~49~

???: ...huh..? Kau kata...dia masih hidup?

???: M-maaf tuan! Orang bawahan dihalang dan dipukul teruk oleh bodyguard dia! Kami tak sempat-

???: Khh-!! (baling pisau) TAK BOLEH HARAP!!!

STHAB!!

Pisau itu hampir tepat mengenai anak buahnya itu. Mujur di belakangnya ialah dinding jadi pisau itu terkena diding sahaja.

???: (menggigil) Maafkan saya Tuan Fang!!

Fang mendengus kesal sambil menarik dan menghembus nafasnya. Bagaikan hembusan yang berapi, jika suhu persekitaran itu sejuk pasti sudah kelihatan hembusan nafas Fang yang keluar dari saluran pernafasannya.

Fang: KAU PERGI AJAR ANAK BUAH KAU TU CUKUP-CUKUP!! PERGI!!!!

Dan dengan keadaan takut anak buah Fanf segera beredar dari situ. Meninggalkan Fang yang masih dengan amarahnya.

Fang: Ckh!! Dah lah Gempa reject aku!! Lepastu mamat tu datang balik!! AAAARRGHHH!!!!

Fang membaling dan menyepahkan semua barang yang berada berdekatannya. Dan secara tiba-tiba sebuah panggilan masuk. Fang melihat nama yang memanggil. Dan amarahnya semakin meningkat.

Fang: APASAL PEREMPUAN NI PUN NAK SEMAKKAN HIDUP AKU JUGAK?!! PERGI MATILAH POMPUAN!!!!

Dengan kasar Fang melemparkan telefonnya dan menghempaskannya ke lantai sehingga telefon itu hancur berkecai. Fang memusingkan badannya dan melihat pemandangan di luar tingkap. Bandar Kuala Lumpur yang disinari lampu malam.

Fang mendengus kesal. Hembusannya terus menerus naik dan turun. Dalam kepala Fang mula fikirkan sesuatu dan seketika kemudian dia tersenyum seperti psiko yang menyeramkan.

Fang: (evil smirk) Heh, kau tunggulah Hali. Aku akan 'ambil' Gempa tak kiralah kau hidup atau mati...
.

.

.

Di pagi hari, sinaran mentari memasuki celah-celah dedaunan yang menghijau di dalam taman sebuah rumah yang tersergam besar dan indah.

Rumah yang kelihatan sungguh besar dan ber-3 tingkat. Rumah itu pula dikelilingi oleh taman bunga, taman kebun dan pokok-pokok yang hijau di sekelilingnya. Pokok-pokok besar ditanam di setiap barisan pagar yang tinggi dan sekiranya dilihat dari luar pagar, seolah kawasan itu ialah kawasan benteng berhutan yang suram tetapi siapa sangka di dalamnya terdapat sebuah istana yang besar dan cantik bersama taman bunga yang mekar.

Tidak, anda tidak salah buku. Ia masih mahu menceritakan perihal pasangan yang sering disukai oleh pembaca buku ini. Siapa pula yang tidak suka apabila pasangan yang kita suka selama ini akhirnya bersatu dan berumah tangga?

Dan di dalam bilik mereka, kelihatan mereka masih lagi dalam keadaan tidur pulas dan berposisi berpelukan antara satu sama lain. Dalam 1 minit berlalu, salah seorang dari mereka mula bergerak dan tersedar dari tidur yang lena.

Gempa: Nggh...

Dan ia merupakan Gempa. Permaisuri yang bertahta di hati suaminya. Ketua bidadari buat suaminya di Syurga kelak. Gempa menggosok matanya berkali-kali menahan matanya dari terus terkatup. Dan Gempa mencelik. Dia ternampak wajah suaminya yang masih tidur dan memeluknya erat.

Gempa tersenyum. Jika hampir seminggu ini dia akan sedar dalam keadaan keseorangan, kali ini sudah tidak lagi. Dia sudah ada peneman hidupnya. Berkali-kali rasa syukur hadir dalam hatinya apabila dapat melihat wajah suaminya iaitu Halilintar dalam keadaan masih sihat dan mampu tersenyum untuknya.

Gempa mahu cuba melepaskan diri dari pelukan Hali untuk mencuci muka, namun dia tidak sengaja terbangunkan Hali dan membuatkan Hali tersedar dari tidurnya yang indah.

Hali: Mmh...? Ah, Gem...

Gempa: Maaf, abang! Saya tak sengaja terkejutkan abang.

Hali: Ah...it's okay. Memang nak bangun dengan sayang pun.

Merah wajah Gempa apabila Hali memanggilnya dengan bahasa 'sayang'. Entah rasa macam nak meletup sahaja hatinya apabila mendengarnya sendiri dari mulut Hali ke telinga Gempa.

Gempa cepat-cepat menyedarkan dirinya lalu cuba untuk keluar dari pelukan Hali.

Gempa: Bangunlah. Saya kena mandi ni.

Hali: Sst- nantilah dulu.

Dan dengan tenang Hali menarik Gempa lebih mendekat sehingga rapat ke dada bidang Hali. Dari situ Gempa dapat mencium aroma Hali yang kadang-kadang sentiasa membuatnya terlena.

Gempa: Mmf! Halilintar! Janganlah..! Kita kena pergi kerja.

Hali: Tsk, tak payahlah. Abang bagi intan payung abang ni cuti, ya sayang?

Gempa: Intan payung? Pfft-! Hahahaah! Apalah! Sayang sangat ke dekat saya?

Hali memandang Gempa lama. Dan kemudian dia mendekatkan wajahnya kepada Gempa sehingga dahi mereka bersentuhan antara satu sama lain.

