marah?
Hali: ...
Fang: Salah ke aku nak sentuh dia-
Hali: Dia isteri aku.
Aura Hali semakin kuat. Fang memandang Hali menyampah.
Fang: Heh, itu aku tahulah...
Hali menjengkilkan irisnya. Diikuti genggaman tangan yang sudah kuat dikepalnya. Gempa yang memandang tangan Hali mula risau akan keadaan yang bakal berlaku selepas ini.
Hali: Jadi apa hak kau nak pegang dia, hah?
Fang merenung wajah Hali sambil mendengus geram. Dia menjeling ke arah anak buahnya yang diam statik di sisi. Anak buahnya yang faham terus melemparkan sebatang paip besi kepada Fang dan disambutnya.
Fang: Kau berani nak ambil dia balik? (smirk)
Hali: Lebih dari beranilah.
Setelah berkata sedemikian, kini Hali bersama Fang sedang berada dalam posisi sedia untuk berlawan. Dan tanpa membuang masa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tap! Tap! Tap!
Fang: HAAARRRGHH!!!
Fang berlari ke arah Hali lalu menghayunkan paip besi tadi. Hali mengelak dan mula masuk ke dalam bangunan usang yang gelap tersebut.
Fang menjeling Hali geram sambil mengetap gigi.
Fang: Kata berani sangat kan?! Mari lah lawan!!
Hali hanya memandang Fang dengan pandangan menjengkelkan. Kemudian Hali menjeling ke arah sisi kirinya. Tempat Gempa berada. Gempa memandang Hali dengan ketakutan.
Gempa: ...H-Halilintar...
Hali memandang ke hadapan kembali. Di dalam hatinya mengucap kata syukur kerana Gempa masih ok dan tidak diapa-apakan.
Hali kembali mara untuk berlawan dengan Fang.
Gempa memandang pertarungan itu. Dia sedang cuba berfikir. Apa patut dia buat? Dia tidak boleh terus diamkan diri! Gempa melihat sekeliling.
"Kaca!"
Gempa cuba mengesotkan kerusi yang diduduki olehnya. Dan kebetulan salah seorang anak buah Fang ternampak lalu berlari ke arah Gempa dan menerpa Gempa kasar.
AB: Hoi! Kau nak lari ya?!
Gempa: (shock) I-itu..s-saya.
Fang: HALIIIII!!!!
Situasi mereka terganggu kerana suara Fang. Pantas keduanya memandang adengan perlawanan tadi.
Fang masih menghayunkan batang paip besi ke arah Hali. Hali pula masih mengelak dari setiap serangan itu.
Pandangan anak buah Fang teralih seketika memandang Fang dan Hali sedang berlawan. Dan Gempa menggunakan kesempatan untuk menjatuhkan diri dan mengambil kaca yang berada tepat di belakangnya.
"Dapat!"
AB: HOI!!!
Baru sahaja anak buah Fang mahu menghampiri Gempa, tiba-tiba bahunya disentuh (dicengkam) kuat oleh seseorang dari belakang.
AB: Huh?! (shock)
Hali: Jangan kau dekati isteri aku...
Dengan jelingan maut dan sekali pukulan di muka, Hali menumbuk anak buah Fang yang malang itu tanpa belas kasihan sehingga dia terjatuh dan terus tidak sedarkan diri. Hali mendengus sambil merenung tajam lelaki itu.
Gempa: ...ah! K-kaca...
Gempa cuba memberikan serpihan kaca kepada Gempa. Hali mahu menerimanya sebelum tiba-tiba datang satu paip besi ke arah mereka dan di luar jangkaan, besi itu terkena lengan Gempa.
Gempa: Argh-!
Ktang!
Gempa: Sst...ughh...
Hali merenung ke arah tangan Gempa yang sudah mula keluar darah pekat dan terkena bajunya. Hali menoleh ke belakang. Memandang Fang yang sedang menunduk sambil mendengus amarah.
Fang: Lawan akulah bodoh!
