~20~
Hmm...agak2 apa akan jadi pula kali ni ya? Bila Hali nak minta maaf dekat Gempa ek? Zakat diorang dah bayar ke belum? Lol. X'D
Ok2. Jom sambung! Enjoy!
=============================
Dengan kalut malut nya Ais dan Gempa bergegas menaiki tangga dan cepat-cepat ke bilik Hali. Sebaik sahaja tiba di bilik Hali diorang tengok2 Hali tiada? Mana dia?
Gempa mula risau. Jangan2 dia pergi selongkar apa2 dekat dapur kot? Nak curi2 makan! Puasa nak oi!!
Gempa: Halilintar? Halilintar kau kat mane?
Ais ternampak Hali sedang membelakangi mereka berdua di dalam bilik Gempa. Macam sedang membaca something sebab dia tengah hold something dan menunduk.
Ais: "Dah kenapa dia buat dekat bilik Gempa ni? Ni mesti find out something ni. Hali!"
Hali yang sedari tadi sedang khusyuk membaca sesuatu terus tersentak bila Ais memanggilnya. Cepat2 dia pusing dan letak buku ke tempat asal tapi disebabkan kedudukan tidak stabil buku tersebut jatuh ke lantai.
Ais dan Gempa pula memasuki bilik Gempa dan berjalan mendekati Hali yang sedang cover2 something.
Gempa yang tidak tahu apa2 hairan dengan Hali sekarang. Dia cari apa dekat bilik aku ni? Takkanlah tak sabar sangat nak habis puasa sampai pergi 'melawat' bilik orang kot.
Gempa: Kau...buat apa dekat sini? OAO
Hali: H-huh? T-tak! Takde apa2lah. Dah! Jom cepat.
Dengan tergesa-gesanya Hali keluar dari bilik Gempa. Gempa dan Ais jadi clueless dan hanya mengekori Hali dari belakang.
Ais berhenti sejenak apabila Gempa sudah melangkah keluar. Dia menoleh ke buku yang telah terjatuh tadi. Macam kenal...?
.
.
.
.
.
Skip time ke pasar. Sebaik sahaja tiba.
Gempa dan Ais keluar dari sit belakang pemandu dan berjalan ke hadapan pacuan empat roda Hali. Mereka berbincang tentang bahan2 yang akan dibeli dan sejurus selepas itu Hali keluar dari keretanya dan berjalan mendekati mereka. Topi favoritenya setia di kepala dan dia perbetulkan sedikit topi berlogo petirnya itu.
Hali: Hah, dah rancang apa yang nak dibeli?
Ais: Sudah. Okay, Gempa ada nak saya belikan apa2 untuk tolong ke? Cepat sikit. Biar saya belikan air yang sudah siap. Tak pula nanti kita kalut buat.
Gempa: Eh takpe Ais. Saya dah buat air gula siap2 dah, dan letak dalam peti ais. Tunggu beli ais dan buat air tu je. Ni, saya nak minta tolong Ais belikan sayur2 yang ada dalam masakan sepertimana Blaze dan Thorn nak tu. Kalau Ais lupa ni saya dah tolong listkan. Boleh ke? Maaflah kalau menyusahkan. Takut2 susah pula nak kena bawa barang.
Panjang lebar Gempa bercakap tanpa sempat Ais celah masuk. Ais hanya senyum senang. Untunglah sebab Gempa tak teringat perihal tadi. Pasal dia termenung dan menangis tu. Walaupun Ais tak tau apa sebabnya tapi sekurangnya Gempa dah okay so there's nothing to worry about.
Ais: Okay tu je? Aku okay je. And..memandangkan 'butler' ada kat sini so aku nak dia follow aku dan tolong angkatkan barang untuk aku.
Hali yang merasakan dirinya itu yang dimaksudkan terus berasa dipergunakan terus btidak puas hati.
