~45~

Seminggu berlalu selepas mereka honeymoon, kelihatan Hali dan Gempa sedang masuk ke dalam kereta dan mula bertolak keluar dari rumah di awal pagi hari.

Ya, waktu bekerja kembali lagi. Dan mereka kini sedang bertolak ke pejabat bersama selepas bersalaman dengan Ruby.
.
.
.
Tiba Di Pejabat

Hali keluar dari pintu lif diikuti Gempa dari belakang. Mereka berdua masuk ke dalam pejabat dan disambut hormat oleh para pekerja sepertimana pertama kali Gempa menjejakkan kakinya di sana.

Hali berhenti di hadapan pintu pejabatnya yang mana berdekatan dengan meja kerja Gempa. Hali memandang Gempa yang sedang menunduk menatap meja kerjanya.

"Ada sesuatu yang pelik dengan bini aku hari ni..."

Hali memandang Gempa lama sebelum dia buat keputusan untuk mengabaikannya saja lalu berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Sementara itu, Gempa.

Gempa's POV

Kenapa aku rasa tak sedap hati sangat ni..?

Sejak semalam aku hadapi mimpi tu, perasaan aku jadi tak sedap dan fikiran aku terus menerus risaukan sesuatu.

Adakah...mimpi itu akan menjadi benar?

Entah kenapa, seperti tayangan filem yang rosak mimpi itu bermain-main di dalam otak aku.

Mimpi yang mana...

Halilintar pergi meninggalkan aku.

Arrghh! Serabutnya kepala! Kenapa tiba-tiba? Tak cukup lagi ke aku sudah kehilangan ibu bapa aku, Kak Taufan, Tok Aba...dan sekarang Halilintar pula?

Ya Allah....apa yang harus aku buat?

Bila diingat balik akan mimpi itu...

Aku sedang berjalan di ruangan kawasan putih. Putih yang menyakitkan mata. Aku melihat kawasan sekeliling aku. Tiada sesiapa.

Aku mencari dan menjerit berharap agar sesiapa sahaja dapat menemui dan menjumpai aku.

Tapi tidak.

Lain pula jadinya. Kawasan putih itu tiba-tiba bertukar kelabu dan diakhiri dengan kegelapan yang menakutkan.

Aku jadi panik. Tidak tentu arah hendak kemana.

Sehinggalah...kawasan itu bertukar menjadi kaca yang pecah. Retak dan hampir menjatuhkan serpihannya kepada aku.

Aku cuba berlari di kawasan itu. Berharap agar dapat menemui petunjuk di sebalik mimpi itu. Tetapi tidak. Aku tak menemui apa pun.

Melainkan...

1 bayang hitam yang tiba-tiba berdiri di depan aku. Matanya merah menyala memandang ke arah aku.

Dan perlahan, ia menghampiri aku dan ingin menyentuh aku. Saat itu juga entah kenapa aku berkeras untuk tetap di situ. Membiarkan bayang hitam yang menakutkan itu menghampiri aku.

Dan semakin dekat.

Semakin dekat.

Dan akhirnya ia ingin menyambar aku. Aku memejamkan mata erat.

Sebaik sahaja aku membuka mata, kawasan hitam tadi kembali bertukar putih. Bayang hitam yang aku lihat tadi sudah pun menghilang.

Namun ada sesuatu yang menganggu pandangan aku.

Susuk tubuh seorang lelaki. Sedang berdiri membelakangi aku.

Aku berlari cuba mendapatkan lelaki itu.

Dan akhirnya aku terkejut dengan tiba-tiba hadirnya beberapa bunyi das tembakan.

Aku melihat lelaki itu menjadi mangsa tembakan. Aku cuba lari mendapatkannya dan sebaik sahaja aku menghampirinya. Lelaki itu berpusing ke arah aku dengan keadaan yang amat lemah.

Dan apabila aku mengenal pasti orang itu...ternyata...

Halilintar.


Dia memandang ke arah aku dengan pandangan lemah dan sayu. Aku melihat seluruh tubuh badannya dipenuhi dengan luka dan darah yang teruk. Sehingga darah tidak berhenti mengalir keluar dari mulutnya.

Sudah tentu hal itu membuatkan aku terkejut besar. Sehingga aku mengundur ke belakang sambil menutup mulutku daripada menjerit ketakutan.

Lalu Halilintar berjalan mendekati aku. Dia menyentuh wajah aku sedang sentuhan lembutnya. Dia tersenyum.

