~24~
Kompang dipalu~ pengantin baru~
Duduk bersanding tersipu malu~
Ewaah!
==============================
Di rumah Tok Aba, kesemua barang hantaran siap disusun rapi. Pelamin pengantin didirikan bertemakan warna putih-kuning lembut. Sungguh cantik dan elegan suasananya biarpun hanya ala kadar.
Di dalam rumah itu dihuni dengan pelbagai bangsa tetamu termasuk Cina dan India. Mereka sudah pasti Ying, Gopal dan Fang.
Yaya: Gempa~!! Akhirnya korang bakal disatukan!! >//w//< (peluk Gempa)
Gempa: Heheh..terima kasih atas sokongan korang hubungan kami dapat disatukan. //// Tapi..aku malulah nak hadap Halilintar tu. Orang ramai pun.
Ying: Aiyoo..jangan malu-malu maa. Dia kan lu punya bakal suami. Nanti susah senang sama-sama lah.
Gopal: Ha'a! Kau tak tahu betapa sweetnya aku dengan Yaya lepas nikah!
Yaya terus memukul Gopal. Merah wajahnya apabila mendengar Gopal menceritakan kisah rumah tangga mereka. Ying dan Gempa ketawa terkekeh. Perbualan mereka disampuk dengan kehadiran Ais dan Thorn.
Ais: Seronoklah tu dapat jadi pengantin baru.
Thorn: Ha'a kan! Lebih-lebih lagi sekarang Hari Raya dan cuti sekolah! Semoga hubungan korang bahagia Gempa bersama Hali! ^w^
Gempa: Terima kasih Ais dan Thorn. Korang banyak tolong saya. Walaupun korang muda beberapa tahun dari saya tapi korang lebih matang. Maafkan salah silap saya.
Rin: Alah aku yakin diorang buat ni memang saja nak bersama bakal suami diorang juga betul tak?
Rin menerpa mereka dari arah belakang Ais dan Thorn. Kedua gadis yang disebut Rin tadi tersipu malu kantoi.
Ais: Mana ada... //////
Yaya: Alahh, tak mengaku pula ya? Takpe, lepas Gempa ni korang lah kan?
Ying: Ya loh! Eh, mana itu Hali, Blaze, Solar dan Fang?
Gopal: Oh? Diorang ada tu kat pintu depan.
Tanpa membuang masa mereka semua ke pintu depan tempat di mana Hali, Blaze, Solar dan Fang berkumpul.
Blaze: Ha, bang. Kau dah ready ke nak akad nikah bagai? Kang tak pasal-pasal lupa pula dialog.
Hali: Eiiyy...Kau jaga-jaga sikit eh? Kau pun apa kurangnya tak lama lagi nak nikah.
Blaze: Eleehhh~ baik kau fokuskan yang kau punya ni. Sebok~ =3=
Ke-4 pria itu ketawa bersama sebelum disapa oleh Thorn dan Ais yang diikuti yang lain dari belakang.
Ais: Amboi seronoknya berbual. Ni nak sambut hari bujang sebelum nikah ke apa ni?
Blaze: Mana ada~ tengah bincang tentang kitew dua ni~
Blaze tiba-tiba datang dekat Ais dan menggedik semacam. Ais hanya cuba menjauh sejauh mungkin dan kalau boleh nak mengelak sejauhnya dari Blaze yang gatal tu. Bukan apa, bukan muhrim lagi.
Yaya: Eh, jomlah kita siap. Nanti Tok Aba marah pula.
Gopal: Ha, tu. Tok Kadi dah datang. Jom, jom!
Gopal, Yaya, Ying, Blaze, Ais, Solar dan Thorn menyusul meninggalkan ruang pintu utama dan hanya tinggal Halilintar dan Gempa berdua. Hali menatap wajah ayu (ekhem!) Gempa dan terpesona dengan wajahnya yang comel semula jadi tanpa make up tambahan.
Hali: Comelnya bakal bini aku ni. (smirk)
Gempa: Heyyy...gatal. Dah, jom pergi.
Hali: Ni cepat-cepat ni tak sabar nak bersama ke?
Gempa: Halilintar, aku nak cakap ni. Kaulah makhluk yang paling bertuah sebab dapat kahwin dengan aku tahu tak? Sebab...aku tak suka lelaki gatal. Faham? Jadi bersyukurlah ya?