Hali: Ckh, menyusahkan.
Hali memotong tali yang mengingat tangan Gempa dalam diam dan sebaik sahaja selesai, Hali terus berlari ke arah Fang kembali dan meninggalkan Gempa kaku.
Pertarungan bermula kembali.
Hali berlari laju ke arah Fang. Fang menyeringai lalu memetik jarinya dan tiba-tiba anak buahnya serentak muncul di sebelah Hali. Mereka mahu menyerang Hali serentak!
Hali memandang keduanya. Dia berhenti. Kini dia dikepung!
Gempa yang memandang sudah berdebar risau. Di setiap tangan penculik yang kejam itu terdapat senjata mereka masing-masing manakala Hali hanya bertangan kosong.
Gempa: Halilintar...
Hali menarik nafas dan mengehela.
Hali: Lawan aku.
Fang: Haha~ berani juga kau ya? Serang!
Dan serentak, mereka menyerang Hali. Hali cuba mengelak setiap serangan namun beberapa kali badannya terkenal pukulan dan sepakan yang kuat sehingga dia sedikit terbatuk.
Fang: Hahaha! Lemah!
Hali: Tsk-!
Rasa mahu tumbuk pun ada pada wajah Fang di dalam fikiran Hali. Andai ada benda tajam di tangannya memang mati-mati dia balingkan kepada si landak tu. Hali menarik turun sudu topinya. Menutup iris rubynya yang semakin menyala.
Hali: Nak lawan sangat kan? Aku akan tunaikan... (smirk)
Dengan sekelip mata Hali hilang dari pandangan Fang bagaikan pecutan kilat dan mula muncul kembali di belakang salah seorang anak buah Fang.
Fang: Huh?! Jaga-jaga!!
Hali: Lembap. Hiiarrghh!!!
Entah dari mana Hali mendapatkan batang paip besi yang tajam itu, lalu menusuknya di belakang badan anak buah Fang sehingga dia menjerit kesakitan dan akhirnya rebah tidak sedarkan diri.
Fang sudah diam kaku diikuti oleh anak buahnya. Manakala Gempa, memandang segalanya. Dia terundur ke belakang kerana tidak percaya bahawa suaminya baru sahaja menikam seseorang.
(Ok! Korang boleh stopkan musik tu. Akak dah blank nak buat macam mana dah nak kasi sama 2 jalan ni.. =^=')
???: Kak Gempa.
Gempa terkejut seketika apabila mendengar bisikkan halus yang memanggilnya. Gempa mencari-cari kelibat orang yang memanggil lalu menemuinya. Blaze dan yang lain!
Gempa: A-Ais!
Ais: Gempa, kau tunggu situ. Kami akan masuk segera.
Gempa menggangguk kecil. Dia kembali memandang ke arah perlawanan tadi. Dan sekali lagi dia dikejutkan dengan jeritan dari anak buah Fang yang terakhir.
AB: AAAAAAAARRGHHH!!!
Gempa terduduk lemah memandang. Takut melihat lumuran darah yang mengalir keluar dari setiap badan manusia di lantai. Tidak sedar bahawa air matanya sudah mengalir turun kerana ketakutan.
Ais: Gempa!
Ais menerpa ke arah Gempa yang sudah kaku sambil terduduk. Ais memeluk dan mengusap belakang Gempa diikuti Thorn yang cuba menenangkan Gempa sambil memejamkan matanya. Tak nak tengoookkk!!
Ais: Kau ok?
Gempa menggangguk dalam sendunya.
Kembali ke perlawanan, Fang sudah meringis kemarahan kerana menerima serangan yang di luar jangkaannya. Dia memandang Hali geram.
Fang: Ckh! Sejak bila kau hebat hah?!
Hali: Aku hanya lindungi isteri aku.
Fang: Bodoh! Kau kan setia pada Taufan!!
Hali: Langsung tak. Kan aku dah kata, kalau kau nak isteri aku, kau kena langkah mayat aku dulu.