Senyuman...yang buat aku tertanya.

Kenapa ia berkata begitu?

Hali: Gempa... tak kira apa pun... aku akan tetap jadi suamk kau dan lindungi kau.

Dan selepas itu dia memeluk aku erat. Entah kenapa aku hanya berdiri kaku dan tidak melakukan apa-apa.

Melainkan air mata mula berguguran dari kelopak mataku.

Dan aku dengar suara Hali berkata perlahan...

Hali: Tolong... jaga anak kita dengan baik...


Lalu Hali menghilang bagaikan kelopak bunga yang banyak bertebangan kerana tiupan angin.

Tanpa aku sedar, aku terbangun dari tidur dengan air mata yang bercurah keluar.

Aku melihat kawasan sekeliling aku. Ianya bilik aku dan Halilintar.

Aku menoleh ke arah seseorang yang sedang tidur di sebelahku.

Ianya Halilintar.

Aku mengesat air mataku lalu menyentuh wajah Halilintar. Mimpi itu kembali tertayang di fikiranku. Membuatkan aku mula menangis dalam diam dan memeluk Halilintar erat.

Aahh...bila ingat balik keadaan itu. Mimpi itu amat merisaukan. Apa maksud semua itu?

Kenapa..?

Kenapa ia tiba-tiba berlaku?

Apa kaitan dengan hidup aku?

Kenapa sebelum ini aku tak pernah alami mimpi macam tu?

Orang kata kalau kita ingat mimpi itu dan apabila kita sedar yang mimpi itu berlaku di sekitar 12-3 pagi, ia merupakan mimpi yang akan menjadi kenyataan.

Gempa: Ya Allah...aku mohon jauhkan perkara itu. Aku sayang Halilintar...

Dengan penuh rintihan aku berdoa. Aku menggenggam fon yang berada di tangan aku. Fon yang diberikan hadiah daripada Halilintar. Hanya Halilintar yang aku ada sekarang. Sudah tiada siapa yang memahami aku selain dari Halilintar.

Aku yakin, pasti Ais, Thorn, Rin, Yaya dan Ying akan semakin sibuk kerana sudah berumah tangga. Jadi aku tak boleh susahkan mereka.

Tapi Halilintar...aku tak nak dia pergi. Aku tak nak dia tinggalkan aku.

Hanya dia.

Hanya Halilintar yang aku ada.

Gempa's POV END
.
.
.
Di dalam bilik pejabat Hali. Hali sedang menjalankan tugasnya sebagai CEO syarikat yang diusahanya.

Dalam pada kesibukannya itu, dia mendapat pesanan yang masuk melalui telegram yang bersambung di dalam komputernya.

Tanpa berfikir panjang, Hali menghentikan kerjanya lalu membuka pesanan tersebut.

Hali: ...outstation...?
.

.

.
Petang Itu

Akhirnya waktu pejabat sudah habis. Sekarang jam sudah menunjukkan waktu pukul 7. Sudah hampir waktu maghrib.

Hali melepaskan pekerja sama ada untuk pulang awal ataupun lewat. Namun begitu, Hali masih di dalam pejabatnya untuk menguruskan sesuatu.

Manakala Gempa, sedang menikmati air coklat panas di pantri pejabat.

Erin: Hey, Gempa. Tak balik lagi?

Gempa: Oh, Cik Erin. Belum lagi. Tunggu Halilintar siap dengan kerjanya.

Erin: Owh..yeke. Tapi takpe ke kamu duduk sini seorang diri? Kan pejabat dah kosong ni.

Gempa: Takpe....kot? ^^'

Erin: Haih..kamu ni. Eh, uummm..maaflah kalau soalan Erin ni menganggu privasi kamu. Tapi...korang sudah ada anak ke belum?

Minuman yang disisip oleh Gempa dihentikan. Gempa melihat ke arah Erin sebelum dia mengalihkan pandangannya melihat wap panas yang keluar dari air coklat panas tersebut.

Perlahan Gempa menggeleng.

Gempa: ...belum.

Erin: ...kenapa? Kamu ada masalah ke?

Gempa: Eh, tak. Kami berdua sihat dan baik-baik saja. Cuma...

Erin tertunggu kata-kata Gempa yang tergantung itu. Gempa pula sudah khawatir untuk meneruskan kata-katanya. Kang kalau kata naya malu pula. Tapi demi kejujuran, Gempa kena juga cakap!

