~48~

KEESOKKAN HARINYA

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Kini semua staff yang bekerja di sebuah syarikat ini sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing. Termasuk juga Gempa yang lain macam sibuknya kali ini.

Erin: Gempa?

Gempa: Aa? Y-Ya?

Erin: Kenapa cepat sangat ni? Gempa ada hal ya?

Gempa: Tak sangat pun. Uhmm..kenapa ya?

Erin: Akak nak bincang tentang perlantikan CEO baharu sebagai pengganti Tuan Hali. Gempa ada calon yang sesuai tak?

Terkedu lidah Gempa apabila nama suaminya disebut untuk digantikan orang baru. Dia tidak pernah menyangkakan hal ini kerana baginya, Hali masih lagi seolah-olah ada di situ.

Gempa: ....

Erin: Gempa?

Gempa: Eh? Uhmm...akak. Gempa masih tak sampai hatilah nak cari seseorang untuk gantikan tempat Halilintar.

Erin: Lhaa...kenapa pula? Orang tu gantikan tempat Tuan Hali sebagai CEO sahaja. Bukannya sebagai suami Gempa pun.

Gempa malu-malu seketika. Namun dia tergelak kecil.

Gempa: Heish! Gempa tak pernah pun fikir yang tu lah akak! Cuma...Gempa rasa eloklah kita tunggu seminggu dua dulu ya kak?

Erin memandang Gempa dengan pandangan gusar. Namun dia hanya mengeluh lalu menggangguk faham.

Erin: Hmmh...ok. Tapi nanti apa-apa hal Gempa lah yang akan handle. Boleh ke?

Gempa: InsyaAllah kak. Err...Gempa pergi dulu ya? Ada orang nak jumpa.

Erin: Oh, ok. Hati-hati, ya?

Gempa: Ok! Assalamualaikum, kak.

Erin: Waalaikumussalam.

Sebaik sahaja selesai memikul begnya, Gempa pun berlalu pergi untuk keluar dari pejabat. Gempa seperti tergesa-gesa untuk turun dan akhirnya dia tiba di tingkat bawah pejabat.

Dengan lari-lari anak Gempa menghala ke arah sebuah kawasan parking yang agak sunyi dan menuju ke arah sebuah kenderaan yang terdapat seseorang sedang menunggunya.

Gempa: Maaf! Awak tunggu lama ke, Fang?

Fang: Hn~ taklah sangat. Dah siap dah?

Gempa: Uuhh..y-ya. Tapi kenapa awak tak nak ajak Ying sekali?

Fang: ...kenapa aku kena ajak dia?

Gempa: Dia kan...isteri awak.

Fang memandang Gempa dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Sehingga Gempa berasa pelik.

Gempa: ...k-kenapa awak pandang saya macam tu..?

Fang: Taklah. Cantik kau hari ni. (senyum)

Fang masih setia memandang ke arah Gempa secara atas bawah. Gempa semakin merinding ketakutan lalu dia segera mengubah topik agar dirinya tidak dipandang lama oleh Fang.

Kalau tidak terpaksa, sudah lama Gempa akan cari kenderaan lain untuk dia naiki agar dia dapat mengelakkan diri daripada menaiki kenderaan Fang dan menumpangnya.

Tapi kerana sebab-sebab tertentu, Gempa terpaksa akur.

Gempa mahu naik bas, tetapi jika sanggup tunggu dan pulang lewat sehingga jam sekitar 6 petang amat bahaya untuk gadis seperti Gempa berada pada waktu itu. Kalau naik teksi, kena jalan 'amat' jauh kerana di area pejabat itu agak susah untuk texi masuk. Grab car apatah lagi. Nak masuk kena lepasi guard yang sebiji perangai macam Hali. Gempa nak tumpang juga Blaze atau yang lain tetapi khawatir mereka ada hal lagi penting. Nak tumpang kawan-kawan sepejabat hampir semuanya sudah berumah tangga. Yang bujang hanyalah lelaki sahaja.

