~32~

Gempa's POV

Habis. Semua nya akan habis! Macam mana laki aku boleh tahu tentang hal tadi?! Padahal sudah jelas lagi nyata dia takde dalam adengan action jerit-menjerit antara wanita tadi!

Ok, just stay cool Gempa. Jangan bagi husband kau tahu. Kalau tak naya jadinya. Kau macam tak kenal laki kau ni perangai macam mana. Ada binatang buas yang tengah tidur dalam diri dia tu. Silap hari bulan terjaga, aku tak tahulah nak sediakan berapa batang kayu kain kafan nanti.

Gempa: Err...apa awak cakapkan ni? Ok je saya waktu pejabat tadi...

Hali: Tak payah kelentong, sayangku. Abe dah tahu semuanya.

Ha...haha..hahaha...tengok dia masih khusyuk dengan fon dia pun dah rasa naik buku roma. Nasib baik rambut aku tak naik ke atas juga.

Peliklah. Macam mana dia tahu?

Gempa: Awak pasang sesuatu atau upah sesiapa ke untuk spy saya?

Hali: Takde maknanya buat macam tu. Buat habis duit je.

Boleh pula dia berjimat tentang ni.

Gempa: Habistu?

Hali: Kau tak perasan ke? Kedudukan meja kau dan pejabat aku berapa inci lah sangat. Dari dalam dah dapat dengar Si Sofie tu memekak menjerit.

Aduh mak! Lupalah! Mesti kes Sofia hentak meja aku kuat sangat sampai menarik perhatian Halilintar dekat dalam pejabatnya. Aduuh...kot ya pun nak bentak aku janganlah kat situ. Kan dah kantoi! (Author: Ni...nak back up diri sendiri ke nak back up 3 makhluk tu? =^=')

Nampaknya kena menyerah sajalah.

Gempa: Hmm...oklah. Saya mengaku saya kena buli tadi...

Hali: Haa...mengaku pun.

Pantas Hali bangun dari posisi tidurnya, dia menutup layar fonnya lalu diletakkan ke atas meja lampu.

Hali duduk menghadap ke arah aku.

Hali: Apsal tak panggil aku?

Ni yang aku payah nak jawab ni. Boleh pula dia tanya soalan cepu mas ni?

Gempa: Dah saya jadi watak utama filem tadi, mestilah banyak role saya kena mainkan. Watak utama kena sentiasa ada dalam scene. Kalau tak drama rosak.

Hali: Pandailah kau. Boleh kan kalau lari.

Gempa: Eh, cik abang. Saya pakai kain tadi ok. Kang tak pasal kain tu koyak atau saya yang terkoyak sebab jatuh terpijak kain kes lari punya fasal.

Halilintar hanya memutarkan biji matanya. Apa? Betullah kan?

Hali: Habistu, kenapa tak meraung saja?

Gempa: Saya pun ada keberanian juga. 5 bintang tahu? Tak percaya, baca majalah komik Boboiboy edisi ke 82 kalau nak tahu fail sulit saya.

Hali: Sempat promote. =-='

Aku ketawa terkekeh sahaja. Dah author nak tulis macam tu, kita ikut je. Memang kali ni aku ada saja nak jawab soalan laki aku ni. Tapi dalam hati aku ni tak putus-putus berharap agar esok baik-baik saja.

Hali: Gempa.

Aku menoleh ke arah Halilintar semula.

Hali: Kalau kau nak tahu, akulah yang tutupkan elektrik tadi.

Gempa: Eh?!

Hali: Aku tengok je adengan yang berlaku tadi, tunggu kau memanggil aku. Tapi nampak gayanya kau berkeras duduk dekat situ. Malukan diri sendiri.

Gempa: ...maaf Halilintar...saya tak terfikir...

Ni yang rasa tak sedap duduk ni. Mesti lepas saja Sofia hentam meja aku, Halilintar dah intai di sebalik pintunya.

Hali: Memandangkan kau tak panggil aku, jadi aku buat keputusan untuk buat cara halus. Alang-alang suis utama elektrik tu ada dekat pejabat aku, jadi aku gunakan kesempatan tu.

Gempa: Err....terima kasih. Saya tahu salah saya...

Hali: Dah lah. Bukan salah kau pun. Tapi, kenapa kau tak panggil aku?

Gempa: Ermm...sebab diorang tengah gaduhkan tentang awak.

Hali: Aku?

Aku mengagguk mengiyakan pertanyaannya. Dan daripada itu, aku menceritakan segalanya kepada Halilintar. Bermula dari Erin menghantar aku ke meja kerja, sampailah ke saat elektrik terpadam.