Gempa: Uummm...Cik Erin. Buat.... benda tu... sakit tak?

Berkerut dahi Erin apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Gempa. Walaupun umur Erin lebih tua dari Gempa dan Erin ada pengalaman dalam era perkahwinan ni, tak pernah pula Erin dengar ayat yang keluar dari mulut Gempa ni. Pelik sangat ayat dia tu.

Erin: Apa maksud kamu ni?

Gempa: Uumm..buat tu lah. ////// (blush)

Erin: Buat apa?

Gempa menghela nafas lelah sebelum membuat keputusan untuk melatakkan cawan yang dipegangnya lalu membisik kepada sahabatnya yang janda itu.

Gempa: (bisik) S....eks....

Erin: Oh- pfftt! Ahahaahah! Cakap lah awal-awal! Manalah Erin faham! Buat tu..buat tu! Mana ada orang faham kalau Gempa cakap macam tu!

Tersembur ketawa Erin apabila Gempa menyatakan perkara yang sebenar. Malu-malu Gempa jadinya apabila ditertawakan sedemikian rupa.

Erin menghentikan tawanya demi menjaga hati Gempa.

Erin: Ekhem! Ok...kenapa Gempa tiba-tiba tanya ni?

Gempa: Uhmm...saya tak pernah alami benda ni. ///////

Erin: Yelah. Takkan Gempa pernah kot. Tapi yang Erin peliknya...apa yang Gempa takutkan sangat tentang hal ni?

Gempa: Uuhh...bukan ke benda tu menyakitkan ke?

Erin: Hish! Mana ada lah! Celah mana Gempa cari ni?

Gempa: Uhhmm..dulu arwah Kak Taufan pernah bagi Gempa baca 1 cerita ni dekat wattpad. Entah apa tajuk dia Gempa lupa tapi...cerita tu tentang...itulah.

Erin: Adoii...Taufan! Rosak fikiran adik kau ni! Kesian betul Gempa.

Gempa: Kenapa..?

Erin: Takde apa. Tapi kan, Gempa. Kalau Gempa sudah bersedia. Tiada apa yang sakit dan perlu dikhuatiri. Percayalah.

Erin menepuk bahu Gempa lembut sambil mempamerkan senyuman hangatnya. Gempa hanya menggangguk faham sebelum mereka sambung berbual tentang topik lain pula.

Gempa: Uuhh...Cik Erin-

Erin: Panggil Kak Erin je. Tak biasalah panggil cik bagai ni. Lagipun Erin kan lagi tua dari Gempa.

Gempa: ...tapi macam bunyi tak sopan pula.

Erin: Abaikan saja. Ha, Gempa nak cakap apa tadi?

Gempa mengetap bibirnya ragu-ragu untuk bertanya. Perlu tak dia kongsi hal ini dengan Erin? Namun hati Gempa meronta meminta meluahkannya. Sudah sakit ia terbuku di dalam ini.

Gempa: Uumm..Kak Erin. Macam ni...ada kawan Gempa ni, dia sudah lama kahwin dengan suami dia. Macam Gempa. Diorang takde anak lagi sebab kawan Gempa ni masih susah nak suaikan diri dengan suami dia.

Erin: Kenapa? Dia baru kenal ke suami dia tu?

Gempa: ....sebenarnya dah lama. Tapi sebab sesuatu tak diduga berlaku, mereka terpaksa berkahwin.

Erin hanya menggangguk faham sambil ber-oh. Dia meneruskan mendengar cerita dari Gempa.

Gempa: Lepas tu semalam dia cerita yang dia mimpikan yang suami dia akan tinggalkan dia. Kesian dia kak. Semua ahli keluarga dia dah takde. Hanya suami dia sahaja yang dia ada. Dan disebabkan mimpi itu, dia rasa takut akan kehilangan suami dia.... akak rasa apa patut dia buat?

Erin memegang dagunya sambil ligat  berfikir. Manakala Gempa fokus memandang wajah serius Erin. Situasi itu senyap seketika sebelum Erin tersenyum lalu menepuk bahu Gempa lembut.

Erin: Macam ni, Gempa cakap dekat kawan Gempa tu. Memandangkan dia mimpikan hal itu, mungkin Tuhan nak tunjukkan sesuatu kepada dia. Jadi keputusan yang baik ialah jagalah hubungan antara dia dan suami dia dan jangan pernah putus berdoa agar suami dia selamat.

