~46~

Hali: Oi, bangun.

Gempa mengerdipkan matanya apabila seseorang mula mengganggu mimpi tidurnya yang sungguh lena. Dengan malas Gempa mencelikkan matanya perlahan dan dari imej yang kabur ia bertukar menjadi jelas.

Maka terlihatlah wajah Hali yang kurang hensem itu dengan jarak dekat. :v //kena lempang

Gempa: (gasp) Hh-!! A-awak nak apa?! (shock)

Hali: Tak payah terkejut sangat... apsal kau tidur petang di waktu hujung minggu ni?

Gempa: ...s-saya mengantuk saja...maaf. A-awak nak apa-apa ke?

Hali: Tak. Cuma nak kejutkan kau saja.

Gempa: Ouh...terima kasih. Umm...mana Ummi?

Hali: Ummi dan Walid keluar. Diorang nak ke Terengganu bila balik nanti. 3 hari. Jadi aku nak kau teman aku bersiap untuk outstation pagi esok.

Gempa: Oohh...ok.

Gempa bangun dari tidurnya di atas katil dan dengan wajah mamai dia menggosokkan matanya.

Hali: ... (bisik) Melampau tahap comel kau ni... ////// (blushing)

Gempa: Mm? Awak cakap apa tadi?

Hali: T-tak...dah tolong aku apa yang patut.

Gempa: Saya iron kan baju awak. Sabun dan berus gigi sudah awak masukkan dalam beg?

Hali: Belum.

Gempa: Baju nak bawa berapa helai?

Hali: ...entah.

Gempa: ...

Hali: ...

Gempa: Halilintar...jangan cakap yang awak tak tahu nak packing beg..?

Hali mengetap giginya sambil menggaru belakang lehernya. Malu nak mengaku depan isteri sendiri.

Hali: S-siapa kata aku tak tahu?! Aku tahulah!!

Gempa: ...kalau 1 minggu sekurangnya awak bawa berapa helai baju?

Hali: Dah seminggu, mestilah 7 pasang!

Gempa menepuk dahinya sendiri sedikit kuat. Tak kalah pendek akal suaminya ni rupanya. Mungkin ini outstation pertama kali buat Hali jadi dia tidak berpengalaman. Mesti waktu kecil dahulu yang tukang packing barang dia sama ada Mama dia ataupun orang gaji. Adoii...Hali.

Gempa: Encik Halilintar, orang kalau nak pergi jalan selama seminggu kena bawa baju sekurangnya 8-10 helai.

Hali: Banyaknya!

Gempa: Mestilah! Saya tahu yang awak mungkin tak sempat nak mandi atau mumgkin pakai baju sehelai sehari ke tapi kenalah bawa lebih untuk back up. Sama macam sabun dan ubat gigi. Ambil yang masih banyak ataupun yang baru sebab kalau tersilap tertumpah sekurangnya masih ada baki yang boleh pakai. Ataupun bawa lebih. Tuala pun sama, kena bawa yang baru. Jangan bawa yang lama pergi tempat orang. Silap-silap kena kongsi bilik dengan staff dan mereka terhidu kain tuala awak tu kang berbau hapak pula.

Panjang lebar Gempa memberikan mukadimah percuma kepada Hali. Hali blank seketika sebelum dia pout geram lalu menarik Gempa mendekatkan dirinya.

Hali: Jadi kau nak kata aku tak pandai packing lah ni?

Gempa: B-bukan! Cuma...awak kurang pengetahuan tentang perkara asas. Hehee...

Hali: Makin nakal kau sekarang ya?

Gempa: Dengan suami, nak takut apa?

Dengan mata yang bulat Gempa memandang Hali. Tak faham apa yang dimaksudkan Hali kerana dia masih mamai walaupun dah bersyarah mengalahkan pensyarah.

Hali tersenyum nakal.

Hali: Jadi kalau kau nakal, aku boleh nakal jugalah ni? (smirk)

Terkelip-kelip mata Gempa memandang Hali. Dan seketika kemudian wajahnya bertukar kemerahan apabila dia sudah mula menyedari sesuatu. Tambahan pula tangan Hali mula melingkar di pinggang Gempa.

Gempa: (gasp) H-Halilintar!! //////

Hali: Kenapa? Takut? Tadi nakal sangat kan?