Hali: Amboi..amboi kau..sedap mulut kau cakap aku ni butler kau ek? Kau pernah rasa renjatan elektrik tak? Kalau kau tak pernah dan kau teringin rasakan ni..(hentak kereta depan) aku dengan sukarelanya memberikan kepada kau. Free lagi.
Hali menyindir Ais balik. Ais hanya menjeling Hali dan beralih ke arah lain. Manakala Gempa pula hanya mengehela nafas. Macam budak2 pula diorang ni.
Gempa: Haih..sudah2. Halilintar, kau ikut je Ais ni.
Hali: Eh, t-tapi kau?
Gempa hanya tersenyum senang. Nampak sangat risau. Dan lucky diorang tak perasan yang Ais sedang khusyuk snap gambar diorang sambil senyum2 jahil. Jarang dapat peluang macam ni.
Gempa: Jangan risau Halilintar. ^^ Lagipun barang aku perlu beli sikit je. So, kalau takde apa-apa...jom kita beli sekarang. Takut tak sempat pula nanti nak masak sebab kita makan besar malam ni. Ah! Lupa nak bagitau Ais. Malam ni kita berbuka dekat surau ya?
Ais dan Hali kaku sekejap. Kenapa pula?
Gempa yang seakan memahami reaksi mereka tergelak kecil. Nampaknya diorang tidak biasa dengan aktiviti yang melibatkan hubungan silaturahim.
Gempa: Okaylah. Korang tau kan yang hari ni hari last puasa?
Hali dan Ais hanya angguk membalas.
Gempa: So, malam terakhir ramadhan kan kita panggil Malam Lailatuqadar. Kami penduduk kampung memang sejak saya kecil lagi sudah mengamalkan buat makan malam berbuka puasa bersama-sama di surau. Yes, malam-malam puasa lain pun ada buat juga tapi macam yang korang tau yang ini merupakan malam terakhir bulan puasa. So sama2lah kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk. Plus, korang ada kat sini kan? Jom lah join. Kita sama2 berkenalan dengan penduduk kampung. Lagipun Halilintar bukan kenal sepenuhnya lagi orang2 kampung dekat sini. Paling bagus pun sorang je.
Usai bercakap panjang lebar. Gempa terus berpusing dan berjalan. Ais dan Hali yang melihat susuk tubuh Gempa hanya berdiri senyap. Janggalnya suasana yang diorang akan hadap nanti. OAO'
Gempa sempat berhenti dan toleh ke belakang sekilas. Ais yang memandang tingkah laku Gempa pantas dia tertangkap tentang seseorang yang Gempa sebutkan tadi.
Ais: "Apsal aku rasa macam seseorang tu ada kaitan dengan diorang ni ek?"
.
.
.
.
.
Hali mengikut sahaja ke mana Ais pergi. Ais pergi ke hulu dia ikut juga. Ais pergi ke hilir pun dia ikut juga. Nasib baik kalau Ais pergi ke tandas dia tak ikut. Kalau dia ikut? Kang makan penampar free.
Ais: Terima kasih mak cik. Ni Hali. Aku nak tanya kau something ni.
Usai sahaja membayar harga sayur, Ais mengambil barang daripada mak cik penjual dan sambung berjalan.
Hali hanya setia mengikutnya dari belakang. Persoalan tadi sedia dia mendengarnya.
Hali: Hah, cakaplah.
Ais diamkan diri sekejap. Dia melilau-lilau mencari kawasan yang tidak ramai orang. Takut orang dengar pula segala percakapan diorang. Iyalah. Sekarang ada sesetengah penduduk kampung kenal Hali. Status 'tunang' Gempa pula tu. Siapa yang tak kenal Gempa? Gempa pernah cakap yang sekarang dah ada penduduk kampung kenal Hali. Sebagai tunang Gempa jelah. Jadi kalau diorang tengok Ais dan Hali berjalan berdua tanpa Gempa mesti rasa pelik.
Gempa juga pernah cakap yang 1 kampung kenal dia. Siapa tak kenal Gempa yang baik hati, peramah, prihatin dan bertanggungjawab ni?