Gempa menggangguk faham. Dia sudah temui jawapannya. Dalam hati dia sudah tenang namun gelisah kembali apabila melihat wajah suram Erin. Panik Gempa jadinya.

Gempa: Eh? Kak Erin kenapa, kak? Akak ok?

Erin hanya tersenyum kecil sambil menggeleng.

Erin: Takde apa. Cuma...akak harap kawan kamu tu tak jadi macam akak. Yelah, kan. Suami akak meninggal dan tinggalkan akak bersama anak-anak yang masih kecil. Sunyi nya Ya Allah tanpa suami di sisi tau Gempa. Akak selalu rindu saat bersama suami akak. Kami sentiasa bersama dan dia sering memahami akak. Dan sebab itulah akak tak cari pengganti dia. Kerana hanya suami akak itulah satu-satunya suami yang akan akak sayang.

Dengan penuh senyuman lembut Erin melemparkannya kepada Gempa. Hal itu sedikit sebanyam membuatkan hati Gempa sayu dan tumpang sedih akan nasib yang menimpa Erin. Apalah nasib yang menimpa Gempa kalau nak dibandingkan dengan Erin.

Mungkin lagi ramai lagi yang mempunyai nasib sama seperti Gempa. Atau mungkin jauh lagi teruk lagi. Hanya Tuhan yang tahu betapa kuatnya hati wanita di luar sana menempuh segala cabaran yang dihadapi demi meneruskan hidup.
.
.
.
Gempa berjalan memasuki bilik pejabat Hali. Tapi sebelum itu, diketuk terlebih dahulu pintu untuk meminta keizinan.

Tok! Tok! Tok!

Hali: Masuk...

Gempa memulas tombol pintu lalu menjenguk masuk. Dia melihat Hali sedang menandatangani beberapa buah dokumen di atas mejanya.

"...hensem pula dia macam ni..."

Tersenyum geli Gempa jadinya. Dia melihat Hali yang sedang bersandar pada kerusi yang didudukinya.

Hali: Hm, kenapa jumpa aku ni?

Gempa: ...awak tak nak balik lagi ke?

Hali: ...entah. Belum lagi kot. Kenapa, kau nak balik dah ke?

Gempa: ...kalau ikutkan saya nak balik. Yelah, takut juga kalau-kalau Walid pergi keluar ada hal atau ke masjid ke. Kesian Ummi seorang diri di rumah.

Hali menatap wajah kerisauan isterinya. Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk shut down komputernya lalu bangun dan bersedia untuk balik.

Gempa: Eh, eh! Awak nak ke mana ni??

Hali: Balik.

Gempa: Tapi kerja awak-

Hali: Dah siaplah.

Hali menarik tangan Gempa lalu menutup lampu dan aircond di dalam bilik pejabatnya lalu menutup pintu bilik sebaik sahaja mereka berdua keluar dari bilik tersebut.
.
.
.
Hali dan Gempa masuk ke dalam kereta bersama lalu Hali menghidupkan enjin. Sambil menunggu enjin panas seketika, Hali membuka radio.

Hali termenung seketika sebelum dia membuat keputusan untuk berkata jujur kepada Gempa yang setia duduk di sebelahnya itu.

Hali: ...Gem.

Gempa: (toleh) ..ya?

Hali: Hmmhh...macam mana nak cakap ni...?

Gempa: ...kenapa?

Hali: ...macam ni. Esok, aku kena outstation selama 1 minggu.

Gempa: Outstation..?

Hali: (angguk) ...tapi aku kalau boleh nak saja bawa kau. Tapi tak boleh lah nampakmya. Sebab jadual aku padat. Aku takut kau akan keletihan nanti.

Gempa: ....takpe Halilintar. Saya boleh saja tinggal dengan Ummi. Awak nak pergi, pergilah. Asalkan awak pergi dan kembali dengan selamat.

Tersenyum Gempa sambil mengucapkan kata-katanya itu. Hali sedikit sebanyak mula berasa lega kerana Gempa memahami situasinya. Hali mula mendengar lagu yang dipasang oleh penyampai radio sambil mengundurkan keretanya untuk keluar dari perkarangan pejabat.

Fikiran Gempa melamun jauh apabila mengingatkan perbualan antara dia dan Erin sebelum ini. Apakah mimpi itu membawa maksud akan sesuatu yang bakal berlaku? Adakah Gempa akan kehilangan Hali suatu hari nanti?

