~5~
CHAPTER 4
Masa begitu pantas berlalu. Majlis konvo pun sudah dijalankan. Majlis perkahwinan Yaya dan Gopal sudah tiba iaitu 15 September. Ramai yang hadir pada majlis itu termasuk saudara mara dan sahabat handai. Tidak terkecuali si kembar Gempa dan Taufan hadir bersama dengan Hali, Blaze (mestilah Ais ikut!), Solar (Thorn mesti ada!), Fang dan Ying bagi menyerikan lagi majlis itu.
Gempa, Taufan, Ais, Thorn dan Ying mengucapkan tahniah kepada Yaya atas kejayaan majlis itu. Yaya pada saat itu sunggu cantik dikenakan jubah pengantin pink dan hijau. Agak pelik bila dipandang namun ia sangat cantik dan padan dengan pengantin perempuan tersebut!
Tidak tekercuali Hali, Fang, Blaze dan Solar mengucapkan tahniah kepada Gopal. Mereka sempat berguarau senda dengan pasangan merpati itu. Selain itu..perkara yang wajib dilakukan apa lagi kalau bukan..
Solar: SELFIE TIME~!! >W<
KLIK!! KLIK!
Mereka semua gembira di saat itu. Mereka beramai ramai bergembira dan terhibur dengan majlis itu. Tidak lupa juga dihiasi dengan adegan Bollywood! Beramai ramai menari Hindustan!! Ewaah~!! ><
Suasana gembira itu hanya sementara sahaja. Keesokkan harinya adalah hari yang amat menyedihkan buat Gempa. Kerana esoknya dia akan bertolak ke London pada jam 9 pagi. Selain Gempa, yang turut bersedih mestilah Taufan. Si kakak yang disayangi. Pilu menguasai diri masing2 kerana tak sanggup ingin berpisah jauh.
Selain mereka ber2, terdapat juga susuk tubuh lain yang agak sedih namun tidak ditunjuk. Ya, Hali. Dia agak sedih melihat wajah Taufan yanbg seakan tidak ingin Gempa pergi. Dia juga tidak mahu Gempa pergi. Tapi apakan daya? Itu kehendak empunya badan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KEESOKKAN HARINYA..
Di Airport..
Terlihat sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi sedang berkumpul di suatu sudut yang berdekatan dengan kaunter pelepasan. Ada setengah yang sedang bersedih. Ada yang seakan ingin menangis namun ditahan. Tidak mahu yang akan pergi itu berasa berat hati ingin meninggalkan mereka. Tidak lupa Si Kakak yang turut bersedih. Tidak mahu adik kembar pergi meninggalkannya keseorangan.
Taufan: Beg semua ada?
Gempa: Hmm..ada kak. (senyum)
Ying: Gempa, nanti bila kau pergi..jangan lupakan kitorang, tau?
Gempa: Haih..mane ade..aku tak kan lupakan korang lah. Korang kan kawan terbaik aku..^^
Gopal: Huu..Gempa~ Kenapa kau kena pergi? T^T
Blaze: Eh kau ni! Bini ada sebelah nye nak pergi nangiskan anak dara orang dah kenapa?
Solar: Entahnya..=A='
Yaya: Biarkan sajalah..Errmm..Nah Gempa. Makanlah juga biskut yang saya buat ni.
Gempa: Err...^^'
Yaya: Ambik laah..penat saya buat tau? (puppy eyes)
Gempa: Hmm...yelah. Terima kasih..(ambil sepeket biskut dari Yaya)
Ais: Bye Gempa. Jangan lupa call kitorang kat sini.
Thorn: Belajar rajin2 ya? Bila tamat belajar nanti, boleh pulang ke sini pula! ^^
Blaze: Weh, dia baru nak pergi. Belajar pun belum lagi. =A='
Thorn: Oh yeke? Hehehe..(garu kepala yang tak gatal)
Fang: Gempa, jaga diri tau? (usap kepala Gempa)
Gempa: Tak kan lupa punya! Kau kan kawan terbaik aku..^^
Fang: Tapi kau lagi popular dari aku...
Gempa: Eh, dia ni! Tentang tu pun nak berkira ke?
Fang: Mestilah!
Semua orang ketawa sebaik melihat pertingkaran antara Gempa dan Fanf tadi. Turut ikut serta Taufan si kakak walaupun agak janggal ketawanya itu.
Hanya seorang sahaja yang tidak ketawa. Hanya dia yang berwajah serius tidak gembira. Entah sedih ataupun marah hanya tuan badan yang tau.
Taufan: Hali, kamu tak nak cakap apa2 ke? Gempa dah nak pergi dah..
Bukan hendak menjawab. Malah, terus mengalihkan mukanya ke luar tingkap. Tidak mahu berkata apa2. Diam lebih bagus. Gempa yang seakan faham terus tersenyum sedih sahaja.
"PERHATIAN, KEPADA PARA PENUMPANG YANG AKAN BERLEPAS KE LONDON. SILA KE LAPANGAN PERLEPASAN SEGERA. ANDA AKAN BERTOLAK SEBENTAR LAGI..."
Taufan: Hmm...nampaknya kamu akan pergi dah. Jaga diri tau?
Gempa: Baik kak..Gempa pergi dulu. Assalamualaikum..
All kec. Gempa: Waalaikumussalam..
Selepas bersalaman dengan sahabat dan kakak disayangi, Gempa pun mengangkat beg sandangnya dan terus menarik beg rodanya. Selangkah demi selangkah Gempa pergi meninggalkan sahabat dan kakaknya. Walaupun agak berat hati, namun ini demi masa depannya! Hanya 2 tahun sahaja. Pejam celik pejam celik mesti akan kembali ke tanah air tercinta.
Sebelum memasuki terowong pelepasan, Gempa sempat melambaikan tangannya untuk kali yang terakhir. Entah esok masih sempat bertemu dengan mereka atau tidak? Wallahualam. Itu terserah di tangan Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang, yang menjayakan adalah Tuhan Yang Satu.
Lambaian Gempa dibalas mesra oleh kakaknya dan sahabatnya. Kini mata Gempa hanya tertumpu kepada susuk tubuh seseorang. Ya, Hali. Pada awalnya Hali hanya memandang datar pada Gempa. Namun Hali segera membalas. Oleh kerana Hali di belakang yang lain, mereka tidak nampak yang Hali membalas lambaian Gempa. Hanya Gempa yang melihat lambaian dan senyuman dari Hali.
Sebaik Gempa menghabiskan lambaiannya, dia ada terlihat Hali seolah menggerakkan mulutnya seakan sedang berkata sesuatu dalam diam.
Gempa tidak mampu mentafsirkannya. Dia hanya masuk ke dalam pintu kapal terbang dan duduk di bahagian tingkap. Sepanjang perjalanannya di udara, fikirannya hanya tertumpu kepada kata2 yang dia tidak dapat dengar dari mulut Hali. Hanya empunya badan yang tahu.
Lamunan Gempa akhirnya berakhir dengan membaca novel dan akhirnya dia terlelap sehingga tiba di London.
To Be Continue~
=============================================
Maaf pendek ya? ^^ Akak dah kene update slow2 epsecially bila tibanya ramadan. Ahlan Ya Ramadha!! T^T I missed you so much!! Jadi, akak akn stop(?) buat cerita ini buat sementara waktu ya? ^^ Jangan marah akak. Yang updatenya Ani. Akak tak pandai nak update ni! XP Just kidding! Bye! Selamat beribadah puasa! ^^ Assalamualaikum.
=============================================
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top