Ais ternampak 1 kawasan belakang peniaga makanan segera (jual lauk pauk yang dah siap dimasak..) jadi dia terus ke situ. Hali yang masih tertanya-tanya dan tak tahu apa2 hanya ikut je dari belakang.
.
.
.
.
.
Setibanya mereka di sana, Ais memusingkan badan melihat Hali. Pandangan matanya sedikit diperkecilkan. Hali yang memandang Ais tiba2 terasa seram sejuk. Macam berdepan dengan inspektor polis pulak. OAO'
Ais: Ni Hali. Aku nak tanya kau somethinglah. Tentang apa yang Gempa cakap tadi..
Hali jadi clueless kejap. Okay..pasal apa yang Gempa cakap tadi...yang mana?
Hali: Pasal apa yang Gempa cakap tadi...? Jap, yang mana ekk? Tak, bukan apa sebab tadi kan Gempa cakap macam2 topik. So...aku tak dapat nak tangkaplah part mana yang kau nak maksudkan ni.
Ais hanya mendengus kesal. Aish...kang tak pasal2 aku sepak mamat ni tanpa belas kasihan dekat depan orang ramai kang. Nasib baik iman aku kuat lagi dan sekarang bulan puasa. Kalau tak...hmm...taulah kau!
Ais: Okaylah. Senang cakap aku straight to the point okay? About someone that Gempa mention. Who is it? Is it a boy? Or a girl? (berpeluk tubuh)
Memang sah Hali sedang berdepan dengan seorang inspektor sekarang. Persoalan yang Ais kemukakan tu sempat membuatkan Hali tertelan air liur sekejap. Macam manalah Blaze boleh berkenan sangat dengan budak ni...?
Hali: Ahh...errr...k-kitorang kawan je. Itu je. Kau jangan salah faham. D-dan..dia...perempuan.
Ais: Perempuan? Haih...Hali. Macam mana aku tak salah faham? Kau suka Gempa kan? Apa lagi yang tak cukup pasal Gempa sampai kau sanggup buat macam ni?
Hali diam. Tak tahu nak cakap apa. Serious waktu ni sifat tsundere dia entah lari kemana ntah. Dia tak tahu nak jawab apa. Betul ke dia suka Gempa? Hari tu pun diorang bertekak.
Ais mengehela nafas lelah. Aduhh...soalan mudah macam ni pun dia susah nak jawab ke? Biar betul ini CEO syarikat terkenal di persada dunia?
Ais: Dengar sini Hali. Gempa dah alami beribu-ribu luka yang tak pernah kau alami. Satu, luka dia kehilangan mak dan ayah dia. Dua, dia dan arwah Taufan selalu kena ugut dan dipukul teruk sebab hutang arwah mak dan ayah dia. Tiga, arwah Taufan pula yang pergi meninggalkan dia. Empat, luka dia kena hadap hutang berjuta-juta seorang diri pula. Lima, dia dah takde tempat nak berlindung selain kat kampung ni. Dia hanya ada Tok Aba je. Kerja pun belum dapat lagi. Dan yang last, luka nilah yang buat aku kesian sangat dengan Gempa. Nak tahu luka apa?
Hali diam. Tiada geleng hatta angguk. Ais menyambung kata-katanya kembali.
Ais: Luka yang dia putus cinta sebab lelaki tak guna ni. Layak ke lelaki tu dicintai oleh gadis seperti Gempa? Dah lah lelaki tu tak hiraukan perasaan Gempa. Lepastu, couple pula dengan kakaknya. Dan sekarang? Kena kahwin pula dengan lelaki ni? Oh my gosh Hali. Terukkan lelaki tu? And guess what? It's you! Then, you broke her heart again dengan memainkan perasaan dia dengan wanita lain. Come on Hali. Baik kau buat keputusan betul-betul sebelum Gempa ubah fikiran bersama dengan Fang!
ZzuuUKkk!