Bermacam-macam bermain di fikiran Gempa sampai dia tidak sedar yang Hali sedang memikirkan keadaannya yang sejak pagi lagi senyap. Hali mula risau akan keadaan isterinya itu. Senyap dia...lain macam.

Hali: Gem, kau ok tak ni?

Gempa: Eh? Aaa...ok je.

Gempa hanya tersenyum biasa kepada Hali. Membuatkan Hali semakin resah. Ini memang lain macam ni. Hali mula menggunakan otaknya untuk berfikir sehinggalah dia teringat akan hal yang dia kata tadi.

Hali: Kau... risau ke aku pergi outstation seorang diri?

Gempa: ...mungkin?

Hali: Kenapa?

Gempa: Entah. Saya rasa...tak sedap hati. Nanti di rumah saya cerita...

Kata-kata perlahan Gempa itu semakin menaikkan perasaan risau Hali. Apa yang Gempa tidak sedap hati sangat tu? Apa yang dirisaukannya? Apa yang difikirkannya? Adakah dia tidak percaya akan keselematan Hali di luar pandangannya? Adakah Hali telah...membuar Gempa terluka?

Fikiran Hali tersekat secara tiba-tiba apabila suara lantang dari penyampai radio kedengaran.

"Ya~ anda bersama saya Totak  Si Kepala Botak! Ha, mesti waktu-waktu sekarang ni korang sedang bersama insan tercinta korang kan? Alah, tak payah nak tipulah. Ok dalam korang nak ber-sweet tu nikmatilah lagu klasik yang membawa makna kepada lelaki untuk gadis yang dicintainya. Layankan, Never Gonna Give You Up yang digubah dari Nightcore dan penyanyinya ialah Rick Astley! Enjoy!

Dan perlahan lagu yang dimaksudkan oleh penyampai radio itu mula bermain di radio dan dinikmati oleh HaliGem di dalam kereta itu.

Di sepanjang lagu itu dimainkan, entah kenapa tiba-tiba pasangan itu merasakan 1 pertalian sedang berlaku di antara mereka.

Hali merasakan yang lirik lagu itu cukup kena dengan dirinya yang ingin disampaikan kepada Gempa.

"Never gonna give you up, never gonna let you down, never gonna run around and desert you. Never gonna give you cry, never gonna say goodbye, never gonna tell the lie and hurt you."

Perkataan yang sering bermain-main di minda fikiran Hali. Dan entah kenapa Gempa juga merasakan perasaan yang sama seperti yang Hali rasakan. Iaitu yakin dengan Hali, bahawa tiada perkara buruk yang akan berlaku.

Hali: Gem, andai kau dapat faham lirik lagu ni...

Gempa: ....saya faham. Saya akan cuba yakinkan diri saya.

Hali tersenyum senang. Kini dia sudah mula suka akan lagu itu. Lagu yang semangnya tepat dengan ciri Hali untuk Gempa.

Hali: Aku suka lagu ni... (senyum)
.

.

.

DI RUMAH

HaliGem: Assalamualaikum.

Ruby: Waalaikumussalam~ kenapa korang lambat balik ni? Risau Ummi tahu tak?

Gempa: Maaf Ummi...

Hali: Hali ada kerja tadi. Tu yang balik lambat.

Ruby: Habis? Gempa buat apa?

Hali: ..tunggu jelah.

Ruby: TUNGGU SAJA?! Ish! Ish! Ish! Budak bertuah ni! (tarik telinga Hali)

Hali: Adoi!!! Aduh! Adu du du du!! Adu du kepala kotak! Ummi sakit Ummi!!

Ruby: Ha, apsal kamu biar isteri kamu terperuk menunggu, hah?! Kenapa kamu tak suruh saja dia balik dulu?!

Terkaku Gempa apabila melihat situasi 2 orang yang sedang 'bermesra' di depan matanya itu. Iris goldennya terkelip-kelip berkali-kali.
.
.
.
Ruby: Haih..Ummi tak tahulah apa nak jadi dengan korang berdua ni. Seorang tu macam ala King Control, seorang lagi Innocent Dalam Matang. Korang ni berumur 25 atau 15 ni?

Hali: Alah, Ummi...ni baru betul hangat-hangat tahi- eh bukan! Hangat-hangat Married Couple. Kitorang ni, memang tak boleh berpisah.