Hallilintar mendengarnya dengan khusyuk sekali. Dia ambil berat fasal aku ke?

Hali: Melampau betul diorang. Tahulah aku buat apa esok...

Gempa: Eh, jangan Halilintar! Nanti diorang ingat saya bawa pengaruh pada awak!

Hali: Tapi diorang tu dah melampau! Siapa peduli tentang hasutan bagai tu. Ramai yang jadi saksi waktu tu tahu tak?!

Betul. Itu betul. Tapi aku tak nak segala pergaduhan berlaku disebabkan oleh aku. Jadi aku perlu buat sesuatu.

Gempa: Awak, saya nak minta tolong.

Dengan nada serius aku berkata. Ya, aku yakin dengan keputusan aku kali ni. Aku memandang tepat kepada iris ruby Halilintar yang berkilauan itu. .....hensem juga suami aku ni. 0//.//0

Hali: Tolong apa?

Gempa: Awak just support saya saja. Mereka ber-3 tu biarlah saya uruskan. Yang penting awak jangan pecat mereka.

Hali: Tak payah pecat?! Dah hilang akal ke?! Diorang tu bukan main kasar dengan kau. Kau nak bagi muka lagi?!

Gempa: Ya. Berikan peluang kedua tu tak salah selagi sekiranya pintu taubat terbuka. Memang tabiat saya yang jenis memaafkan orang dan memberikan mereka peluang.

Hali: Kau nak diorang pijak kepala kau?

Gempa: Hanya orang yang mendapat hidayah sahaja kita tahu macam mana keadaannya.

Halilintar mendiamkan diri. Aku tahu kadang sifat keras kepala aku ni memang susah nak lentur dalam diri. Aku suka bagi peluang kepada orang dan memaafkan orang dengan mudah. Tapi, kalau tak kerana sifat ini aku rasa aku dah tak akan bersama Halilintar. Ah, teringat pula sejarah dulu.

Hali: Haih...suka hati kaulah. Aku malas nak peduli. Tapi kau kena ingat, kalau diorang sentuh kau atau cubit manja pun aku terus pecat diorang. Aku nak perbincangan korang ni melalui percakapan. Tiada pertumpahan darah.

Eh...ni dah lebih. Ingat bini kau nak pergi berperang ke apa? Pengaruh game apa kau sampai jadi macam ni?

Gempa: Hmm...ok. Dah, tidur jom. Esok boleh solat Subuh berjemaah.

Hali: Hmm...takde night kiss ke?

Eh eh eh! Ni dah lebih ni! Pandai ambil kesempatan! Mentang-mentang masih berdua, nak manja-manja pula? Siap kau nanti ber-3, aku takkan bagi can dah.

Gempa: Haih...ok. Kat mana?

Hali: Kat bibir.

Gempa: Huish! Melampau betul! ////// (max blush)

Hali: Takde yang melampau nya...cepatlah. Nak tidur ni.

Gempa: Err....tutup lampu lah dulu. ////////

Hali: Hmm...yelah.

Dan tap! Lampu tertutup dan kami terus tidur. Ehek, budak-budak tak boleh baca part ni~ ;3

Gempa's POV END
.
.
.
Normal POV

2 PAGI

Kelihatan pasangan pengantin baru itu sedang lena dibuai mimpi. Si suami memeluk tubuh si isteri yang sedang tidur dalam posisi normal. Hali dapat tidur dengan lena, namun mungkin tidak bagi Gempa. Di dalam tidur Gempa, dia sedang mimpikan suasana yang cerah dan dipenuhi dengan bunga seri pagi berwarna biru gelap.

Gempa: Mimpi?

Itu perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Gempa. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan melihat persekitaran yang luas itu. Suasana yang tenang dan aman diceriakan lagi dengan bunga seri pagi.

???: Gempa.

Gempa: Huh?

Gempa menoleh ke belakangnya apabila dia terdengar seseorang memanggilnya. Gempa melihat terdapat susuk tubuh seseorang di dalam mimpinya. Wajah yang amar familiar dengan hidup Gempa. Dan apabila dia dapat mengenal pasti, dia terkedu sambil menakup wajahnya terharu.

Gempa: K-Kak Taufan!!

Dengan cepat Gempa berlari menuju ke arah kakak yang dirinduinya lalu memeluk erat insan tersebut. Kedengaran Taufan tertawa kecil menerima pelukan dari adik kembar kesayangannya.

Taufan: Gempa sihat?

Gempa: Sihat kak. Akak, Gempa rindu akak...isk...kenapa tinggalkan Gempa??