Bagaikan ditikam sembilu yang berbisa. Dengar je nama Fang Hali rasa dirinya gementar. Teringat pergaduhan antara dia dan Fang dulu. Sampaikan dipanggil oleh Pengetua sendiri sebab berebut Gempa punya pasal.
Ais: JAWAB HALI!
Tengkingan Ais menyebabkan lamunan Hali terhenti separuh jalan. Hali terkejut sampai terhinjut bahunya.
Hali: Uuhh...ak-aku....
???: Hali? Hali ke tu?
Tiba-tiba ada orang datang menyampuk. Suara gadis. Pantas Hali dan Ais berpaling untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilnya. Rupanya dia ialah Rin. Panjang umur.
Rin: Kenapa ni? Korang bergaduh ke?
Hali: T-tak! K-kitorang...
Rin pun berjalan mendekati Ais dan tenung Ais. Ais spechless sekejap. Siapa ni?
Rin: Peliknya Gempa hari ni. Kenapa dengan mood awak ni? ABC ke? (tertukar orang)
Ais: Eh?
Hali: Eh?
Mak cik yang jual ikan: Eh?
Mak cik yang jual sayur: Eh?
Rin: Eh?
Habis semua orang yang berdekatan diorang be-Eh belaka. (takde kerja lain ka?) Hali baru tertangkap yang Rin rupanya tersalah orang. Nak tergelak dia dibuatnya melihat Rin begitu yakin bercakap dengan Ais yang dianggap sebagai 'Gempa'.
Seperti yang diberitahu sebelum ni dalam chapter lepas. Wajah Ais hampir iras dengan wajah Taufan dan sudah tentulah wajah Ais juga ada iras Gempa. Cuma bezanya Ais dengan Taufan dan Gempa ialah mata Ais sedikit kuyu sebab mengantuk dan percakapannya lembut dan datar sahaja.
Ais menghela nafas. Ni lagi sorang. Entah siapa tak kenal tapi tiba-tiba datang menyampuk. Salam mana salam? Geram juga aku dengan dia ni sorang.
Ais melihat gadis itu atas bawah. Berbaju kurung. Bertudung. Hampir sama dengan cara pemakaian Gempa tapi baju gadis ini nampak ketat sikit dan tudungnya sedikit singkat.
Ais: Maaf cik. Saya rasa awak silap orang. Nama saya Aishah Amira dan awak boleh panggil saya Ais je. Cik ni siapa?
(Sempat lagi aku merapu doohh! X"D Aishah? Amboi dah kelentong dah ni! X'D)
Rin: Oh? Orang lain. Ingatkan Gempa jadi sebab tulah saya pelik tengok Cik Ais dan Hali ni bergaduh. Nama saya Syazrin tapi Cik Ais boleh panggil saya Rin je. ^^
(Again pabila Kak Zie merapu...X"D)
Hali? Ais tertangkap panggilan Rin kepada Hali. Ouh..jadi dia nilah yang dikatan hubungannya rapat 'sangat' dengan Hali, ya??
Ais menjeling Hali sekilas dan kembali memandang Rin dengan senyuman. Tau2 lah senyuman fake kan? Hali yang sedari tadi melihat tertangkap jelingan Ais tadi. Dan dia faham apa maksudnya dari jelingan itu.
Ais: Boleh saya tahu? Awak ada apa2 hubungan ke dengan Hali?
Rin: Eh? Hubungan. Tak, kami kawan biasa je. ^^ Sebenarnya Hali ni-
Tiba-tiba nada dering dari telefon Ais berbunyi memainkan lagu 'AnpanMan' dari BTS. Dah takde lagu lain ke? Cepat2 Ais ambil telefonnya sambil menahan malu. Ni mesti Blaze yang ubah ni! Tak berguna punya jantan! Hali dan Rin hanya menahan gelak sebab tak nak dilepuk oleh inspektor depan diorang ni.
Ais: Helo? Gempa?