Gempa: T-Taaakkk!! Sorryyyyy!! Tolonglah jangan macam niiiii!! ;;A;;

Hali tertawa kecil melihat wajah kemerahan Gempa diikuti dengan reaksi takutnya. Hali kemudian melepaskan pelukan mereka lalu menatap wajah Gempa.

Hali: Kau bernasib baik kita ada perjanjian dulu. Kalau tak...dah lama aku 'ngap!' kau. Faham?

Gempa menggangguk laju sambil menutup dirinya dengan bantal. Sebagai pelindung lah tu.

Lalu Hali menarik tangan Gempa supaya isterinya itu dapat bangun dan mereka mula mengemas barang-barang keperluan Hali untuk dibawa ke outstation nanti.
.

.

.

Hali: Hhmhh... siap pun.

Gempa: Haahh... dah malam ni. Awak nak makan apa-apa?

Hali: Mee segera saja.

Gempa: Tak eloklah makan mee segera selalu. Lebih-lebih lagi waktu malam.

Hali: Buat jelah. Aku yang makan. Kau nak makan benda lain kau masaklah.

Gempa: Hmm...kalau saya letak sayur dan tauhu awak nak?

Hali: Tauhu? Heish! Tak nak lah!!

Gempa: ....awak tak suka tauhu, ya? (grin)

Hali: (shock) M-mana ada!! //////

Gempa: Pfft- macam budak...

Hali: Diamlah! Pergi masak cepat!

Kini giliran Gempa pula yang ketawa kecil. Sejak bersama Hali di dunia perkahwinan ini, semakin banyak perkara terbaru yang Gempa kenal tentang Hali. Termasuk segala kelemahan Hali.

Kadang-kadang Hali akan tertunjuk secara tidak sengaja akan kelemahannya namun di mata dan hati Gempa dia tak kisah. Gempa takkan mempermainkan segala kelemahan Hali untuk membuatkan Hali kelihatan lemah tetapi sebaliknya dia akan cuba memperbaiki kelemahan Hali itu.

Tapi kadang-kadang adalah juga Gempa nak kacau Hali as a repay untuk balas dendam. :v Tak salah kan?

Sebaik sahaja Gempa berjalan menuju ke pintu, dia melangkah setapak keluar sebelum dia menoleh ke arah Hali kembali.

Gempa: Tak nak ikut?

Hali: Buat apa?

Gempa: Yelah, awak kan selalu nak bersama? (giggles)

Hali: Ckh! (blush)

Gempa: Oh ya, baru saya teringat. Hati-hati sikit bila berseorangan dekat bilik ni. Kalau awak main fon tak pakai earphone bahaya nanti akan terdengar bunyi sesuatu. Walaupun saya baru beberapa bulan menginap dekat sini tapi saya ada 'teeeeerrrrrrrrr'dengar bunyi sesuatu. Tak tahulah apa. Hati-hati ya? ^^

Lalu Gempa melangkah keluar dari bilik itu sambil meninggalkan Hali yang sedang melihat belakang Gempa melalui pintu yang perlahan-lahan tertutup.

Kreeeaaakkk~ thud.

Hali's POV

Sebaik sahaja Gempa keluar dari bilik dan pintu tertutup rapat, entah kenapa tiba-tiba aku rasa ada aura sejuk.

Aircond kot...

Eish! Meremang siot bulu roma. Dah kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Dah lah jantung berdegup kencang. Mak ai~!!

Entah kenapa rasa kedengaran bunyi berdesing kuat masuk dalam telinga dan mata aku tiba-tiba tertoleh dekat langsir tingkap besar bilik aku.

Situasi kawasan luar rumah yang gelap dan dihuni lampu taman sekeliling rumah yang malap dari dalam bilik ini...

Dan tiba-tiba aku mula terbayang sesuatu.

Hali: Oh, shit!! F********CCKKK!!!!

Hali's POV END

Dengan kelajuan halilintar Hali bangun dari duduknya lalu memecut keluar dari bilik. Tanpa berhati-hati dia menuruni tangga. Tak main naik lift dah, terus turun dengan kelajuan pecut 100 meter dengan tangga. Nanti tak fasal-fasal ada 'berteman' dalam lift tu pula. :v
.
.
.
DI DAPUR

Hali menghela nafas apabila dia melihat susuk tubuh isterinya yang sedang memotong sayur-sayuran lalu memasukkannya ke dalam sebuah periuk yang mendidih dan meruap-ruap keluar wap air.

