~17~


Chapter 16

Keesokan harinya, seperti biasa Tok Aba akan turun pergi ke syarikatnya untuk melihat perkembangan dan petugas-petugas setianya. Tidak lupa juga dengan Gempa, sejak selesai bersahur dan solat Subuh dan macam-macam tugas dia buat. Mula-mula kemas meja sebaik selepas makan. Lepastu cuci pinggan mangkuk dan cuci baju di bilik mandi. Sebelum Tok Aba pergi kerja Gempa akan sapu rumah dahulu sebelum sapu bawah rumah. Bila Tok Aba pergi kerja, dia akan sidai kain dan sapu bawaH rumah pula. Ya Allah...rajin betul dia ni! OAO'

Gempa: Hari ni nak masak apa ek?? (sapu-sapu sampah)

Ocho: Kak Gempa~ XD

Gempa: Ochobot! ^^ Hai!

Ocho: Assalamualaikum kak. ^w^

Gempa: Wa'alaikumussalam. Kamu takde sekolah ke hari ni?

Ocho: Ish akak ni! =3= Bulan puasa Ocho mesti lah tiada sekolah.

Gempa: Hheheheh...sorry...maklumlah akak dah lama tamat belajar. Dah lupa. ^^'

Ocho: Takpe. Meh Ocho tolong akak.

Serba salah pula dengan pelawaan Ocho itu. Gempa menolak pelawaan Ocho dengan alasan yang Ocho kan kecil lagi. Cepat penat. Lebih-lebih lagi di bulan puasa. Namun Ocho tetap berkeras ingin menolong.

Gempa: Hmmhh..yelah. Tapi kalau penat kamu rehat ya? Nanti tak pasal-pasal naik rumah minum air.

Ocho: Apa Kak Gempa ni. =3= Ocho tengah kuasai puasa! Nak jadi hebat macam watak Boboiboy tu!

Gempa: Hehe...Ocho suka betul dengan citer tu ya? ^^

Ocho: Mestilah kak! Boboiboy tu idola saya! Dan Ocho rasa bertuah sebab kawan kuning dia sama nama dengan Ocho! Ochobot! 0w0b

Gempa: Iyalah dik. ^^ Asalkan kamu dapat jadi budak baik akak tak kisah.

Ocho: Tehee~ xd

.

.

.

.

.

Waktu semakin panas. Matahari pula kini sudah di atas kepala menandakan sekarang waktu tengah hari. Sudah tentu semua orang dah bangun dan mula melakukan tugas masing-masing. Haaa..kecuali satu makhluk ni. Tak bangun lagi dari gelombang mimpi dia. =^='

Gempa: Ya Allah.. mamat ni tak bangun lagi? Nak kena kejut- Uh. Lupa...dia mana wujud dalam dunia aku. Hmmhh...tapi serba salah pula kalau tak kejutkan. Macam mana ni~?? ><" Aha! Lupa pula Ochobot ada dekat sini. ^^' Ochobot~?? (intai bawah rumah)

Ocho: (keluar dari bawah rumah dengan kayu) Ya Kak Gempa?

Gempa: Ya Allah! Tang mana kayu tu? Nanti tercucuk mata kamu. Buang cepat. Akak nak minta kamu tolong kejutkan Abang Halilintar boleh tak?

Ocho: Boleh-boleh! ^w^

Tanpa membuang masa, Ochobot terus berlari-lari anak dan menaiki tangga dengan berhati-hati. Dia menuju ke bilik Hali dan cuba mencapai tombol pintu bilik tersebut. Terkapai-kapai dibuatnya untuk berusaha membuka pintu tersebut. Dan setelah penat bertungkus-lumus, dia akhirnya berjaya membuka pintu bilik tersebut.

Klik!

Ochobot mendapati bahawa Hali masih tidur dengan berdakap bantal busuk. Dengan air liur melelh, rambut kusut-masai, baju terselak dan habis bantal dan selimut berterabur tak kira di atas atau di bawah katil.

Ocho: "Macam ni ke nak jadi suami Kak Gempa. Jauh bertentangan perangai diorang. =^='"

(Author: See Hali?! Budak pun cakap ko camtu! X"D)

(Hali: Amboi kau! Kau yang taip, mestilah dia akan fikir camtu!)

Malas nak ambil masa yang lama, Ocho terus menghampiri Hali dan menggoncangkan badan Hali dengan kuat sambil berusaha membangunkan Hali.

Ocho: Abang Hali, bangun~!!

Hali: Nnggh~!! Nantilah...5 minit lagi... (separuh sedar)

Ocho: "Tak boleh jadi ni..." Abang Hali, cepat bangun! Nanti lewat nak ke sekolah!

Hali: Alaahh...tak mo lah pi sekolah~!! Kerja sekolah tak siap lagi. Nanti kena rotan dengan Cikgu Gopal. (menolak Ochobot)

Ocho: Ish...kalahkan budak! =^='

Tak nak mengaku kalah, Ochobot terus menaiki badan Hali dengan sekuatnya untuk membangunkan Hali. Namun percubaannya percuma sahaja. Masih lagi dengan sia-sia.

