~16~

Chapter 15

Hari demi hari berlalu. Dan hubungan antara Hali dan Rin semakin rapat. Hali setiap hari ke rumah Rin tolong apa yang patut. Dia juga tidak jemu memberikan buah tangan kepada ibu Rin. Ibu Rind an Ochobot juga tidak jemu melayan Hali. Sifat Hali yang pendiam tetapi peramah membuat mereka lebih gemar Hali datang ke mari. Kadang-kadang Hali akan datang berbuka juga bersama dan pulang ke rumah Tok Aba semula selepas solat terawih. Semua masalah Hali, dia akan ceritakan kepada Rin. Sebab itulah hubungan mereka makin rapat.

Tok Aba yang hanya diam memerhati hairan dengan 2 budak ni. Sebabnya..Gempa juga tidak menghiraukan Hali. Malah hanya duduk di pondok kecil di belakang rumah Tok Aba sambil melihat pemandangan sawah padi yang menghijau dan sibuk layan hp nya iaitu layan digitial Art Ibis Paintx.

(Amboi kau...dah macam Ani dah akak tengok. =^=')

Lebih kurang beberapa minggu lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Gempa seperti biasa akan memasak juadah berbuka puasa. Dia cepat2 ke dapur sebaik sahaja selesai solat Asar.

Gempa: "Nak masak apa hari ni? Stim? Tom Yam Seafood? Apa ek?" 0v0' (masuk ke dapur) (bukak peti ais) " Huh? Alamak...kurma dan bahan2 nak memasak dah habis! 0-0' Tinggal kuih akok semalam je! Nak pergi beli ke? Atok tak balik lagi. Hmm...telefon Hali je lah!"

Sejurus tutup peti, Gempa cepat2 keluar dari dapur dan menuju ke biliknya. Langkah tangga dinaiki dengan berhati-hati agar tidak terjatuh. Namun, dia telah teringat sesuatu. Hali sedang bersama Rin.

Gempa: Iyalah..takkan aku nak ganggu diorang? Hmmh..kena pergi sendiri gamaknya. (lari masuk ke dalam bilik)

.

.

.

.

.

.

DI PASAR

Gempa berjalan-jalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Menu yang dijual di pasar malam minggu itu sungguh menyelerakan! Macam-macam jenis makanan ada di pasar tersebut.

Gempa: "Nak beli apa ya?" (tengok2 lauk pauk)

???: Eh? Gempa ke?

Gempa segera berpaling ke arah suara yang memanggil namanya tadi. Rupanya mak cik yang pernah datang ke malam hari lalu.

Gempa: Mak Cik Ina. Beli lauk juga ke? ^^

M. Ina: Ha'a. Mak cik tak tahu nak masak apa hari ni. Jadi meh sini lah. Siapa ada kat rumah? Bakal laki kamu mana?

Gempa: Err..Tok Aba tak balik lagi. ^^' Ah, saya nak kena cepat ni. Tak de apa2 kat rumah. Sebab tu lah datang ni. S-saya gerak dulu ya mak cik? Assalamualaikum. (salam dengan Mak Cik Ina)

M. Ina: Waalaikumussalam...0-0'

Dengan tergesa-gesa Gempa berjalan laju2 meninggalkan Mak Cik Ina yang masih terpinga-pinga.

.

.

.

.

.

Gempa: Okay. Alhamdulillah..semua sudah dibeli. Tinggal balik rumah je.

'Di Bawah~ Langit Yang Sama Kita..Bergandingan~'

Gempa: Siapa pula yang telefon time camni? (ambil fon dari poket)

Gempa menatap skrin telefon miliknya dan di situ tertera nama Thorn. Telefon pintarnya digeset ke 'JAWAB' lalu meletakkan telefonnya di telinga.

Gempa: Helo. Assalamualaikum?

[Thorn: Gempa~!!! Aku rindu kau~!! QAQ]

Gempa: Ya Allah, Thorn. Kot ya pun jawab salam dulu! ^^"

[Thorn: Oh? Eheehehe...Waalaikumussalam.]

Gempa: Hah, kenapa call ni?

'Thorn: Rindu kau lah~! QAQ'

Gempa: ...And? ^^'

[Thorn: Tu je lah. ^w^]

Gempa: Ya Allah...Thorn! ^^' Dah kenapa ngan kawan aku sorang ni? ^^*

[Thorn: Ehe~ Jangan marah Gem-chan. X3 Saya ada benda nak beritahu ni! XD]

Gempa: Ha, apa dia?