Dengan ikat ala ponytail dan berbaju blouse kuning tua memang padan dengan Gempa. Simple but still cute. XD

Gempa perasan yang Hali sedang merenungnya lalu tersenyum.

Gempa: Kenapa awal sangat turun? Tak best berbual?

Hali: Ckh! Aku takde kawanlah!

Hali berjalan menuju ke dalam dapur lalu duduk di atas kerusi di meja kecil yang tersedia di dapur. Dia melihat sekelilingnya. Semua pembantu rumah sudah tidur mungkin. Sunyi saja.

Hali: Ekhem!

Terpaling Gempa mendengar deheman kuat dari Hali. Keningnya mula berkerut melihat Hali yang tersenyum kambing sambil menyanyi lagu apa entah.

Gempa: Dah kenapa awak tersenyum macam bunga layu ni?

Hali: Hn? Tak... takde apa.

Gempa: Yelah tu.

Hali: Semua maid dah tidur?

Gempa: Eh, tak. Baru pukul berapa ni, kan? Diorang kata nak keluar. Saya benarkan semua pergi terus. Biarlah diorang nak bersuka ria. Saya bagikan sikit duit. Kebetulan ada dalam poket.

Hali: Berapa kau bagi?

Gempa: Adalah 300 lebih. Takpelah, sekali-sekala biarkan seorang hamba itu bebas walaupun seketika.

Tersenyum Gempa sambil mengacau mi segera yang semerbak aromanya. Diisi dengan sayur hijau dan telur yang dicampur aduk sekali di dalam 1 periuk dan kuah pekat. Maggie Curry!! QqQ

Gempa menutup api dapur lalu mengambil pinggan dan dicedok masuk ke dalamnya. Diletakkan sudu ke dalam 2 pinggan lalu dihidangkan di atas meja.

Gempa: Nah, kita makan sini saja boleh kan?

Hali: Hn.

Hali hanya jawab sepatah. Tak nak layan dah bini depan mata bila masakkan bini menggugat selera~ Siapa juga yang masak? Isteri juga kan?

Gempa melihat Hali yang sedang makan dengan gelojoh. Kadang-kadang terbatuk-batuk Hali sewaktu makan kerana kuah yang masih panas.

Hali perasan yang dirinya menjadi tumpuan sang isteri. Dia melihat ke arah Gempa. Ajaibnya waktu itu Gempa sedang memandangnya tetapi seolah sedang termenungkan sesuatu.

Hali: Oi.

Gempa: (tersedar) Huh? Ah, ya? Nak tambah lagi ya?

Hali: Tak. Kau kenapa? Aku tengok selalu termenung jauh. Muka pun sedih semacam. Kau ada gaduh lagi ke?

Gempa: Eh? Taaakkk...! Takde! Cuma...

Hali: ...kau sedih lagi pasal aku kena outstation?

Gempa: ...ukhm...lebih kuranglah.

Gempa menguis-nguis mi yang berasap itu di dalam pinggannya. Tak terasa nak makan. Sekadar teman suaminya mungkin sudah cukup.

Hali: Dah, kau tak payah risau. Kan aku dah janji?

Gempa: Tapi...uuhh...saya cakap jangan marah ya?

Hali: Apa?

Gempa: Awak...tak boleh ke tak perlu pergi?

Hali menghabiskan kunyahannya llau menelan makanan di dalam mulutnya. Iris rubynya memandang iris gold Gempa lama. Terdetik di dalam hatinya tiba-tiba 1 perasaan gusar yang seolah sedang terbuku di dalam hati Gempa.

Hali: ...kenapa kau cakap macam tu?

Gempa: ...

Hali: Cakap je.

Gempa: Saya rasa...tak sedap hati lah nak lepaskan awak. (tunduk)

Kting!

Tiba-tiba Gempa dikejutkan dengan bunyi sudu yang tiba-tiba jatuh ke dalam pinggan. Bila dia menoleh ke depan, dia melihat Hali yang sedang tiba-tiba terbongkok di bawah meja.

Gempa: Eh?! Halilintar?!

Di situasi Hali. Dia sedang cuba mengawal perasaannya sambil mencangkam kuat di dadanya.

"Ya Allah!! Dengar dia kata macam tu dah buat aku cair woi!!"

