~25~

Fiuh~! Setelah selesai cuba cari waktu terluang akhirnya akak temui juga!

Baiklah, tanpa basa-basi lagi ayuh kita teruskan~!! MODE HALIGEM ON

=====================

Di pagi yang lembap, embun-embun mengalir perlahan di hujung rimbunan daun pokok yang menghijau. Burung-burung terbang bebas mencari sumber rezeki untuk diisi perut yang lapar. Pagi berkabus yang menandakan hari ini cerah. Alhamdulillah.

Beberapa orang jejaka turun dari rumah bersuana kayu dan reka bentuk yang unik. Mereka membawa bersama beberapa buah beg dan disimpan di dalam bonet kereta masing-masing.

Gempa: Alhamdulillah semua sudah beres.

Gempa memberikan beg galas terkahir kepada suaminya koff! koff! a.k.a Halilintar dan tersenyum senang bersama Ais dan Thorn.

Tok Aba dari belakang sedang duduk di atas kerusi di atas beranda rumah. Dia memerhatikan cucunya bersama suami dan kawan-kawannya yang bakal berangkat ke luar kota untuk terus menjalankan hidup dan bekerja untuk menyara hidup. (Apekebenda aku tulis ni?)

Tok Aba: Ha, semua dah beres?

Gempa berpusing ke belakang dan memandang Tok Aba dengan senyumannya. Gempa angguk lalu menaiki tangga dan menghampiri Tok Aba yang masih sedari tadi sedang duduk.

Gempa: Dah tok. Ni...ada duit untuk atok. Terima kasih sudi menjaga makan minum Gempa dan kawan-kawan Gempa sepanjang bulan puasa hingga ke hari raya. InsyaAllah, kalau ada masa Gempa datang melawat lagi ya?

Tok Aba: Takkanlah melawat berdua saja. Nanti datang tu melawatlah ber-tiga.

Tok Aba melemparkan senyumannya sambil melirik ke arah Halilintar yang baru selesai menutup bonet kereta. Halilintar yang menengar perbualan Tok Aba bersama Gempa tadi terbatuk-batuk pelik. (Sebenarnya dia faham tu...)

Gempa: Heish! Atok ni...kitorang baru nikah semalam kot. /////

Tok Aba: Eh, mana tahu kamu berdua ada rezeki dapat awal?

Gempa tidak mampu membalas apa-apa ucapan lagi kepada atoknya. Sungguh waktu itu jantungnya berdebar macam nak meletup dan wajahnya panas. Mesti masak telur goreng kalau diletak.

Ais: Hmm...itu kena tunggu dahulu lah atok. Si Gempa ni bukannya mudah nak terbuka pada lelaki. Iyalah, dia dulu tidak sosial seperti kami.

Thorn: Betul! Betul!

Solar: Apa-apa pun Tok Aba, terima kasih sudi jaga makan minum kami. Ini dari saya dan Thorn.

Solar bersalaman dengan Tok Aba sambil menghulurkan wang kepada Tok Aba. Blaze juga tidak kurangnya bersalaman. Err..tapi dia ni lain macam sikit...

Blaze: Huwaaa~!! Kenapa kena balik~?? QAQ Baru nak tunggang kerbau tau? Bila lagi boleh dapat... ;;A;;

Halilintar dan Solar menepuk dahi serentak manakala Ais hanya mengeluh kesal. Aduh! Nak balik pun masih mahu berdrama sinetron tidak berbayar??

Tok Aba: Haih..budak bertuah ni. Nanti bila abang kamu nak balik, kamu baliklah. 

Blaze: Hmmm...yelah... T^T (bersalam dengan Tok Aba sambil memberikan wang kepadanya)

Tok Aba: Eh, kenapa kamu semua beri duit semua ni? Atok tak naklah duit ni semua.

Tok Aba cuba memberi semula wang kepada mereka tetapi Halilintar menolak lembut.

Hali: Tak mengapa Tok Aba. Kami ikhlas memberi. Atok simpanlah untuk kebaikan atok.

Gempa: Betul tu, tok. Kalau atok perlukan duit jangan lupa telefon Halilintar ya? Kami balik dulu, tok. Sampaikan salam Gempa pada Rin dan Ocho. Assalamualaikum.