Rupanya yang menelefon Ais tadi ialah Gempa. Hali yang mendapat tahu Gempa yang menelefon Ais sedikit cemburu. Kenapa Gempa tak telefon je dia? Takkanlah sebab Gempa tak boleh nak maafkan Hali, Gempa dah tak nak bercakap dengan dia?
Hali: "Apsal ngan aku ni? Takkan sebab Ais yang Gempa telefon pun aku nak jeles? Tapi...kalau dengan bakal adik ipar sendiri pun aku nak jeles ni apatah lagi kalau Gempa bersama dengan Fang? Fikir benda macam ni pun dah buat aku pedih, Gempa."
Hali menunduk dengan mata layu. Ah, sakitnya bila diingatkan ayat Ais tadi. Rin yang menjadi tukang perhati hanya diam melihat Hali. Dia faham maksud di sebalik wajah Hali. Memang betul cinta Hali pada Gempa sangat kuat. Jadi, mesti tiada siapa yang dapat rampas Gempa atau Hali sendiri dari hubungan diorang ni. Rin tersenyum senang.
Ais: Aku dekat kawasan jual makanan ni. Ya, yang jual lauk pauk ni. Ok, aku tunggu kau kat sini, ya?
Ais mematikan panggilan. Dia memandang Hali yang masih dengan wajahnya yang sedikit kecewa. Ais hanya menghelas nafas. Nampaknya dia dah jumpa jawapannya. Ais tersenyum.
Gempa: Ais! (melambaikan tangan sambil berlari mendapatkan Hali dan Ais)
Setibanya Gempa di tempat mereka. Gempa berhenti sekejap sambil tercungap-cungap kecil. Dia terpandang susuk tubuh seseorang. Rin.
Gempa: Hai, Rin! Beli makanan berbuka juga ke?
Rin: Ha'a. (senyum) Gempa dah tau malam ni tak jadi buat moreh?
Gempa: Eh? Kenapa pula? OAO
Rin: Tok Imam dan bilal ada hal. Lagipun juadah malam ni tak cukup sebab Mak Cik Siah jatuh sakit.
Gempa: Lhaa...yeke? Hmm..takpelah. Lagipun juadah untuk kitorang makan malam ni dah ada. Tunggu masak je. Oh? Rin dah kenal Ais?
Gempa bertanyakan soalan sambil menunjuk-nunjuk Ais. Rin senyum dan mengangguk.
Hali: Dah, sudah-sudahlah membawang. Jom balik. (ambil barang dari Gempa)
Hali tiba-tiba menyampuk. Pantas barang di tangan Gempa diambilnya dan dibawa menuju ke kereta. Gempa yang kaget cepat2 ikut Hali dari belakang.
Gempa: H-Halilintar! Biarlah aku bawak! (kejar Hali)
Kini hanya tinggal Ais dan Rin sahaja. Ais juga ingin meminta diri untuk pergi tapi sempat dihalang oleh Rin.
Rin: Err...Cik Ais! Saya ada sesuatu nak cakap ni.
Ais berhenti melangkah. Dia berpaling menghadap Rin. Rin menarik nafas dalam sebelum dia berkata-kata.
Rin: Saya harap...Cik Ais tidak salah faham dengan hubungan saya dan Hali. Kami kawan baik saja. Lagipun, Hali ada minta tolong sesuatu.
Ais hairan. Tak pernah Hali minta tolong sesiapa dalam buat sesuatu. Lebih-lebih lagi perempuan. Pelik.
Ais: Tolong apa?
Rin: Tolong rapatkan hubungan Gempa dengan Hali. Dengan cara buat Gempa cemburu. Itu je.
Ais: Owh...takpe. Saya tak kisah. Tapi saya harap awak tak akan buatnya lagi selepas ini. Sebab...saya rasa Gempa bukan jenis cepat melenting bila cemburu. Dia selalu pendamkan masalah dan biarkan dirinya terluka. (tepuk bahu Rin) Saya berharap Rin faham ya? Gempa bukan gadis seperti itu. Dia lebih lagi.