Terharu Hali jadinya bila dengan ayat Gempa tadi. Siapa tak gembira bila dengar orang yang kita sayang kata tak nak lepaskan kita? X,D

Gempa: (bangun) Eh, Halilintar! Awak ok tak tu?!

Hali: (bangun) Ah! Ya, aku ok. Ekhem! ////// (blush)

Gempa: (duduk balik) Ooh...umm..jadi..macam mana keputusan awak? Ini hanya perasaan saya saja. Tapi takpe, saya tak kisah awak nak pergi atau tak. Bukan hak saya untuk halang. (senyum)

Hali: Ekhem! Ok, macam nilah. Aku akan pergi juga tak kira macam mana pun. This is important project so I can't lose it. By the way...nanti tarikh aku balik tiba, kau pakai cantik-cantik. Kau tunggu aku depan muka pintu. Dan waktu itu kau akan tengok sendiri, aku balik dengan senyuman di wajah yang merindukan isteri aku.

Hali tersenyum sambil melafazkan kata-katanya. Hatinya sedang membara bahagia. Memandang Gempa dengan penuh keyakinan dan berharap agar Gempa akan mempercayainya.

Gempa memandang wajah Hali yang bersemangat itu. Dia menagguk kecil dan tersenyum. Melihat senyuman Gempa Hali masih rasakan ada secebis kegusaran di hati Gempa. Tapi sekurangnya itu sudah dapat menenangkan isterinya yang takut ingin melepaskannya pergi.

Hali: Dah, jom habiskan makanan lepastu kita pergi layan movie dekat bilik.

Gempa: Movie? Movie apa?

Hali: Boboiboy The Movie. Lepastu aku dengar bulan 8 nanti akan realise Boboiboy The Movie 2. Kita dating dekat sana pula kat panggung.

Gempa: Cerita kartun awak tengok?

Hali: Sebab dia ada nama Gempa dan Halilintar so aku layanlah.

Gempa: Pulak. Terbalik ni. ^^'
.

.

.

.

.

ESOK PAGI

Hali berjalan keluar dari pintu utama rumah bersama beg bagasi dan memikul beg laptopnya di bahu. Manakala Gempa di belakang sedang membawa beg pejabat Hali dari belakang Hali.

Hali memasukkan beg bagasi ke dalam keretanya dan beg laptopnya di bahagian belakang pemandu. Hali memusingkan badannya melihat Gempa di belakangnya.

Gempa: ...

Hali: Kau masih tak percaya pada aku?

Gempa: Aa? Eh, t-tak... cuma.

Hali: Dah. Kau percaya saja aku.

Gempa: ... boleh saya cakap sesuatu?

Hali: Hn. Apa?

Gempa menundukkan wajahnya yang bertudung litup itu. Dia bermain-main dengan jarinya yang sedang memegang beg pejabat Hali. Dengan perlahan Gempa berkata seperti sedang membisik.

Gempa: Awak...h-hensem pakai baju tu. /////// (blush)

Hali walaupun agak kurang jelas namun dia dapat mendengarnya dengan baik kerana pada waktu itu hanya mereka berdua sahaja di situ. Dan dari apa yang dia dengar, wajah Hali kemerahan bersama degupan jantung yang berdegup kencang.

Hali: Aaa... ekhem! (blush)

Gempa: ...n-nah!

Gempa menghulurkan beg pejabat Hali dengan wajahnya yang masih kemerahan. Manakala Hali menerimanya dengan kaku.

Hali: Uuhh...a-aku kena bertolak dah ni.. ///////

Hali menerima beg dari Gempa lalu memikulnya di bahu. Hali menutupkan pintu keretanya dan baru hendak beredar namun ditarik dan dipanggil oleh Gempa.

Gempa: Eh, awak! K-kejap! (tarik tangan Hali)

Hali: (terhenti) ...apa? /////

Gempa: S-salam...

Hali: ...ouh.

Hali dengan gugup menghulurkan tangan kanannya ke arah Gempa. Gempa mendekatkan lagi jarak antara mereka dan menyalam tangan Hali dan seterusnya di pipi kanan Hali dengan tiba-tiba.

Hali: (shock) //////

Gempa: Hati-hati... //////

Hali sudah seperti ketam rebus wajahnya kerana kemerahan. Sungguh ciuman dari Gempa itu berada di luar kawalannya. Dia amat terkejut sehingga tak tahu nak berkata apa. Namun Hali didorong oleh Gempa untuk masuk ke dalam kereta.

