~21~

Wohoo~!! Capai juga sampai chapter 21! UwU Banzai~!!

Dah2. Tak payah cakap banyak2 jom kita sambung! Esok raya!! XD

==========

Minit demi minit. Saat demi saat. Jam demi jam berlalu. Matahari kian hilang di sebalik bukit bukau Kampung Pulau Rintis namun kelibat 3 makhluk belum muncul.

Gempa sejak dari tadi mundar-mandir sambil memegang erat telefonnya. Risau. Mana perginya 3 beradik ni? Sejak chapter lepas tak balik-balik lagi. :v

Gempa: Haih...lambatnya diorang. Nak masuk waktu berbuka dah ni. Entah-entah jadi sesuatu? Astargfirullah Gempa. Jangan mengarut bulan puasa ni. Haih...takpelah. Aku pergi-

Belum sempat Gempa melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam rumah Tok Aba dia terdengar bunyi hon kereta.

Pin! Piin!

Gempa menoleh dengan pandangan lega. Alhamdulillah. Halilintar, Blaze dan Solar pulang dengan selamat dan sempat berbuka.

Blaze dan Solar keluar dengan wajah yang ceria sambil memeluk berbatang buluh. Baju dan tangan yang kotor tidak diendahkan mereka. Seronok nampak dapat ambil bulu di hutan.

Selain Gempa, Ais dan Thorn juga terdengar bunyi hon kereta. Mereka berdua terus keluar dari rumah mengikut pintu dapur dan berlari ke perkarangan halaman rumah Tok Aba di bahagian depan.

Ais: Balik pun korang. Ingatkan terlepas berbuka tadi.

Blaze: Mana ada. Kalau ya pun kami dah bawa bekal siap-siap. ^^ (tunjuk bekal)

Thorn: Haa..mesti korang curi-curi makan masa dalam perjalanan tadi kan?

Solar: Mana ada. Dari aku makan belak tu, baik aku makan kau Thorn.

Krikk..krikk...

Ais: Kau buat lawak ek? Sorry. Tak kelakar. =_='

Solar: Ckh! =3=

Yang lain ketawa terkekek mengasihani Solar yang mendapat kecaman daripada Ais. Kesiannya...baru nak buat lawak dah kena kecam. Ni yang malas ni. Kata Solar. X'D

Hali yang sedari tadi berdiam diri kini menghampiri yang lain selepas dia meng-lock pacuan empat roda merahnya.

Hali: Dah, jom. Nanti lambat pula nak berbuka. Aze dan Lar pergi tukar baju. Aku nak letak buluh ni dulu.

Solar/Blaze: Baik bang!

Dengan pantas Blaze dan Solar menaiki tangga diikuti Ais dan Thorn dari belakang. Hali menggeleng kepala penat dengan telatah adik kembarnya itu. Seketika dia ingin mengangkat buluh-buluh yang banyak tadi, pandangannya terusik dengan susuk tubuh yang berdiri di depannya. Sejak tadi lagi berdiam.

Hali: Apa? (pandang Gempa)

Gempa: Takde apa. Syukurlah korang balik dengan selamat. ^^

Sebaik mendengar ucapan dan senyuman dari Gempa, Hali dapat agak yang Gempa merisaukan keadaan dirinya dan adik-adiknya. Jelas lagi nyata sebenarnya sebab sebaik ingin masuk ke perkarangan rumah Tok Aba, Hali ternampak Gempa mundar-mandir menunggu ketibaan diorang. Hali senyum dalam diam. 

Hali: Risau juga kau dekat aku ya? (smirk)

Gempa: H-huh?! ///// (terkejut) Taklah! Mengarut. Dah, aku nak masuk dulu.

Hali: Tak nak tolong aku angkat buluh ni ke? 030

Gempa: Tak nak. :p (berlalu meninggalkan Hali)

Semasa Gempa sedang menaiki anak tangga Hali sempat berbisik sambil tersenyum manis melihat Gempa dari belakang. Sungguh waktu itu bahagianya Hali tidak terkata. Mungkin Gempa dah bukakan pintu hatinya untuk Hali? Siapa tahu.

Hali: Sayang juga kau dekat aku Gempa? /// (bisik)

.

.

.

.

.

