~34~

Hey ho! XD Haha~ chapter yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba kan? Ok kita tak payah cakap banyak, jom layan! XD

======================

Tepat habis waktu makan tengah hari, Gempa masuk ke pejabat bersama Hali di sisinya. Terlihat juga pekerja yang lain baru masuk ke dalam pejabat itu.

Hali: ...kita balik awal sikit hari ni. Jadi masalah kau tu...kau settlekan cepat.

Gempa: Eh, kenapa?

Hali: Adalah...just...

Tiba-tiba tangan Hali naik ke atas kepala Gempa yang tertutup dengan tudung itu. Diusapnya lembut. Gempa terpandang wajah Hali yang kemerahan itu.

Hali: ...goodluck and be careful.

Hali kemudian berjalan masuk ke dalam bilik kerjanya. Gempa sempat memandang telinga Hali yang kedua belahnya tidak kalah merahnya dengan wajah dia tadi.

Gempa terkelip-kelip matanya melihat susuk tubuh suaminya menghilang. Namun kemudian dia tersenyum kecil sebelum dia berjalan terus ke meja kerjanya untuk menyambung tugasannya.
.
.
.
1 JAM BERLALU

Gempa terlihat baru sahaja selesai tugasannya. Dia melepaskan tangannya dari papan kunci komputer. Sambil-sambil itu dia menghela nafas lega.

Gempa: Haaa...akhirnya siap juga. Hmm...sekarang apa pula?

Gempa termenung di kaca skrin komputernya yang menyala itu. Ligat di fikirannya berfikir harus apa. Nak berbual dengan staff-staff...nampak macam masa tidak sesuai. Tapi ada 1 perkara yang Gempa rasakan.

"Kenapa aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku?"

Itulah yang menjadi tanda tanya di dalam benak fikiran Gempa. Dia menoleh sskeliling. Tiada sesiapa pun. Mungkin dia berhalusinasi sahaja?

Dia termenung sekali lagi dan tiba-tiba.

Bang!

Sofia: Woi perempuan.

Gempa tersentak dirinya apabila tiba-tiba mejanya dihentak kuat. Alangkah terkejut dan takutnya apabila dia terlihat wajah Sofia di depan mata. Perasaan gugup datang kembali ke dalam dirinya.

Gempa: Y-ya cik...?

Sofia: Kita tak habis lagi pasal hal hari tu. Apsal kau datang dan tunjuk muka lagi kat sini? Berani gila kau.

Gempa: S-saya datang nak bekerja cik...

Erin: Amboi...amboi...pandai bagi alasan? Weyh, bukan ke laki kau bos dekat sini? Buat apa kau nak kerja lagi? Apa nak tunjuk gila kuasa?

Gempa: Cik Erin..saya tahu Tuan Halilintar ialah suami saya. Tapi tak pernah sekali pun saya terfikir macam tu. Saya datang kerja ikhlas-

Fina: Pandai kau bagi alasan? Eh, macam mana kau boleh nikah dengan bos, eh? Kau pakai saka ke?

Gempa: Astarghfirullahalazim...! Tak cik! Saya tak akan buat kerja syirik macam tu!

Dan secara tiba-tiba tudung Gempa ditarik kuat dan orang yang menarik itu merupakan Sofia.

Sofia: Eh kau- kau mari ikut kitorang. Aku tak puas lagi nak cincai kau!

Dan dengan penuh paksaan Sofia menarik tudung Gempa membuatkan Gempa tertarik ke depan dan mengikuti mereka dengan tiada kerelaan.
.
.
.
Sofia menarik Gempa dan membawanya ke hadapan para pekerja yang lain sama seperti hari tu. Lalu Sofia menolak Gempa seolah mencampak barang dengan mudah.

Gempa sampai hampir tersungkur ke depan akibat dari tindakan Sofia tadi.

Sofia: Nah, sekarang kau cerita. Macam mana kau boleh menikah dengan bos? Kau pakai saka kan?!

Gempa: Tak cik! Saya takkan buat benda keji tu!

Erin: Eh, perempuan! Berani jugak kau ambil bakal suami kakak kau ya?! Dan boleh pula kau bunuh dia?! Kau tak sayangkan kakak kau kan?!

Gempa: Tak Cik Erin! Saya takkan buat macam tu! Saya sayang kakak saya lebih dari korang sangkakan!

Mata Gempa kembali berkaca-kaca. Tidak tahan dengan tuduhan bahawa dia adalah pembunuh kakaknya. Dia takkan pernah lakukan perkara sebegitu. Mati hidup balik pun takkan!