[Thorn: Ais cakap yang dia dah jumpa wedding planner untuk awak dan Hali. ^w^]

Gempa: Ooohh...ye..ke? ^^'

[Thorn: Hm? Macam pelik je bunyinya. Awak tak excited ke? 0^0']

Gempa: Huh? Oh! Taklah. ^^' Cuma saya tak pernah alami dunia percintaan ni. Agak kekok sikit. Paling saya gelisah dah tak lama nak menginjak ke dunia rumah tangga. Itu je. ^^'

[Thorn: Alaah~ tenanglah. Rileks. ^w^ Solar pernah ceritakan konsep rumah tangga ni. Kalau ke2 belah pihak iaitu suami dan isteri saling memahami antara satu sama lain, mesti rumah tangga akan berjalan lancar punya. InsyaAllah saya doakan rumah tangga awak dan Hali akan kekal hingga ke Jannah. ^^ Aamiinn...]

Gempa: ... (senyum) Terima kasih Thorn. Bangga dan syukur saya dapat kawan macam awak. ^^

[Thorn: Sama-sama Gem-chan. X3 Solar dah panggil ni. Kitorang akan berbuka dah tak lama lagi. Pergi dulu. Assalamualaikum]

Gempa: Wa'alaikumussalam.

Gempa's POV

Panggilan telefon dimatikan. Aku menghela nafas. Kan bagus apa yang dikatakan Thorn tu betul. Maksud aku...'Kalau ke2 belah pasangan itu saling memahami dan menghormati. Pasti hubungan yang hampir atau dah runtuh pun dapat dibina balik. Nasib kaulah Gempa. Ni janji arwah Kak Taufan. Apa boleh buat? Hentam sajalah~ =^='

Gempa: Alamak! Dah nak dekat berbuka puasa! Mesti Tok Aba dah balik ni! (lari2 anak)

Aku berlari dengan tercungap-cungap. Nak cepat macam mana pun tingkah laku kenalah jaga kan? Takut2 tudung ni terlonggar dan tercabut katakana. Ceh, bajet gadis melayu terakhir konon. X'd

Dalam sekerat perjalanan, aku terserempak dengan gangster kampung. Uuhh...seingat aku waktu kecil2 dulu masa pulang kampung bersama arwah mak, ayah dan Kak Taufan, diorang nilah yang selalu ganggu Kak Taufan. Nasib baiklah aku ada dan tolong.

Tapi..

Kenapa diorang sekarang dah bertubuh tegap belaka ni? =^='

???: Eh? Gempa ke tu? Wah wah~ makin cantik kau sekarang. (ternampak Gempa dan berjalan mendekati Gempa)

Aku kena buat2 tak nampak dan kena pergi dari sini cepat! Haih...sepatutnya aku ambil jalan jauh supaya tak terserempak ngan diorang. Menyesal pulak. Nasib kau tanah. qAq'

???: Alaaa~ nak pergi mana tu? Meh lah lepak ngan kitorang~ (tarik tangan Gempa)

Ish! Makhluk ni! Dah tau kau tu tak menarik faham jelah! Aku cuba menepis tetapi genggaman dia makin kuat. Ermin. Ya, nama dia Ermin. Ketua gangster kampung. Sebenarnya masih ramai geng dia tapi 3 orang je ada. Selalu bersama 3 sahabat ni.

Gempa: Ermin! Lepaskanlah! Jangan suka suki kau je nak sentuh orang boleh tak?!

Ermin: Kenapa? Aku dah tak boleh pegang kau macam dulu ke? Kan kita selalu main sebelum kau masuk sekolah rendah? Dah tak ingat ke?!!

???: Bos! Jangan camtu!

Ermin: Ah! Kau diam Badrol! Ini adalah urusan antara aku dan dia!

Badrol: Tapi Ermin! Kau berkasar dengan dia!

???: Ya Ermin! Kita dalam bulan puasa kot!

Ermin: Weyh, ape aku kisah bulan puasa ke bulan bulan hantu ke? Ini urusan aku dan dia. Kau tak payah lah nak syarahan lebih kat aku Irfan. Tak penting semua tu! Kalau korang masuk campur, siap korang!

Wuih! Kasarnya mamat ni! 0-0' Sampai kawan-kawan dia takut. No wonder lah dia digelar ketua gangster. Berbeza betul perwatakan dia dulu dan sekarang.