Dengan tidak semenanya Gempa mengalirkan air matanya. Demi melepaskan kerinduan yang amat dalam kepada kakak tersayangnya yang cukup lama baginya meninggalkannya.

Taufan: Shh...Gempa jangan nangis. Nanti tak comel pengantin baru ni. (usap wajah Gempa)

Gempa: Akak...isk...bawalah Gempa sekali. Gempa...Gempa rindu akak...

Taufan: Tak boleh. Nanti siapa nak jaga suami kamu?

Gempa: Dia kan sepatutnya jadi suami akak. Kenapa akak amanatkan untuk kitorang berkahwin, kak?

Taufan: Gempa...akak tahu kamu sayangkan Hali. Cuma kamu sentiasa berserah sahaja. Tapi tengok, Allah Maha Adil. Dia berikan juga Hali kepada kamu walaupun kamu patah hati kerana dia.

Gempa hanya mendiamkan diri. Air mata yang keluar tidak berhenti mengalir.

Gempa: Kak Taufan....Gempa rindu akak. Mak dan ayah juga.

Taufan: Akak baru saja jumpa mereka tadi. Ni nak jumpa Gempa pula. ^^

Gempa: Kenapa kak?

Taufan: Gempa, akak tahu kamu dalam masalah. Kamu banyak sangat pendam perasaan. Jadi akak rasa Tuhan nak tolong kamu lepaskan semuanya pada akak kot?

Taufan tertawa kecil sambil mencubit pipi gebu Gempa. Gempa yang mendengarnya menjadi terharu dan tidak putus-putus bersyukur. Gempa memeluk kakak tersayangnya lalu melepaskan segala perit sakit yang dia pendam. Segala air mata dicurahkan semahunya pada bahu kakak tersayangnya.
.
.
.
Beberapa minit berlalu, akhirnya tangisan Gempa reda. Dia melepaskan pelukan sambil mengesat air mata. Taufan juga turut membantunya.

Taufan: Dah, sudah puas nangis?

Gempa: Dah kak. (senyum)

Taufan: Haa...kan comel adik akak ni.

Gempa dan Taufan tertawa bersama. Tangan yang dipegang tidak ingin dilepaskan. Inilah satunya peluang untuk meluangkan masa bersama yang tersayang yang telah lama pergi. Biarlah ia hanya sekadar mimpi, asalkan rindu ini dapat diubati.
.
.
.
Taufan tersenyum memandang ke arah adiknya. Sayang ini tidak akan pernah pudar dalam dirinya. Menatap wajah insan yang satu-satunya menjadi adik tersayang.

Taufan: Hehe...teringat pula janji akak dengan atok. (ketawa kecil)

Gempa: Janji? Akak ada janji apa dengan Tok Aba?

Taufan: Adelah...tapi akak kena pastikan dulu ni.

Gempa: ???

Taufan: Gempa, Gempa bahagia tak bersama Hali? Jujur jawab.

Gempa menatap wajah kakak kesayangannya. Seketika wajahnya suram sebelum dia menjawab pertanyaan kakaknya.

Gempa: Uumm...ya. Gempa bahagia bersama suami Gempa. Dia...baik dengan Gempa. Walaupun perangai tsundere dia tu masih tak ubah.

Taufan tersenyum mendengar pernyataan Gempa. Teringat pula perangai Hali tu. Tsundere dia punya perangai tu, memang tak boleh bawa bincang!

Gempa: Tapi rasa macam...dia masih rindukan Kak Taufanlah.

Riak wajah Taufan berubah kepada riak terkejut selepas mendengar kata-kata Gempa. Namun cepat-cepat dia menggeleng kepalanya.

Taufan: Mana ada...Gempa overthinking saja tu. Lagipun akak dah lama padam dari pandangan dia.

Gempa: Tapi memori takkan pernah padam selagi orang itu hidup kak.

Taufan: ...

Gempa menatap wajah kakaknya. Taufan juga menatap iris Gempa. Terlihat kesedihan di dalam iris emas itu. Seperti rindukan dan dahagakan kasih sayang seseorang yang ingin dia miliki. Tetapi orang itu seperti tidak akan pernah membalas perasaan itu.

Taufan: Gempa...jangan macam tu. Hali akan sayang Gempa. Percayalah kata akak.

Gempa tersenyum kecil cuba mempercayai kata-kata kakaknya. Apa salahnya bersangka baik sedikit kan?

Taufan menatap adiknya dengan rasa simpati. Apa selama dia tiada adiknya menghadapi pelbagai kesukaran kah? Dia selalu menangis sendiri ke? Ada orang cerca, maki dan buli dia ke? Ada orang permainkan perasaan dia ke? Banyak tanda tanya yang terlintas di fikiran Taufan tapi itu tidak cukup.