Hali ketawa kecil mendengar kata-kata Gempa tadi. Dia mendekatkan jarak wajahnya kepada Gempa dan merenung iris gold gadis itu dalam-dalam.
Hali: Aku dah cukup bersyukur dapat bersama kau, Gempa. (senyum)
Gempa: ////// (max blush) D-dahlah! Aku pergi dulu.
Gempa pun berjalan meninggalkan Hali yang masih ketawa kecil dan tersenyum bahagia. Namun senyuman Hali kaku seketika sebaik Fang menepuk bahu Hali.
Fang: Semoga bahagia. Heh, harap kau tabahlah berumah tangga dengan dia.
Fang pun beredar dari tempat Hali. Hali belum sempat ingin menengking Fang kerana terasa diri dicabar oleh makhluk landak itu. Namun amarah Hali reda apabila Tok Aba memanggilnya untuk duduk di hadapan Tok Kadi.
.
.
.
Suasana yang ceria dan elegan. Itulah tema bagi pasangan sejoli ini. Bagaikan pinang dibelah kapak- eh silap! Bagaikan pinang dibelah dua. Halilintar berbaju melayu pengantin putih-kuning dan bersongkok dihiasi batu permata berwarna kuning emas dan merah ruby amat kelihatan bergaya. Dia kelihatan tampan dan sangat menarik.
Pasangannya Gempa berbaju pengantin jubah yang ala kadar namun masih elegan sangat mempesonakan. Bagaikan puteri raja. (Pabila Kak Zie bersajak~) Mahkota di kepala yang bertudung separa paha dihiasi dengan batu permata kuning emas dan merah ruby sama seperti milik Halilintar.
Baju mereka berdua merupakan baju ciptaan dan rekaan khas hanya untuk mereka sahaja. Semua design dan rupa baju itu amat menarik.
(Itu baju wedding diorang~ ^w^)
Halilintar duduk di hadapan Tok Kadi dan menyalam erat tangan Tok Kadi dan bersedia untuk akad. Tok Kadi memulakan akad dengan bismillah dan Halilintar berjaya melafazkan akad dengan sekali cubaan. Suaranya agak sedikit tersekat-sekat kerana berdebar namun dirinya memberanikan diri untuk lafaz akad demi bersama Gempa.
Selesai akad, semua orang menadah tangan dan ada yang meraup syukur pada wajah masing-masing. Semua orang pada waktu itu berwajah ceria dan berseri meraikan pengantin yang kini sudah sah disatukan.
Halilintar berjalan mendekati Gempa dan mengambil cincin yang dihulurkan oleh Ais di sebelah Gempa.
Gempa agak sedikit ragu-ragu dan berdebar kerana itulah pertama kali dia bersentuh dengan orang asing yang kini sudah muhrim dengannya. Halilintar juga tidak kalah berdebarnya untuk menyarungkan cincin pada jari Gempa. Kedua pasangan itu menjadi tumpuan dan ada yang ketawa kecil (sambil rekod dan buat live ig) melihat gelagat mereka berdua.
Ais: Eh, bagilah tangan tu.
Gempa: Ak-aku malulah...//////
Blaze: Ntahnya abang. Yang kau pun kaku kat situ dah kenapa?
Hali: D-diamlah! Ak-aku mana ada kaku.
Kawan-kawan mereka berdua ketawa melihat gelagat mereka berdua. Namun akhirnya Halilintar mengambil tangan Gempa dengan lembut dan menyarungkannya buat kali pertamanya dia dapat menyentuh Gempa. Kedua-dua pasangan ini memerah muka menahan malu.
Sudah menyarungkan cincin di jari Gempa, kini giliran Gempa pula menyarungkan cincin pada jari Halilintar dan...mereka sekali lagi menghadapi masalah yang sama macam awal tadi. Aduhh...diorang ni. Gempa juga terpaksa menarik tangan Halilintar kasar sebab kalau tarik lembut kang tak kuat pula.
Kini sesi menyarung cincin sudah selesai, Gempa menyalam dan mencium tangan kanan Halilintar buat pertama kalinya dan Halilintar sempat meletakkan tangan kirinya di atas kepala Gempa diiringin dengan doa yang mana Halilintar membacanya di dalam hati dengan penuh niat.