Hali: Aku sayang kau lebih daripada diri aku sendiri. Jadi, tiada sebarang persoalan yang akan timbul lagi selepas ini tentang aku sayang kau atau tidak. I love my Gempa.

Hali tersenyum lalu mengucup dahi Gempa lembut. Salah satu spot yang paling Hali gemar lakukan. Dahi Gempa adalah tempat ke-2 yang sering dihinggapi oleh bibir Hali kerana di situlah lahirnya perasaan kasih dan sayang antara mereka.

Gempa mencelik memandang Hali sebaik sahaja Hali selesai mengucup dahinya. Wajahnya masih kemerahan namun dia berasa tenang sahaja.

Gempa: Abang, kita kena mandi.

Hali: Kalau tak nak?

Gempa: Terlepaslah Subuh nanti.

Hali: Heish...tak suka ke abang peluk ni?

Gempa: Bukan tak suka... ////// (blush)

Hali: Habis?

Gempa: ....kita...kan...tengah tak pakai baju sekarang...? /////// (max blush)

Hali terkelip-kelip sekejap dan dia menundukkan kepalanya ke bawah. Dan tidak lama selepas itu dia pandang ke atas semula.

Hali: (gaaaaaassssppp) AKU TENGAH PELUK BINI AKU DALAM KEADAAN TAK BERBA-!!!

Gempa: (tutup mulut Hali) SHHH!! Diamlah!! ////////

Hali: Mmmmmffhh!!! (kena tutup mulut)

Gempa melepaskan tekupan mulut Hali lalu Hali bangun dari tidurnya. Dia memberikan kain selimut kepada Gempa agar senang isterinya menutup badan.

Hali: (menggeliat) Hhnnggh~!! Haahh... segar pula rasanya hari ni.

Gempa: ..yeke? Kenapa pula? Sebelum ni takde pula abang macam ni.

Hali: (smirk) Dulu lain~ sekarang kan sebab dapat 'merasai' isteri tercinta~ segar dia lain macam pula tu. (gelak)

Automatik wajah Gempa kembali kemerahan. Mengingat kembali peristiwa malam tadi yang dia sendiri tidak percaya yang mereka betul-betul melakukannya. Walaupun itu perkara biasa bagi pasangan berkahwin tetapi itu malam pertama mereka dan Hali pula masih dalam keadaan cedera.

Cedera?

Gempa terus memandang ke arah Hali yang masih duduk di sebelahnya. Gempa duduk dari tidurnya sambil menutup badannya dengan selimut sehingga terbenam bahu Gempa.

Gempa: Halilintar, luka abang ok?

Hali menoleh ke arah isterinya. Hali membelek-belek lukanya sendiri lalu menghinjutkan bahunya berkali-kali.

Hali: Mungkin? Ada lah sikit rasa sakit.

Gempa: Maaflah saya tak dapat nak letak ubat semalam.

Hali: Sayang kan dah bagi 'ubat' semalam? (grin)

Gempa: (blush) ...gatal.

Hali: Gatal? Meh, abang garu. Alololo~ kesian intan payung abang ni gatal.

Gempa: Bukan yang tu lah!! ///////// (slap Hali)

Hali: Argh-! ...gurau jelah. =3=

Gempa menenangkan dirinya yang tidak habis-habis berdebar dan terkejut dengan tindakan serta kata-kata Hali. Di dalam setiap yang Gempa lakukan, dia tetap berasa sangat bersyukur. Kerana dia masih diberi kesempatan untuk bertemu suaminya kembali.

Gempa: Abang, pergilah mandi.

Hali: Mmhh...

Hali menundukkan dirinya lalu terus tidur di atas kaki Gempa yang dilapik dengan selimut yang tebal.

Hali: Kita mandi sama-sama...

Gempa: (blush) Eh?! 0/////0

Hali: Sepanjang 3-4 hari ni...abang berpisah dengan sayang. Tak rindu ke?

Gempa menatap Hali lama. Dan tangan kanan Gempa pun perlahan menghampiri kepala Hali lalu mengusap rambut Hali lembut. Gempa tersenyum sambil memejamkan matanya.

Gempa: Tipulah kalau sayang tak rindu abang...
.
.
.

Ok tak jadi sweet dia kan? :v Abaikan saja. Dan 15 minit berlalu kelihatan Gempa keluar dari bilik mandi bersama Hali di belakangnya. Dan seketika mereka berdua terdengar ketukan pintu.

Ais: (dari luar) Gem? Kau dah bangun?

Gempa: (dari dalam) A-ah! Ya!

Ais: Kalau macam tu jom turun makan?

Gempa: O-ok!

DI LUAR BILIK

Ais tersenyum apabila mendengar bunyi suara Gempa. Seperti Gempa sudah baik. (Psst- Ais dan yang lain tak tahu Hali ada :v) Dan tidak lama itu Blaze datang mendekati Ais.

Blaze: Macam mana keadaan kakak?

Ais: Bunyi macam ok dah. Tapi saya rasa macam ada Gempa tengah bercakap dengan seseoranglah dalam bilik.

Blaze: Huh? Siapa pula?

Ais: Mana tahu.

Cklik!

Pintu bilik terbuka di hadapan mereka berdua. Dan keluar Gempa dengan wajah yang gembira. Ais dan Blaze.memandang Gempa hairan.

Ais: Tersenyum-senyum ni kenapa?

Gempa: Aaa...hehehe...

Blaze: (bisik dekat Ais) Psst-! Kak Gempa dah hilang akal ke?

Ais: (bisik) Jangan mengarutlah!

Gempa tertawa kecil melihat duo hot n cold itu bersama. Dia dengar apa yang mereka sedang bisikkan.

Blaze: Akak, Aze dah cuba cari orang-orang tertentu untuk mencari Abang Hali. Jadi akak dah tak perlu risau ya? Jangan sedih-sedih lagi ya?