Ruby: Alasan lah kau.

Ruby merebahkan dirinya di atas kerusi sofa dan diikuti dengan Hali dan Gempa yang duduk secara bersebelahan.

Ruby: Dah makan ke belum korang berdua ni?

Hali: Belum lagi...

Ruby: Kau biarkan bini kau kebulur ke apa?

Gempa: Err...eh takpe Ummi! Gempa dah makan dah dekat pantry pejabat tadi.

Ruby: Iya? Apa kamu makan?

Gempa: Uuhhh...

Ruby: Kalau tak silap Ummi, pantry pejabat tu apalah sangat isi dia. Nak cari sebungkus nasi lemak pun susah. Lagi-lagi bila waktu petang bila orang dah balik kerja. Ada ke makanannya? Biskut kering ada lah minum dengan kopi.

Gempa hanya tersenyum canggung mendengar celoteh dari mak saudara Hali. Haihh...banyak mulut sungguh wanita dewasa ini. Tak kalah dengan anak buah dia sorang tu.

Ruby: Macam nilah. Nanti korang makan masakkan yang Ummi baru masak tadi. Panas lagi rasanya. Sekarang, korang naik mandi dan solat. Ummi tunggu korang berdua kita makan bersama.

Gempa: Eh, takpe ke Ummi? Biar Gempa tolong dulu, ya?

Ruby: Takpe. Apa guna bayar gaji orang gaji kalau semua kerja kita juga buat. Lagipun suami isteri tak elok berpisah jauh-jauh. Nanti rindu pula. Macam haritu~

Ruby sempat menjeling ke arah Hali yang sudah tersentap. Merah muka Hali apabila dia dimention dalam diam oleh mak saudaranya. Siapa tak ingat? Masa Gempa keluar bersama Ais dan Thorn bukan main rindu dia dengan Gempa sampai tak nak turun makan. Itu baru beberapa minit keluar...

Hali: Dah lah Ummi! Hali naik dulu.. =3=

Ruby: Hmm..yelah.

Lalu mereka berdua mempamitkan diri untuk naik ke tingkat atas.
.
.
.
DI BILIK

Gempa: Uumm...awak.

Hali menolehkan kepalanya sambil meletakkan beg pejabatnya apabila Gempa memanggilnya. Gempa mendekatkan diri kepada Hali lalu memandang Hali tepat di iris Rubynya.

Gempa: ...Awak pergi outstation bila..?

Hali: ...esok atau lusa.

Gempa: Ooh...

Hali: ...kenapa?

Gempa: Takde...cuma...sedih sikit.

Deg!

Berdetak jantung Hali apabila memandang wajah senyuman sedih isterinya di depan mata. Sayu pula tengok muka Gempa yang nyata menunjukkan reaksi kecewa.

Siapa tak sedih? Akan berpisah dengan suami selama berminggu walaupun macam sekejap. Mana tahu waktu si suami pergi itulah satu-satunya saat terakhir mereka berdua?

Hali: Hhmmh...tak payah sedih-sedih. Bila siap semua tu aku baliklah.

Gempa: Awak kata..

Hali: Aku janji bila siap semua tu, sebelum tarikh aku balik tu, aku dah sampai rumah.

Gempa memandang Hali dengan penuh berharap.

Hali: Aku pun...akan sedih jugak bila terpaksa berpisah dengan isteri aku. (blush)

Hali menepuk kepala Gempa lembut sambil menoleh ke tepi. Menyorokkan wajahnya yang kemerahan apabila terpaksa membuat pengakuan kerana tidak ingin si isteri bersedih.

Sweet gitoh~ :v

Gempa pantas tersenyum manis mendengar pengakuan Hali dan hatinya mula kuat ingin memegang janji yang dikatakan Hali sebentar tadi.





To Be Continue
================

Yaaayy!! Syukur akak dapat sambung update! X3

Maaflah buat kamu semua tertunggu. Harap-harap masih ada yang kekal menyokong cerita ini. :'( Akak bukan nak attention kamu semua tapi tanpa sokongan readers akak mesti rasa takde semangat nak menulis. Sebab tulah akak mengharapkan sebarang komen yang positif dari readers sekalian! ^^

Terima kasih untuk sudi menunggu! InsyaAllah kalau takde halangan sebelum bulan 8 tiba buku ini sudah COMPLETE! ^^

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top