Ochobot tidak berpuas hati. Dia cuba mencari idea untuk bangunkan Hali. Tapi apa? Aha! Apa kata guna idea ni?

Ochobot mendekatkan mulutnya ke telinga Hali dan menjerit sekuat hatinya.

Ocho: Abang!! Bangun abang!! Kak Gempa dah jatuh cinta dengan orang lain!!

Dengar sahaja nama Gempa disebut, terus Hali bangun secara mengejut sehingga menyebabkan Ochobot jatuh dari badannya. Lebih mengejutkan lagi, Hali bingkas bangun dari katil dan ambil tuala untuk mandi.

Ocho: Eh? Abang Hali nak pergi mana?

Hali: Nak bantah perkahwinan diorang lah! Mana Kak Gempa? Hari nike diorang menikah? Dengan siapa diorang menikah? Dekat mana?!

Dengan kalutnya Hali menyuarakan soalan bertubi-tubi kepada Ochobot. Ochobot yang melihat tingkah laku Hali terus tergelak. Ni memang tak mature ni! Tapi...apa salahnya kalau tipu dia kan? (Oit! Bulan puasa!)

Ocho: Ha! Kak Gempa dah nak pergi dah tu! Dia ada dekat bawah tu! Cepatlah abang kejar dia! Tak payah mandi. Nanti tak sempat bang! Cepat Abang Hali! Cepat!

Terkejut Hali dibuatnya dengan jawapan yang diberikan oleh budak sikecil-kecil molek tu. Dia tidak menghiraukan rambutnya yang kusut dan muka yang masih separa tidur itu. Dia terus berlari turun dengan baju yang lusuh dan tuala yang disangkut di bahu.

Hali ternampak Gempa yang sedang bersandar di sebatang pokok sambil termenung jauh. Dia bergegas menuju ke arah Gempa dan memeluk Gempa.

(Author: Anak ku~!! Haram!! >A<')

Gempa yang tadi di dalam lautan termenung shock habis dengan tingkah laku Hali. Dah kenapa dengan mamat ni?!

Hali: Gempa!! Aku mintak maaf atas apa kesalahan aku selama ni!! Tolong jangan tinggalkan aku Gempa!

Gempa: Eh?! K-kenapa ni Halilintar?! L-lepaskanlah! /////

Hali: Takkan! Kau kena batalkan perkahwinan kau dengan orang lain! Menikah dengan aku Gempa! Aku janji takkan mainkan perasaan kau! Aku sayang kau Gempa! Aku cintakan kau!!

Gempa masih terkejut dengan tingkahlaku Hali tapi dia tersedar yang Ochobot ada di belakang mereka sedang menahan gelak. Gempa baru faham situasi tersebut. Dia hanya menghela nafas. Nak bergurau pun biarlah kena tempat. ^^'

Gempa: Aish...mana ada aku nak menikah dengan orang lain. Kan aku dah janji yang aku akan menikah dengan kau? Halilintar..hey, sudahlah tu. =^='

Hali pun melepaskan pelukannya. Mukanya macam nak menangis tapi ditahan sahaja untuk jaga macho.

Hali: T-tapi..Ochobot kata...

Tidak dapat menahan lawak, Ochobot terus melepaskan ketawa yang terbaha-bahak. Seronok betul dapat tengok Hali yang macam ni. X'D

Ocho: BwahahaHAHAHhahahaHahaHaA!! X'D Padan muka, kena tipu! X'D

Hali: Ish! Budak ni!! /////

Baru Hali tersedar yang dia sudah dipermainkan oleh seorang budak dengan mudah. Jatuh saham! Dia terus mengejar Ochobot yang melarikan diri. Siap ko! Aku dapat ko, aku lumat-lumat kasi jerung makan!

Gempa: Haih...sudah-sudah! Halilintar, pergi mandi! Dah lah bangun lewat, rambut kusut-masai, baju senget sebelah, muka tak basuh lagi! Haih...pergi mandi! Tuala ada dekat bahu tapi tak bertemu bilik mandi. Cepat mandi! Nanti batal pulak puasa sebab mandi tidak kena waktu.

Mendengar suara tegas Gempa, mereka berdua terus behenti berkejar-kejaran. Hali menggaru-garu kepala menahan malu. Malu weyh! Malu! Tanpa bercakap banyak, dengan pantas kilat Hali naik dan mandi. Kini hanya tinggal Ochobot dan Gempa sahaja.

Gempa hanya mendengus kesal manakala Ochobot leka memandang wajah Gempa.

Ocho: Hm? Kenapa muka akak merah?

Gempa: Eh?! B-bila masa?! ////

Ocho: Tu? Ke..sebab abang Hali peluk dan luahkan perasaan pada akak~?? (sinis)

Gempa: Ish! Budak ni! Pandai ek kamu? //// Dah, jom tolong akak angkat kain.

Ocho: Okay bos!

Mereka berdua pun pergi ke belakang halaman rumah untuk mendapatkan kain jemuran.

.

.

.

.

.