Usai bercakap. Ais pun berjalan pergi meninggalkan Rin. Rin hanya diam seribu bahasa. Faham apa yang dimaksudkan Ais tadi. Lepas ni dia nak Hali sendiri yang cari jalan mendekati Gempa. Dia tekad.
.
.
.
.
.
Di tempat HaliGem
Hali meletakkan barang-barang di dalam bonet kereta. Gempa ada tolong sedikit itupun ada yang dihalang oleh Hali. Gempa hairan dengan tingkah laku Hali. Kenapa dengan Hali ni?
Gempa: Halilintar, kenapa dengan kau ni? Pelik je aku tengok.
Hali mendiamkan diri. Dia cuba menahan amarah dan kesedihannya dari dilepaskan kepada Gempa. Tak nak kata-katanya nanti menyebabkan Gempa terasa hati.
Gempa: Hey? Kau okay ke tak ni?
Diam. Itu jawapan yang Gempa dapat. Gempa menghela nafas kesal. Tanpa banyak cakap Gempa berjalan ke arah tempat duduk belakang. Membuka pintu dan masuk ke dalam. Tetapi belum sempat Gempa menutup pintu ada orang yang menyekat pintu. Gempa sedikit terkejut dan melihat siapa yang halang. Hali?
Hali memberikan reaksi wajah yang seolah-olah dia sedang menahan 1 perasaan yang amat berat. Namun Gempa tidak memahaminya. Apa yang Gempa faham sekarang dia tengah takut. Iyalah! Kat tempat parking ni tempat sedikit sunyi dan berada di hujung pasar. Lebih teruk hanya kereta sahaja yang menemani mereka sekarang.
Gempa: K-kenapa dengan kau ni? /////
Hali: Gempa, kalau aku tanya kau ni, aku harap kau jujur dengan aku.
Gempa hairan. Alisnya terangkat sebelah. Namun tanpa banyak soal Gempa menggangguk setuju. Hali mengehela nafas berat. Patut tak dia tanya? Ah, tanyalah! Biar dia dapat lari dari perasaan ini!
Hali: Kau...kau dulu pernah suka Fang tak?
Gempa diam. Kenapa tiba-tiba keluar topik Fang ni? Sudah sekian lama mereka berpisah baru hari ini Gempa teringatkan Fang. Apa-apa pun jawab soalan Hali dulu.
Gempa: Tak. Tak pernah.
Hali menghela nafas lega. Dia tersenyum. Namun senyumannya sekejap sahaja bila dia teringat kata-kata Ais tadi.
Hali: Kalau...aku tinggalkan kau atau dah lupakan kau..kau akan pergi kepada Fang tak?
Hali bertanya penuh berharap. "Tolonglah cakap yang kau nak bersama aku! Aku...aku sangat risau..." Hali menanti jawapan Gempa dengan penuh kepercayaan.
Gempa memandang iris ruby Hali. Wajah Hali yang dikenakan topi berlogo petir itu sungguh membuatkan jantung Gempa berdegup. Dia tidak tahu apa harus cakap tapi memang betul sangkaannya. Sangkaan yang dia selama ini cuba padam tapi masih tersisa.
Gempa merenung wajah Hali lama. Dia tersenyum.
Gempa: Andai aku ditakdirkan untuk bersama Fang aku terima. Andai aku ditakdirkan berpisah dengan kau aku terima. Andai aku harus bersama dengan kau aku terima. Tetapi...andai perasaan aku terhadap kau terpaksa aku lepaskan aku tak dapat menerimanya.
Sebaik mendengar kata-kata Gempa Hali tersenyum senang. Dia sudah mendapat jawapannya. Manakala Gempa yang memandang senyuman Hali pantas mengalihkan pandangan matanya. Malu.
???: Ekhem! Aku mengganggu ke?