SKIP TIME SELEPAS BERBUKA

Kesemua pemilik nama elemen berkumpul di depan halaman rumah Tok Aba dan bersiap sedia untuk memulakan OPS! MASAK RENDANG DAN BAKAR LEMANG~!!

Blaze: Yosh! Aku akan mula nyalakan api ni! Korang berdiri jauh-jauh sikit! Kang tak pasal-pasal putus tangan!

KUNG!

Blaze: Adoii...apa ni Abang Hali?! QAQ (gosok kepala)

Hali: Kau mengarut apa hah?! Kau nak nyalakan api ke nak nyalakan mercun! Dasar budak pramatang!

Hali membebel memarahi Blaze. Perangai budak sekolah memang tak pernah ambil PHD langsung! Ada saja over dia yang melampau tu. Tak cukup dengan cakap lepas dia nak ditambah pula dengan perangai dia yang suka main-main ni. (Macam akak~ XD)

Blaze: Solar!! Tengok Abang Hali tu! QAQ 

Solar: Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. =-=

Blaze: Kuang ajo! Aku cerakin kan kau!

Solar: Ha...cerailah! Ada aku kesah?

Kung! Kung!

Kali ini Hali mengetuk Solar dan Ais pula mengetuk kepala Blaze. Blaze..Blaze..tak cukup kot benjol 1 kat kepala nak ditambah pula 2? Allahu...X'D 

Hali: Tak habis-habis lagi!

Ais: Daripada korang main-main ni baik tolong hidupkan api ni cepat! 

Blaze&Solar: Hmm..yelah...QAQ

Kedua hottie little boy hanya pasrah lepas kena marah oleh Ais dan Abang Dragon diorang iaitu Halilintar. Gempa dan Thorn hanya memerhati dan ketawa berdekah melihat telatah mereka berempat manakala Tok Aba hanya memerhati dari atas rumah melalui tingkap bersama Ochobot yang katanya nak tumpang tolong apa yang patut. (tolong tengok...=^=')

Ocho: Atokk...Ocho nak tolong Kak Gempa dan Abang Hali masak rendang dan bakar lemang. QAQ

Tok Aba: Nanti bila Ocho besar sikit Ocho tolong diorang okay? Buat masa ni apakata Ocho duduk dan tengok je macam mana diorang buat lepastu bila diorang tak balik raya nanti Ocho tolong atok pula. Macam mana?

Ochobot diam sejenak berfikir. Patut tak dia bersetuju. Sebenarnya niat dalam hati dia nak main mercun dengan Blaze tapi tengokkan keadaan diorang tengah sibuk tu tak sampai hati pula nak kacau. Dah lah esok dah nak raya.

Ocho: Baiklah! Nanti giliran Ocho pula yang tolong! >w<6

Ochobot menangguk riang sambil melompat menantikan dirinya yang akhirnya dapat mengacau kawah yang besar seperti dikacau oleh Hali di bawah.Niatnya untuk bermain mercun terus hilang dari hati dan hanya tunggu menghitung hari dewasa saja. Manakala Tok Aba pula tersenyum lega melihat Ochobot yang sudah tidak sabar-sabar nak menolong walaupun Tok Aba tak tau niat sebenar Ochobot. :v

Kembali ke triple date dekat bawah. Masing-masing sedang menjalankan tugasan mereka dengan cermat. Halilintar sedang mengacau kawah yang dipenuhi dengan rendang, Solar sedang membakar sate bersama Thorn yang tolong angkatkan sate yang sudah masak dan letakkan yang masih mentah di atas bara api. Blaze pula sedang mengipas api lemang dan dibantu oleh Ais untuk membelek lemang. Gempa yang baru keluar dari dapur sedang menuju ke arah Hali sambil membawa sebekas besar daging lembu dan ayam  untuk dimasukkan ke dalam rendang.

Gempa: Nah Halilintar. Aku dah bawakan daging. Nak masukkan yang mana dulu ni?

Hali: Hmm...kau rasa nak masukkan yang mana dulu?

Gempa: Mana aku tahu. Sebab tulah aku tanya kau.

Hali: Kau tanya aku lagilah aku tak tahu. Kau rasa?

Gempa: Aku dah cakap aku tak tahu kan?

