~28~

Usai sarapan pagi bersama, Blaze membawa Ais ke rumah Ais untuk menghantar pakaian dan juga bagasi mereka sebelum mereka masuk pejabat. Manakala Solar menghantar Thorn ke tempat kerjanya dan terus straight ke rumah untuk cuti. Terlalu penat katanya untuk masuk pejabat. Hmm..untunglah jadi bos.

Halilintar pula membawa Gempa dengan pacuan empat rodanya yang bergaya dan berkilauan merahnya menuju ke bangunan pejabatnya.

Di dalam perjalanan, hati Gempa entah kenapa berdebar-debar dan merasakan tidak selesa untuk masuk ke pejabat. Entah kenapa rasa lain macam pula hati ni. Minta lebih baik tak payah pergi ke tempat kerja Hali. 

Gempa: Ya Allah...walau apa pun dugaan yang menimpa, aku harap kau kuatkan semangat aku Ya Allah...

Dengan nada yang berbisik Gempa memejamkan matanya sambil berdoa. Entah kenapa dia merasa takut untuk berhadapan dengan semua ini.

Hali: Kau bisik apa tadi tu?

Lamunan Gempa terhenti apabila dia mendengar pertanyaan Halilintar. Dia kembali membuka matanya dan menoleh ke arah Hali, sang suami yang sedang fokus memandu kereta.

Gempa: Err...takde apa. Cuma...rasa gementar sikit.

Hali tersembur ketawa mendengar jawapan daripada Gempa. Entah kenapa rasa lawak pula bila dengar apa yang Gempa katakan. Dia sempat menoleh dengan pandangan tidak faham dengan kata-kata Gempa.

Hali: Pffft...!! Apa yang kau mengarut ni? Tak pernah kena interview ke?

Gempa menggeleng kepala menjawab pertanyaan Hali. Hali hanya menggangguk sebelum dia kembali memandang ke arah jalan raya. 

Oh, lupa pula. Sebaik sahaja Gempa pulang ke tanah air, dia sibuk melayan arwah yang macam-macam celoteh manjanya bersama adik kembar kesayangannya. Hmm...patutlah. Nasiblah ada kakak manja macam tu.

Hali: Bertenang jelah. Aku ada untuk back up kau.

Gempa: T-tapi...nanti apa pula diorang kata? Diorang tahu tak yang kita dah kahwin? Entah-entah nanti ada rusuhan pula kata bos diorang berat sebelah.

Hali diam sejenak apabila Gempa menyuarakan topik yang mereka sudah bernikah. Betul juga sebenarnya. Semenjak kejadian kemalangan bulan lepas, tiada siapa yang tahu bahawa Taufan sudah meninggal dan Hali akhirnya berkahwin dengan adik kembarnya iaitu Gempa.

Macam mana kalau anak-anak buah dia tahu nanti? Kang lain pula cerita dia.

Hali: ....abaikan sajalah. Diorang siapa nak tahu sebab apa aku buat macam tu semua? Kuli baik ikut kata-kata bos je. Tak payah nak sibuk ambil tahu. Aku juga yang bayar gaji.

Gempa melirik ke arah wajah Hali. Entah kenapa Hali bertukar serius wajahnya dari tadi yang tersenyum sumbing tergelakkan Gempa. Gempa hanya mendiamkan diri sebelum menghela nafas dan berdoa banyak-banyak supaya hari pertama dia ke pejabat tidak berlaku apa-apa yang tidak dijangkakan.

.

.

.

Bunyi tayar kereta berhenti kedengaran dan diikuti dengan tarikan brek kereta dari dalam pacuan empat roda Hali. Hali menghela nafas sebelum dia membuka tali pinggang keledarnya. Aktiviti itu juga diikuti dengan Gempa. Walaupun wajah dia tenang sahaja, namun di dalam fikirannya sudah maca-macam difikirkannya.

Hali: Ok dah. Dah start waktu perjabat ni. Nanti kau lunch dengan aku.

Gempa: Err...k-kalau saya masuk setengah hari saja tak boleh?

Hali: Banyak alasan pula. Dah! Cepat!

Mendengar suara tegas Hali terus tersentak badan Gempa. Cepat-cepat dia membuka pintu kereta lalu keluar dari perut kereta tersebut. Beg setia disandang di atas bahu. Gempa menutup pintu lalu berjalan menunggu di hadapan kereta tersebut.

Usai Hali mengunci kereta dan memastikannya, dia terus berjalan ke arah Gempa.

Gempa: Dah? Jom?

Hali: Wait...

Hali merenung wajah Gempa sebelum dia membetulkan tudung yang dipakai oleh isterinya itu. Gempa diam kaku dengan tindakan Hali.