Blaze memandang Gempa dengan senyuman ceria. Ais juga ikut.mengangguk setuju. Gempa mula rasa bersalah dan ketawa canggung.

Gempa: Aaa...untuk itu... ^^'

Blaze: Kenapa kak? 0-0

???: Heh, sayang betul kau dekat abang long kau ya, Aze?

Dan dari belakang Gempa tiba-tiba muncul Hali. Hali merangkul bahu Gempa dan sebelah tangannya lagi disandarkan ke pintu. Hali memandag Blaze dengan senyuman sinis.

Blaze&Ais: (gasp) ABANG!!!/HALI!!!!

Blaze: A-Abang?!! Bila abang balik?!

Blaze dengan penuh teruja ditambah rasa tidak percaya mula memandang Hali dan Gempa secara bergilir. Ais juga ikut senang. Dia memandang Gempa. Patutlah bunyi ceria dan semangat semacam dalam bilik tadi. Rupanya 'raja' hati sudah pulang.
.

.

.

Blaze: Bang, kau makanlah sarapan ni dengan kakak. Aze dan Solar dah nak bertolak ke tempat kerja ni.

Ais: Pergi dulu, Gem. (salam Gempa)

Hali: Hn.

Sebaik sahaja selesai bersalaman dengan Gempa, Ais mendekatkan wajahnya ke sisi wajah Gempa lalu membisikkan sesuatu.

Ais: (bisik) Gem, berseri-seri wajah kau pagi ni. Ada apa-apa ke~?

Gempa: (blush) Ais?! Pandai awak sekarang ya??! /////// (bisik)

Ais: Pfft- oh ya. Pagi ni akan ada kejutan untuk korang. Bersedia ya?

Gempa: Eh?

Solar: Mmh, jom gerak?

Solar memimpin tangan Thorn sebaik sahaja mereka berdua selesai makan. Thorn berjalan ke arah Gempa lalu bersalam dengannya. Manakala Solar bersalam dengan Hali. Hali menepuk bahu Solar lembut.

Solar: Selamat kembali, bang..

Hali: Terima kasih sudi jaga kakak kau sementata aku takde.

Solar hanya tersenyum. Lalu mereka ber-4 beredar dan keluar dari rumah bersama. Ais bersama Blaze masuk ke dalam kereta dan diikuti Solar bersama Thorn. Mereka masuk ke dalam kereta masing-masing dan bertolak ke tempat kerja.

Gempa pun segera bangun dari duduknya dan ingin naik ke tingkat atas namun sempat ditahan oleh Hali.

Hali: Ni nak ke mana?

Gempa: ...nak naik atas.

Hali: Kenapa?

Gempa: ...kerja?

Hali: Tsk, kan abang dah pesan cuti hari ni?

Gempa: Tapi...

Hali: Meh, sini.

Hali menarik tangan Gempa lalu memindahkan tangannya ke pinggang ramping Gempa. Dengan kuat Hali menarik pinggang Gempa dan meletakkan Gempa di atas paha Hali.

Hali: Kan abang dah pesan~ isteri kena ikut cakap suami kan, sayang~? (smirk)

Gempa mula merinding. Melihat gelagat Hali yang tiba-tiba datang pervert dia dan mula manja-manja dengan Gempa. Hali meletakkan dagunya di atas bahu Gempa dan semakin mengeratkan lagi pelukannya kepada isterinya itu. Mengalahkan budak manja dia tu. :v

Gempa: Pfft- macam kucing.

Hali: Hn? Lyubov kata apa tadi?

Gempa: T-Tak! Takde apa... ///////

Hali: Ooh? Ok...ingat abang tak dengar? Tadi panggil apa? Macam kucing ya~? (smirk)

Hali pun mula mendekatkan wajahnya ke wajah Gempa. Tangan Hali yang berada di pinggang Gempa mula naik dan memegang tudung yang dipakai oleh Gempa.

Hali: Gem?

Gempa: Aah...y-ya? ///////

Hali: Boleh buka tudung?

Gempa: E-eh?!

Terkejut Gempa apabila Hali mula menyingkap tudung yang dipakai oleh Gempa. Seolah-olah mahu menarik tudung itu turun dari kepala Gempa. Dengan pantas tangan Gempa menghentikannya.

Gempa: Eish! Apa abang nak buat ni?!

Hali: Buka tudung?

Gempa: Tak payahlah... nanti kalau ada pembantu lelaki yang datang?

Hali: Kalau datang~ (peluk Gempa) Sayang masuk dalam baju abang lah ya?

Gempa: Mengada. Abang memang pervert macam ni ek?

Hali: Yeke pervert? Heh, suka cakaplah~ (smirk)

Gempa: Eeiiyy...dah lah pervert, syok sendiri pula tu. Perasan.

Hali: Oh? Mengata suami sendiri ya? Meh, sini. Nak hukum sikit.

Dan dengan tidak malunya Hali ingin mengenakan Gempa dan akhirnya mendapat kekekan tawa oleh Gempa kerana geli. Gempa cuba mahu melepaskan diri walaupun dia tahu pegangan kuat Hali.

???: ASTARGHFIRULLAH!!!!!!

HaliGem: OPOCOT AYAM JADI BOM!! (terkejut)

???: Heyh! Jangan terkejutkan merekalah!

???: Ah, sorry.

Halilintar dan Gempa menoleh ke belakang secara serentak dan alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Ruby dan Farhan yang sudah berada di dalam rumah. Cepat-cepat Gempa melompat turun dari pangkuan Hali dan mereka berdiri tegak macam askar.

Hali: U-Ummi! Bila sampai...?

Ruby: Hmmh...baru je. Tak sangka pula kepulangan kami ni disambut dengan 'perayaan' tadi.