Masa Taufan semakin suntuk.

Taufan memegang erat tangan adiknya sambil menatap penuh berharap.

Taufan: Gempa...

Gempa menatap tatapan dan panggilan Taufan.

Taufan: Akak nak adik janji pada akak sesuatu. Dan akak harap Gempa tunaikannya. Ini janji terakhir yang akak harap Gempa betul-betul pastikan Gempa buat. Boleh?

Terkebil-kebil wajah Gempa memandang wajah serius Taufan. Kenapa tiba-tiba?

Gempa: Kenapa kak-

Taufan: Tolonglah janji yang Gempa akan kuat dan tabah. Tolonglah janji yang Gempa akan cari kebahagiaan Gempa sendiri.

Gempa: ......kenapa kak?

Taufan: Akak tak akan sentiasa ada pada Gempa dah sekarang. Akak sangat berharap Gempa jalankan janji Gempa. Please?

Gempa: Tapi kak-

Taufan: Tolonglah Gempa.

Air mata bergelimpangan di mata Taufan. Gempa entah kenapa merasakan firasat yang tidak baik sehingga membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Gempa: K-Kak Taufan...akak...

Taufan: Sampai di sini sahaja pertemuan terakhir kita Gempa. Tolong ya? Tunaikan janji Gempa..

Gempa: Kak...akak nak pergi mana kak...? Akak nak tinggalkan Gempa lagi ke?!

Akhirnya air mata Gempa keluar kembali. Semakin lama semakin banyak sehingga menitik keluar.

Badan Taufan semakin kabur dan semakin menghilang. Gempa yang memegang tangan Taufan kini sudah tidak dapat merasai kehangatan tangan kakak kesayangannya.

Gempa: Kak...! Kak Taufan!! Jangan kak! Jangan pergi!

Taufan: Maafkan kakak, dik.... Alangkah bagusnya jika kita boleh bersama lama lagi. Kan?

Taufan menghadiahkan senyuman terakhirnya bersama tangisan yang akhirnya membuatkan Gempa meraung memanggil namanya.

Jeritan demi jeritan. Namun sudah tentu Taufan semakin menghilang.

Gempa: KAK!! JANGAN KAK!! JANGAN TINGGALKAN GEMPAAAA!!

Taufan: Kakak sayang Gempa...sampai ke syurga...

Dan akhirnya Taufan menghilang bersama permata kecil. Gempa yang menyaksikan segalanya di depan matanya meraung dalam tangisan.

Berkali-kali dia memanggil nama Taufan yang dia pasti tidak akan ada yang menyahutnya...

Gempa: AKAK!! KAK TAUFAAAANN!!! KAK TAUFAANN!! JANGAN TINGGALKAN GEMPA KAAKK!!!

Kini mimpi itu semakin memudar dan bertukar warna hitam. Tangisan Gempa sedikit sebanyak mengganggu mimpinya. Namun itu tidak sekali mengganggu perasaan Gempa. Segala yang dia rasai sangat perit sekarang.

Gempa: Isk...hikss... KAK TAUFAAAAAAAAAAAAAAAANNNNNN!!!!
.
.
.
Gempa: Kak Taufan!!

Gempa tersedar dari mimpinya dan dia terduduk dari tidurnya.

Hali: Eh?! Apahal ni?!

Dengan terkejutnya Hali tersedar dari mimpinya. Mendengar jeritan Gempa itu membuatkan Hali bangun dari lenanya.

Hali menatap wajah Gempa yang sedang menangis teresak-esak. Gempa menakup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Air mata masih mencurah-curah keluar dari matanya sehingga ia mengganggu fikiran Hali.

Hali: Oi...apahal ni...?

Gempa: Isk..hikss...K-Kak Taufan...isk...saya mimpi Kak Taufan...saya rindu Kak Taufan...kenapa...kenapa...?

Hali: Kenapa...apa?

Gempa: Isk...kenapa dia tinggalkan saya..?! Kak Taufan! Gempa rindukan akak!!

Gempa meraung dalam tangisannya. Melepaskan segala perasaan sedih dan peritnya.

Hali yang memandang mula terasa berat hati melihat sang isteri yang amat merindui kehangatan kakaknya. Hali perlahan menarik badan Gempa masuk ke dalam pelukannya.

Dengan suara lembut Hali memujuk Gempa untuk bertenang. Walaupun ia lain dari dirinya yang biasa, tapi melihat isteri tersayang berada dalam kesempitan dia harus menolak egonya ke tepi.

Hali: Shh...dah. Dah, jangan nangis. Taufan kan sudah lama pergi..?