Fang: Heh, jadi mari aku tunaikannya!!
Fang mengacukan pistol ke arah Hali dan menembak Hali berkali-kali. Walaupun banyak yang tersasar namun salah satu peluru telah pun terkena sisi badan Hali membuatkan Hali terundur lemah.
Blaze dan Solar yang kebetulan baru masuk terkejut dengan mendengar beberapa das tembakan dan melihat abang mereka yang sedang berdiri lemah sambil memegang sisi perutnya yang terluka.
Blaze: Tak guna kau landak! Hiaarrghh!!
Blaze dengan tiba-tiba dan amarahnya menyerang Fang dari belakang dan itu membuatkan Fang tidak dapat mengelak dan terkenal pukulan kuat Blaze.
Fang: Ckh! Tak guna kau!!
Fang mengacukan muncung pistol ke arah 3 susuk tubuh yang sedang kaku.
Fang: BIAR AKU BUNUH ISTERI KORANG SEMUAAA!!!
Blaze: Hah?! Apa?!!
Bang! Bang! Bang! Bang!!
Dengan tanpa belas kasihannya Fang melepaskan beberapa das tembakan dan nasib baik tidak terkena Gempa, Ais dan Thorn. Ke-3 gadis itu sudah menggigil ketakutan.
Blaze: Ckh! Tak guna kau!!
Solar: Sabar Aze! Kita tak boleh meluru!
Fang: HAHAHAHAHAAHH!!! APA KORANG DAPAT BUAT SEKARANG HAH?!! MARI AKU TAMATKAN RIWAYAT-!
KTANG!!! Thud!
Hali: ...Baik kau mati jelah dari sibuk nak bunuh orang.
Hali memandang Fang yang sudah lemah dan kaku di atas lantai tanpa bergerak sedikit pun.
Fang: T-t-tak..g-guna..k-kau...
Dan mata Fang terkatup. Hali melepaskan batang paip besi yang tajam itu di atas badan Fang dengan kuat membalingnya seperti tiada belas kasihan.
???: FANG!!
Semua iris tertumpu pada muka pintu gedung lama itu. Kelihatan susuk tubuh seorang gadis sedang berdiri di situ dengan air mata yang mencurah-curah mengalir keluar.
Gempa: Ying!
Ying segera berlari menuju ke arah Fang yang telah lemah berbaring di atas lantai. Darah dari kepalanya mengalir keluar tanpa henti. Ying menatap Fang sayu.
Hali: ....maaf.
Ying: Kau...buat ni?
Haki hanya mengangguk kelam. Tidak sampai hati melihat Ying yang sedang menangis tersendu. Hali sudah tahu bahawa Ying dan Fang sudah menikah. Mesti Ying sangat sayangkan Fang.
Ying tersenyum cuba menarah sedih.
Ying: Sniff...takpe Hali. Aku faham maa. Lagipun...Fang sudah hilang kewarasannya semenjak kamu dua orang kahwin.
Ying melihat jasad Fang yang lemah itu. Dia mengusap lembut wajah suaminya. Dan seketika kemudian, ramai polis dan paramedict datang. Kesemuanya melakukan tugas masing-masing.
Pegawai polis menghampiri Blaze dan Solar untuk soal siasat kerana Blaze yang melaporkan kejadian.
Keadaan sekitar itu agak pesat dan sibuk namun Hali mengabaikannya.
Hali memandang ke arah Gempa. Kelihatan isterinya itu sudah berdiri dalam keadaan lemah dan dibantu oleh Ais dan Thorn. Hali berjalan menghampiri mereka meninggalkan jasad Fang bersama Ying.
Hali kini berdiri berdepan dengan isterinya itu. Dia memandang Gempa lama.
Gempa tercegang memandang wajah suaminya yang menyeramkan itu. Hali tanpa banyak bunyi terus menarik Gempa untuk lebih dekat dengannya. Mengabaikan Ais dan Thorn yang bersada di sisi. Dia merenung iris emas Gempa dalam.