Hali hanya tergelak kecil dengan canggung manakala Gempa hanya diam sambil menahan wajahnya dari bertukar merah.

Dengan cepat Gempa mengalihkan perhatian Ruby dengan segera bersalaman dengannya. Dan Hali juga ikut sama.

Ruby: Hali, kamu ni macam mana boleh hilang?

Hali: Aa...ada orang nak sabotaj Hali, Ummi. Tapi itulah, nasib baik Hali sempat mengelak.

Ruby: Hmm..baguslah. Kalau tak, sia-sia saja arwah Papa kau bagikan Syarikat Garuda Halilintar dekat kau.

Hali hanya ketawa canggung manakala Gempa memasang wajah tidak faham. Apa yang Ruby dan Hali bualkan dan maksudkan?
.
.
.
Ruby: Hali, sini kejap.

Ruby memanggil Hali yang baru sahaja selesai menolong Gempa mengemas pinggang mangkuk bersama pekerja di rumah itu. Hali berjalan ke arah mana Ruby berada lalu duduk di atas kerusi sofa yang berdekatan dengan mak saudaranya itu.

Hali: Apa, Ummi?

Ruby: Ummi peliklah. Kau punya bot yang kau naik tu kena serangan bom, kan?

Hali hanya menggangguk.

Ruby: Macam mana dengan keadaan penumpang atas bot tu yang selain kamu?

Hali diam seketika sebelum dia mula menyandarkan dirinya di kerusi sofa yang empuk tersebut. Hali menarik dan menghela nafas.

Hali: Kan Hali ada kata yang Hali dapat kesan orang-orang tu?

Kali ini Ruby pula mengangguk setuju.

Hali: ....waktu Hali sempat mengelak tu, Hali dapat tengok yang penumpang lain juga dapat mengelak. Tapi mungkin mereka ada kecederaan sikit sama macam Hali punya.

Hali menunjukkan sedikit luka-luka yang ada pada tubuh badannya itu. Kemudian dia sambung bercerita.

Hali: Hali...sempat berenang ke tebing sementara bot itu terbakar. Lagipun Hali rasa mereka targetkan Hali.

Ruby merenung Hali. Hali membalas tatapan mak saudaranya itu. Lalu dia menggangguk. Mereka sekarang seolah sedang memahami antara satu sama lain.

Gempa: ...kenapa dia sasarkan kepada abang?

Gempa datang dalam keadaan wajah yang penuh kerisauan. Dia tidak bermaksud untuk mencelah perbualan Hali dengan Ruby tetapi apabila ia melibatkan suaminya, hati Gempa akan terus ingin mengetahui semuanya.

Hali memandang Gempa. Dari situ Hali fahan bahawa Gempa jauh lebih risaukannya walaupun Gempa tahu Hali sudah selamat di depan matanya. Hali tersenyum senang seketika sebelum serius kembali dan memanggil Gempa duduk di sebelahnya.

Gempa hanya menurut sahaja. Dia duduk di sebelah Hali dan hanya fokus mendengar apa yang ingin dibualkan oleh Hali dan Ruby.

Hali: Tak pasti juga kenapa mereka targetkan Hali. Tapi Hali tahu...tahu sangat siapa punya kerja.

Ruby: ...Siapa?

Wajah Hali semakin serius dan renungan matanya semakin tajam. Ruby dan Gempa yang memandang Hali mula merinding. Melihat seolah-olah terdapat seekor singat yang baru sahaja terjaga dari tidurnya yang lama. Dan sedang mencari siapa yang baru sahaja mengejutkannya.

Ruby: Uuhh..ok Hali. Ummi faham. Emm...kau dan Gempa tak nak jalan-jalan?

Gempa: Eh?

Ruby: Yelah, korang kan baru je bersatu kembali. Keluarlah dan menikmati kepulangan Hali. Kan Gempa?

Hali menoleh ke arah Gempa yang duduk di sebelahnya. Gempa sudah ragu-ragu namun belum keluar kata putus, Hali sudah bangun lalu menarik tangan Gempa.

Hali: Ok. Hali pun nak beli barang baru ni. (tarik Gempa naik)

Gempa: (kena tarik) E-Eh! Abang, kejaplah!! ><'

Ruby hanya memandang pasangan itu naik ke tingkat atas menggunakan lif rumah mewah itu. Ruby kembali memandang ke depan sambil termenung. Kemudian, senyuman misteri muncul di wajah Ruby. Ruby tertawa kecil.

Ruby: Hmm~ siapa lah yang berani ganggu 'singa' ni? Kalau 'dia' dapat siapa orang tu, memang tak aman lah alamatnya... (smirk)

Ruby hanya terus-terusan tersenyum. Sungguh perwatakan Ruby yang ini sungguh mirip anak saudaranya yang sulung itu.

Misteri.
.

.

.

DI BANDAR

Gempa sedang menemani Halilintar untuk memilih baju barunya. Pada awalnya Hali mahu ke kedai yang lebih mahal dan berkualiti kainnya namun Gempa terpaksa menghentikan Hali.

Gempa: Abang, ummm...kita tak payahlah pergi kedai yang mahal-mahal tu semua.

Hali: Kenapa? Bukannya abang takde duit.

Gempa: Betul...tapi seeloknya beli lah yang murah sikit. Duit tu boleh simpan kalau-kalau...uuhhh... //////

Wajah Gempa mula kemerahan. Halilintar terkebil-kebil memandang wajah isterinya yang bertudung itu mula memerah. Tak faham. Namun hanya sekejap sahaja, Hali sudah menangkap apa yang dimaksudkan Gempa.