Usai bersalam, kini Halilintar mendekatkan wajahnya kepada Gempa dan mencium lembut dahi Gempa sambil sekali lagi membaca doa memohon restu dari Allah dalam hubungan mereka ini. Masing-masing Halilintar dan Gempa pejam mata sambil berdoa yang mana hanya mereka yang tahu apa yang di doakan mereka.
(Alolo~ sweetnya. >///<)
Usai mencium dahi Gempa, Halilintar menatap wajah Gempa sambil tersenyum dan dibalas senyuman oleh Gempa. Mereka berdua tidak henti-henti mengucapkan lafaz syukur kerana hari ini majlis berjalan dengan lancar. Semua orang bertepuk tangan dan meraikan majlis itu dengan penuh kesyukuran.
.
.
.
(Ahh~!! >////< Diorang dah kahwin!!! ///////)
Sebelum pulang, tetamu dihidangkan dengan nasi yang sudah dihidang di bawah khemah. Tok Aba dan kawan-kawan Halilintar dan Gempa sibuk mempelawa mereka makan. Semua hidangan sudah disediakan dan dilayan baik. Ini kiranya lepas sahaja mereka akad nikah, mereka terus bersanding. Nak satukan hubungan kenalah cepat-cepat kan~??
Di atas rumah ada yang sibuk untuk mengambil gambar bersama pengantin. Tidak lupa juga pasangan itu mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama untuk dimasukkan ke dalam album.
Gempa menghampiri fotografer perkahwinannya untuk mengucapkan terima kasih.
Gempa: Err..encik? Terima kasih ya sudi menerima tempahan untuk majlis saya. Encik jangan lupa jemput makan ya?
???: Tak mengapa. Saya akan habiskan dahulu tugas saya sebelum menjamah. Lagipun saya perlu tunggu tunang saya datang.
Gempa: Siapa tunang encik?
???: Harru! Kereta sudah sedia. Bolehlah kita ajak pengantin bergambar di pantai dan padang sawah!
Harru yang merupakan fotografer perkahwinan Halilintar dan Gempa berpaling melihat tunangnya iaitu Ani.
Gempa: Oh? Itulah tunang encik...
Harru: Panggil saya Harru. Tunang saya tu namanya Ani.
Ani berjalan mendekati mereka berdua dan selepas itu diikuti Halilintar muncul dari belakang Gempa.
Ani: Hai! Sayalah wedding planer majlis korang! XD Macam mana? Suka tak reka bentuk pelamin, tema warna dan baju pengantin korang? Saya reka dan buat khas atas korang pelanggan kami yang ke-100 yang mana baju pengantin korang kami hadiahkan khas secara percuma.
Serentak Halilintar dan Gempa terkejut tak percaya. Dah lah baju pengantin dah cukup cantik! Tambah pula reka bentuk khas pelamin majlis ini dan tempahan khemah. Sekarang baju cantik ni dihadiahkan percuma begitu saja?
Gempa: Eh, takpelah dik. Mesti mahal kan? Berlian dan kain ni. Mesti mahal ni.
Ani: Takpe. Ambil je. Ikhlas dari kami berdua. Lagipun kan yang pelamin dan fotografer ni korang sudah bayar? Dah, jom ambil gambar kat tempat lain.
Tanpa membantah, Halilintar dan Gempa angguk setuju dan ikut bersama wedding planer dan andam itu ke destinasi seterusnya untuk bergambar. Pasangan Blaze dan Ais dan juga Solar dan Thorn juga tidak ingin melepaskan peluang bergambar untuk 'tambah' dalam album wedding HaliGem. Banyak cantik. Siapa yang menikah sebenarnya ni?
Majlis itu diakhiri sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib. Kesemua tetamu yang hadir sudah pulang dan khemah serta kerusi sudah siap disimpan.
.
.
.
Pada Waktu Malam.
Blaze: Aduuhh...penatnya. Habis sakit bahu dan belakang ni. QAQ
Blaze berjalan mendekati Tok Aba yang sedang berbual bersama Hali dan Gempa yang mana kini mereka sudah duduk bersama namun belum dalam jarak yang dekat. Hali nak sebenarnya tetapi Gempa kata tak selesa lagi. Takpelah...