Hali: Iyalah. AKu pun tak tahu.

Blaze: Habis tu apa yang korang tahu? Menikah? OAO;

Terus senyap Hali dan Gempa dengan wajah yang tiba-tiba merah. Pantang dengar perkataan menikah atau kahwin, konfem merah. Ekhem! Pikir ke mana terr~??

Ais menepuk kepala Blaze dengan daun pisang. Sabar jelah Ais dengan perangai Blaze yang macam tu tu.

Blaze: Aku tanya je...QAQ

Ais: Kalau dah tahu mulut tu tak cukup insurans baik diam je!

Blaze: Uhukk...ape ni?? Kasar dengan bakal suami sendiri~ T^T

Ais: Menangis pula...mengada-ngada. =-='

Kembali ke HaliGem yang masih senyap. Gempa meletakkan bekas yang berisi daging ayam dan diangkatnya bekas yang berisi daging lembu. 

Gempa: K-kita letak daging lembu dulu.

Hali: Ok, bak sini bekas tu.

Gempa: Eh, takpelah...kau kan dah penat kacau kawah ni tadi.

Hali: Tak penat pun. Kau je yang rasa macam tu. Meh sini bekas tu.

Gempa: Alahh...biarlah. Aku boleh handle.

Hali: Kau ni memang degil ya? AKu cakap bak sini bagi lah!

Gempa: Takpe!! Biar aku buat! ><'

Marah dengan kedegilan Gempa, pantas Hali menarik bekas yang berada di tangan Gempa. Gempa yang terlepas bekas tersebut hanya diam sambil ketap bibir. 

Hali: Takkanlah aku nak biarkan bakal bini aku buat kerja? Macam dayus pula. Aku dah cakap aku cintakan kau jadi kau fahamlah aku bila aku nak tolong kau.

Hali memandang Gempa dengan penuh makna sambil melafazkan kata-kata yang menjadi kelemahan Gempa. Sungguh Gempa waktu itu dha merah selepas dengar apa yang dikatakan Hali. Jantungnya berdegup kencang mendengar kata-kata tersebut.

Thorn dan Solar yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya menjeling penuh makna.

Solar: Uuuu~ alamatnya tak lama lah aku bakal timang anak buah~ (smirk) (minum air)

Thorn: Anak buah je? Anak sendiri tak nak? OwO

Dengan penuh innocentnya Thorn menyuarakan persoalan yang kita tahu mesti Solar bakal tersedak bila dengar.

Solar: Gohokk! (tersedak) Koff! Koff! ////// (max blush) Err...kalau boleh nak juga. Nak secepat yang boleh... =/////=

Thorn hanya menggangguk faham. Solar dah memerah habis dah muka tengok Thorn punya reaksi. Mana muka malu-malu Thorn? Apsal tunjuk muka kawai ni?!

.

.

.

.

.

SKIP TIME

Selesai habis acara(?) masakan lemang, rendang dan sate. Kesemua pemilik nama elemen itu mengemas barang masakan dan memadamkan bara api agar api tidak merebak jika dibiarkan kena daun-daun atau rumput kering.

Seketika mereka sedang khusyuk mengemas, pandangan Gempa terganggu melihat seseorang sedang berjalan memasuki perkarangan rumah Tok Aba. Di celah-celah nyalaan pelita dan bertudung bawal litup.

Rupanya itu Rin. Pasti dia datang ingin membawa balik Ochobot. Gempa berasa sedikit kurang senang sebaik melihat Rin disebabkan salah faham yang terjadi sebelum ini dan mereka masih belum berbaik kerana Hali belum menerangkan apa yang terjadi.

Melihat Rin yang semakin hampir Gempa meletakkan barangnya dan meminta izin untuk menelefon Yaya sekejap. Ais yang melihat Gempa berlalu pergi sementara Rin menghampiri mereka hanya diam dan mengeluh. Ais beralih ke arah Hali yang sedang mencuci 2 kawah besar yang digunakan untuk masak rendang ayam dan daging tadi.

Rin: Assalamualaikum. ^^

Semua: Wa'alaikumussalam.

Blaze: Eh? Siapa ni?

Thorn: Entah. Tak pernah nampak pun.