Hali: Ooh~ jadi...kita simpan duit untuk 'masa depan' kita lah, ya? (smirk)

Dengan nakalnya Hali menarik badan Gempa mendekati dirinya. Gempa semakin kemerahan dan cuba untuk menghindari Hali dengan menolaknya namun entah apa yang buat Hali kuat membuatkan Gempa tidak mampu.

Gempa: A-abang! Orang tengok nanti malulah!! (max blush)

Hali: Hmm...peduli apa? Sekurangnya adalah juga yang sedar siapa isteri abang~

Gempa meremang seketika melihat seringai Hali yang membawa maksud itu. Namun segera dia menutup wajahnya menggunakan beg yang setia di tangannya. Menghalang wajah Hali dari dekat dengannya.

Gempa: Kenapa abang makin nakal ni?! /////////

Hali: Hnn~ entahlah. (grin) Mungkin sebab...semalam kot~?

Gempa: ?!!!! (pecut)

Dengan luar kawalan Gempa terus terlepas dari pelukan Hali dan mula memecut laju meninggalkan Hali. Hali terkejut dengan kelajuan isterinya yang entah macam mana nampak macan aliran elektrik laju namun Hali cepat-cepat kembali mengejar Gempa.
.

.

.

Gempa: Abang.

Hali: Hn?

Gempa: Abang...ada sorokkan sesuatu dengan Gempa ke?

Hali: ...takde?

Gempa: Sure?

Hali: Apsal?

Gempa: Tak. Cuma...tertanya tentang perbualan Ummi dengan Abang tadi. Yelah, tiba-tiba mention company Abang lepastu kata tak sia-sia arwah Papa Abang berikan syarikat tu bagai... boleh Gempa tahu?

Hali memandang wajah isterinya lama. Di dalam fikirannya mula befikir. Haruskah dia beritahu perkara yang sebenar atau menafikan ataupun jangan beritahu apa-apa? Namun Hali hanya menarik dan menghela nafas. Dia mengusap kepala Gempa yang bertutupkan dengan tudung itu lembut.

Hali: Takde apa. Nanti Abang ceritakan.

Gempa: ...ok.
.

.

.

2 BULAN KEMUDIAN

Ais turun dari tangga tingkat atas dan berjalan menghampiri Gempa. Kini Ais dan Blaze menumpang rumah agam yang mewah ini buat seketika sementara Blaze mencari rumah baru mereka yang bukan lagi di kondo.

Hali tidak kisah sama sekali. Manakala Ruby hanya menyokong mereka. Dan sekarang, Ruby dan Farhan terbang ke London semula untuk membawa barang-barang mereka pulang ke Malaysia. Kini di rumah hanya ada hot-n-cold couple dan Mama-n-Papa couple. //slap!

Ais: Gem, aku-... Gem? Kau ok?

Ais berjalan menghampiri Gempa yang berada di meja makan yang besar. Gempa sedang termenung panjang pada makanan yang berada di depannya itu.

Ais: Gem?

Ais menepuk bahu Gempa lembut.

Gempa: Hm? Oh...Ais. Awak nak sarapan?

Ais: ...boleh juga. Tapi aku kena cepat.

Gempa hanya menangguk lalu mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan kaca. Kelihatan nasi itu masih berwap panas.

Ais duduk di sebelah Gempa sambil menikmati masakan panas di pagi hari itu.

Ais: (tengok Gempa) Kau ok?

Gempa: ...ok je.

Ais: ...mana Hali?

Gempa: Ada dekat atas. Tengah bersiap...

Ais: Oh...

Ais sambung makan sarapannya kembali. Entah kenapa dia merasakan Gempa lain macam hari ini. Wajah Gempa juga sedikit kemerahan. Demam ke?

Ais menghabiskan sarapannya lalu ingin berdiri dan membawa pinggannya namun dihalang oleh Gempa.

Gempa: Eh, takpelah Ais. Saya simpan

Ais: ...takpe, Gem. Sebab aku tengok kau lain macam ni. Kau demam ke?

Gempa: Entahlah...

Ais: ...aku ambilkan ubat ya? Kau dah makan?

Gempa hanya sekadar menggeleng diam. Ais sudah mula risau. Apa nak jawab dekat Hali nanti kalau Hali tanya?

Ais: Ok aku ambil ubat kejap ya? Dekat mana ubat tu?

Gempa mahu berdiri dan menolong Ais mengambil ubat. Kasihan pula jika Ais harus buat semua kerja.

Namun tanpa disangka, tiba-tiba sakit kepala Gempa datang sebaik sahaja dia berdiri dan kakinya lemah lalu dia ingin terjatuh.

Ais: GEMPA!!

KRANG!!

Bunyi pinggan pecah mengejutkan penghuni rumah itu. Halilintar dan Blaze turun dengan kadar segera untuk melihat isteri mereka di tingkat bawah.

Kelihatan Ais sedang memegang bahu Gempa.

Ais: Gempa! K-kau ok tak ni?!

Gempa: Ugh-...y-ya. Ok...

Ais: Ok apa macam ni?! Kau demam ke?

Hali dengan segera berlari anak menghampiri gadis berdua itu. Dia menolong Ais memegang Gempa.

Hali: Kenapa dengan Gempa, Ais?? (risau)

Ais: Tak tahu. Dia pucat sangat ni, Hali. Baik kau bawa dia ke klinik.

Hali: Hmmh...yelah. Nanti aku-

Gempa: Abang...takpe. Gempa nak makan ubat nanti...

Hali memandang Gempa. Wajahnya semakin kerisauan. Bibir Gempa pucat dan matanya layu. Haba badannya juga panas.

Hali: ...Gempa, kita naik dan abang bawakan ubat. Kenapa tadi tak cakap tak sihat?

Gempa: Takpelah...abang kan kena cepat...