Gempa: A-abang...
Hali: Dia tak sentuh kau?
Gempa: U-ukhm... (geleng) Tak...
Hali terus menarik Gempa dan memeluk Gempa erat setelah mendengar jawapan lemah dari isterinya itu. Ais dan Thorn beredar dari kawasan itu untuk memberikan ruang untuk mereka berdua.
Gempa: Abang?
Gempa yang sedang terbenam dalam pelukan Hali memandang suaminya yang masih erat memeluknya. Tiba-tiba dia terdengar esakkan seseorang yang nyatanya dari Hali.
Hali: Khh...abang risau sangat...kalau jantan tu apa-apakan sayang. Syukurlah..
Hali mencium kepala Gempa yang bertutupkan tudung kuning itu berkali-kali. Gempa menerimanya dengan rela sambil tersenyum. Gempa menjarakkan sedikit badannya dari Hali.
Gempa: Saya ok, abang. Semuanya sudah selesai. Jom balik?
Hali tersenyum dan menangguk setuju. Dia merangkul pinggang Gempa dan bersama mereka berdua berjalan jeluar dari gedung itu. Blaze dan Ais serta Solar dan Thorn juga mengikuti mereka dari belakang bersama meninggalkan gedung yang sedang berapi dan pesat dengan orang-orang berkuasa.
.
.
.
Gempa tersenyum memandang Hali di sisinya yang segak memakai topi hitam-merah dan berlogo dan bercorakkan kilat merah itu. Ditambah pula dengan jaketnya yang berwarna hitam pekat serta warna merah dan bercorak garisan kilat merah putih di hadapan jaket itu.
Dalam Gempa sedang memandang Hali, entah kenapa tiba-tiba kepalanya berdenyut kuat dan kakinya tiba-tiba lemah longlai dan hal itu membuatkan dirinya hampir tersadung ke hadapan.
Hali: Gempa!?
Mujur Hali ada di sisinya. Jadi Hali sempat memeluk badan Gempa erat agar Gempa tidak terjatuh. Hali melihat wajah Gempa yang tiba-tiba pucat.
Ais dan yang lain segera berlari menghampiri mereka berdua.
Ais: Kenapa Hali??
Hali: Gempa hampir pitam tadi!
Thorn: Gempa..Gempa ok taakk??
Gempa menangguk perlahan. Dia memegang kepalanya yang tiba-tiba pusing dan entah kenapa rasa seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari tekaknya.
Gempa: Ulp-! Urgh...s-saya rasa peninglah...
Ais memandang Gempa lama. Seketika kemudian dia teringatkan sesuatu lalu segera bertanya.
Ais: Gem, kau ada datang bulan tak bulan ni?
Blaze: Eish! Apa ni sayangku!! Tanya tak bertempat!!
Ais: Saya nak pastikan sesuatulah!
Gempa cuba mengingat kembali kali terakhir dia datang bulan. Dan perlahan dia berkata.
Gempa: Uhmm..l-lebih kurang 2 bulan selepas Halilintar balik semula.
Sebaik sahaja berkata sedemikian, Ais tersenyum dan diikuti Solar yang sudah sedia tahu apa yang sedang berlaku.
Ais mengusap-usap bahu Gempa sambil tersenyum dan diikuti Solar yang menepuk-nepuk belakang Hali membuatkan yang lain terasa pelik.
Blaze: Eeh!! Aze tak faham lagi ni apa yang tengah berlakuuu!!
Thorn: Ha'a!! Bagitahulah jugaaa...!
Hali: Yang kau tepuk-tepuk belakang aku ni apa kes??
Solar dan Ais ketawa bersama. Mereka memandang Gempa dan Hali bergilir-gilir.
Ais: Haih, korang ni. Ok, senang cakap. Tahniah HaliGem, korang bakal jadi parents baru.