Sadis. :v

Jadi dengan penuh terpaksa Gempa mengikuti Fang. Lagipun Fang sendiri yang menawarkan hal itu.

Gempa juga pelik, dia mendapat berita bahawa pemandu keretanya yang disewa Hali tiba-tiba dihantar masuk wad ICU kerana telah ditikam berkali-kali dan dibiarkan lama di kawasan bersemak-samun.

Sudah tentu hal itu amat mengejutkan Gempa kerana pemandu itu ditemui di kawasan berdekatan kubur yang Gempa pergi semalam.

Aneh sungguh!

Fang: Eh, kau nak duduk belakang ke?

Gempa menghentikan langkahnya. Dia memandang ke arah Fang sambil menangguk.

Gempa: Ha'a. Tak elok rasanya saya duduk di tempat yang sepatutnya isteri awak berada.

Fang sedikit berdecih kecil tanpa didengari oleh Gempa. Lalu Fang berjalan ke arah Gempa dan membukakan pintu bahagian depan. Hal itu membuatkan Gempa berkerut dahinya.

Fang: Masuk.

Gempa: Tapi-

Fang: Aku kata masuk!!

Gempa: (terkejut) ...?!

Fang: Uhh...err...maaf. Duduk depanlah. Baru seronok sikit berborak.

Gempa terkelu lidahnya. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar sergahan kasar oleh Fang tadi. Tak pernah selain Hali menjerit ke arah Gempa sebegitu teruk. Hali pun ada buat tetapi tidak sekuat itu.

Gempa hanya akur kerana dia sudah mula muak nak layan Fang. Sungguh dia tidak faham, kenapa Hali boleh berkawan dengan orang macam ni?
.

.

.

Gempa: Fang...?

Fang: Hn?

Gempa: Kenapa...awak bawa saya makan pula?

Fang: ...ah. Saja nak belanja Gempa. Tak boleh ke?

Gempa: Uuuhh...tapi dekat restoran macam ni...mesti mahal kan harga dia?

Gempa menoleh ke kiri dan ke kanan dirinya. Melihat suasana restoran dari hotel 5 bintang yang amat mewah dan kelihatan ramai orang elegan di situ. Bagaikan dari dunia yang berbeza. Gempa bukan tidak suka berada di khalayak orang kaya tetapi dia sudah biasa terdedah dengan kehidupan sederhana. Lagipun terima kasih untuk Hali yang amat memahami Gempa dan sudi merasai kehidupan sederhana bersamanya.

Tetapi bila bersama Fang...rasanya sungguh lain.

Fang melihat Gempa dalam. Lalu dia tersenyum.

Fang: Alah, bukan selalu kita dapat bersama kan? Inilah saat yang bermakna untuk kita berdua, kan?

Gempa: A-Apa maksud awak...?

Fang tersenyum melihat wajah kerutan Gempa. Dia pun kemudian memetik jarinya dan dengan tiba-tiba muncul pemuzik restoran di sekitar mereka. Perlahan-lahan muzik romantis dimainkan dan pada masa yang sama Fang sedang mengeluarkan sesuatu dari dalam poket bajunya.

Fang menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna merah terang ke arah Gempa lalu membukanya dan menunjukkannya di hadapan Gempa.

Alangkah terkejutnya Gempa apabila melihat sebentuk cincin emas yang bersinar cantik dihalakan dan ditunjukkan kepadanya. Jantung Gempa mula berdegup kencang.

Fang: Gempa, sudikah kau menjadi permaisuri hati aku?

Gempa: ...F-Fang...

.

.

.



MALAM ITU

Gempa duduk di atas sofa. Kelihatan dirinya sungguh cantik pada tengah malam itu. Memakai blouse putih suci dan dia juga memakai sebuah cardigen yang boleh dizip untuk dijadikan sebagai penutup bahu dan kepalanya. Jadi dia tidak perlu tergesa-gesa dan perlu naik tangga sekiranya Blaze atau Solar terjaga di tengah malam itu dan mahu turun ke bawah.