Gempa dan yang lain bersalam dengan Tok Aba buat kali terakhir sebelum mereka berjalan dan memasuki kereta masing-masing.

Perlahan-lahan kereta diundur selepas dihidupkan enjin. Tok Aba memerhati sambil melambaikan tangan kepada mereka hingga hilang dari pandangan.

Wajah Tok Aba yang tadi tersenyum kini senyum pilu dan menghela nafas sedih. Cucunya sudah pergi dengan selamat bersama suaminya. Kini amanatnya pada arwah isterinya dan anak serta menantunya telah tercapai. Gempa berkahwin dengan jejaka yang dia cintai dan jejaka itu juga mencintainya.

Tok Aba menaiki tangga rumah kayunya beberapa langkah lalu melabuhkan punggungnya pada anak tangga yang ketiga. Wajahnya kini berubah sayu teringatkan hal-hal yang terlintas langsung dalam fikirannya.

FLASHBACK

Di dalam rumah Tok Aba terlihat 3 orang susuk dewasa sedang duduk di kerusi sofa masing-masing dengan riak wajah serius. Seorang wanita sedang duduk tertunduk tidak mampu untuk memandang Tok Aba yang sedang duduk bertentangan dengannya sambil merenung tajam.

???: Tok Aba, ini salah saya. Biarlah saya yang tanggung anak Tok Aba ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk tanggung kami sekeluarga.

Tok Aba: Apa kamu ingat berkeluarga ini adalah mainan semata-mata? Aku dah malas nak cakap panjang. Kamu berdua sudah buat, pandai-pandailah tanggung.

Tok Aba berdiri sambil merenung sekali lagi 2 susuk tubuh lelaki perempuan di hadapannya. Sungguh waktu itu dia merasa hatinya amat perit dan pedih seolah dia mahu menangis. Tapi apakan daya? Mungkin ada kekurangan dalam dia dan arwah isterinya mendidik anak gadisnya itu sehingga bertemu lelaki iaitu ayah kepada budak dalam kandungan anak gadisnya itu.

???: Abah, maafkan saya abah. Izinkan saya kahwin dengan dia abah. Restui hubungan kami.

Tok Aba mengehela nafas berat. Dia berjalan membelakangi 2 susuk tubuh dewasa itu sehingga berhenti selepas beberapa langkah.

Tok Aba: Aku akan jumpa Tok Khadi. Korang cepat siap. Buat buruk pandangan saja aku tengok wajah korang berdua.

Selepas berkata-kata Tok Aba terus berjalan memasuki biliknya. Ditinggalkan 2 susuk tubuh dewasa di luar. Yang lelaki cuba memujuk sang perempuan yang sudah menangis teresak-esak sambil memegang perutnya.

Ya, itulah ibu bapa Taufan dan Gempa. Emak kembar itu kandungkan mereka belum sempat hubungan kedua ibu bapa mereka itu sah. Dan sudah tentu kandungan itu diketahui oleh Tok Aba. 

Pada masa yang sama di dalam bilik Tok Aba, Tok Aba membuka kopiahnya lalu diletakkan ke dadanya. Dia menarik dan menghela nafas berat. Matanya seolah berair dan ingin mengalir keluar tetapi ditahannya kuat. Ucapan kata-katanya tadi terngiang-ngiang di kepalanya. Ah, menyesal juga tidak berguna. Terlajak kayuh boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

.

.

.

3 TAHUN KEMUDIAN

Terlihat 2 orang kanak-kanak perempuan sedang berlari berkejaran bersama-sama di hadapan halaman rumah Tok Aba. Tok Aba memandang 2 kanak-kanak tersebut sambil tersenyum. Tidak pernah dia terfikir untuk berdendam kepada 2 kanak-kanak itu. Yang salah adalah anak gadisnya dan lelaki itu yang kini telah menjadi ibu bapa mereka.

Seorang kanak-kanak perempuan beriris biru berlari-lari anak mendekati Tok Aba tanda Tok Aba sedar. Digoncang lutut Tok Aba sambil memanggil-manggil.

Taufan: Atok! Atok! Gempa jatuh!