Tiba-tiba seseorang menyapa mereka dari belakang. Pantas Hali menoleh dan melihat orang di belakangnya diikuti Gempa mengintai dari sisi Hali. Rupanya Ais. Tangan kirinya dipegang sayur yang dibeli tadi dan tangan kanan pula sedang merakam Hali dan Gempa. Mungkin sempat dia tengok dan rakam babak HaliGem tadi.
Hali dan Gempa pantas kembali ke asal dan buat apa yang patut. Nak cover malu.
Hali berjalan meninggalkan Gempa dan menuju ke arah tempat memandu manakala Gempa menutup pintu. Ais menggeleng kepala melihat telatah 'senior' yang kurang matang di depannya itu.
Sejurus semua masuk, Hali pun menghidupkan enjin pacuan empat rodanya dan keluar dari parking dan memandu pulang ke rumah Tok Aba untuk bersiap berbuka.
.
.
.
.
.
Setibanya di rumah.
Apabila pacuan empat roda Hali tiba di rumah, mereka bertiga disambut riang oleh trio Solar, Blaze dan Thorn. Blaze dan Thorn berlari anak ke arah Ais dan Gempa manakala Solar sedang berbual rancak dengan Tok Aba yang baru pulang dari tempat kerja.
Thorn: Yay! Balik pun korang! Ingatkan dah tak ingat rumah dah.
Ais: Mana ada...ni 2 manusia bernyawa ni ada date kejap nak diisi. (menjeling ke arah Hali dan Gempa)
Hali&Gem: 0/////0
Blaze: (meletakkan siku di atas bahu Ais) Jadi? Ada sesuatu menarik sepanjang korang shopping ni?
Ais: (turunkan tangan Blaze) Takdelah menarik sangat. But I've got something might help us about this man and this woman. (tunjuk dekat Hali&Gempa)
Blaze: (patah hati) ...K... :')
Solar: Lol.
Hali: Dah...takyah cakap banyak. Ni Aze dan Solar, tolong aku angkut barang ni bawa naik ke dapur.
Blaze: Ai ai nii-chan! *abang (tabik hormat)
Solar: Okay. (bangun dan pergi ke bonet kereta)
Sementara 3 beradik hot tu sedang mengangkut barang keluar dari bonet kereta, Gempa mengajak Ais dan Thorn naik terlebih dahulu untuk solat Asar. Tok Aba hanya memerhatikan sahaja orang muda buat kerja. Nasib baik diorang balik. Taklah sunyi raya esok dan bolehlah Tok Aba rilek2 biar diorang buat kerja.
.
.
.
.
.
Selesai sahaja Gempa, Ais dan Thorn solat, mereka terus berjalan menuju ke dapur untuk mula memasak. Namun sewaktu mereka menjenguk ke dapur, mereka ternampak 3 beradik hot sedang berbual dan mereka seolah sedang berbincang sesuatu.
Hali: Aze, nanti kau ikut aku pergi ambil buluh kat hutan ek?
Blaze: Nak buat apa?
Solar: Ha! Mesti nak buat lemang kan?
Hali: Mestilah! Kita raya ni kenalah cukup semuanya! Barulah betul kemenangan namanya!
Blaze: Tapi...buluh macam mana nak kena ambil supaya nak kasi lemang tu sedap dimakan?
Krikk..krikk...
Pertanyaan Blaze membuatkan Hali buntu. Betul juga. Nak ambil buluh mana nak kasi lemang tu sedap? Haih..Hali. Jangan cakap jenis buluh yang sesuai dimasak lemang. Sebenarnya cara masak dan bahan nak masak pun dia tak tahu sebenarnya. Cakap dan rancang je lebih.
Hali: Err....k-kita ambil rebung jelah!
???: Kalau tak tahu cakap jelah.
Mendengar sindiran seseorang dari belakang pantas membuatkan 3 beradik hot berpaling. Rupanya Ais yang cakap. Diikuti Gempa dan Thorn dari belakang. 3 gadis tersebut berjalan menuju ke arah 3 beradik hot tersebut.