Jam juga sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Namun mata Gempa masih tidak mahu tertutup. Dia sudah puas mencuba memaksakan dirinya untuk terlelap namun gagal. Setiap kali dia memusingkan badannya di atas katil pasti dia akan melihat kawasan sebelahnya yang kosong itu.

Gempa: Halilintar...

Nama itu. Hanya nama itu yang sering dipanggil Gempa. Nama yang sering Gempa merayu untuk pulang. Nama yang sering berada di dalam doa seorang isteri. Nama yang Gempa sentiasa rindu.

Kini fikiran Gempa semakin bercelaru. Dia serabut. Kepalanya tiba-tiba menjadi seakan-akan rakaman video yang rosak kerana tidak henti-henti memainkan semula peristiwa petang tadi.

Peristiwa yang mana Fang telah melamar Gempa di dalam restoran hotel yang mewah.

Gempa: ...sudah betul kan aku tolak lamaran Fang tadi?

Gempa seakan ragu-ragu. Sebaik sahaja Fang menghulurkan cincin itu. Gempa mula diam sehinggalah mereka habis makan. Walaupun Fang sentiasa bercakap dengannya namun Gempa mendiamkan diri sahaja. Seolah dia tidak mahu berkata apa-apa pun. Kerana dia khawatir, khawatir sekiranya Hali akan kembali semula.

Tambahan pula sekarang Gempa seolah mempunyai perasaan yang ada seseorang yang sedang memerhatikannya.

Sebenarnya baru beberapa hari ini Gempa rasakannya. Seperti ada seseorang memerhatikannya dari jauh. Melihat setiap gerak-gerinya. Mengikutinya namun Gempa tidak tahu siapa. Hanya saja, Gempa terlalu takut untuk akuinya kerana khawatir dirinya akan dikata menjadi terlalu lemah dan sering memerlukan pertolongan orang.

Mengingat kembali peristiwa tadi, Gempa seolah-olah yakin akan dirinya yang menolak lamaran Fang sebaik sahaja Fang menghantarnya ke rumah. Walaupun itu bukan cara reject yang ideal tetapi sekurangnya Gempa dapat terus lari masuk rumah jika Fang tiba-tiba membuat hal yang tidak sepatutnya kepada Gempa. Syabas, Gempa!

Itu hanya dalam hati Gempa. Tetapi dalam otaknya lain pula. Perasaan kasihan mula hadir. Fang seolah betul-betul mencintainya. Namun Gempa tidak mahu merosakkan rumah tangga Fang dan Ying. Tetapi adakah mungkin mereka sebenarnya sudah bercerai sehingga Fang ingin mencari pengganti?

Tetapi kenapa sekarang? Kenapa Gempa? Sedangkan Fang tahu bahawa Gempa sudah menjadi milik Hali. Fang sendiri yang hadir di majlis akad nikah mereka berdua.

Gempa sudah mesej Ying berkali-kali sebaik sahaja dia pulang dari dihantar Fang petang itu. Namun nihil. Tiada sebarang balasan. Hati Gempa sudah mula resah.

Gempa: Apa sudah terjadi ni...? Kenapa aku rasa tak sedap hati sangat ni?

Gempa menarik dan menghembus nafasnya dan cuba menenangkan diri. Namun tetap sahaja dirinya tidak tenang. Seolah ada sesuatu yang menariknya datang ke ruang tamu yang gelap gelita dan sunyi itu.

Tok. Tok. Tok.

Gempa: (gasp) Eh??

Debaran jatung Gempa mula berdegup kencang. Mendengarkan bunyi ketukan pintu rumah yang perlahan kedengaran. Gempa mula panik. Sehingga naik bulu romanya.




Kemudian suara ketukan kedengaran semula.

Gempa: A-alamak! Ughh...

Gempa memandang ke arah pintu rumah yang tidak jauh dari kedudukannya itu. Dia mencari-cari sesuatu di sekitar ruang tamu itu dan ternampak sebuah kerusi yang sederhana berada berdekatannya.