Hali: Senget tudung. Nah, baru cantik. Baru betul isteri CEO. Ayu gitew. Tak macam arwah dulu, selalu berseluar. Mujur tak nikah lagi.

Sempat Hali mengutuk Taufan. Ni kalau dia dengar, sahih kena makan serangan taufan. Amekaw!

Gempa: Tak baik cakap macam tu.

Hali: Hn. Yelah. Sudah-sudah. Jom makan.

Gempa: Eh? Makan?

Hali: Eh, silap. Jom masuk.

Sempat Hali cover malu. Dia terus menarik tangan Gempa menuju ke arah lif yang sentiasa tersedia di bangunan tersebut.

Sekejap saja tidak sampai 1 minit mereka sudah tiba di tingkat paling atas iaitu terletaknya pejabat Hali.

Hali: Jom.

Hali berjalan keluar dari pintu lif dan diiekori Gempa dari belakangnya.

Kedatangan Hali disambut hormat oleh para pekerja dan dan staffnya. Sebaik sahaja Hali lalu, semuanya mesti menunduk 120˚. Dah macan orang Jepun dah aku tengok.

Gempa yang duduk dekat belakang hanya diam kaku. Macam mana diorang boleh susun berbaris macam ni setiap pagi? Lelaki dan perempuan semua ada. Pakaian diorang pun kemas semacam macam ahli korporat. Diorang ni bukan calang-calang pekerja ni. Tak pernah dibuat orang selama dia layan drama Melayu selama ni.

Sebaik sahaja Hali masuk ke dalam bilik pejabatnya bersama Gempa, kesemua staff dan pekerja berdiri tegak kembali dan menyambung kembali tugas mereka yang tergendala tadi.
.
.
.
Di dalam pejabat Hali, Hali sudah duduk di kerusi meja kerjanya manakala Gempa masih berdiri di hadapan meja kerja Hali dengan keadaan gugup. Suhu penghawa dingin menjadikan suasana dalam bilik ini sejuk semacam!

Hali: Apsal dok tenung-tenung tu?

Gempa: Eh?! Err...t-takde...cuma...gugup sikit.

Hali: Dah kenapa pula...? Haih...so, kau nak start kerja tak hari ni?

Gempa: Eh? S-sekarang ke?

Hali: Habistu? Kau ingat aku bawa saja-saja ke kau kat sini?

Gempa: Mana tahu...? Mmm...tapi saya tak tahu sangat selok-belok pejabat ni...

Hali: Hmm..jap.

Hali menghentikan sesi menaipnya di papan kekunci, lalu dia menekan satu butang pada telefon pejabatnya, memanggil pembantu PAnya.

Hali: Erin, datang ke sini.

Tidak lama selepas 2 minit kemudian, muncul seorang gadis berambut lurus dan hitam lebat masuk ke dalam pejabat Hali selepas diketuk pintu. Di tangannya tersedia buku nota dan pen. Berbaju kemeja biru-kelabu dan berskirt merah maroon. Berbeza dengan penampilan Gempa yang hanya berbaju kurung dan bertudung bawal.

Erin: Ya, tuan?

Hali: Kau tolong bawa cik ni ke meja dia. Lepastu tolong juga tunjukkan selok-belok pejabat ni lepas lunch nanti.

Erin: Eh, bukan ke tunang Tuan Hali ni sudah tahu tentang selok-belok pejabat ni?

Seperti yang Gempa sangkakan. Patutlah yang lain tidak cakap apa-apa tadi. Macam biasa saja. Rupanya mereka beranggapan yang Gempa itu adalah arwah kakaknya. Namun sayang sekali, hanya wajah yang sama. Namun perangai jauh sekali nak dibandingkan dengan Gempa yang pemalu dan pendiam ini.

Erin: Kenapa tuan? Ada apa-apa yang berlaku ke?

Mulut Hali seolah terkunci rapat. Dia mahu berkata-kata, namun entah kenapa ia tak ingin keluar.

Gempa: Err...d-dia sudah meninggal.

Erin: What?! T-tuan...I didn't mean to ask that question! Saya tak tahu! Maafkan saya tuan!

Hali: Takpe.

Erin menoleh ke arah Gempa yang barusan tadi menerangkan perkara sebenar kepadanya. Yang ni siapa pula? Wajah persis Taufan tapi iris yang berbeza.

Erin: And...you are?

Gempa: Oh? S-saya Gempa. Adik kembar arwah kakak saya.

Dengan manis Gempa melemparkan senyuman kepada Erin. Erin hanya tersenyum membalasnya.

Erin: Ok...shall we go now, Gempa?

Gempa: O-oh...ok.

