~29~

Sebaik sahaja Halilintar bersama Gempa pulang ke pejabat, 1 jam 30 minit pertama semuanya berada dalam keadaan seperti biasa. Sehinggalah...

BANG!!

Sofia: Hoi perempuan!

Dengan tiba-tiba Sofia menghentak meja kerja milik Gempa sehingga membuatkan si pemilik terkejut.

Tergagap-gagap Gempa membalas panggilan Sofia. Wajahnya sudah berpeluh dingin. Entah kenapa firasat dia rasai yang sebelum ini seperti bakal bermula tidak lama lagi.

Gempa: Y-ya cik?

Sofia: Mari sini kau!

Dengan tiba-tiba Sofia menarik tangan Gempa dan membawanya pergi jauh dari tempat kerja Gempa. Sebenarnya ada sebab kenapa Sofia bawa Gempa jauh. Sebab meja Gempa berdekatan dengan pejabat Hali, jadi takut kalau-kalau Hali terdengar kang hilang kerja minah Sofia tu. Pandai juga walaupun tak pandai.

Gempa: C-cik! Cik nak bawa saya ke mana ni?

Sofia: Engkau diam jelah!

Gempa tergugup mendengar setiap kata-kata kasar dari mulut Sofia. Sebelum ini tak pernah pun dia dengan kaum hawa berkata kasar sedemikian. Bertindak kasar apatah lagi. Oleh kerana Gempa sentiasa bersama kakaknya yang bijak memilih kawan, jadi Gempa tak pernah lalui perkara seperti ini.

Namun bila Gempa berdepan dengan situasi begini, apa perlu dia lakukan?
.
.
.
Di kawasan staf-staf yang ramai, Sofia menolak Gempa di tengah kawasan tersebut. Yang lain hanya memerhatikan mereka. Erin dan Fina turut berada di sana sambil memandang Gempa dengan sinis.

Staff yang memandang mula menghentikan tugas mereka dan memasang mata melihat adengan itu.

Sofia: Baik kau cakap dekat semua, kau kan yang bunuh Taufan?!

Gempa terkejut saat mendengar soalan itu. Kenapa isu arwah tiba-tiba ditarik balik ni?!

Gempa: T-tak! Bukan saya cik!

Erin berjalan mendekati mereka berdua.

Erin: Jangan nak tipulah! Dengar semua! Kalau korang nak tahu, Taufan dah meninggal disebabkan adik kembar dia. Dan dia ialah perempuan ni! (tunjuk ke arah Gempa)

Yang lain memandang Gempa dengan wajah yang terkejut. Benarkah?!
.
.
.
FLASHBACK

Dahulu, sewaktu Taufan bekerja di pejabat ini, suasana hari-hari para staff sungguh ceria. Taufan bagaikan bidadari penyeri kehidupan. Setiap hari, setiap masa, setiap jam, setiap minit dan setiap saat ada sahaja telatah Taufan.

Semakin lama semakin akrab 1 pejabat dan kesemuanya bersinar keceriaan.

Taufan: Korang~!!

Taufan menerpa masuk ke kawasan para staff yang sedang bekerja.

Fina: Ya Taufan? Amboi ceria semacam saja? Macam selalu.

Taufan: Hehehe~ eh, aku nak bagitahu korang semua sesuatu ni!

Sofia: Bagitahu sajalah. Ceria saja ni. Mesti ada apa-apa kan??

Taufan: Tehee~ sebenarnya, aku nak jemput korang ke majlis perkahwinan aku!

Fina: Eh? Kau nak kahwin dah?? Waahh! Tahniah! Kau nak kahwin dengan siapa?

Taufan: Ehee~ ////

Hali: Aku.

Tiba-tiba Hali datang dan menepuk bahu Taufan dari belakang. Yang mendengar terkejut dan teruja pada masa yang sama. Ada yang menepuk tangan sambil mengucapkan tahniah kepada mereka.

Taufan: Eh? Bila datang?

Hali: Baru je.

Fina: Tahniah korang!! Memang sedondon lah kalau korang naik pelamin bersama!

Taufan: Heheh, thanks!

Yang lain juga tidak berhenti mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Hali juga turut tersenyum mendengar dan melihat wajah ceria para pekerjanya. Gembira dengan kedatangan Taufan. Lebih-lebih lagi, Erin, Fina dan Sofia. Mereka bertiga yang paling rapat dengan Taufan.

Taufan: ....

Hali: Apsal senyap je?