Hali hanya merenung Gempa lama. Ais juga membuat perkara yang sama. Blaze berjalan menghampiri mereka bertiga.

Blaze: Bang, apehal ni?

Hali: Kakak kau demam kot. Takpe abang ada. Kau 2 pergilah ke tempat kerja cepat.

Blaze: O-ok...

Blaze segera bersalaman dengan Hali manakala Ais hanya mengusap bahu Gempa lembut. Mereka meminta diri untuk pamit lalu keluar dari rumah.

Hali kembali memandang isterinya.

Hali: Dah makan?

Gempa diam.

Hali: Hmm...belum lagi lah ni. Ok kita makan dulu.

Gempa: Takde selera...

Hali: Degil? Nak sumbat paksa?

Gempa menghela nafas kecewa. Heish boleh pula nak berkasar dengan isteri yang tengah sakit ni? Suami takde lesen!
.

.

.

Gempa: Huuhh...bosan...

Gempa memusingkan badannya di atas katil besar itu. Bosan bukan kepalang dia jadinya bila sendirian di rumah itu. Hali sudah bertolak ke tempat kerja dan kini dia bersendirian. Mahu menolong maid di tingkat bawah mengemas apa yang patut tapi dilarang oleh Hali.

Gempa bangun dari baringnya. Kini dirinya semakin baik. Terima kasih di atas jagaan suami tersayang sekarang kepala Gempa sudah tidak pening dan sakit lagi.

Namun Gempa teringat sesuatu.

Gempa: ...e-entah-entah...

RiiiInng~!

Gempa dikejutkan dengan panggilan yang masuk melalui telefonnya. Gempa mencapai telefon yang berada di sebelahnya lalu melihat layar telefon tersebut. Nama Thorn.

Gempa: Helo? Assalamualaikum, Thorn.

Thorn: Waalaikumussalam. Gempaaa!! Gempa tolong kami!!

Gempa: E-Eh kenapa ni??

Thorn: Ais! Ais loya Gempa!! Dia muntah tak habis-habis niiii!! ;;A;;

Gempa: Uuuhh...B-Blaze dan Solar mana??

Thorn: Solar ada meeting penting lepastu Blaze ada appoiment penting! Thorn dah cuba call Blaze tapi tak dapat juga! Gempaaa! Tolong!

Gempa sudah mula risau. Dia ada juga terdengar Ais memanggil Thorn dengan keadaan lemah. Gempa melihat jam di dinding bilik itu. Waktu makan tengah hari.

Gempa: Ok, Thorn. Thorn cakap dekat Gempa korang dekat mana lepastu Gempa datang ya? Korang duduk situ tau!

Thorn menjawab dengan sedikit suara tenang. Lega Gempa menjawab panggilannya.

Gempa mematikan panggilan. Dengan lajunya dia melompat turun dari katil dan terus ke almari bajunya dan Hali lalu mengambil mana-mana pakaian yang ada di tangannya lalu terus masuk bilik mandi untuk menukar pakaian.

Amboi, Gem. Dah sihat betul dah kau ni. Siap boleh pecut lagi. X,D
.

.

.

Setelah berhempas pulas, Gempa mengambil masa 15 minit sahaja untuk tiba. Gempa mengarahkan pemandu yang baharu bekerja itu pecut selaju yang boleh. Dah macam lumba dalam litar dah pemandu tu bawa.

Akhirnya Gempa tiba di destinasi. Sebuah restoran. Gempa mencari-cari kelibat Thorn dan Ais. Dan akhirnya dia jumpa.

Gempa segera ke arah mereka berdua.

Gempa: Thorn! Ais! Awak ok tak ni?

Ais: Urgh...ok je...

Gempa: Kita ke klinik jom??

Ais: Takpe. Kau tu...dah sihat ke?

Gempa: Heeiiisshh...tak payah risau pasal sayalah! Jom cepat! Thorn, bantu Gempa papah Ais jom!

Thorn hanya menangguk mengikut arahan. Kini mereka bertolak ke klinik.
.

.

.

DI KLINIK

Gempa memapah Ais keluar dari bilik doktor. Dan terlihat Thorn sedang menunggu mereka.

Thorn: M-macam mana dengan Ais?

Gempa tersenyum lalu ketawa kecil. Ais hanya diam mengalihkan pandangan manakala Thorn polos tidak faham apa yang sedang terjadi.

Gempa menepuk bahu Thorn lembut.

Gempa: Thorn dah ada geng~

Thorn: Geng?

Gempa: (angguk) Ni, Ais. Dah 2 bulan setengah.

Gempa memandang Ais yang sedang merah wajahnya. Dia diam sambil menguis-uis jarinya sendiri. Thorn masih tidak faham. Dan Gempa faham pandangan Thorn itu.

Gempa: Ais mengandunglah.

Thorn: (gasp) !!!! Betul keee?!!

Ais: Shh-! Senyaplah!

Thorn menutup mulutnya. Terlebih excited pula Thorn ni.

Gempa hanya ketawa kecil memandang 2 sahabatnya itu. Seperti Ais. Thorn juga sedang berisi sekarang. Untungnya mereka. Rezeki awal.

"Diorang dah ada dah..aku bila lagi?"

Desis hati Gempa. Agak-agak bila dia juga mengalami hal yang sama, apa reaksi dia? Dan yang paling penting, reaksi Halilintar pula bagaimana?

Riiinngg~

Panggilan masuk dalam telefon Gempa. Gempa membiarkan Ais dan Thorn bersama manakala Gempa meminta diri seketika untuk menjawab panggilan di luar kawasan klinik.

???: Dia sudah keluar. Mulakan.

Gempa mengangkat panggilan tersebut.

Gempa: Helo?

....

Tiada siapa di seberang talian. Tiada sebarang suara masuk.