Sebelum mereka berdua berjalan keluar, sempat Hali memesankan sesuatu.

Hali: Erin, bawa dia ke meja PA terus. Terangkan apa dia perlu buat dan kerja-kerja dia sekali.

Erin: Ok bos.

Dan pintu tertutup rapat. Hali menyandarkan dirinya pada kerusi kerjanya sambil menghela nafas. Dia menatap siling pejabatnya yang putih itu. Fikirannya melayang ke arah lain.
.
.
.
Erin: Ok, ini meja you. Kerja PA ni taklah susah sangat, but mostly you kena ambil tahu dan catat semua aktiviti or date Tuan Halilintar. Nanti akan ada paper work yang you kena handle. Tahu kan macam mana nak pakai komputer?

Gempa menggangguk sebagai jawapan. Dia melihat ke arah meja kerjanya. Kemas dan bersih sekali! Mesti petugas pembersih yang uruskan. Memang tip toplah pekerja-pekerja dekat sini!

Untung arwah kakaknya dapat kerja dekat sini.

Erin: Err....boleh tanya something?

Lamunan Gempa terhenti. Dia menoleh ke arah Erin.

Erin: You ni...apa kaitan dengan Tuan Halilintar ya?

Ah sudah...ini soalah yang paling ditakuti Gempa. Sebenarnya dia tak nak sesiapa pun dekat sini selain dia dan Hali sahaja yang tahu mereka berdua ini pasangan suami isteri. Nanti tak best pula orang kata pakai kuasa vetor suami. Suami CEO lah lah katakan...

Gempa: Err...

Erin: And why Taufan mati? Bukan ke wedding diorang dah nak dekat ke?

Semakin kecut perut Gempa dibuatnya. Boleh termuntah juga dekat situ. Dahlah kedudukan meja dia nak dekat-dekat dengan meja staff lain. Kang kalau dengar tak pasal-pasal gosip 1 bangunan pejabat!

Gempa: D-dia mati kemalangan...

Erin: Oh...and where are you masa tu?

Gempa: Dekat kawasan kejadian juga.

Erin: Hmm...bukan you yang sabotaj kakak you?

Gempa: Astarghfirullah...tak kak. Takkan saya nak bunuh kakak saya sendiri?!

Erin: I didn't said yang you bunuh kakak you tu. Ok apa-apa sajalah. You boleh sambung kerja yang tergendala selama ni. By the way, takziah.

Gempa hanya menggangguk sebelum melihat Erin berjalan pergi ke tempat kerjanya. Gempa menghela nafas lalu duduk di meja yang berdinding itu. Luas juga meja ni.

Gempa mula membuka komputer lalu mula mencari, mengkaji dan memahami segala syarat, prinsip, motto dan apa-apa yang berkaitan dengan bangunan yang gah tingginya di pusat bandar ini.
.
.
.
Waktu lunch sudah tiba, kesemua staff berpusu-pusu berjalan keluar dari pejabat. Ada yang masih berbaki di meja kerja untuk siapkan beberapa tugasan terakhir dan ada yang makan di pejabat. Salah seorangnya Erin.

Gempa mengemas beberapa dokumen yang dia print dari mesin pencetak. Dia memeriksa beberapa dokumen terkahir sebelum dia sedari dirinya diperhatikan oleh susuk tubuh yang segak.

Eh, tak segak pun sebenarnya. 😂 //kena lepuk

Hali: Amboi, khusyuk nya.

Gempa mengerling ke arah suara asal tersebut. Dia melemparkan senyuman sebaik sahaja dia mendapati ia merupakan Hali.

Gempa: Tak, nak siapkan kerja ni.

Hali: Janji nak lunch?

Gempa: Tapi..kerja...?

Hali: Tinggalkan saja.

Gempa: Eh, tak boleh...

Hali: Eh, banyak bunyi pula dia! Cepatlah!

Tergesa-gesa Gempa menyusun dokumen di atas mejanya. Dia mencapai begnya lalu dipikul ke atas bahunya.

Gempa: Ok dah. Tapi kita nak makan dekat mana?

Hali: Ikut jelah!

Pantas Hali menarik tangan Gempa dan dibawa terus menuju ke pintu lif. Gempa tidak sempat menahan Hali dan terus mengikut sahaja ke mana Hali membawanya pergi.

Pejabat itu kelihatan sunyi tanpa staff namun mereka berdua tidak tahu, bahawa ada mata-mata yang memerhatikan mereka berdua sejak tadi.

???: Hey...siapa perempuan tu? Tak macam Taufan pun?

Erin: Arwah Taufan sudah meninggal sebelum ni.

???: Eh?! Yeke?! Innalillah...bila tu?!