Taufan: ...hari ni berapa hari bulan?

Hali: Hmm...5? Kenapa?

...

Taufan: Kalau tak silap aku-

Hali: YA ALLAH!! DIA DAH BALIK!!! EH, CEPAT! CEPAT! TAUFAN! KITA KENA JEMPUT DIA!!

Taufan: ....Gempa balik.... amboi cepat betul proses otak dia tu...(sweatdrop)

Hali: Diamlah! Cepatlah, kita kena-

Taufan: Kau pergilah. Aku nak lepak dengan diorang ni.

Hali: Eh? Sure tak nak pergi? Kang nanti adik kau cari pula.

Taufan: Pergi je. Nanti aku mesej dia.

Hali: Sure?

Taufan: Yes I am.

Hali: Ok.

Tanpa basa-basi, terus Hali melepaskan kot yang dipakainya dan diberikan kepada Taufan lalu terus dia berlari menuju ke pintu lif.

Taufan hanya memandang dengan senyumannya sebelum kawan-kawannya datang menegur.

Erin: Eh, bos nak pergi mana tu?

Taufan: Ambil adik aku.

Fina: Kau ada adik?

Taufan: Ada. Kitorang kembar.

Fina: Weyh, mesti muka sama kan?? (excited)

Taufan menggangguk sambil tergelak kecil.

Sofia: Habistu kenapa kau tak pergi join?

Taufan: Mmm...biarlah. Aku penat.

Sofia: Eleh, kang nanti adik kau kebas bakal suami kau baru tahu.

Taufan tersenyum kecil saat Sofia berkata sedemikian. Sebenarnya...memang dia sengaja biarkan Hali pergi ambil Gempa. Biar saat Hali dipenuhi dengan suara manis Gempa.

Taufan: Biarkanlah. Lagi bagus kalau macam tu.

Erin: Eehh...weyh kau jangan. Tak baik adik kau buat macam tu!

Sofia: Ha'a. Kitorang akan pastikan yang adik kau takkan rampas bakal suami kau tu!

Taufan: Tak payahlah. Aku lagi suka diorang bersama. Lagipun korang tak kenal lagi adik aku macam mana. Dah lah cantik, baik, peramah, rajin dan senyumannya manis pula tu.

Fina: Takkanlah. Kau lagi cantik kot.

Erin: Entahnya.

Taufan: Eh, mana tahu nanti kalau aku dah takde adik aku dapat gantikan tempat aku? Lagi baik tau!

Sofia: Hmph, takde maknanya...

Taufan hanya tertawa terkekek memandang wajah rakan sekerjanya yang menyampah apabila dia back-up adiknya.

Taufan berjalan meninggalkan mereka bertiga dan pergi ke meja kerjanya. Dia mengeluarkan buku diary nya di dalam beg lalu menulis sesuatu di dalamnya dengan senyuman penuh berharap.
.
.
.
END FLASHBACK

Sofia: Jadi, baik kau mengaku. Kau sengaja sabotaj kakak kau sebab kau nak menikah dengan bakal suami dia kan?!

Gempa: Astarghfirullah...tak! Betul kak! Saya tak pernah terfikir nak aniaya kakak saya! Saya sayang dia!

Erin: Penipu! Eh, perempuan yang pura-pura baik macam kau ni tak bolehlah tipu kitorang. Banyak manusia bertopeng 2 macam kau kat dunia ni!

Gempa mengetap bibirnya menahan diri. Kenapa dirinya dipersalahkan sebegini rupa? Apa salah dia?

Dan tiba-tiba Gempa merasakan tudungnya ditarik kuat dari belakang di saat ramai orang sedang melihat.

Sofia: (tarik tudung Gempa) Kau dengar sini baik-baik, selagi kau bekerja dekat sini...kitorang takkan berikan keamanan dekat hidup kau! Baik kau berhenti dan lenyap dari hidup Tuan Hali kalau kau tak nak menyesal!!

Kuat Sofia menjerit sambil menarik tudung Gempa. Deringan kuat kedengaran di telinga Gempa membuatkan telinganya berdesing.

Gempa terpaksa melepaskan tangisannya yang ditahan selama ini. Namun isakkan tidak kedengaran menandakan Gempa masih kuat bertahan. Aduh, sakitnya apabila berada di tempat Gempa.

Sofia: FAHAM KE TIDAK?! (jerit)

Gempa hanya mendiamkan diri. Sofia dan Erin semakin bengang. Erin berjalan mendekati Gempa dan bersiap ingin menampar wajah Gempa.