Blaze: Awak ajarlah saya~ nanti saya boleh tebang buluh untuk awak~
Ais: Gediklah! Aish! Macam ni. Dalam nak pilih buluh untuk lemang tu pastikan buluh tak terlalu tebal sebab nanti nasi kat dalam tak dapat masak dengan cepat, tunggu buluh rentung dan hitam legam macam hati Blaze baru masak.
Blaze: Allahu...hinanya diriku ini...QAQ
Solar: Lol...
Ais: Dan tak boleh terlalu nipis, kalau tak nanti cepat hancur dan meletup, tak pasal-pasal rugi beras. Asalkan tak meletup macam Hali tengah marah sudah.
Hali: Kau pernah rasa renjatan petir tak? =-=* Tak berguna punya makeluk!
Blaze: Habistu? Nak tau macam mana dia nipis ke tebal?
Ais: Ketuk buluh macam kau kena ketuk kepala oleh Hali.
Hali&Blaze: Boleh tak kau stop pakai kitorang sebagai contoh?! =^='
Gempa: Dah-dah...! Korang bertiga pergi cepat. Ni kitorang nak masak pula. Dan Halilintar, jaga adik kau baik-baik. Walaupun dah besar perangai diorang entah apa-apa lagi. Macam kaulah.
ZASSS~!!!
Bagai dipotong pisau yang tajam. Ayat Gempa menyakitkan betul. Sabar jelah Hali. Bakal bini kau jugak nanti. Dah mencurah-curah dah air mata Blaze menangis berlagu tu.
Thorn: Ha'a, bak kata orang putih... Small-small don't die, big-big trouble people.
Solar: Bahasa apa kau pakai ni hah?! =A='
.
.
.
.
.
SKIP TIME WAKTU HAMPIR BERBUKA PUASA
Thorn: Yayyy!! Dah siap pun masak! XD
Ais: Bagus Thorn! Macam nilah bakal isteri Solar!
Thorn: Ehee~ terima kasih! >//w//<
Ais: Eh? Jap...mana Gempa?
Thorn: Oh? Entah.
Tok Aba: Gempa ada kat luar tu hah. Dia cakap dia tengah tunggu Hali dan yang lain balik. Muka dia bukan main risau tu.
Ais dan Thorn berpaling menghadap Tok Aba. Tok Aba yang baru selesai mandi dari masukkan kambing dan lembu ke kandang terus masuk ke dapur. Sejak Tok Aba balik dari kandang lagi Gempa duduk di pondok kecil bawah Pokok Manggis menunggu Hali dan yang lain pulang.
Ais: Hm...betul juga. Sejak dari masuk Asar lagi diorang pergi tak balik-balik. Katanya nak ambil buluh.
Tok Aba: Amboi lamanya. Ni ambil buluh ke tanam buluh ni?
Thorn: Entahlah tok. Tok Aba, macam mana nak buat lemang ekk?
Tok Aba: Ai? Korang sendiri tak tau?
Ais: Ais tau pilihan buluh yang boleh jadikan lemang masak dengan sempurna dan cepat masak je. Cara buat tak tau tok.
Tok Aba: Oooh...yelah. Meh atok terangkan. Duduk dulu.
Thorn dan Ais pun duduk dan bersedia memasang telinga untuk mendengar penerangan cara memasak lemang dari Tok Aba.
To Be Continue~
===========
Hai semua! Lambat kan Kak Zie buat cerita? X'D Aduhai...sejak sebelum bulan puasa tahun lepas lagi cerita ni stay kat bulan puasa. Untungnya bulan puasa diorang lama. :,)
Perasan tak yang sekarang hubungan Halilintar dan Gempa makin baik? Hali pun dah acah-acah sweet giteww~ =w=
Akak tak sabar nak update cerita ni! Harap korang tak kisah menunggu lama ya? ^^ Nah double update khas atas terima kasih menunggu. >w<b
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top