Fina: Heh, tengok. Pandai berlakon menangis. Nak tunjuk tak bersalah lah tu kononnya.

Gempa menggenggam tangannya kuat. Cukup. Kali ini semuanya akan berakhir...dia harus tamatkan benda keji ni.

Sofia: Hey, apsal kau tak ikut saja mati? Senang kan? Biar jelah laki kau kat dunia ni.

Dengan sinis Sofia menjeling pada Gempa sambil berpeluk tubuh. Gempa menggenggam kain baju kurungnya yang labuh itu. Terketar-ketar tangan menahan geram.

Gempa: Jadi...?

All kec. Gem: Huh...?

Gempa: Jadi kalau aku mati dulu, tinggal suami aku sajalah?

Sofia: ...mestilah! Takkan nak ajak-

Gempa: Senang korang nak rampas dia? Macam tu?

Erin bersama Fina diam kaku. Keringat dingin mula mengalir turun dari wajah mereka bertiga. Staff yang lain juga ikut serta diam. Menyaksikan suasana yang entah kenapa tiba-tiba dari hangat bertukar dingin dan menakutkan.

Sofia: I-itu...

Gempa: Jadi korang nak bolot Halilintar? Macam tu...so korang kawan dengan kakak aku sebab nak cari line untuk bersama Halilintar lah? Heh, hebat juga permainan korang ni, kan?

Erin: Eh, perempuan! Berani kau-

Gempa: Apa? Terasa?? Hoho..ada hati juga korang ni ya? Aku ingatkan hati tu dah mati bersama kakak aku.

Terkedu yang lain mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Gempa. Entah kenapa rasa lain macam bila Gempa menggunakan bahasa 'aku' bila berkata-kata.

Gempa: Weyh, korang dengar sini ya! Aku takkan sesekali bunuh kakak aku. Dia tu kembar aku dan sebahagian nyawa dari aku. Engkau orang yang jenis talam 2 muka ni baik pergi mati je! Atau nkak aku bunuh? Sebab korang kata aku pembunuh sangat kan...? Aku boleh je bunuh korang.

Semua orang menatap Gempa dengan tatapan takut. Entah kenapa Sofia dan Erin yang sering berkasar dengan Gempa tiba-tiba buntu untuk berkata.

Gempa: Listen here korang perempuan talam 2 muka. Yes, I did married with this guy named Halilintar. Tapi aku tak mainlah pakai benda syirik tu. Apa kelas? Dia sendiri lamar aku. Arwah kakak aku yang amanahkan kitorang untuk berkahwin. Apa boleh buat? Dah jodoh kan? Kenapa? Jeles? Haha~ it is too late lah weyh. Sorrylah.

Hali: Hmm...dan aku pun tak berminat juga nak tengok perempuan lain.

Tiba-tiba Hali muncul di belakang Gempa sambil merangkul bahu Gempa. Dengan gayanya tersendiri Hali tangan kiri Hali bercekak pinggang manakala tangan kanannya di bahu Gempa.

Erin: T-tuan...

Sofia: ...ni mesti perempuan tu dah sihir tuan kan?! Tuan kena sedar tuan! Tuan tu bakal suami kakak dia!

Hali: KAKAK DIA DAH LAMA MENINGGALLAH!! KAU ORANG TAK FAHAM LAGI KE?!

Semua orang kaku berdiri apabila mendengar Hali menjerit. Walaupun sudah biasa mendengar Hali menjerit di pejabat mereka tapi tetap, mereka takut apabila Hali menengking.

Hali: Apa bukti korang dia bunuh kakak dia?! Apa bukti korang dia sihir aku?! Cakap!

Erin, Sofia dan Fina diam menunduk. Sekarang mereka menyesal akan tuduhan senyap-senyap mereka. Mereka tidak punya bukti dan sekarang senjata makan tuan.

Hali: Dengar sini, aku ni dah lama kenal isteri aku. Setiap luar dan dalam dia aku dah tahu dah.

BuKk!

Dengan tiba-tiba Gempa menepuk bahu Hali yang lagi tinggi dari dia. Membuatkan sang suami ter-aduh kecil.

Gempa: Dah kenapa awak cakap macam tu! Diorang salah fahamlah nanti! ///////

Hali: Eh? Ooh...ok potong balik ayat tadi. By the way, korang main tuduh-tuduh ni memang ada bukti ke? Aku kahwin dengan adik Taufan yang bernama Gempa ni sebab memang aku suka dia dan aku pilih dia.

