~23~
READY FOR WEDDING~???
.
Ayyyee~!! Akhirnya hari ini sudah tiba!! Wedding diorang seperti yang akak inginkan sempat juga sebelum habis bulan 1! Yosha! Korang mesti dah tak sabarkan nak tunggu diorang nikah? (Tak pun. =^=')
Tapi! Nanti dulu...kita tengok 1 part di hari raya yang mana lukisan Ani memang memberikan akak idea!
Enjoy!
==============================
Allah~ Huakhbar Allah~ Huakhbar~
Gema takbir raya kian dedingari di seluruh Malaysia. Termasuk dengan kampung Pulau Rintis yang mana terlihat banyak rumah dipenuhi dengan raya sakan dan gelak tawa bersama ahli keluarga. Itulah saat-saat yang dinantikan ahli keluarga. Dapat bertemu saudara mara yang merantau dan berpisah sejak sekian lama.
Kemeriahan itu juga tidak asing di rumah Tok Aba. Semua pemilik nama elemen sedang menikmati juadah hari raya. Tidak lupa juga saling bersalaman antara satu sama lain.
Tok Aba sedang memerhatikan gelagat kanak-kanak di luar jendela. Ramai yang berlari-lari malah ada yang menaiki basikal sedang menuju ke destinasi dalam misi 'Mengumpul Duit Raya'. Tok Aba ketawa kecil melihat gelagat mereka. Teringat pula waktu Gempa dan arwah kecil-kecil dahulu. Sentiasa berlari berkejaran di halaman rumah. Waktu malam juga tidak lupa upacara wajib(?) iaitu bermain bunga api. Nostalgia nya suasana itu.
Gempa: Atok.
Panggilan Gempa menyadarkan Tok Aba dari lamunannya. Tok Aba berpaling wajah. Kagum melihat satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal itu berpakaian lengkap di hari raya.
Jubah kuning,putih dan hitam dikenakan sebagai tema. Tudung kuning-putih yang diselit pin kegemaran berlogo tanah dan senyuman manis buat insan tersayang. Tidak lupa juga tudung dan jubah itu dihiasi dengan corak tanah yang menambahkan lagi seri. Sungguh cantik Gempa pada waktu itu.
Gempa berjalan menghampiri Tok Aba dan duduk melutut di hadapan Tok Aba yang sedang duduk di atas kerusi sofa. Gempa menyambut tangan Tok Aba lembut dan mengucup penuh kasih sayang.
Gempa: Atok...Gempa nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Halalkan makan minum Gempa dan maaf kalau Gempa ada sakitkan hati Tok Aba tak kira zahir ataupun batin.
Tok Aba tersenyum mendengar ucapan dari cucunya itu. Tok Aba mengusap kepala Gempa yang beralaskan tudung.
Tok Aba: Iya. Atok maafkan segalanya dan atok halalkan semuanya. Dan semoga kamu berbahagia dengan keputusan kamu sekarang ya? (senyum)
Gempa: (angkat kepala) (peluk Tok Aba) Terima kasih tok....
Dari jauh 2 beranak itu diperhati oleh Halilintar. Dia memandang sayu melihat Gempa yang begitu kasih akan atoknya. Namun sekilas Halilintar memalingkan wajahnya ke luar tingkap berdekatan. Termenung jauh.
Tok Aba: Ha, Hali?
Hali: (terkejut) Y-ya tok? (tengok Tok Aba)
Tok Aba: Tak nak salam ke? Aiii...sikitnya dosa kamu?
Hali: Err...mana ada tok. Eheh...(garu kepala)
Tanpa basa basi lagi Hali terus berjalan mendekati Tok Aba dan Gempa yang sudah duduk di atas kerusi sofa. Sebaik tiba di hadapan Tok Aba, Hali duduk melutut lalu menerima tangan Tok Aba dan menyalamnya hormat.
Hali: Errr...selamat hari raya Tok Aba. Maaf zahir batin.
Tok Aba: Iyalah. Selamat hari raya juga. Haa..nanti jangan lupa duit hantaran untuk Gempa.
Hali: ///// I-iya...
Blaze: TEPI!! TEPI!!! (tolak Hali)
Hali: ADEHH! (jatuh berguling)
BOOM!!
Tok Aba: Eh?! Dah kenapa kamu ni, Blaze?!
Blaze: Ehehehe~ sorry tok. Nak salam? 0w0
Tok Aba: (sweatdrop) Haih...ada-ada jelah.
Hali bangun dari jatuhnya. Dia menjeling Blaze yang baru siap bersalam dengan Tok Aba dengan jelingan "Kau aku kasi setel lepasni." yang dapat triggered dari Blaze.
Gempa yang melihat aksi itu hanya ketawa kecil. Tiba-tiba Ais dan Thorn menghampiri Gempa sambil memeluk.
Thorn: Gempa~ Selamat Hari Raya~ X3 (peluk Gempa)
Ais: Selamat hari raya Gempa. (salam Gempa)
Gempa: Selamat hari raya juga. ^^ (salam dengan Ais) (balas pelukan Thorn)
Ais: Bila nak bertunang?