Gempa: S-sudah! Awak akan lambat nanti! //////

Hali: Eh?! Ah! K-kejaplah!

Gempa: Takde! Takde! Cepat!

Dan Hali masuk ke dalam kereta dengan terpaksa. Dia memang betul nak lebih dari ciuman tadi tapi apakan daya kerana dia dah terpaksa pergi. X,D

Hali dari dalam kereta membukakan cermin tingkap kereta untuk menatap wajah isterinya buat kali terakhir.

Hali: Hati-hati dekat rumah. Aku dah arahkan semua maid untuk kerja sepenuh masa dekat sini. Driver pun aku dah arahkan untuk tinggal dekat-dekat sini jadi kau senang nak ulang-alik ke tempat kerja. Aku pun-

Gempa: Halilintar, saya dah besarlah. Saya boleh jaga diri. Awak tu yang patut jaga diri. Yelah, awak kan akan jauh dari saya...

Hali: Eyy..kau ni. Kang tak pasal aku batalkan outstation aku ni sebab kau selalu goda aku.

Gempa: (blush) Pergilah cepat!! //////

Hali: (chuckles) Yelah, yelah. Assalamualaikum.

Gempa: Waalaikumussalam.

Lalu Hali bertolak pergi sambil membawa keretanya. Gempa hanya memandang kereta Hali yang berlalu pergi dan hilang dari perkarangan rumah mewah itu. Sayu hati mula menguasai diri Gempa.

Gempa: Ya Allah...tolong lindungi Halilintar...

Gempa menggenggam erat tangannya menahan diri. Sungguh sepanjang malam dia rasakan perasaan yang amat tidak sedap hati untuk melepaskan Hali pergi. Entah apa yang merasuknya tetapi dia cuba kuatkan semangat untuk merelakannya.

Kalau dia berada di tempat Kak Taufan pasti arwah kakaknya akan lakukan perkara yang sama. Biarkan insan tersayang cuba mengecapi apa yang mereka inginkan. Kita hanya sekadar menyokong dari belakang.

Gempa berjalan masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu.
.

.

.

PETANG ITU

???: Assalamualaikum.

Hali menolehkan kepalanya untuk melihat orang yang memberikan salam. Kini dia sudah tiba di destinasi yang dijanjikan. Di Terengganu. Kini Hali berada di jeti sambil menunggu orang yang dijanjikan dan menunggu ketibaan bot yang akan membawa mereka ke sebuah pulau.

Hali: Waalaikumussalam.

???: Encik Halilintar?

Hali: Ya. Ah, tapi panggil Tuan saja.

???: Encik dah kahwin?

Hali: Ya. Dan.. ni mesti Encik Razlan?

Razlan: Ya saya. Jadi...boleh kita pergi sekarang? Saya sudah arahkan orang-orang saya untuk bawa barang yang diperlukan.

Hali: Ok, jom.

Dan Encik Razlan berjalan mendahului Hali. Hali mengambil beg bagasinya untuk mengikuti Encik Razlan. Dan secara tidak sengaja iris rubynya terpandang seseorang yang mencurigakan. Namun Hali cepat-cepat menoleh ke arah lain agar orang tersebut tidak menyedari bahawa dirinya sudah diketahui Hali.

Hali memakai cermin mata hitam yang kebetulan terdapat cermin mata itu ada di dalam poket coatnya.

Hali's POV

Ckh, siapa pula yang nak sabotaj urusan aku kali ni? Kena juga ke pakai perisik kalau nak tumpaskan aku?

Ah, abaikan saja orang tu. Tak detect apa-apa senjata pun kalau tengok dari keadaan dia.

Abaikan orang yang sedang memandang aku. Aku terus sahaja berjalan mengikuti Razlan dari belakang. Apa yang ada di dalam fikiran aku sekarang ialah aku nak cepat habiskan tugas aku agar aku dapat balik dan bertemu Gempa sekali lagi.
.

.

.

Sudah 15 minit di atas bot. Ternyata perjalanan di atas laut agak sukar dan makan masa juga. Nasib aku tak mabuk laut, kalau tak dah lama aku masuk dalam enjin bot. Eh, celah mana orang mabuk lauk masuk enjin ni? Ok abaikan.

Aku tiba-tiba terdetik nak guna binokular yang ada di sebelah. Entah macam mana boleh ada itu abaikan. Cuma aku rasa nak guna saja. Tak sedap hatilah lepas jumpa mamat tadi.