Tok Aba tersedar dari lamunannya dan memandang Taufan. Mendengar perkataan 'jatuh' membuatkan hati lelaki separuh usia itu terkejut.

Tok Aba: Jatuh?? Mana dia? Dia menangis tak?

Taufan: Ada kat sana. Taufan tak tau pun dia menangis ke tak tapi jomlah tengok adik Taufan, tok! Taufan tak nak adik Taufan berdarah sampai habis! QAQ

Tok Aba: Haa...dah. Dah. Jom pergi tengok.

Tok Aba pantas mengikut Taufan yang tingginya paras lutut lelaki separuh usia itu. Mereka berlari ke bawah rumah Tok Aba.

Setibanya Tok Aba dan Taufan di bawah rumah Tok Aba. Terlihat Gempa sedang duduk sambil menatap lututnya yang berdarah. 1 titik air mata langsung tidak keluar dari mata gadis tersebut.

Tok Aba yang memandang hairan kepada Gempa terus berlutut memandang kaki Gempa yang berdarah. Tok Aba memandang iris emas Gempa dengan penuh hairan. Kenapa budak ini tidak menangis?

Tok Aba: Kamu okay Gempa?

Gempa: Uuumm...Gempa okay je cuma darah keluar tak mengalir atok.

Taufan: Adik Gem okay tak? Ada rasa sakit tak kaki tu? OAO'

Gempa: Adik okay~ ^w^

Sempat Tok Aba naik ke rumah dan turun semula ke bawah rumah sambil mendukung Gempa dan memimpin Taufan ke beranda rumah Tok Aba. Tok Aba mencuci luka Gempa lalu menyapu minyak gamat tepat pada luka Gempa.

Gempa sempat mengaduh pedih namun dia dapat mengatasinya terima kasih atas pelukan hangat Taufan. (Kak Zie: Taufan....QAQ)

.

.

.

MALAM ITU

Ibubapa kembar tadi telah kembali setelah seharian menghilang di siang hari tadi. Mereka masuk ke dalam rumah sebaik sahaja selepas memberi salam dan mendapati Tok Aba masih tidak tidur sambil menonton televisyen.

Sang gadis susuk dewasa berjalan menghampiri ayahnya dan bertanyakan keadaan anak-anaknya namun hanya mendapat jawapan dingin.

Ibu T.G: Uuhh...abah. S-saya nak cakap sesuatu ni.

Tok Aba tidak sekali pun memandang anak dan menantunya itu. Namun gadis itu tidak ambil hati. Dia sambung percakapannya..

Ibu T.G: Esok saya nak bawa anak-anak kami pindah ke Kuala Lumpur. 

Mendengar perkataan 'pindah' terus mengagetkan Tok Aba. Sontak kepalanya dipusing menghadap anaknya serta menantunya. Matanya membutang luas terkejut.

Ibu T.G: Kami sudah beli sebuah rumah dan sudah bayar sewanya. Memandangkan saya dan suami sudah bekerja, jadi kami tak mahu dah susahkan abah. 

Tiba-tiba gadis tersebut menyiku bahu suaminya dan mendapat anggukan dari sang suami. Sang suami pula menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan beberapa keping wang dan memberikan kepada Tok Aba. 

Tok Aba masih dalam keadaan terkejut dan tidak memberikan apa-apa reaksi sebaik sahaja dia mendapat wang tersebut.

Ayah T.G: Terima kasih abah sebab sudi jaga anak-anak kami. Duit yang kami beri tidaklah seberapa tapi harap suatu hari nanti kami dapat bayar sepenuhnya.

Sang lelaki tersenyum kepada bapa mertuanya. Situasi di situ persis di kubur //plakk! Sunyi dan sepi. Akhrinya sang wanita itu meminta diri untuk masuk tidur bersama suaminya. Tok Aba tinggal bersendirian dalam keadaan senyap. Sudah bersediakah dia untuk melepaskan cucu-cucunya ke luar bandar itu?

.

.

.

Jam Tengah Malam

Tok Aba bangun dan menunaikan solat tahajjud. Sebaik sahaja selesai, dia menjenguk ke dalam bilik ke-3 rumahnya yang mana terdapat Taufan dan Gempa tidur bersama di atas 1 katil berlainan bilik dengan ibu bapa mereka.