Gempa: Emm...mungkin raya ke 3 ni kot? Halilintar mesej aku semalam kata nak lewatkan sikit nikah. Tunang dulu. Mungkin dalam lepas 5 hari iaitu raya ke 8 baru nikah. Macam mana?
Ais: Aku okay je. Sebab semua persiapan dah siap. Barang hantaran Hali aku dah siap. Tunggu kau je.
Gempa: Oh? Aku dah minta Mak Su yang siapkan. Dia kata esok dia bawa. Hari ni kita raya dulu~ >w0
Thorn: SETUJU!!! Lepas Gempa nikah, Ais dan Blaze pulak. Lepastu saya dan Solar~ Yay! Tak sabar nak nikah! XD
Ais: Dah tu apsal tak nikah je terus? =^='
Thorn: Tak boleh. OAO Nanti kena marah~
Gempa: Kena marah oleh siapa?
Thorn: Ochobot. 030
Ais&Gem: (anime fall) Pulak dah...
Ketiga gadis itu ketawa kecil antara satu sama lain. Tiba-tiba dengar sahutan dari arah tangga. Gempa berjalan menghala ke pintu dan dapati Rin, Ochobot dan maknya datang. Gempa mengalu-alukan kedatangan mereka bertiga sambil bersalaman dengan 3 beranak itu.
Rin: Gempa. Aku nak minta maaf tau sebab buat kau murung sekejap disebabkan hubungan aku dengan Hali.
Gempa: Takpe. Aku dah maafkan. Asalkan kau bahagia aku tak kisah. ^^
Rin: Selalu macam ni. Kau tak pernah fikirkan perasaan kau tu. =3=
Gempa: Eh? Maksud kau?
Rin: Takdelah. Nanti-nanti kau tahulah. Dah, aku pergi menjamu dulu ya?
Gempa: Okay. Silakan. ^^
Selepas berbual, semua sedang buat hal masing-masing. Ais, Thorn dan Rin sedang rancak berbual sambil melihat telatah Ochobot yang makan secara comot manakala Tok Aba berbual bersama mak Rin. Entah apa yang dikupaskan tak tahulah sampai Tok Aba bersungguh mendengarnya.
Blaze dan Solar pula sibuk berselfie di tingkap. Tak cukup kat tingkap. Pergi bawah rumah, belakang rumah, depan rumah, kat dapur, bilik mandi, bawah pokok, malah di kandang pun nak?! (Diorang lupa makan ubat tu...=^=')
Gempa mencari Hali di sekeliling dan dapati Hali sedang berdiri menghadap ke belakang sambil termenungkan sesuatu. Gempa berjalan masuk ke dalam biliknya lalu mengambil sesuatu dan dibawa keluar.
Gempa mendapatkan Hali yang masih belum berganjak dan menegurnya.
Gempa: Assalamualaikum.
Hali: Wa'alaikumussalam. (toleh) Ha? Ada apa?
Gempa: Nah, ni aku belikan untuk kau. (hulur)
Hali: Eh? Al-Quran? Buat apa? 0-0
Gempa: Al-Quran tu. Kan banyak faedahnya? Boleh tenangkan hati dan sempurnakan ibadat kau. Takkan tak bersyukur kot?
Hali: Mana ada. Cuma hairan. Kau ni....
Gempa: Aku apa?
Hali memandang Gempa lama. Dia melihat wajah Gempa. Eh, cantik juga Gempa pakai bawal dan ada logo tanah bagai ni. Tambahan lagi wajah tengah berseri ni. Aish...tergugat iman.
Hali: ....kau ni cantik juga bila pandang lama-lama, ya? (smirk)
Gempa: 0/////0 (terkejut) Heish! Dahlah. Aku nak masuk-
Hali: Gempa Admira.
Gempa menghentikan langkahnya. Dia berpusing menghadap Hali kembali. Hali melemparkan senyuman yang menyejukkan hati Gempa yang membara tadi. Gempa menjadi tertanya akannya.
Tiba-tiba Hali menghulurkan Quran yang diberikan Gempa tadi kepada Gempa semula.
Hali: Pegang.
Tanpa bantahan Gempa memegang Quran ditangannya. Hali meletakkan tangan kanannya di atas Al-Quran tersebut sambil berakata...
Hali: Akan aku ucapkannya sekali lagi bersaksikan Quran ini.
Gempa: H-huh? 0-0'
Hali: Gempa, dengan bersaksikan Al-Quran ini aku Halilintar berjanji akan menikahi engkau dan menyayanyi serta menjaga engkau dengan sepenuh hati aku selagi nyawa masih dikandung di dalam badan aku. Akan aku bahagiakan engkau dan jadikan engkau permaisuri hati aku yang paling bahagia di dunia ini.
Wajah Hali serius memaparkan apa yang dilafaznya tadi. Gempa terkejut seketika namun dia tersenyum manis. Kali ini Gempa pula menyuruh Hali memegang Quran itu dan Gempa meletakkan tangan kanannya di atas Al-Quran itu dengan lembut.