Gempa: Saya rindu dia...isk...saya rindu Kak Taufan...

Hali: Ok...ok insyaAllah esok kita lawar kubur dia ya? Dah...kau jangan lah nangis-nangis lagi.

Hali mengusap air mata di wajah Gempa sambil menggosok lengan Gempa lembut. Dicium dahi isterinya berkali-kali mencuba menenangkan jiwa isterinya yang sedih itu.

Gempa: Saya rindu dia...isk...

Hali: Ok takpe. InsyaAllah kita lawat kubur dia nanti. Dah, kau tidurlah. Dah lewat ni.

Gempa cuba menenangkan jiwanya yang meratapi hati yang terluka itu. Dia turut mengesat air matanya yang turun tidak berhenti.
.
.
.
Air mata Gempa sudah berhenti mengalir keluar tetapi isakkannya masih tetap kedengaran walaupun sayup-sayup. Pelukkan mereka terlepas untuk memberikan ruang kepada Gempa untuk bertenang.

Hali menatap wajah isterinya yang berbekas air mata itu. Tangannya masih setiap di pipi Gempa. Entah tak tahu kenapa tapi Hali rasa tangannya ingin tetap di situ. Mengusap wajah isterinya.

Hali: Dah...kau dah ok?

Gempa menggangguk kecil mengiyakan pertanyaan suaminya. Hali menghela nafas lega. Sekurangnya Gempa dapat memberi respon walaupun mentalnya terganggu tadi.

Hali: Kau nak air?

Gempa: ...tak...takpe...

Hali: Makan?

Gempa menggeleng kecil. Irisnya hanya memandang bawah sedari tadi. Sedang termenung.

Hali mengusap kepala Gempa lembut. Dia menarik kepala Gempa lalu menyandarkannya kepada bahunya.

Hali: Meh, sini. Dah tak payah nangis-nangis dah. Tidur peluk aku meh.

Dengan wajah yang sedikit kemerahan Hali memberanikan dirinya memujuk Gempa dengan cara yang lebih efektif.

"Eh...lain macam je laki aku ni..."

Batin hati Gempa. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang mendapat layanan luar biasa Hali.

Hali dengan tiba-tiba membaringkan dirinya bersama Gempa yang diletakkan di atas dada bidangnya.

Gempa: Eh, a-awak! //////// (terkejut)

Hali: Shh! Tidur.

Gempa: Y-yelah...tapi janganlah macam ni... ///////

Hali: Kau ingat aku berani sangat ke nak buat macam ni? /////// Dah tidur jelah. Lupakan mimpi tadi.

Gempa dia seketika. Dia menatap wajah Hali yang berada di atas kepalanya. Entah kenapa perasaan tenang tiba-tiba hadir di dalam dirinya. Senyuman kembali terukir di bibir Gempa.

Gempa: Terima kasih Halilintar... (senyum)

Hali menjeling ke arah Gempa melalui ekor matanya. Lalu dialihkan kembali matanya menatap siling bilik. Harap-harap Gempa tak dengar bunyi degupan jantung dia yang kuat berdegup sejak tadi lagi.

Perlahan air mata Gempa terkatup tutup rapat. Mungkin impak dari tangisan tadi membuatkan otaknya letih. Gempa membuat keputusan untuk sambung sahaja tidur di atas dada Hali.

Selang beberapa minit, Hali masih tidak tidur. Dia memandang ke arah wajah lena Gempa. Dah tidur agaknya. Hali tersenyum geli memandang Gempa. Entah kenapa tiba-tiba hari ni ada macam-macam berlaku. Dan tiba-tiba juga soundtrack TITANIC bermain di kepalanya.

"Lawak jugak bila bersama bini aku ni...berseri pula hidup aku..."

Hali mencium dahi Gempa sambil memejamkan matanya rapat. Segala kasih sayangnya dicurahkan melalui ciuman itu.

Hali: Sayang kau, Gempa.

Dan Hali membuat keputusan untuk sambung tidur. Biarlah yang berlalu itu dibiarkan sahaja. Yang penting, dia bahagia sekarang.



To Be Continue
====================

Hey~ hey~ 😆 Apa khabar?? Lama akak hold cerita ni. X,D Cowwy~ Btw, akak suka chapter ni. Dipenuhi rasa sedih dan "doki-doki"~ part last ni memang best! 💕 💕

Akak memang nak buat part last tu macam ala-ala topik, "Siapa Tak Sayang Bini Oi~??" 😂 😂 //maaf kepala tak betul sikit

Ok, itu saja setakat ni. 😆 Bye! Jangan lupa untuk vote dan komen!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top