Mata Rin terkelip-kelip melihat wajah yang...dia rasa semua sama. Cuma beza iris, pakaian dan jantina je. Apa ni? Siapakah gerangan makhluk yang berdiri di depan dia ni? Apsal semua muka sama?!

Ais: Err...i-ini kawan baik Gempa. Nama dia Rin.

Hali yang baru selesai mencuci berjalan menghampiri mereka sambil membetulkan lipatan lengan bajunya yang basah semasa mencuci. Baru dia perasa yang Rin ada dekat situ. Okay...Gempa kau perasan tak dah takde?

Hali: Ekhem! Kawan baik Gempa, kawan baik aku juga.

Hali dengan selambanya berkata demikian. Dia tidak perasan akan kehadiran Gempa pada waktu itu. Nasib baik Gempa tiada. Kalau tak, mesti Gempa agak terasa hati dengan perubahan Hali sekarang. Dulu bukannya jenis mudah open dengan orang ramai. Status kawan itu seolah susah seperti ambil ujian EASY A kalau nak luluskan orang tertentu sebagai kawan.

Ais hanya memandang Hali kesal. Blaze di sebelah memahami perasaan Ais pada waktu itu. Dah nama bakal suami kan? Manakala Hali hanya berbual rancak bersama Rin.

Blaze: Jadi...ini ke Rin? (datang menghampiri Hali dan Rin)

Rin: Ye saya. Saya rasa saya belum pernah kenal awak bertiga. Boleh tahu nama?

Blaze: Oh? Nama saya Blaze! Yang duduk dekat tangga 2 ekor tu ialah Solar dan Thorn. Saya dan Solar ialah adik Hali~ ^w^

Solar: Oi! Aku mana ada ekor! =-=*

Hali: Bangga sangat dengan status aku sebagai abang kau.... =-='

Blaze hanya ketawa kecil mendengar reaksi abangnya Halilintar dan adik kembarnya Solar.

Rin: Oohh...jadi Blaze ni mesti bakal milik Ais kan? Sebab di mana ketidaksempurnaan Blaze berada mesti Ais akan melengkapinya kan? Macam dengan api. Kalau nak padamkan api kenalah ada air kan? ^^

Blaze dan Ais tersipu malu mendengar pujian dari Rin. Seolah-olah tepat pada sasaran atas apa yang dikatakan oleh Rin itu. Jika Blaze mempunyai masalah, Ais pasti sedia membantunya. Tidak kira di mana dan sejak kecil lagi mereka bersama dan semakin bertambah hari semakin bertambah erat hubungan mereka.

Ais: Hmmh...sudahlah. Aku nak pergi cari Gempa sekejap.

Hali: Eik? Dia pergi mana? Baru aku perasa yang dia takde. 0-0

Blaze: (facepalm)

Ais: (stop) (jeling Hali)

Jelingan maut Ais sampai tepat pada mata Hali. Hali terkejut sekejap memandang. Persoalan mula keluar dari benak fikiran Hali. Apa salah dia sampai Ais berikan pandangan macam tu?

Ais: Halilintar. Aku nak tanya kau sesuatu... (menghampiri Hali)

Ais memperkecilkan matanya dan merenung Hali atas bawah. Kecil besar-kecil besar je aku tengok mamat ni. Kang ada juga yang berjalan pakai lidah.

Sewaktu Ais ingin menghampiri Hali, Blaze sempat cuba menghalang minta masalah ini jangan dibesarkan namun Ais tidak peduli. Gempa ialah kawan terbaik Ais. Dan amanat Taufan Ais ada pegang. Amanat? Ada ke? Nanti dicerita.

Hali: Apa dia?

Ais: Kau betul-betul pasti yang kau akan buat Gempa bahagia dengan keadaan kau yang macam ni? (berpeluk tubuh)

Hali: Why? I am the CEO and I have many company under my company. Plus, I have many money so that Gempa will use it for her and our....children. ////

Hali sedikit perlahankan perkataan 'children' itu. Ai...Hali? Dah lama ke fikir? Rin di belakang tersengih lawak. Solar senyum sinis memandang Hali kemudian beralih ke Thorn yang masih dalam keadaan separuh tidak faham. Manakala Blaze dekat belakang Ais dah terharu dengar ayat Hali. That's my brother! QAQ

Ais: Oh? So you just thinking about your company and your children? And just a part from that you just thinking a few about Gempa? Hey Hali. Baik kau pergi cari Gempa sebelum aku cabut telinga kau dan baling ke dalam sungai. Kau nak?