Gempa tiba-tiba merasakan sesuatu yang aneh bakal berlaku. Dia cuba menyedapkan hatinya. Jadi Gempa mematikan panggilan itu dan berpusing mahu masuk ke dalam klinik kembali. Harus cepat kerana di luar sini orang tidak ramai.

Riiinngg~

Panggilan masuk kembali. Gempa melihat nombor yang tertera. Nombor yang tidak dikenali.

Gempa: Helo? Siapa ni?

Gempa cuba juga mengangkatnya. Walaupun hatinya sudah berdegup kencang. Dia dapat rasakan. Ada sesuatu yang tak kena akan berlaku. Jadi Gempa segera mematikannya semula dan ingin masuk tetapi-

Gempa: (kena tekup mulut) MMMPHH-!! KKHH!!!

Datang seorang lelaki bertopeng hitam menutup mulutnya dengan sehelai kain kecil dan hal itu membuatkan Gempa meronta-ronta.

KlaKk!

Gempa terlepas telefonnya. Dan telefon tersebut jatuh. Gempa masih dalam keadaan meronta dan tanpa dia sedari, kain yang menutup mulutnya itu mempunyai cecair yang melemahkan dirinya. Gempa semakin lemah dan akhirnya pitam. Penculik itu menggunakan kesempatan itu untuk membawa Gempa pergi.

Di dalam klinik sewaktu kejadian itu sedang berlaku.

Ais: Mana Gempa ni?

Thorn: Dia keluar tadi. Jawab panggilan. Dari Hali kot...?

Ais hanya mendengus. Dia memandang di luar kawasan klinik. Dan dia ternampak Gempa ingin masuk ke dalam klinik dan tiba-tiba datang seorang lelaki menutup mulut Gempa dan hal itu berada dalam pandangan Ais.

Ais: (shock) GEMPA!!

Thorn ikut memandang ke arah Ais yang sedang melihat ke luar klinik. Dan Thorn juga ternampak perkara yang sama. Kini Gempa dibawa oleh lelaki tersebut menjauh dari klinik itu.

Thorn: G-Gempaa!!

Ais: Jom Thorn!

Ais segera menarik tangan Thorn. Mereka berdua cuba selaju yang boleh untuk keluar dari klinik itu.

Mereka berjaya.

Namun tidak sepenuhnya. Mereka gagal menyelamatkan Gempa dari diculik.

Sebaik sahaja mereka keluar dari klinik itu, kelibat Gempa bersama lelaki misteri tadi sudah tiada. Ais dan Thorn mula cemas dan panik.

Thorn: M-macam mana ni??!

Ais: Cuba call!

Thorn mengangguk lalu mendailkan nombor Gempa. Dalam mereka menunggu, tiba-tiba mereka terdengar bunyi deringan telefon.

Ais mencari-cari asal bunyi tersebut dan dia ternampak sebuah telefon di atas lantai sedang berdering. Segera Ais mendapatkannya dan melihat, panggilan dari Thorn.

Ais: Habislah...

Thorn: K-kenapa Ais???

Ais: Aku rasa...Gempa sudah diculik!

Kini mereka berdua diam dalam keadaan yang sungguh terkejut.
.

.

.

GANG!!

Blaze: Abang!! Wou wou wou! Sabar bang! Sabar!

Hali: Sabar kepala lutut kau! Bini aku kena culik kau tahu tak?!!

Kelihatan Blaze sedang cuba sehabisnya menahan Hali di luar muka pintu depan rumah mereka. Halilintar menepis pegangan bahu Blaze kasar. Jelingan mata diberikan kepada adik kembarnya itu. Manakala Solar, Ais dan Thorn melihat mereka berdua di muka pintu itu.

Blaze: Bang Hali, Aze tahu abang risaukan Kak Gempa. Tapi kita kena ada plan dulu!

Hali: Aku tak kisahlah ada plan ke takde plan, aku nak pergi selamatkan Gempa! Dan sekarang juga!

Solar: Bang, sekarang tengah malam. Kita tak tahu apa penculik tu punya plan!

Hali hanya mendiamkan diri. Amarah api di dalam dirinya masih belum reda. Hali menggepal tangannya lalu menarik dan menghela nafas.

Di dalam hati Hali tidak putus-putus berdoa semoga Gempa selamat. Dia hanya memikirkan Gempa sahaja sekarang.

Tadi petang, sewaktu Hali sedang dalam mesyuarat, Hali mendapat call dari nombor Gempa. Akibat penasaran Hali terus mengangkatnya walaupun dia sedang berucap. Dan apabila dia dapati yang di hujung panggilan itu adalah Ais, Hali segera bertanyakan keberadaan Gempa.

Dan ya, sebaik sahaja Ais menceritakan perkara yang sebenar, dengan segera Hali menghentikan mesyuaratnya dan bergegas pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang itu api amarah Hali sudah hidup di dalam dirinya.

Dan sampai sahaja di rumah, kelihatan adik-adiknya bersama isteri sudah berada di rumah. Wajah Ais dan Thorn kelihatan panik sekali.

Hali meminta penjelasan lanjut, dan Ais menceritakan semuanya dari Gempa mendapat panggilan untuk segera datang bertemu Ais dan Thorn, sehinggalah Ais ternampak Gempa dibawa oleh seorang lelaki misteri.

Dan disebabkan hal itulah kemarahan Hali membuak-buak. Di dalam amarahnya sempat dia mengutuk orang yang berani-beraninya menculik isterinya.

"Siaplah 'binatang' mana yang ambil bini aku tu..."

Dan sedang Hali dalam diam menyumpah seranah, Hali mendapat panggilan dari seseorang.

Hali tanpa fikir panjang segera mengangkat panggilan tersebut.