Tok Aba berjalan masuk sambil melangkah perlahan. Niatnya mahu menjenguk sahaja tetapi peristiwa malam tadi masih terlintas di fikirannya.

Taufan: Atok....?

Tok Aba tersedar dari lamunannya. Dia mendapati Taufan terjaga dari tidurnya. Menyesal menyelubungi dirinya kerana dia sudah membuatkan cucunya itu terbangun. Tok Aba memberikan sebaris senyuman sambil menyuruh Taufan tidur kembali.

Tok Aba: Tidurlah Taufan. Esok kamu kena jalan jauh.

Taufan: Jalan jauh..? Nak pergi mana atok?

Tok Aba berjalan masuk sebaik sahaja dia menutup pintu bilik kembar itu. Dia mendekati Taufan dengan perlahan-lahan khawatir adik kembar Taufan, Gempa akan bangun.

Tok Aba: Atok tak ikut korang. Atuk kena jaga rumah. Taufan dan Gempa esok akan ikut mak dengan ayah ke Kuala Lumpur.

Taufan: Kalau atok tak pergi...jadinya atok duduk seorang dirilah?

Tok Aba: Alah takpe...atok dah besar.

Taufan: Isk...tak nak tinggalkan atok..isk..isk...(menangis)

Tok Aba terkejut sebaik sahaja melihat air mata Taufan mencurah-curah mengalir keluar. Hal itu mengakibatkan Gempa tersedar.

Gempa: Nngghh....kenapa ni...? (mengusap mata)

Taufan: Isk..isk...Gempa...

Gempa: Kenapa kak...? Kenapa akak menangis...?

Taufan memeluk Gempa secara tiba-tiba membuatkan Gempa tersedar dari tidurnya walaupun masih mamai. Gempa juga turut membalas pelukan Taufan walaupun dia tidak tahu apa yang sedang terjadi.

Taufan: Kita...esok...esok kita akan tinggalkan Tok Aba sorang-sorang...isk...

Gempa: Eh...?

Tok Aba mula rasa bersalah melihat cucunya itu menangis. Langsung diusap kepala Taufan dan Gempa serentak sambil tersenyum.

Tok Aba: Atok tak apa-apalah walaupun duduk sorang-sorang. Korang berdua tu nanti dekat KL jangan lupa atok tau?

Gempa: Kita akan pindah ke kak...?

Taufan tidak membalas dan hanya menggangguk. Dia cuba mengusap kembali air matanya sebaik sahaja dia dan Gempa melepaskan pelukan.

Taufan: Gempa kalau nak tidur Gempa tidurlah. Nanti kakak tidur ya?

Gempa: Uumm...baiklah. Selamat malah atok, Kak Taufan.

Taufan dan Tok Aba membalas serentak salam Gempa. Gempa terus tertidur tetapi bukan di atas katil. Tetapi di atas riba Tok Aba. Sontak Tok Aba terkejut namun terharu. Dia mengusap-usap kepala cucunya itu dengan penuh  kasih sayang. Taufan yang memandang wajah Gempa yang tertidur tersenyum.

Taufan: Atok...betul ke atok takkan ikut kami..?

Tok Aba mengalihkan padandangannya kepada Taufan. Dia menggangguk perlahan sambil tersenyum.

Taufan menundukkan wajahnya. Sedihnya...

Tok Aba: Taufan?

Taufan mengangkat kembali wajahnya memandang Tok Aba.

Taufan: Ya tok?

Tok Aba: Boleh atok minta tolong kamu?

Taufan hairan dengan pertanyaan Tok Aba namun diangguk tanpa ragu. Tok Aba ketawa kecil melihat cucunya itu.

Tok Aba: Taufan nanti bila atok tak ada di samping korang di KL nanti tolong jagakan adik kamu ya?

Taufan: Baik tok. Tapi...kenapa tok?

Tok Aba: Atok takut adik kamu dibuli dan menghadapi tekanan. Dia lain dari budak biasa.