Aku ambil teropong tadi lalu melihat di sebaliknya. Ah, takde apa. Kat laut ni kosong. Tiada bot. Jom tengok dekat jeti tadi. Agak-agak dah jauh mana kitor-

...

Hali: Huh..?

Macam ternampak sesuatu yang pelik lah.

Tanpa membuang masa, aku terus zoom in kan teropong tadi. Jantung aku sudah berdegup kencang. Kenapa tak sedap hati tiba-tiba ni. Dan sebaik sahaja selesai mengubah suai zoom teropong tadi, dengan pantas aku memandang kembali ke arah jeti tersebut.

Kenapa ada orang ramai yang sedang berlari bertempiaran tu? Apa sudah jadi-

Dan mata aku tertangkap pada 1 kawasan yang amat kecoh. Di situlah pusat punca. Dan dari teropong aku dapat tengok...itu lelaki tadi!! Apsal ramai pula geng dia?! A-apa tu?! Kejap...i-itu...itu!

Hali: (gasp) Encik Razlan! Tak boleh elak ke?!

Razlan: Eh?! K-kenapa Tuan?!

Hali: ADA ORANG NAK TEMBAK BOM-!!! (gasp) LOMPAT TURUN CEPAAATT!!

Zhiiuu- BHOMM!!!

Hali's POV END

1 letusan berlaku di kawasan yang mana bot yang dinaiki Hali berada. Dan punca asal bom itu berasal dari tempat yang Hali nampak. Dari orang misteri itu. Mereka yang sudah berjaya membuat perkara khianat itu sudah melarikan diri meninggalkan orang-orang yang menjerit dan ada yang luka parah kerana sebelum kekecohan itu berlaku, beberapa das tembakan dilepaskan kepada orang awam.

Ramai orang bertempiaran dan menjerit kuat. Ada yang menangis dan ada yang segera menenangkan dan lakukan apa yang patut. Berkat tindakan segera, pihak polis, ambulas dan bomba datang selepas 10 minit kejadian.

Dan pihak bomba yang bertugas telah turun ke laut untuk melihat di kawasan letusan bom. Tidak lupa juga kepada penyampai berita yang datang dan ikut merakam di tempat kejadian untuk disiarkab pada berita malam ini.

Situasi tersebut amat tidak dijangkakan. Ada yang juga cedera parah namun yang lebih merisaukan ialah keadaan penumpang bot tadi. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah mereka akan selamat daripada bom yang meletup kuat yang berkemungkinan besar dapat meragut nyawa itu?
.

.

.

DI RUMAH

Gempa's POV

Gempa: (gasp) HALILINTAR!!

Aku tersedar daripada tidur. Argh...aku tertidur petang lagi ke? Sudah jam berapa ni?

Aku mengambil fon yang aku letakkan di atas meja.

Gempa: Ya Allah! Sudah pukul 7 lebih?!

Dengan kalut aku lompat dari atas sofa dan meluru naik ke tingkat atas. Tak solat lagi woiihh!!
.

.

.

Sebaik sahaja selesai solat, aku kembali turun ke tingkat bawah. Hmm...sunyinya rumah ni. Ummi dan Walid takde sebab bercuti. Silap-silap 2-3 hari lagi baru balik. Halilintar pun...

Aku menatap layar skrin telefon kembali. Masih tiada panggilan masuk. Kenapa Halilintar tak call lagi? Sepatutnya dia sudah lama sampai... Dia tak nak call ke? Dia terlupa ke? Bateri telefon dia habis ke? Dia sudah makan? Dia ok saja kan?

Gempa: Ya Allah...kau tenangkanlah hati aku yang gusar ini...

Terasa perit pula di dada. Entah kenapa perasaan tidak sedap hati semakin kuat pula jadinya. Aku duduk di atas sofa kembali sambil membukakan tv.

Entah kenapa terdetik hati aku nak tengok rancangan berita. Tapi ia belum mula lagi. Sekarang tengah layan drama dulu. Cerita apa ni? Kenapa dia nak kahwin dengan lelaki lain sedangkan mak dia sudah utuskan siapa dia perlu kahwin? Ehh...dia suka seorang tukang kebun?

Gempa: ...cinta memang buta... (sweatdrop)

Thok! Thok! Thok!