Erin: Entah. Bulan lepas lah kot? Sebab perempuan tu kata dia ada kat tempat arwah meninggal dulu.

???: Seriously? Habistu Tuan Hali?

Erin: Entah. Takde pula kata.

??? : Mati sebab apa weyh?

Erin: Kemalangan mungkin? Banyak tanya lah korang berdua ni.

???: Janganlah marah. Aku dan Fina just nak tahu. Cerita hangat ni.

Erin: Apa yang hangat sangat?

Fina: Yelah. Aku dan Sofiey pun nak tahu...kau tak pelik ke? Lepas je arwah mati, tut tut ada adik kembar dia tu. Entah-entah dah nikah ke apa.

Sofia: Kan? Aku pun tertanya.

Erin: Hmm...Mungkin dia tu pergi buat benda tak elok dekat tuan, lepastu pergi bunuh kakak dia tu.

Fina: Betul juga.

Erin: And macamlah korang berdua tak tahu bos kita tu ada rupa. Saja dia nak ambil kesempatan.

Sofia: Eh, beb. Tengok ni.

Erin dan Fina mendekati kedudukan mereka ke arah Sofia yang sedang menunjukkan sesuatu dari layar telefon pintarnya.

Erin: Berita? Ni bukan ke tarikh sebelum puasa ke?

Sofia: Yes...tapi tu bukan isunya. Baca article dia tu.

Pantas Erin dan Fina membaca tajuk yang dimaksudkan oleh Sofia.

Seorang Gadis Meninggal Akibat Menyelamatkan Adik Kembarnya.

XX.XX.201X - Seorang gadis berumur dalam lingkungan 20 tahun disahkan meninggal dunia akibat daripada letupan di dalam rumahnya.

Mangsa diceritakan sedang cuba menyelamatkan adik kembarnya sebelum mangsa masuk kembali ke dalam rumah untuk mengambil sesuatu. Sebelum mangsa berjaya keluar, tiba-tiba rumah tersebut meletus dan mengakibatkan mangsa dicampak keluar dan jatuh ke tanah sebelum mangsa meninggal dunia di pangkuan adiknya dan seorang lelaki yang dikatakan seorang CEO dalam sebuah syarikat yang terkenal.

Nama mangsa tersebut ialah.

Taufan Admira

Dan adiknya bernama Gempa dibawa ke hospital untuk rawatan lebih lanjut sebelum mengebumikan jasad kakaknya sebelum bulan Ramadhan menjelang.

(Author: Sorry akak tak pandai sangat buat laporan berita. X,D Main hantam sajalah.)

Erin: Eh beb, gambar lelaki ni, gambar bos kita kan?

Fina: Eh, ha'a lah. Aku rasa nama mangsa ni memang sahih nama Taufan. Erin, apa nama adik dia.

Erin: Err...tak silap aku Gempa kot?

Sofia: Hmph! Memang betul! Aku rasakan adik dia tu saja nak sabotaj kakak dia. Biar akhirnya dia dapat menikah dengan tuan. Korang tak rasa macam tu?

Fina: Err...bos kita dah menikah ke?

Yang lain hanya mendiamkan diri sebaik sahaja mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Fina. Namun di dalam hati mereka sama-sama merasakan bahawa Gempa penyebab Taufan mati. Dan Gempa...harus dihapuskan!
.
.
.
Gempa: Ukh- koff! Koff! (terbatuk)

Hali terkejut apabila mendengar Gempa terbatuk sedang dia minum air. Hali menghentikan makannya sebelum dia mengelap mulut Gempa denga tisu.

Hali: Ni dah kenapa terbatuk-batuk bagai ni?

Gempa: Koff! Ughh...entah. Awak, rasa macam tak sedap hatilah.

Hali: Apsal pula?

Gempa: Entah...rasa macam ada orang tengah mengumpat fasal saya.

Hali: Hmm...tak kot. Fikiran kau je. Dah, jom habiskan makan.

Gempa hanya mendiamkan diri sambil menguis uis makanannya. Entah rasa takde selera tiba-tiba.

'Yeke fikiran aku saja? Aku overthinking sangat ke?'

Gempa meneruskan sesi makannya sebelum mereka selesai makan dan bertolak keluar dari restoran dan menuju ke pejabat semula.


TO BE CONTINUE

==========

QwQ Oh noo!! Run Gempa run!! Lepas 1 masalah, 1 masalah baru timbul. Kesian Gempa.

Agak-agak apa rancangan gadis ber-3 tu? Hish, tak padan dengan watak sampingan! =3=

Semoga Gempa bertabah dengan segala ujian yang dihadapai dan yang akan datang. ;;w;;

Btw, ada yang rindu cerita ni dan akak?? X,D

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top