Erin: Kau ni memang perempuan bala!!

TAP!

Tiba-tiba suasana di sekitar pejabat gelap gelita kecuali sinaran telefon yang hidup.

Fina: Eh? Kenapa ni?

Dan kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri situasi mereka.

Hali: Ada lintar pintas kot tadi...

Rupanya bos mereka yang datang menghampiri dengan sinaran telefon yang terpancar di wajahnya.

Fina: Eh, tuan. Ingatkan siapa tadi. Dah lah mata tuan tu menyeramkan...

Hali hanya berdiam diri sambil menghampiri Sofia, Erin dan Gempa yang sudah berdiri seperti biasa. Berpura-pura tiada apa yang berlaku.

Hali merenung ke arah Gempa yang berada di antara Sofia dan Erin. Gempa menunduk membisu. Tidak tahu ingin berkata apa.

Hali: Haih...nampaknya hari ni kita kerja separuh hari sajalah.

Erin: Kenapa tuan?

Hali: Tak nampak ke tengah black-out ni? Ke korang semua nak buat kerja dengan menulis atas kertas?

Yang lain menggeleng pantas. Huhu...tak nak lah kena tulis memanjang macam kena jawab Kertas 3 subjek Sejarah! Naya habis berpuluh batang pen kes nak buat laporan saja. Kalau yang exam pun habis 1 batang nak buat essay, ini kan pula nak buat laporan atau catatan. Simpang malaikat 44!

Hali: Sudah, pergi balik semua! Aku tak nak sorang pun ada dalam pejabat ni...

Yang lain masih terpinga-pinga dengan keputusan bos mereka. Tak pasti nak ikut ke tidak. Seronok tu seronok dapat balik awal dan cuti tapi...

Hali: BALIK SEKARANG!!!!!

Dengan suara sekuat halilintar Hali menjerit membingitkan telinga. Dah lah nama Halilintar. Menjerit pun macam halilintar. Ambik kau Halilintar² (budak 13 tahun ke atas saja faham :v)

Lalu macam ributnya para pekerja dan staff kalut berkemas dan pulang ke rumah masing-masing. Daripada dok setia nak bekerja, baik balik. Nanti tak fasal-fasal kena baling keluar bangunan.
.
.
.
Melihat para pekerja semakin berkurangan, Hali kembali ke pejabatnya. Sempat dia menarik tangan Gempa masuk ke pejabat yang panas itu.

Gempa: Awak, betul ke boleh balik ni?

Hali: Yelah. Kau dah siap ke?

Gempa: Err..kejap. Nak ambil beg.
.
.
.
Di tempat parking kereta, Halilintar berjalan bersama Gempa menuju ke pacuan 4 roda milik Hali.

Setibanya mereka, terus Hali memicit butang buka dan mereka berdua masuk ke dalam kereta tersebut serentak.

Gempa: Kita tinggal dekat mana?

Hali: Rumah aku.

Gempa: Eh, bukan ke adik-adik awak ada ke?

Hali: Dah tu?

Gempa: Uuhh...tak. Takde apa...

Hali: Haih, diorang dah beli rumah sendiri lah.

Gempa: Takdi kata-

Hali: Ada aku kata diorang tinggal dengan kita ke? Takde kan?

Gempa hanya mengunci mulutnya. Licik juga suami dia ni. Kang kalau silap kata naya dia. Dah nama pun CEO kan? Mestilah tahap intelektual kena tinggi. Siapalah Gempa? Kasta rendah.

Lalu Hali menghidupkan enjin keretanya dan membawanya ke jalan menghala ke rumah mereka. Dan rumah baru Gempa.

TO BE CONTINUE
========

Hai semua! XD Maaflah lambat update. ;;w;; Akak sibuk dengan persiapan raya nanti. Heheh...baru berapa hari puasa dah sibuk nak beli barang raya.

Bersemangat betul! X,D

Maaflah kalau ada yang menunggu. ^^' Akak akan cuba buat yang terbaik untuk update secepatnya!

Oh ya, agak-agak...korang sudah faham dengan tindakan Erin, Sofiey dan Fina tu? Tapi Taufan tak bersubahat apa pun. ^^ Diorang ber-3 pun tak simpan apa-apa perasaan kepada Hali. Hanya sekadar admire saja.

Tapi...macam mana Gempa kena atasi benda ni? QwQ Kesian Gempa...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top