???: GEMPA!! GEMPA!! ASSALAMUALAIKUM!!

Gempa: Eh? Siapa pula yang datang malam-malam ni? K-KEJAAAPP!!

Dan sesi pecutan 50 meter berlaku tanpa rasmi. Aku meluru naik ke tingkat atas untuk ambil tudung lalu turun kembali setelah selesai menyauknya. Alah, pakai biasa-biasa saja.

Dan sebaik sahaja aku tiba di pintu aku pantas membukanya. Aku melihat Ais bersama Blaze dan di belakang mereka Thorn yang sedang mengelap air matanya bersama Solar yang sedang menenangkannya dengan wajah yang tidak dapat digambarkan.

Ais: Gempa!

Ais tiba-tiba menerpa ke arah aku sambil memegang bahu aku lembut. Terkejut aku dibuatnya. Apa sudah jadi-...jangan cakap.

Gempa: Aaa...j-jemputlah masuk dulu kamu semua.

Dan Ais serta yang lain masuk ke dalam rumah. Blaze menolong aku untuk menutup pintu manakala Thorn dan Ais membawa aku ke sofa lalu dudukkan aku di antara mereka. Entah kenapa situasi sekarang amat kuat membuatkan aku tidak sedap hati.

Gempa: K-kenapa ni..?

Ais dan Thorn saling berpandangan. Aku mula rasa hairan apabila mereka saling menangguk antara satu sama lain.

Ais: Gem...kau..Hali ada telefon kau tak hari ni selepas dia bertolak?

Gempa: Uuhh..takde.

Ais: Apa-apa panggilan?

Aku menggeleng.

Blaze: Ais, bagitahu saja kakak.

Kata-kata celahan Blaze menghentikan Ais. Ais hanya menarik dan menghela nafas. Ya Allah, apa sedang berlaku sekarang? Kenapa perasaan aku sangat tak sedap hati ni?

Ais memegang tangan aku erat. Aku memandang Ais. Ais pun sama.

Ais: (serius) Gem, aku harap kau dengar baik-baik ya.

Aku hanya menangguk. Ya Allah, tak kiralah apa yang akan ku perdengarkan selepas ini, aku harap kau kuatkan hati aku. Kau tabahkan hati aku dan orang yang aku sayangi.

Ais: Tadi...Blaze dapat berita daripada pihak syarikat Hali. Hali...hilang.

Deg!

Bagai terkena tusukan sembilu. Hati aku seolah retak. Ya Allah...betulkah apa yang aku dengar ni...?

Gempa: H-hi...lang?

Ais: (angguk) Pihak pasukan menyelamat sedang berusaha mencarinya. Salah seorang yang menjadi rakan kongsi kerja dengan Hali ditemui cedera parah. Ada juga yang pengikut mereka pun cedera dan masih belum ditemui. Cuma Hali sahaja...dia masih hilang tanpa jejak. Barang dia habis terbakar dan hilang.

Terketar-ketar kaki dan tangan aku mendengar kata-kata Ais. Mata aku tiba-tiba terasa panas dan entah kenapa ada cecair keluar dari kelopak mata aku. Hidung aku juga mula hangat dan deruan nafas aku pun tidak terkawal.

Mujur aku sudah duduk. Jika saat ini aku berdiri, sudah pasti aku akan rebah dan pengsan. Berita ini...lebih mengejutkan dari apa yang aku hadapi sebelum ini.

Kenapa..?

Perasaan apa ini..?

Thorn: (usap belakang Gempa) Gemgem...Thorn rasa baik Gemgem tidur dan rehatkan diri.

Blaze: Akak cuti ya?

Gempa: Eh? Aa...t-takpelah. Akak ok saja. ....akak akan ke tempat kerja esok.

Ais: Tapi Gem, kau-

Gempa: Jangan risau. Aku ok...

Solar: ...kalau itu yang akak nak. Kami hormatkan. Cuma kalau akak ada masalah, kami ada di dalam rumah ini. Kami akan tidur dan bermalam di sini sampai Ummi dan Walid balik semula.

Gempa: Eh, tapi nanti...

Blaze: Akak, bukan jauh sangat pun tempat kerja kami. Jadi akak tak perlu risau. Diri akak tu yang perlu akak risaukan.

Gempa: ...

Aku hanya mengangguk sahaja. Aku sudah tak tahu apa yang patut aku fikirkan. Macam tak percaya. Aku dapat mengawal emosi aku...