Gempa cuba memberanikan diri. Dia menzipkan cardigen unik nya tadi dan mengubahnya seolah menjadi hoodie bertudung. Gempa menggenggam kuat baju blousenya dan satu tangannya mengangkat sebuah kerusi yang agak ringan beratnya.

Gempa membawanya ke arah pintu. Walaupun dia boleh sahaja kejutkan adik-adik yang lain tetapi dia khawatir sekiranya ia akan membuatkan 'pencuri' itu mula bertindak memasuki rumah. Jadi mahu tidak mahu, Gempa harus atasinya sendiri. Paling malang, telefon Gempa sedang dicas di dalam bilik dan dia sekarang berada dalam keadaan tangan kosong. Mujur kerusi yang agak ringan itu ada. Boleh dijadikan senjata.

Gempa semakin hampir dengan pintu. Dengan perlahan dia membuka kunci pintu rumah itu. Ah! Alangkah baiknya jika ada tingkap di sekitar situ! Boleh intai dari situ. Malangnya tuan rumah ini langsung tidak fikirkan hal itu. Dan paling malang malam ini semua pembantu rumah telah pulang. Dan entah kenapa Gempa merasa aneh kerana 'pencuri' itu berjaya melepasi pak cik jaga yang menjaga pagar utama rumah ini.

Gempa: Dia ada ilmu pukau ke? Ugh...baiklah. Buka saja pintu ni, aku akan terus lempar kerusi ni dekat diorang. Tak kisahlah ramai ke tak. Aku buka, lepastu aku baling kerusi ni, lepastu aku tutup pintu balik dan kunci lalu naik dan terjah pintu bilik diorang semua.

Kejam kau Gem. X,D Dan sekali lagi pintu diketuk dan bunyinya semakin kuat. Gempa sudah bersedia. Dia meneguk ludahnya dan membacakan surah-surah yang terlintas di fikirannya.

Dalam kiraan.

Gempa: 1...2....

Gempa membuka kunci pintu secara perlahan dan perlahan memulas tombol pintu.

Gempa: 3!!! (buka pintu) (angkat kerusi) AAAARRGHHH!!!!!

???: (terkejut) AAAAAAARGHH!!! (gasp) GEMPA!!?!

Gempa memandang 'pencuri' yang berada di hadapannya. Dia menatap lama wajah orang itu dengan keadaan mengangkat kerusi dan kaku. Dan seketika jantung Gempa terhenti.








Deg!

Dan apabila dia dapat mengenal pasti siapakah itu. Rupanya..








Gempa: HALILINTAR!!!

Dengan pantas Gempa melepaskan kerusi lalu berlari keluar dan memeluk insan yang berdiri di muka pintu rumah itu.

'Pencuri' itu atau lebih dikenali Halilintar menerima pelukan kuat Gempa. Walaupun terkejut, Hali menarik nafas dan tertawa sambil memeluk Gempa.

Gempa memeluk Hali semakin erat. Seolah tidak mahu melepaskannya dan ingin melepaskan segala kerinduan. Dalam esakkan Gempa terus-menerus memanggil-manggil nama Halilintar.

Gempa: H-Halilintar...hikss! Halilintar! I-ini awak kan?! Halilintar!!

Tangisan kegembiraan pun keluar dari kelopak mata Gempa. Syukurnya hati Gempa apabila dia dapat menyentuh, memeluk dan memanggil nama Hali dan orangnya itu menjawab panggilannya.

Gempa: Isk...Halilintar...sniff...

Hali melepaskan pelukan mereka berdua. Dia memegang wajah Gempa lembut dengan kedua belah tangannya lalu mencium dahi Gempa. Gempa menerima ciuman dari suaminya itu dengan senang hati. Kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan apabila dia dapat melihat keajaiban yang telah dipohonkan olehnya kepada Tuhan.

Hali: Assalamualaikum, Gempa.

Gempa: (ketawa) Mmh..Waalaikumussalam, Halilintar.

Hali: Kuat kau menangis. Rindu aku sangat ya?

Gempa: ...isteri mana tak rindu suami dia...?