???:  Helo, Hali~

Hali: Siapa kau? (dingin)

???: Hahaha! Kawan baik kau sendiri pun kau tak save nombor? Ish..ish..ish...kejamnya kau Hali!

Dahi Hali berkerut kasar. Di dalam fikirannya yang bercelaru itu cuba bekerja untuk mengingat suara di hujung talian. Dan tidak butuh waktu yang lama, wajah Hali terkejut.

Hali: Fang?!

Fang: Hahahah! Tahniah! Tahniah! Pandai kau teka. As expected CEO of Garuda Halilintar~

Hali: Ckh! Apa kau nak, hah?!!

Fang: Jangan marah, brother~ kita cakap elok-elok ya?

Hali mengetap giginya geram. Kalau mahu ikutkan hatinya yang panas itu, mahu dia melemparkan telefonnya ke tanah biar hancur berkecai. Namun bila difikir balik, Hali seolah perlu tahu kenapa Fang menelefonnya itu.

Fang: Macam nilah. Biar aku terus straight to the point, ya? Hmm...pj ya. Mana Gempa, ya?

Hali terkedu. Bagaimana Fang tahu bahawa Gempa hilang?!

Hali: Woi, kau jangan cakap-

Fang: Hng~ pandai. Akulah yang culik isteri kesayangan kau yang comel ni.

Hali: KAU B*NATANG!!! KAU DENGAR SINI! BAIK KAU SERAHKAN GEMPA PADA AKU KALAU KAU MASIH SAYANG NYAWA KAU ANJ*NG!!

Hali melepaskan amarahnya melalui jeritan pada telefon. Blaze, Ais, Thorn dan Solar yang mendengar jeritan Hali tanpa mereka ketahui siapa di hujung panggilan terus terkejut.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain sambil meneguk ludah takut.

Fang: Hoho~ marah? Hahahaah! Kau ni kelakar lah Hali...

Hali: Aku tak main-main, Fang. Kau bagitahu mana isteri aku dan aku akan timbangkan apa aku perlu buat dekat kau!

Blaze: Fang?!

Solar: Ckh! Tak guna. Ingatkan dah pupus dah jantan tu!

Ais dan Thorn hanya berdiam. Hali semakin mendengus dalam amarah apabila mendengar ketawa Fang.

Fang: Hahaha! Oohh...kau nak pertimbangkan dulu? Hmm...macam mana ya? Boleh kau pertimbangkan sekali lagi tak? Sebab...aku dah 'sentuh' isteri kau ni. Mmm~ manis, kan?

Duut-!!

Hali segera mematikan talian. Dia diam. Blaze cuba beranikan diri bertanya keadaan Hali.

Blaze: Bang, k-kau ok...? (takut)

Hali: ...Aze.

Blaze: A-aa..y-ya?!

Hali: Ambil papan kayu 7 keping.

Solar segera mencuit bahu Blaze supaya arahan abang sulung mereka belum sempat Blaze bertanyakan sebab. Dan dengan kadar segera Blaze masuk ke dalam rumah dan keluar semula bersama papan kayu yang dimaksudkan oleh Hali.

Ais dan Thorn memandang aneh tentang tingkah 3 beradik itu. Blaze dan Solar bersama-sama memegang 7 keping papan tersebut dan dihalakan ke arah Hali. Hali berdiri di depan mereka. Diam.

Ais: K-Kejap! Jangan cakap-

KRAAAKK!!!

Dengan sekali hayunan tumbukan, Hali menumbuk 7 keping papan yang sederhana tebalnya dan memang mengejutkan kerana kesemuanya pecah.

Blaze dan Solar yang menerima setiap separuh papan tadi hanya cuba mengawal diri daripada menangis ketakutan.

Hali menatap fonnya kembali. Mengabaikan tangannya yang sudah berdarah kerana menumbuk kayu keras tadi. Hali mencari sesuatu. Dan tidak lama kemudian, Hali memusingkan badannya dan ingin berjalan menghampiri keretanya.

Blaze: Hali! K-kau nak pergi mana?!

Hali: Aku nak pergi selamatkan Gempa...

Blaze: T-tapi kat mana?! Bang, kau jangan-

Hali: Blaze...makhluk tu dah CULIK ISTERI AKU...dan aku akan pastikan, dia takkan dekat dengan Gempa...walaupun 20 meter. Kau faham...?

Hali menjeling Blaze dalam pandangan belakang. Dan keempat orang itu terus seram sejuk. Entah kenapa...mendengar kata-kata Hali dan melihatnya...seolah sedang memandang seekor singa yang sudah bangun dari tidurnya dan sedang bersiap untuk berlawan.

Hali mengabaikan ketakutan 4 orang itu. Dia segera masuk ke dalam keretanya dan memecut keluar dari perkarangan rumah.

Ais&Thorn: A...apa tadi tu...??

Blaze dan Solar memandang antara satu sama lain sambil melemparkan kayu yang dipegang di pohon bunga berdekatan. Lalu mereka memandang Ais dan Thorn semula dengan suara bergetar.

Blaze&Solar: ...."Singa sudah Bangun"...
















To Be Continue
===================

Lagi 1 chapterrr!! ;;A;;
Korang rasa apa akan jadi pengakhirannya? :')
Agak-agak ada yang terkorban tak? Sniff...pengakirannya membuatkan akak menitiskan air mata. :'(

Tangisan yang tak dapat dikawal. Agak-agak siapa akan pergi? :'(

Kalau korang ingin bertanyakan lebih lanjut tentang cerita ini, korang boleh dipersilakan untuk bertanya di ruang komen! Dan akak akan menjawabnya di akhir chapter ini. ^^

Maaf kerana menunggu! Nantikan chapter last pada masa akan datang! Byeee~ xD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top