Gempa: Halilintar, dengan bersaksikan Al-Quran ini saya Gempa akan berjanji untuk menikahi awak dan juga saya akan dengar segala arahan awak. Saya juga akan cuba jadi isteri yang solehah untuk awak sebagai raja di hati saya. Ingin juga saya jadikan awak suami saya yang paling bahagia di dunia ini. InsyaAllah. ^////^
Dengan memerah muka Gempa melafazkan janjinya. Halilintar tersenyum senang. Kalau ikutkan hati nak je dia peluk Gempa waktu itu tapi kalau bukan sebab belum sah dia terpaksa menahannya.
???: Huweee~ apsal diorang sweet sangat ni?? QAQ (nangis)
???: Ey! Diamlah! Nanti diorang dengar! (bisik)
Gempa dan Hali tersentak sekejap sebaik terdengar suara asing di dalam 'kayangan' diorang tadi. Pantas iris gold-ruby mereka tertumpu pada pintu utama rumah Tok Aba. Terlihatlah...semua penghuni rumah sedang menyaksikan mereka berdua.
Ais, Thorn dan Rin merakam video tersebut. Thorn paling melampau...dia pergi buat fb dan ig live. =^='
Blaze pula dah menangis teresak-esak sambil memegang sepanduk bertulis HALIGEM 4 EVER! lalu mengelap hingus dan air matanya pada baju Solar yang kita tahu akhirnya dia kena pelepuk.
Hali: Korang ni...TAK HABIS-HABIS KE NAK STALK ORANG HAH?!! (kejar Blaze dan Solar)
Blaze: Waaahh!!! Jangan kejar kitorang!! QAQ
Solar: Ni bukan salah aku! Blaze yang ajak!! ;;A;;
3 beradik itu berkejaran sampai tiba waktu solat sunat Hari Raya dab mereka pergi menunaikan ibadah solat bersama.
.
.
.
.
.
Pada waktu malam pula mereka menikmati suasana bunga api di sekeliling rumah. Blaze juga tidak ingin ketinggalan jadi dia juga menyediakan bunga api dan disusun rapi. Bagai pengendali api yang mahir dia dapat menyalakan kesemuanya dalam masa yang singkat. Blaze berlari ke arah abang-adik, teman wanita a.k.a tunang dan kawan-kawannya yang berada sedikit jauh dari bunga api itu.
BoOmm!
KpAaKK!
(Akak tak pandai buat bunyi bunga api... :v)
Blaze&Thorn: WoAhhH~!! \OAO/
Ke 3 pasangan itu menikmati pemandangan indah pada malam raya itu bersama beberapa juadah seperti sate dan ketupat. Tok Aba pula sedang melawat ke rumah jiran tetangga. Tak nak mengganggu pasangan-pasangan itu bergembira katanya.
To Be Continue~ (?)
==============================
Akak ada sediakan sedikit ekstra HaliGem di bawah. Kalau berminat baca ya? ^w^/
==============================
Gempa kagum melihat kecantikan percikan bunga api menghiasi langit malam itu. Untung malam raya itu juga dihiasi bintang penuh musim panas yang menambahkan lagi seri bunga api. Iris Gold Gempa tidak lekang mengalihkan pandangan dari bunga api itu. Sinar irisnya sangat cantik mengalahkan bunga api.
Gempa: Woahh~ O//w//O
Hali memandang Gempa dengan lirikan matanya. Dia tersenyum senang. Hali mendekatkan lagi dirinya di sebelah Gempa yang tidak sedar akan kehadirannya.
Hali: Ekhem!
Gempa: (terkejut) Eh? Haa...ada apa? (mata masih memandang bunga api)
Hali: Syok betul tengok. Orang kat sebelah ni tak cantik ke? 030
Gempa: Orang mana? Kau ke aku?
Hali: Akulah. Siapa lagi? Kau dah cantik dah. Eh tak. Comel. (smirk)
Gempa: -/////- Not bad lah. Mungkin lepas nikah ni lagi cantik kot? Atau hensem?
Hali: Mana-mana boleh.
Perbualan mereka berhenti. Sudah tiada topik yang hendak dibualkan. Namun Hali teringat akan sesuatu lalu dia membisik pada Gempa.
Hali: Gempa, nanti kau jaga elok-elok hati aku ni.
Gempa: Eh? Kenapa pula?
Hali: Because it is Kimi Ni Todoke //From Me To You//. (senyum)
Gempa: O//A//O Err..yelah. Kau pun jaga hati aku elok-elok juga. -/////-
Hali: Sebab?
Gempa: It is Kimi Ni Todoke //From Me To You//. (senyum sambil blushing) /////w/////
Kedua merpati itu diam seketika menenangkan fikiran. Masing-masing berdebar dengan laju dan muka sudah semerah tomato. Hubungan yang semakin baik kan?
Malam yang indah. Itulah malam hari raya yang akan diingati Gempa dan Halilintar bersama. Malam yang mana hari mereka bersyukur dari penat lelah segala ujian yang menimpa dan meraikannya dengan kejayaan bersama insan tersayang.
???: Selamat Hari Raya, Adik Gempa...Halilintar. (senyum) (menghilangkan diri)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top