Ais separa mengugut Hali. Hali yang tak faham maksud Ais rasa macam nak maki je perempuan bertudung biru tu. Nak belasah pun ada jugak. Tapi kalau bukan sebab ada ramai khalayak dekat sini dia batalkan niat.

Hali naik ke atas rumah dan hanya meninggalkan keadaan genting itu buat sementara. Sewaktu dia naik, dia ternampak Tok Aba yang duduk dan sudah sedari tadi memandang mereka dari bawah. Mana Ocho? Ochobot pula datang semula dengan membawa air koko panas untuk Tok Aba. Saja Tok Aba minta Ocho buat agar dia tidak dengar pertelingkahan tadi.

Hali mengabaikan pandangan Tok Aba dan dia bergegas berjalan ke arah biliknya. Dia menghempaskan diri di atas katil dan menghela nafas benci. Dalam keadaan dia sedang cuba menenangkan diri, dia terdengar bunyi esakan tangisan seseorang.

Pada awalnya Hali meremang seketika. Taulah esok dah nak raya, tapi takkan awal macam ni semua makhluk halus dah dilepaskan? Plus, ini malam Jumaat.

Namun apabila Hali kembali ke realiti daripada melayan imaginasinya yang karut itu, dia terdengar bunyi ketawa semula. Seolah seorang gadis sedang bercakap dengan sesorang, dan suara itu amat familar dengan telinganya.

Hali: Gempa? (bingkas bangun)

Hali bingkas bangun dari tidurnya dan kemudian dia mengintai di sebalik jendela biliknya yang terbuka. Dia ternampak Gempa sedang duduk di atas jenerai di bawah pokok yang menghadap ke arah sawah padi. Di situlah tempat di mana waktu Gempa berduka dahulu dia duduk. Untung Hali dapat tengok. Dan siapa tahu sepanjang Gempa duduk termenung di situ Hali pernah menghabiskan masanya memandang Gempa sayu.

Sebab Hali nampak Gempa sedang memegang telefon di telinganya. Mesti dia sedang bercakap dengan seseorang. Hali mengecilkan penglihatannya, dia ternampak nama Yaya tertulis di skrin telefon. Jadi Hali cuba menjelaskan pendengarannya agar dapat dengar apa yang dibualkan Gempa dengan kawan baiknya yang lama itu.

Gempa: Takziah Yaya...aku harap kau tabah menghadapi ujian ini.

Yaya: Terima kasih Gempa. Tapi aku tak tahu apa patut aku buat sekarang. (dari dalam telefon)

Gempa: Kenapa? Jangan cakap disebabkan Gopal anak kau mati dan kau...

Yaya: Ya. Aku ada terfikir untuk bercerai dengan Gopal. Apa pendapat kau?

Gempa: Astargfirullah Yaya. Jangan macam tu. Kan masih ada Iqbal anak sulung korang? Biarlah yang sudah pergi itu pergi. Kau jangan putuskan hubungan korang yang sudah lama tersimpul itu.

Yaya: Tapi Gopal buat macam tak layan je. Lepas seminggu pengebumian anak kami Hanna dia dah tak sedih. Dia kembali giat berkerja dan layan saya ceria seperti dulu. Saya agak terkesan dengan tindakannya.

Hali dan Gempa sama-sama berasa kasihan dengan Yaya. Apalah nasib sampai Yaya diuji sedemikian. Namun sewaktu Hali berasa sedih, dia ternampak Gempa yang matanya sayu. Mata yang berlinangan air mata. Mengalir dengan mencurah-curah ke pipi. Hali tersentap dan jantungnya berdegup kencang melihat Gempa sedemikian. Entah kenapa Hali melihat itu tangisan kesalahan dirinya bukan Gempa saja-saja menangis.

Namun seketika Gempa tersenyum. Dia menunduk. Gempa menghela nafas panjang dan cuba kawal perasaannya agar suara tangisan tidak didengari oleh sesiapa termasuk Yaya namun tidak bagi Hali. Dari awal lagi dia dapat mendengari tangisan Gempa.