Dengan senyuman Ais berkata. Hali yang mendengar terkedu lalu memandang Gempa yang sudah malu-malu kerana faham apa maksud kata-kata Ais tadi.
Hali: G-Gem..k-kau mengandung ke??!
Gempa: S-saya..saya tak tahuu!! (blush)
Solar: Tak tahu apanya, kak? Sah-sah itu tanda wanita mengandung tau? Tadi kan kakak demam. Ha, itu betullah tu. Nanti buat pregnant test ya?
Gempa dan Hali bersama terlopong tak percaya dan diikuti teruja yang tidak dapat diungkapkan.
Blaze&Thorn: YAAAYYY!!! Gempa menganduuuunggggg!!!
Bersama duo itu bersorak kegembiraan meraikan berita baru yang tidak disangkakan itu. Lalu mereka beredar meninggalkan HaliGem bersama setelah berulang-ulang ucapkan tahniah kepada bakal ibu bapa baharu itu.
Hali merenung Gempa yang sedang bermain-main dengan jari manisnya sambil cuba menutup kemerahan pada wajahnya.
Hali: Betul sayang mengandung?
Gempa: Uuhh..t-tak tahu lagi. Nanti saya buat ujian... /////
Hali: Kalau ada apa-apa berita terbaharu terus bagitahu.
Gempa memandang Hali. Peliknya. Kenapa cakap macam tu?
Gempa: K-kenapa?
Hali memandang Gempa. Iris mereka saling bertatapan. Dan dengan perlahan Hali mendekatkan wajahnya pada wajah Gempa lalu menempelkan bibir mereka berdua dengan lembut.
Hali menjarakkan kembali wajahnya namun masih cukup dekat jarak mereka berdua. Hali memandang wajah Gempa yang kemerahan. Dan dengan perlahan dia berbisik.
Hali: ...sebab orang yang bernama Halilintar ni...dah tak sabar nak dapat cahaya mata bersama isterinya yang bernama Gempa.
Hali melemparkan senyuman kebahagiaan kepada Gempa dengan ikhlas. Gempa memandang suaminya dengan wajah kemerahan. Dia tersenyum dalam malunya dan menempelkan dahi mereka bersama.
Gempa: Uhmm...saya pun tak sabar nak lahirkan zuriat kita berdua...
Gempa tertawa kecil sambil memegang wajah Hali lembut. Mereka berdua kemudian tertawa kecil bersama dan berjalan sambil Hali merangkul bahu Gempa.
Malam itu, kesemuanya dinikmati dengan tenang. Menghitung hari-hari dan menjalaninya dengan penuh cabaran dan ujian. Namun kenyataannya, selagi masih ada yang sayang, tiada apa yang perlu ditakuti. Saling mendukung antara satu sama lain dan percaya antara satu sama lain itulah yang paling penting.
Dan kini Halilintar dan Gempa tahu, mereka tidak perlu takut untuk jujur dan menyatakan hasrat terpendam lagi di dalam hati. Mereka harus bergerak maju ke hadapan demi mencapai kebahagiaan. Kerana mereka percaya, jika betul pasangan mereka itu menyayangi mereka, pastinya mereka mengerti segalanya.
˚~THE END~˚
===========
8 Ogos 2019 / Khamis / 10.00 pm
Alhamdulillah selesai. ^^ Macam mana chapter terakhir ini? Semua puas hati tak? X3
Akak memang dah rancang nak publish tepat pada tarikh Boboiboy The Movie 2! XD Ada ke yang berkesempatan untuk layan movie tu? Akak tak dapaaatt!! ;;w;; Tapi nanti beli komiklah dulu.
Ha, kepada yang dah tengok tu jangan spoil pula tau! Kita sama-sama layan apa akan jadi nanti!
Bye semua~ xD
Eh! Eehh!! Nak ke mana tuuu? Heeiisshhh.. layan lah dulu chapter-chapter extra tu! Sampai jumpa nanti dan goodluck untuk pilih story-story di ruang soalan nanti~ xD
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top