Sedih wajah Gempa apabila dia dipersoalkan sebegitu. Hali cepat-cepat cari topik untuk gembirakan isterinya semula.

Hali: Uuhh..d-dah! Jom masuk?

Gempa hanya menggangguk kecil lalu mengikuti dorongan Hali yang membawanya masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu itu.
.
.
.
Hali: Terkejut betul tadi. Ingatkan siapalah yang kuat betul pergi angkat kerusi tu.

Gempa: ////// Dah saya dengar bunyi orang ketuk pintu jadi saya ingatkan itu pencuri...

Hali: Kalau pencuri, panggillah sesiapa sayangku oi~

Gempa: Mana boleh! Kalau saya leka tadi, entah-entah dia sudah masuk rumah. Ni nasib baik awak. Tengok, saya boleh bukakan pintu untuk awak.

Hali: Buka pintu, tapi menjerit dan angkat kerusi macam nak bunuh orang.

Gempa: Hmph! Ok sorry!

Hali: Pfft- hahahahah! Merajuk? Pandai dah isteri aku ni merajuk ya?

Hali mengusap-usap kepala Gempa yang sudah terbuka hoodienya. Gempa hanya membuat muka namun dia pun turut ikut ketawa.

Dan seketika Gempa perasan yang wajah Hali terdapat luka dan calar yang agak dalam. Perlahan Gempa menyentuhnya lembut. Dan hal itu membuatkan Hali kaget dan malu kerana jarak wajah mereka yang dekat.

Gempa: Halilintar...adakah ini luka yang tragedi itu?

Hali: Aaa...uuhh...y-ya.. (blush) Uhmm...t-tak sakit sangat pun.

Gempa memandang ke arah Hali dengan pandangan tidak percaya. Macam mana tak sakit? Kita yang tengok ni pun dah boleh rasa kesakitannya!

Gempa: Kita naik dan letak ubat, ya?

Hali: Eh?! T-Tak payah! Aku nak mandi pula lepas ni! //////

Gempa: ....kalau macam tu jom naik?

Hali: Ok. Kau dah makan?

Gempa: (angguk) Tapi tak kenyang...

Hali: ...apsal?

Gempa: Sebab tiada suami di sisi...

Gempa mencebik sedih. Hali yang memandang terus memegang dadanya kuat sambil menangis penuh syukur.

Hali: Allah! Aku bersyukur ada isteri comel macam niiii!!! ;;A;; (bisik)

Gempa: ..?? Apa awak cakap tadi?

Hali: T-tak! Jom kita naik!

Gempa: Y-ya...ah! Saya pun kena kejutkan yang lain-

Dan belum sempat Gempa berlari mendahului Hali, Hali dengan pantas menarik Gempa dan masuk ke dalam pelukannya. Terkejut Gempa dibuatnya namun Hali lebih mengeratkan lagi pelukan itu.

Hali: Stay, please. I miss you so much, Lyubov. My precious angel.

Hali mencium dan menghirup aroma rambut Gempa yang berbau buah itu. Manisnya bau!

Gempa: H-Halilintar?! ////// (blush)

Hali: Kau tak rindukan aku?

Hali melihat wajah Gempa dengan pandangan serius dan penuh berharap. Gempa membalas tatapan wajah Hali lalu dia terus memeluk erat badan tegap Hali.

Gempa: Sudah tentu saya rindu. Hanya awak yang saya perlukan sekarang.

Hali membalas pelukan Gempa sambil tersenyum. Bahagianya bukan lagi alasan untuk mereka terus berpelukan dan bersama naik ke tingkat atas untuk menuju ke bilik.
.
.
.
Gempa: Awak pasti tak nak saya kejutkan Blaze dan yang lain?

Hali merebahkan dirinya ke atas katil yang empuk sebaik sahaja dia dan Gempa memasuki bilik. Gempa menutup pintu bilik lalu menguncinya.

Hali: Hn.. tak payah. Aku nak rehat.

Gempa: Kata nak mandi?

Hali: Ugh...yelah.