Semuanya...akan baik-baik saja kan?

Gempa's POV END

Usai bercakap, Gempa terus meminta diri untuk naik ke atas dan berehat. Dia tidak lalu untuk makan. Namun yang lain faham. Walaupun di luar kelihatan tenang tetapi pastinya di dalam hati Gempa amat berdarah.

Thorn memandang susuk tubuh Gempa yang sudah hilang di sebalik tangga tingkat atas. Dia kembali menoleh ke arah yang lain dengan tatapan sedih.

Thorn: Kesiannya Gempa...kali ini Hali pun hilang.

Blaze: ....dulu arwah Taufan. Lepastu arwah Tok Aba...

Solar: Masa hari pertama kerja pun dia dapat tekanan kerana kena tuduh...

Ais: Sekarang...Hali pula...

All: ....

Suasana sunyi menatap kesedihan dan malang yang menimpa Gempa. Namun mereka juga kagum dengan Gempa. Nak dibandingkan dengan waktu arwah Taufan meninggalkannya, Gempa kini sudah dapat mengawak emosinya. Dia semakin redha dan terima segalanya.

Blaze: Hhmm...jomlah naik.

Ais: Buat apa?

Blaze: Kita solat hajat berjemaah sambil tunggu isyak masuk.

Solar: Ok juga tu. Dah, jom angkat beg semua.

Ais dan Thorn hanya mengangguk. Kini di dalam hati mereka bersama berdoa agar Hali cepat dipertemukan dan keadaan akan kembali ke asal. Mereka tidak sanggup melihat Gempa hidup tanpa suami di usia yang begitu muda.

Namun jika itu kehendak Tuhan, mereka terima seadanya...







To Be Continue
================

;;w;; Hali...
Mengapa kau pergi?
Mengapa kau pergi?
Di saat Gempa masih memerlukanmu?

Takkan pernah ada yang menghiasi harinya..
Di saat Gempa terbangun dari tidurnya~

Gempa...huwaaaaa! QAQ Kenapa akak kejam sangat nii...! (geram nak padam part ni..)

Takpelah. Kita tunggu saja apa akan jadi... :')

Sebelum korang tunggu next chapter, nah...ambil extra ni.

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

.
.
.
.
.
.
1 AM

???: Macam mana dengan misi kamu semua?

Kelihatan seseorang sedang berdiri tegak di dalam sebuah bilik yang mewah di sebuah hotel yang tinggi tarafnya. Orang itu sedang melihat suasana badaraya Kuala Lumpur yang disinari dengan cahaya lampu malam yang berkelipan...dengan tatapan dingin.

???: Sudah selesai tuan.

???: Kau pasti? Adakah dia sudah mati?

???: ...mengikut laporan, mayatnya tidak ditemui, tuan.

???: Ckh, jadi kau dan anak buah kau aku arahkan cari mayat dia. Kalau jumpa masih hidup, terus tangkap dan bunuh tanpa belas kasihan. Potong badan si Hali tu satu per satu dan baling ke dalam laut. Kalau dia sudah mati, ambil mayat dia dan potong juga. Aku tak nak siapa pun tahu tentang rancangan kita dan dia kembali. Faham?

???: Faham tuan.

???: Sudah. Pergi dan selesaikan tugas korang.

???: Baiklah....Tuan Fang.

Lalu anak buah Fang pun beredar meninggalkannya yang masih diam berdiri sambil melihat pemandangan luar. Dan sebaik sahaja pintu tertutup, Fang mendapat panggilan. Dia melihat layar telefonnya.

Fang: Ckh, minah ni lagi. Baik aku arahkan saja anak buah aku bunuh dia. Aku tak perlukan kau. Aku hanya ingin Gempa...

Fang melempar telefonnya di atas katil. Biarkan ia berdering. Dan apabila sekali lagi telefon itu bercahaya, tertera nama Ying di sana.

Fang mengabaikan panggilan itu. Dan dia tersenyum sinis.

Fang: Heh, kau tunggulah Hali. Kau nak sangat aku langkah mayat kau dulu ya? Aku akan pastikan aku langkah mayat kau di depan isteri kau sendiri...

Lalu Fang menghilai tawa dengan kejam. Seperti dia menang akan sesuatu yang besar dan berharga walaupun dalam cara yang kotor.

Semoga saja semuanya akan baik-baik belaka...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top