Masa semakin berlalu, matahari kini semakin lama semakin turun di sebalik gunung-ganang dan bukit-bukau di kawasan perkampungan Gempa. Waktu berbuka puasa sudah hampir tiba, kini tiba masanya untuk Gempa menyediakan juadah berbuka puasa.

Tok Aba hari ini pulang awal kerana katanya bisnes Koko Tiam beliau mendapat pengiktirafan sebagai makanan dan minuman yang berkhasiat, rendah kalori dan tidak mudah mendapat penyakit. Bahan-bahan dalam koko Tok Aba juga 100% asli dengan koko. Tanpa bahan pengawet dan tiada gula tambahan. Sungguh hebat!

Untuk meraikan kejayaan tersebut, Tok Aba memberikan pelepasan awal untuk pekerja. Tok Aba juga membawa pulang juadah yang banyak untuk berbuka puasa. Jadi tidak perlulah Gempa bersusah payah memasak lagi.

Gempa: Baiklah, makanan sudah dihidangkan. Tinggal buat air aje. Huh?

Sebaik Gempa meletakkan pinggan nasi, dan ingin membancuh air, dia ternampak Hali keluar dari biliknya dengan berbaju Melayu merah ruby dan songkok ditangannya. Riak wajah Gempa kembali suram. Dia terlupa sekarang Hali semakin menjauh darinya.

Gempa mengalihkan pandangannya dari bertembung wajah dengan Hali dan menyambung aktiviti yang tertangguh.

Suasana sunyi seketika. Namun, tidak lama selepas itu, bunyi tapak kaki kedengaran menandakan seseorang sedang menuruni tangga. Gempa fikir Tok Aba yang baru selesai solat dan baca Al-Quran, jadi dia segera bepaling untuk mempelawa Tok Aba makan.

Gempa: Atok, marilah ma-

Kata-kata Gempa terpotong sebaik sahaja dia berpusing melihat gerangan yang berdiri di belakangnya. Lebih tepat menghala ke arah meja makan. Rupanya gerangan tersebut Hali.

Di fikiran Gempa mula keluar beribu persoalan. Namun Gempa mematangkan diri untuk bertanya.

Gempa: Apa kau buat dekat sini Halilintar?

Hali: Ape? Salah ke aku nak makan dekat sini?

Gempa: Adak e aku ajak kau makan sini? Takde kan?

Hali: Heh, marah nampak. Dah takde dah panggilan mesra2 macam dulu. Saya awak, Hali bagai. Dah kemana?

Gempa: Suka hati akulah! Kau tu? Apsal tak lepak dengan 'makwe' baru kau? Kawano rang ada hati nak pikat. Baik aku mati je gantikan Kak Taufan. Biar Kak Taufan sendiri tengok laki dia ni perangai entah apa2!

Hali: Perlu ke kau nak ungkit balik pasal kisah silam tu?

Gempa: Eh? Perlulah! Yang kau ungkit juga tanya mana Gempa dulu tu boleh pulak?

Hali mula mendengus geram. Nak berkasar, perempuan. Tapi 'perempuan' macam Gempa pun, seni mempertahankan diri penuh di dada. Macam Hinata dalam watak Naruto tu. Nampak je lembut, ayu, bajet gdis melayu terakhir. Sekali angkat tangan, pakat baca Yasiin belaka.

Hali: Satu perkara ekk? Aku tak bercinta pun. Buang masa buat semua tu.

Gempa: Oh, jadi selama ni kau couple ngan Kak Taufan tu semata nak buang masa lah?!

Hali: Kalau 'ya'?

Mendengar 'kejujuran' yang keluar dari mulut Hali, darah Gempa mula menggelegak, Oh, jadi selama ni kau main2 jelah dengan kakak aku ya?!

Gempa: Aku menyesal beribu kali kenal kau! Dasar buaya darat bertopengkan manusia!! AKU NAK KAU BALIK SEBELUM ESOK!!

Hali: BALIK SEKARANG PUN BOLEH LAH!

Gempa: Jadi BALIK AH! KAU TUNGGU APA LAGI?!

Mendengar kecoh2 di dapur, Tok Aba cepat2 berlari menuju ke dapur. Tapi belum sempat 10 langkah Tok Aba dengar bunyi tamparan kuat hinggap di pipi seseorang.

PANG!! //bukan Fang ya anak2? X'D

Dan tidak lama selepas itu, Gempa naik dan berlari masuk ke dalam bilik sambil menyapu pipinya yang dibasahi air mata. Pipinya juga terlihat sedikit kemerahan. Tok Aba hanya mampu tercegat tidak dapat menghitung keadaan. Tapi dengan cepat2 Tok Aba berlari ke dapur dan melihat Hali yang membelakangi Tok Aba sedang berdiri sambil menunduk.

To Be Continue~

=============================

Gosh! Tak sabar nak terus sambung citer ni! Best lah buat!! XD Korang tunggu dengan sabar ya? >w0b

Oh ya! Akak kena  hiatus ni! Ada sebab tertentu. Nanti akak update ya? ^^/

Bye~ >3<

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top