Taufan: Maksud atok Gempa sakit ke? QAQ

Tok Aba ketawa kecil sekali lagi mendengar pertanyaan Taufan itu. Dia menggeleng kepala sambil mengusap lembut kepala Taufan.

Tok Aba: Bukan. Dia tidak ada sebarang kecacatan dari segi mental mahupun fizikal. Cuma sifat dia sahaja yang buat atok risau.

Taufan menggaru tengkuknya tidak faham.

Taufan: Maksud atok...?

Tok Aba tersenyum sambil mengusap kepala cucunya lembut. Dia cuba mengubah ayat di dalam benak fikirannya agar cucunya itu dapat memahami maksud yang bakal disampaikan oleh nya.

Tok Aba: Macam nilah. Nanti Taufan jangan berpisah dengan Gempa ya? Cuba lindungi Gempa sehabis baik. Takut Gempa sedih pula tanpa Taufan. Faham?

Taufan: Ooohh...faham tok! XD

Tok Aba menarik Taufan ke dalam pelukannya dan dibalas manja oleh kanak-kanak tersebut. Akhirnya mereka 3 beranak tidur bersama sehingga keesokkan pagi.

.

.

.

Di hadapan rumah Tok Aba kelihatan sebuah kereta sewa berwarna merah berhenti untuk mengambil penumpang. Ayah Taufan dan Gempa mengangkat barang masuk ke dalam kereta manakala ibu mereka bersalaman dengan Tok Aba buat kali terakhir.

Ibu T.G: Kami pergi dulu abah.

Tok Aba: Hm..hati-hati. Nanti cuti baliklah melawat.

Ibu T.G: InsyaAllah. Jom Taufan, Gempa. Salam atok.

Taufan tidak membantah lalu menyalam tangan Tok Aba.

Tok Aba: Ingat nasihat atok?

Taufan: Ingat tok! Jangan risau! Taufan akan tunaikan dengan baik! ^w^7

Tok Aba: Hmmm..yelah.

Gempa berjalan menghampiri Tok Aba lalu menyalam Tok Aba. Tok Aba menatap Gempa dengan senyum.

Gempa: Atok jaga-jaga ya di sini? Takut ada orang naik tengok tv kat rumah atok.

Tok Aba ketawa mendengar nasihat cucunya itu. Dia mengusap rambut Gempa lembut sambil mengganguk.

Tok Aba: Iyalah. Hati-hati kat KL tu. Jangan susahkan ibu ayah korang.

TauGem: Baik tok!

Selepas melambaikan selamat tinggal keluarga Taufan dan Gempa pun bertolak ke Kuala Lumpur. Kini di tangga Tok Aba hanya tinggal Tok Aba sahaja yang menatap kereta sewa yang berlalu pergi.

.

.

.

END FLASHBACK

Tok Aba tersenyum mengingatkan kenangan lampau. Itulah saat-saat yang paling bermakna baginya. Walaupun anak cucunya selalu pulang untuk beraya tetapi banyak peristiwa yang berlaku pada saat awal Tok Aba menjaga cucu kembarnya itu.

Tanpa sedar Tok Aba mengalirkan air matanya. Dia membuka cermin mata lalu mengusapnya.

Tok Aba: Terima kasih Taufan. Kau jaga adik kau dengan baik sehingga dia dapat menemui kebahagiaannya. Jadi kau dah tak perlu risau. Atok dah tolong kau. Sekarang...tenanglah di sana. Semoga roh kamu dicucuri rahmat cucu atok.

Tok Aba menaiki tangga rumahnya lalu ditutup pintu rumah tersebut.




To Be Continue~

==========

Semua dah tahu kan sejarah mereka? ^^ Macam mana? Nilah chapter yang akak ambil masa yang lama nak kerah fikiran untuk ditaip. Harap korang berpuas hati selepas lama menunggu.

Rupanya Tok Aba dan Taufan ada janjikan sesuatu demi kebahagiaan Gempa. Sedihnya.. :'( Chapter ni akak jadikan chapter kegemaran akak. Sedih pula bila baca balik.

Takpelah. Next chapter sweet punya~ ^^/ Bye semua! Jumpa di chapter depan! Maaf kalau lama menunggu ya~ XD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top