Gempa tersenyum lalu membuka almari dan mengambil tuala milik Hali. Gempa memberikannya kepada Hali dan Hali mengambilnya.

Hali: ...?? Kau sangkut tuala aku dekat kawasan baju yang kau sangkut?

Gempa: Eh?! Aaa..i-itu.... 0///////0

Hali memandang Gempa pelik. Dan tiba-tiba dia terlintas sesuatu. Lalu Hali tersenyum nakal.

Hali: Kau...cium bau aku untuk lepaskan rindu, kan? (smirk)

Gempa: (shock) T-taaakk!!! //////// (max blush)

Hali: Really? Jadi macam mana boleh disangkut? Dekat kawasan baju kau pula tu. ....hmm...mesti asal kau buka saja almari dan nak ambil baju, kau cium dulu tuala ni, kan? (grin)

Deg!

Bagai kena tepat pada sasaran. Gempa semakin merona kemerahan. Apa? Salah ke dia lakukan sebegitu? Tuala suami dia juga kan? Dah rindu nak buat macam mana? X,D

Gempa: Sudahlah! Pergilah mandi! >///////<

Hali tergelak besar lalu bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Sebaik sahaja pintu tertutup rapat, Gempa menghela nafasnya lega.

Gempa tersenyum sendirian. Akhirnya, doanya termakbul. Dia bertemu kembali insan yang dia cintai.

Gempa menggenggam blouse putihnya kemas. Dia juga menggigit bibir bawahnya dan sekali lagi melirik ke arah pintu bilik mandi yang kedengaran bunyi percikan air.

Wajah Gempa kemerahan.

Gempa: ....sudah sampai masanya... ///////

Lalu Gempa membukakan cardigennya dan meletakkan ke tepi. Gempa melepaskan ikatan rambutnya dan terserlahlah rambut yang panjang dan lurus milik Gempa. Gempa meluruskan rambutnya lalu disisip ke bahu kanannya.
.

.

.

~Warning~
.
Di sini ada unsur dewasa.
Tapi tiada adegan itu.
Cuma sebagai peringatan buat pembaca muda yang di part akhir ini ada unsur yang akan membahayakan pemikiran kamu semua. X,D
.
Jadi kalau nak terus baca, silakan~
.
Enjoy~!
.
~Warning~

Klik!

Bunyi pintu dibuka kedengaran dan keluar Hali dari bilik mandi. Menandakan dia sudah selesai mandi. Hali memakai seluar pendeknya bersama tuala yang disangkut di atas bahunya. Hali mengambil tuala yang berada di bahu kirinya lalu mengelap wajahnya dan kemudian pandangannya terganggu oleh sesuatu.

Lebih tepat, seseorang. Seorang gadis berbaju putih yang kelihatan manis dipandang.

Hali: ....Gempa?

Hali terpegun memandang ke arah Gempa. Gempa amat cantik memakai blouse putih di paras lutut. Terdedah bahunya dan kulitnya yang putih itu. Terdedah pula leher Gempa dengan rambutnya yang panjang itu. Meletop! X,D

Gempa: Ukhm...Halilintar... s-saya ada sesuatu nak cakap...//////

Hali mengelap wajahnya sehingga habis dan membiarkan tuala terus tersangkut di bahunya. Hali berjalan mendekati dirinya ke arah Gempa sehingga mereka berdiri secara berdepan dan memandang antara satu sama lain.

Gempa: Halilintar...s-saya... ///////

Wajah Hali juga ikut merah. Melihat pemakaian Gempa yang seolah sedang menggodanya. Hali meneguk ludahnya menahan diri dan nafsunya.

Gempa: Awak...ingat lagi tentang janji kita?

Hali: ...janji?

Gempa: ...malam perkahwinan kita?

Hali: ....ah. Y-ya...k-kenapa?

Gempa mendekatkan lagi dirinya kepada Hali dan kini jarak mereka berdua amat dekat. Hali semakin kemerahan wajahnya. Gempa apatah lagi? Sudah seperti udang rebus.