Gempa: Yaya, sebelum kau buat keputusan...aku ada 1 soalan untuk kau.

Yaya: Soalan? Ok...tanyalah.

Gempa: Sepanjang kau berumah tangga dengan Gopal, pernah sedetik kau berasa sedih? Kau selalu bahagia?

Yaya: Err...tak. Aku tak pernah sedih. Aku selalu ketawa melihat telatah Gopal tu. Dia selalu cemerkap. Kalau buat silap mesti huru-hara 1 rumah. (ketawa)

Mendengar Yaya ketawa Gempa tersenyum senang. Dia sudah jumpa jawapan untuk menghalang Yaya dari bercerai dengan Gopal. Jadi bukan kerana Gopal ada skandal lain atau apa...Gopal dah tak bersedih sebab...

Gempa: Kau bahagia kan? Jadi atas dasar apa kau ingin bercerai dengan dia? Aku rasa Gopal buat macam tu sebab dia ingin lihat senyuman kau. Dia tahu, jika dia bersedih atas pemergian anak korang mesti kau bersedih juga kan? Jadi sebab dia tak nak tengok muka sedih kau dia cuba tabahkan diri untuk menceriakan kau. Cuba buat kau senyum dan terima apa yang ditakdirkan. Kalau kau tak percaya pergilah tanya dia sendiri.

Yaya: Betul ke Gempa?

Gempa: Yaya, seorang mualaf ibarat kain putih yang suci. Apabila dia masuk Islam, dia faham apa itu tanggungjawab dan dia akan pengangnya. Susah tau bagi seseorang kafir ini masuk Islam. Hanya orang tertentu sahaja boleh dapat hidayah namun awak kena ingat. Pintu hidayah sentiasa terbuka bagi orang yang beriman. Kalau awak masih ragu-ragu, bangun dan solatlah bertanya kepada Ilahi.

Sayu Hali mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Gempa. Dia juga kagum pada masa yang sama. Dalam keadaan suram dalam dirinya, dia masih ingin menolong orang lain. Masih ingin memuhasabah diri. Hali...kenapa kau pernah melukainya Hali? Hati yang sudah banyak parut dan luka dan kau masih ingin menambahnya? Mencalarkan hatinya? Kenapa kau begitu dayus dalam diam?

Seketika kemudian Hali terdengar bunyi esakan dari telefon Gempa. Yaya menangis. Gempa cuba menenangkan Yaya.

Gempa: Jangan menangis Yaya. Kau tahu tak? Kau sudah jadi milik Gopal. Dan sebarang ketidaksempurnaan Gopal kau ada untuk melengkapinya. Apa yang Gopal lalui dengan kesedihan dan keperitan kau ada untuk membantunya. Kau ada bersamanya Yaya. Sebab itulah Tuhan jodohkan korang berdua.

Yaya: Isk..isk...t-terima kasih Gempa. Aku nak jumpa Gopal sekarang juga dan minta maaf. Sekali lagi terima kasih. Assalamualaikum.

Gempa: Wa'alaikumussalam.

Gempa mengakhiri perbualan telefon dengan keluhan lega. Alhamdulillah...hubungan silaturrahim masih dapat diteruskan.

Dalam keadaan Hali memandang Gempa tersenyum, senyuman itu hilang dan wajah Gempa kembali sayu. Gempa membuka telefonnya kembali dan membuka galery yang tertulis Memory Bersama Kak Taufan.

Gempa menekannya. Dia melihat satu per satu gambar yang ada. Dimulakan dengan beberapa gambar waktu mereka kecil dimana ayah mereka ambil gambar dan di pindahkan ke laptop dan ke telefon, kemudian sewaktu sekolah rendah. Ada jamuan makan-makan dan ada sekeping gambar Hali memandang Gempa yang sedang makan dengan enaknya. Gempa ketawa kecil melihat gambar itu. Itu kerana Gempa tidak perasan kehadiran Hali di dalam gambar. Mata Gempa hanya tertumpu pada muka Taufan yang makan sampai penuh mulutnya. (Kiranya Gempa ketawa tadi sebab tengok Taufanlah ya? Tak perasan pun Hali dekat situ.. :v Kesian...)