Tok Aba: Amboi..orang lain pun buat juga kerja. Ha, tengok abang kamu dan kakak ipar kamu ni. Sanggup minta mak cik-mak cik yang cuci pinggan itu tinggalkan bahagian mereka untuk cuci dan kerusi meja mereka yang susun. Dah lah penat jadi pengantin lepastu kena cuci kemas bagai. Kamu orang muda sepatutnya contohi mereka tu.
Blaze: Err...ehehehe.
Gempa dan Halilintar ketawa melihat telatah Blaze dimarahi Tok Aba. Thorn, Ais dan Solar pula berjalan mendekati mereka ber-4.
Gempa: Takdelah tok. Kami ikhlas nak tolong. Lagipun diorang ni dah banyak tolong kami.
Tok Aba: Hmm..yelah. Ni, Ais. Nasihatkan sikit bakal suami kamu ni. Kalau terus perangai macam budak-budak ni bila boleh menikah?
Ais: Iya tok. (angguk)
Blaze: Alaa...atok ni. QAQ Saya dah dapat restu tau dari mak ayah Ais. Q3Q
Solar: Kalau perangai masih budak-budak macam mana kau nak jaga anak kau nanti?
Blaze: Eleh! Cakap orang. Kau tu tak habis-habis mengigau menikah dengan Thorn dah kenapa?
Solar: Eleh! Yelah tu. Kau pun sama.
Semua penghuni rumah Tok Aba ketawa melihat perbalahan antara kembar itu. Masing-masing tak nak mengaku kalah dan akhirnya pergaduhan itu diakhiri dengan benjolan di atas kepala hadiah daripada Halilintar dan Ais.
Tok Aba: Ni korang bila nak bertolak balik?
Semua diam dan menumpu pada Tok Aba. Agak berat hati untuk meninggalkan Tok Aba sendirian terutama sekali Gempa. Kesian Tok Aba.
Halilintar wakil memberitahu Tok Aba bahawa mereka akan pulang esok bersama. Dan Tok Aba menggangguk menyutujuinya. Merasakan hari sudah larut malam, Tok Aba minta semua bersurai dan tidur agar tidak bangun lewat. Tidak membantah, kesemuanya masuk ke dalam bilik dan tidur.
Errrr..kecuali pasangan pengantin baru ni. Kena kongsi bilik asal Gempa yang mana sudah dihiasi dengan cadar yang elegan. Bilik yang Hali tidur dulu digunakan oleh adiknya iaitu Blaze dan Solar.
To Be Continue~
==============================
Eh kejap! Korang tak nak tahu ke first night HaliGem ni? Mestilah nak kan?? =w= Haa...ini satu lagi part extra khas untuk korang! Kalau tak nak baca takpe. ^^ Enjoy!!
==============================
Halilintar yang baru selesai solat Isyak berjemaah bersama Gempa terus melabuhkan dirinya di atas katil empuk milik Gempa. Songkok di atas kepala dbiarkan terbuka dan malas nak simpan. Gempa yang memandang hanya menggeleng senyum. Merasakan Gempa diam Hali terus angkat kepala melihat Gempa.
Hali: Tak nak buka tudung dan tidur ke?
Gempa hanya diam kaku. Kain telekung di atas kepala masih setia menutup rambutnya. Gempa malu menggeleng.
Gempa: Aku...inilah pertama kali aku buka tudung untuk kau. Sebelum ni aku cuba sedaya upaya pakai baju longgar yang macam-macam jenis sebab takut kau nampak aurat aku. Tudung pun. Sanggup pakai scarf rambut berlapis takut kau nampak rambut aku. Jadi aku...dah terbiasalah. Takut nak buka. //////
Mendengar penerangan panjang x lebar Gempa membuatkan Hali ketawa kecil. Dia duduk dari tidurnya dan memanggil Gempa datang dekat dengannya namun dibalas gelengan dari Gempa. Hali geleng kepala sambil tersenyum. Comel pula tengok Gempa macam ni.
Hali bangun dari duduknya dan berjalan mendekati Gempa. Baru Gempa ingat nak lari namun Hali sudah cepat memegang tangan Gempa dan menyentuh pipi Gempa lembut.
Hali: Aku dah sah jadi suami kau. Jadi kau bebas membuka aurat kau di depan aku. Aku teringin melihat rambut kau. Gadis bertudung yang sejak kecil lagi menjaga auratnya. Kau selalu buat aku tertarik menjadikan cinta aku pada kau semakin kuat. Sekarang kau tak sudi pula?