Sofia: Tapi dia dah rampas hati tuan!

Hali: Habistu? Kau nak aku nikah dengan mayat? Baru puas hati?

Sofia: Ughh...

Hali: Gempa ialah cinta pertama aku. Dan Allah sudah jadikan dia sebagai cinta terakhir aku. Kalau memang takdir aku untuk menikah dengan Gempa dan Taufan tetap akan mati, memang tak akan kemana takdir tu. Sudah disusun untuk aku. Jadi korang yang jenis tak reti nak terima takdir, baik tak payah tunjuk muka lah depan aku.

Fina: T-Tapi tuan-!

Hali: Senangnya macam ni lah. Apa kata aku pecat korang? Barulah kepala korang tak kusut memikirkan benda yang takde kaitan dengan korang kan?

Erin: Apa?! Tuan! Tolonglah tuan! Jangan!

Sofia: Maafkan kami tuan! K-kami...

Fina: Tuan! Kami sedar kesalahan kami tuan! Tolonglah jangan pecat kami!

Bersungguh-sungguh 3 wanita itu merayu kepada Hali untuk dimaafkan. Hati mereka takut apabila Hali mengugut mereka dengan cadangan yang kurang bernas itu. Walaupun bagi Hali ia merupakan cadangan yang bernas. :v

Gempa yang melihat situasi itu terus merasa kasihan kepada mereka bertiga. Walaupun mereka berkelakuan kasar, tapi mereka masih layak diberikan peluang.

Gempa: Awak...janganlah pecat mereka.

Hali: Jangan? Eh, diorang ni dah lama aku cuba untuk tahan dari berhentikan mereka. Tambah pula bila diorang sakitkan kau. Ingat aku nak biarkan ke?!

Gempa: Tapi mereka ada hak! Kan kita sudah janji tentang ni?!

Sofia: Woi! Kau janji apa hah dengan tuan?! Kau ada reka cerita dan kutuk kitorang ke?!

Gempa: Eh, tak! Saya..

Hali: Amboi..amboi...bini aku bukan main lagi nak back up kau, dan kau suka suki suku je main tambah sakit hati dia ya?!

Sofia: M-maaf tuan...

Hali merenung 3 wanita yang berada di hadapannya itu. Mereka menunduk memandang lantai. Gempa juga ikut diam. Dia cuba menyedapkan hatinya walaupun baru tadi dia dituduh.

Hali: ...SUDAH! Pergi buat kerja korang!

Erin: B-baik tuan...

Dan 3 wanita itu tadi pun beredar ke tempat masing-masing meninggalkan Hali dan Gempa bersama. Para staff yang lain juga turut beredar. Tak mahu ikut campur.

Gempa sempat terpandang Sofia dan Erin yang menjeling tajam ke arah Gempa. Dia menundukkan kepalanya mengalihkan pandangan. Adakah dia akan dimaafkan nanti?

Hali: ...haih...

Gempa merasakan kepalanya ditarik oleh seseorang dan disandarkan kepada bahu kanannya.

Gempa: Eh..?

Dan orang itu ialah Hali. Hali memandang ke arah Gempa sekilas sebelum dia mengalihkannya ke arah lain. Terlihat tona merah pada pipinya.

Hali: Meh sini. Jangan dekat dengan diorang tu.

Gempa yang faham akan maksud Hali pun mengalihkan pandangannya ke bawah. Wajahnya masih sedih walaupun dia lega di hati.

Hali: ....sini.

Dengan tiba-tiba Hali menarik tangan Gempa membuatkan gadis itu tertarik mengikuti Hali dari belakang. Mereka berdua pun masuk ke dalam pejabat Hali.

Gempa: Kenapa?

Hali: Aku tak suka orang lain buli orang aku suka. Kau faham tak?

Wajah Gempa merona kemerahan sebelum dia dapati Hali mengambil kunci keretanya di atas meja.

Gempa: Kenapa-

Hali: Jom keluar.

Gempa: ...eh?



To Be Continue
==================

Fuuh~ siap! XD Akhirnya masalah selesai walaupun masih ada perasaan kurang menyenangkan. Sebenarnya akak nak buat Gempa jadi kasar lagi tapi...ukhm...Gempa still orang yang lemah lembut jadi kenalah batalkan niat tu.

Dalam fikiran sebenar akak nak buat Gempa tu dah lama dah campak barang dan main tolak-tarik orang. Tapi...tulah! X,D Haih...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top