Gambar diteruskan ke sekolah menegah rendah di mana wajah Gempa dan Taufan sedang menangis melihat kubur mak dan ayah mereka. Wajah Gempa menjadi sayu. Taufan memeluknya dalam gambar untuk memberikan semangat. Masih Gempa ingat kata-kata Taufan pada waktu itu.

Taufan: Takpe...kakak ada. Gempa jangan biarkan luka ini menjadi dalam. Jangan sentuhnya. Biar ia sembuh sendiri.

Gempa meneruskan melihat gambar. Ke sekolah menengah di mana Taufan memberikan biskut buatannya kepada Gempa dan Hali. Biskut hangus. :v Hali muntah selepas makan manakala Gempa ketawa sambil mengahabiskan persis biskut Yaya itu. Tak sakit perut ke?

Gempa akhirnya ketawa. Hali memandang Gempa hairan. (sebab dia tak nampak apa dalam gambar tu. Jauh kot..) Namun dalam tawa Gempa, Hali perasan ada titisan air mata mengalir. Senyuman Gempa kembali hilang. Gempa menagis.

Hali diam kaku. Tak tahu apa patut dia buat.

Gempa: Isk..isk...Kak Taufan...Gempa benci Halilintar. Gempa cuba untuk hilangkan rasa benci ini...tapi Halilintar terus menambahnya. Kak...kalau Kak Taufan jadi Gempa apa patut akak lakukan?

Hali diam. Lidahnya menjadi kelu. Suaranya tersekat. Tekaknya terasa perit. Gempa...jangan benci Hali Gempa...jangan.

Hali meninggalkan tingkapnya dan dia terus berlari keluar dari bilik. Tok Aba dan Ocho ternampak Hali yang keluar dari bilik. Baru je nak panggil tapi tak sempat sebab Hali masuk ke dalam bilik Gempa. Kejap...bilik Gempa?! Woi!! Bilik perempuan tu!!

Dengan termegahnya Hali mencari sesuatu. Bentuk segi empat tepat. Berwarna kuning dan biru. Mempunyai banyak helaian kertas dan terdapat gambar di atas buku-buku tersebut. Dalam ambil masa 5 saat mencari, Hali akhirnya ternampak buku itu di atas meja cermin a.k.a meja alat solek Gempa. Walaupun hanya ada bedak dan gincu tapi masih dipanggil meja alat solek kan?

Hali mengambil 2 buah buku tersebut dan membawanya bersama. Dia berjalan melepasi Tok Aba dan Ocho dengan sepantas kilat sampai terlompat Tok Aba sebab terkejut manakala Ocho yang baru nak minum air koko tertumpah air itu di atas seluarnya akibat terkejut.

Ocho: Atok! Ocho kencing! Warna coklat! O_o'

Tok Aba: (facepalm)

.

.

.

.

.

Hali cepat-cepat turun dari tangga di dan berhadapan dengan manusia-manusia yang sedari tadi adakan mesyuarat yang dikenali sebagai Mesyuarat Bawang dan Ketupat. Hali mengabaikan mereka dan dia memakai selipar lalu berlari menuju ke bahagian belakang rumah di mana tempat Gempa berada.

Yang lain hanya terpinga-pinga melihat Hali. Namun sambung membawang tanpa bertanyakan sebab. Selain seorang susuk tubuh bertudung biru ini. Dia mulanya memaparkan wajah serius sebaik melihat Hali namun diukir senyuman sebaik sahaja Hali berlari ke bahagian belakang rumah.

.

.

.

.

.

Sebaik menjumpai Gempa, Hali terus memanggilnya.

Hali: Gempa!!

Gempa yang tadi sedang melayan perasaan mengesat air matanya agar tidak dinampak walhal Hali dah nampak. Gempa berpaling.  Dia melihat Hali sedang kepenatan. Namun melemparkan senyuman pada Gempa.

Gempa: Halilintar? Kenapa...

Hali: Aku datang....Gempa....








To Be Continue~

==========

Done! Ok, akak akan update VERY SLOW! Sebab agak sibuk. Nanti bulan 11/November baru akak sambung okay? ^^

Don't miss me~ bye~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top