Hali sempat membuat muka kecewa yang akhirnya dibalas ketawa oleh Gempa. Gempa menggangguk faham niat Hali namun dia masih tidak dapat biasakan diri sehinggakan dia terfikirkan 1 idea jahat nak kenakan Hali.
Gempa: Baik, aku akan tunjukkan aurat aku. Tapi...mesti kau tak sabar nak buat bersama aku kan?
Faham apa yang dimaksudkan Gempa terus membuatkan wajah Hali merah seperti tomato masak. Berpeluh dia cuba kawal emosi. Tengok Gempa yang senyum menggoda itu memang dia tak boleh tahan.
Gempa: Boleh tengok rambut aku. Tapi, kau kena janji. Selagi aku tak panggil kau 'abang' atau panggilan manja, jangan buat lebih dari luar jangkaan. Boleh?
Seakan dikecewakan sekali lagi. Hali tersenyum sedih. Namun dia tak ingin mengalah. Dia akan balas balik!
Hali: Boleh! Jadi..selagi kau tak panggil aku 'abang' aku tak dibenarkan sentuh kau lah ni?
Gempa: (angguk)
Hali: Itu je. Baiklah, izinkan aku panggil kau 'sayang' dan bahasakan aku ini 'abang' dan kau wajib panggil aku dengan bahasa 'awak saya' boleh isteriku?
Hali tersenyum jahil berjaya membalas dendam. Gempa sedikit berdecih kesal. Adumak...lupa. Namun tidak membantah, Gempa angguk setuju. Tanpa membuang masa Hali pun menarik lembut tudung telekung milik Gempa hingga keluar semuanya dan terlihatlah. Wajah Gempa bersama rambutnya yang disanggul. Hali kagum melihat wajah Gempa. Bidadari~!!
Hali: Err...boleh lepaskan sanggul tak?
Gempa: Ikut je. :)
Gempa membiarkan Hali melepaskan sanggulnya sendiri. Dan perlahan, rambut yang disanggul itu bebas dan jatuh hingga ke paras pinggang Gempa. Rambut yang lurus dan cantik serta bersinar. (p/s: dalam cerita ini rambut urai putih takde dalam setiap watak)
Sekali lagi Hali kagum melihat Gempa dengan rambutnya yang lurus dan bersinar itu. Fuh! Menggugat iman! Bidadari Syurga di hadapanku~!!
Hali: Cantik...
Gempa: Hah?
Hali: Kau..cantik sangat. Aku terpukau..
Perlahan wajah Hali didekatkan kepada Gempa dan..
Chup!
1 ciuman hinggap di pipi Gempa. Gempa merona merah menerima ciuman itu dari Hali. Hali melepaskan bibirnya dari pipi Gempa dan memandang Gempa rapat tepat di mata Gempa. Gempa waktu itu sudah merah menahan malu.
Hali: Tidur jom? Abang penatlah...
Hali melabuhkan wajahnya pada bahu kecil Gempa. (sambil tu sempat lagi mengambil aroma vanila Gempa) Gempa ketawa kecil dengan telatah Hali lalu menggangguk setuju. Dia membawa Hali tidur di atas katil dan Gempa baring di sebelah Hali. Saja Hali mendepa tangan dan memeluk Gempa. Gempa sedikit shock dan cuba melepaskan diri. Namun Hali tidak endah.
Gempa: Eish! Awak, apa ni? Kata dah janji!
Hali: Abang peluk je. Lagipun peluk ni bukan perkara yang melebihi batasan. Dah, shhh! Abang nak tidur.
Tidak mengendahkan Gempa Halilintar pun tidur dengan lena memeluk isterinya. Gempa sedikit kurang selesa kerana wajahnya begitu dekat dengan dada bidang Hali. Namun atas permintaan suami, tunaikan jelah. Asalkan tak langgar janji dah cukup.
Mereka berdua pun tidur dalam mimpi yang indah bersama sebagai pengantin baru. Kehidupan baru bakal bermula esok hari. Semoga dalam masa terdekat ini mereka dapat berbahagia tanpa sebarang ujian. Amiiinn...
==================
K.Zie&Readers: Ayyyyeeeee~~~~~ X"DDDD
Akak re-publish balik untuk letakkan lukisan khas. Hasil 100% dari idea Ani dan Harru sebagai wedding planer/designer/photographer untuk diorang. >w0b
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top