Gempa: ...mmh...s-saya...akan berikan apa yang abang mahukan sebelum ini... /////// (blush)

Hali merenung lama wajah Gempa. Dia cuba mentafsir kembali apa yang dikatakan oleh Gempa tadi. Dan seketika Hali tertangkap 1 perkataan yang membuat jantung Hali berdegup kencang.

Hali: Gempa...k-kau panggil aku tadi-

Gempa: Abang... //////

Hali: (max blush) '/////////' (gasp)

Hali menarik Gempa lalu mendudukkan mereka bersama. Sekali lagi Hali menatap Gempa lama dan dalam. Untuk mendapatkan kepastian, Hali bertanya sekali lagi.

Hali: Gem, janji kau dan aku yang dulu tu...adakah kau betul-betul yakin? //////

Gempa menangguk laju dengan wajahnya yang masih kemerahan.

Gempa: Saya sudah buat keputusan. Seperti yang dijanjikan. Saya panggil sahaja awak 'abang', itu bermakna saya sudah sedia sepenuhnya. Adakah abang sudi terimanya?

Hali: (gulp) ....mmh...jadi...izinkan abang menikmatinya malam ini?

Gempa: Apa sahaja.

Hali melepaskan tualanya ke bawah katil dan menarik wajah Gempa. Bibir mereka bersentuh antara satu sama lain dengan lembut. Dan secara perlahan Hali membaringkan Gempa di atas katil lalu menindihnya. Hali menatap wajah Gempa dalam.

Hali: Tak takut?

Gempa: ...sikit.

Hali: (smirk) Don't worry, I'll be gentle.

Dan Hali menyingkap kain blouse Gempa secara perlahan dan menikmati alunan panggilan Gempa yang terus-terusan memanggil namanya dengan panggilan yang sudah lama dia ingin dengari.

Maka pada malam itu, kepulangan Hali diberikan ganjaran yang lumayan gembira bagi pasangan itu. Akhirnya mereka dapat menjalani kehidupan pengantin baru yang sebenar walaupun sudah hampir masuk bulan ke-7 perkahwinan mereka.





To Be Continue
=================

Uwu sukanya bila Hali sudah pulang~
Hahahaha! Part last memang buat akak tersenyum seorang diri. =w=

Sudah lega semuanya sebab Hali sudah pulang? Kalau sudah, kita tamatkan cerita ini di sini sahaja. X,D

Ok gurau je. Masih ada adengan hangat yang menanti anda semua~

Kalau chapter lepas akak tanya 1 soalan. Kali ini 2 soalan pula. Mohon bantu pilih ya? :3

Ok, yang pertama. Apa yang korang (readers) nak Hali panggil dekat Gempa?

~ Sayang

~ Lyubov

~ Dinda (abaikan :v)

~ Intan payung (serious abaikan x,D)

Kalau korang nak minta pendapat akaklah. Akak pun better dua2 antara Lyubov dan Sayang. Tapi memandangkan cerita ini berkisahkan ala2 novel sweet jadi akak lebih kepada 'Sayang' lah.

Kalau ada yang tak tahu maksud apa Lyubov dan Mio Marito tu, ok akak terangkan.

●Lyubov bermaksud "Sayang"
●Mio Marito pula "Suamiku"

Kedua-dua panggilan itu diambil dari dua buah negara iaitu Rusia dan Itali.

Ok abaikan. Seterusnya!

Akak curious juga kalau-kalau readers ada soalan nak tanya, korang boleh isikan di ruang komen dan akak akan membalasnya di chapter extra selepas buku ini habis.

Jadi tanya soalan yang berkaitan dengan cerita ini saja ya? Mana tahu korang ada nak tanya sesuatu? Tapi akak takkan reply di komen. Akak akan jawab di chapter extra nanti.

Jadi pembukaan soalan dibuka dan akan diberitahu bila ia ditutup nanti. ^^ Silakanlah~




P/S: Maaf sangat² sebab akak tak dapat reply komen korang~! ;;A;; Maaf sangat!!! Jangan marah ya?? :'3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top