Waktu aku kecil selalu arwah mak ayah bawak balik kampung. Ermin selalu luangkan masa bersama aku dan arwah Kak Taufan. Perangai dia jauh berbeza dengan sekarang. Mungkin...dia masih berdendam dengan aku dulu kot.

FLASHBACK

Ermin: Huff! Huff! Gempa~!! Taufan~!! Help!! >A<' (terkapai-kapai dalam air)

Gempa: Huh?! Ya Allah Ermin!! Dah kenapa ngan kau dalam air tu?!

Taufan: Yang tu fikir kemudian! Jom selamatkan dia dulu! (mendekati Ermin)

Waktu umur kami baru saja nak masuk 8 tahun. Hubungan kami sangat rapat. Kami akan lakukan apa sahaja yang kami inginkan. Ermin waktu itu selalu sertai silat. Jadi setiap kali aku dan Kak Taufan lapang, kami akan jenguk dia di tapak latihan.

Aku juga perasan, ada sebab lain juga kenapa Ermin rapat dengan kitorang. Dia sukakan Kak Taufan. Tapi waktu terakhir hari kami akan pulang ke bandar, dia ada latihan. Kak Taufan tak sempat nak jenguk sebab dia tak kemas barang lagi. Jadi aku yang lapang pergi jenguk dia di padang silat sebaik sahaja selepas meminta izin dari mak dan ayah.

Di Padang Silat

Gempa: Hai Ermin. ^^ Tengah rehat ke?

Ermin: Oh? Gempa. Yo! Ha'a. Mana Taufan?

Gempa: Dia sedang kemas barang.

Ermin: Huh? Untuk?

Gempa: Oh? Kitorang lupa nak beritahu ke? Kan cuti sekolah dah nak habis. Jadi, kitorang dah kena pulang ke bandar.

Aku perasan riak wajah Ermin berubah. Mungkin dia terkejut sebab tiba-tiba dengar kami akan balik dah. Melalui riak wajah dia aku faham yang dia ingin kejar Kak Taufan tapi belum sempat dia bangun, aku sudah bersuara.

Gempa: Ermin, aku rasa tak payahlah kau nak taruh perasaan pada Kak Taufan. Aku tak rasa dia akan terima kau lebih dari kawan. Lagipun, kau sanggup ke bercinta jarak jauh? Maaf atas apa yang aku katakana tapi...kau tak layak untuk Kak Taufan. (bangun)

Tanpa memberi salam, aku berlalu pergi. Aku tersedar bahawa apa yang aku katakana ni teruk. Aku cemburu dengan Kak Taufan yang sering disukai ramai. Berbeza dengan aku yang pendiam dan hanya melekat dengan buku. Aku tidak gemar bergaul rapat dengan semua orang. Sebab itulah tidak ramai kawan yang aku ada. Kalau ada pun Kak Taufan, Rin dan Ermin je.

Maafkan aku Ermin. Orang macam aku ni tak layak cakap kat kau macam tu dan tak layak untuk berada di antara hubungan kau dan Kak Taufan.

END OF FLASHBACK

Ermin: Woi perempuan?! Dengar tak?!

Aku terkejut dan tersedar dari lamunan. Ermin menjerkah aku dengan kata-kata kasar.

Gempa: Ermin! Lepaskanlah! Apa yang tak kena dengan kau ni hah?!!

Ermin: Owh, takde apa-apa. Cuma nak balas dendam kat kau. Tu je...(smirk)

Embun peluh mula keluar dari tengkuk aku yang berselindung dengan tudung emas. Dah agak. Dia mesti teringatkan kisah dulu.

Ermin: Meh, aku ajar kau macam mana aku lalui dulu! (angkat tangan)

Aku dapat agak apa yang Ermin akan buat kepada aku. Dia ingin memukul aku! Kawan-kawan dia tak dapat tolong. Sudah tentulah sebab takut dengan Ermin yang pandai bersilat.

Tapi belum sempat tangan Ermin mendarat di wajah aku, cahaya kereta jelas terlihat di sisi kami dan bunyi brek kereta jelas kedengaran.

SKRrrRREEEeeTTTtttt~!!!!

Gempa's POV END

.

.

.

.

.

.

Sebelum itu...

Hali baru sahaja pulang dari rumah Rin. Dia membawa pacuan empat roda merahnya menuju ke rumah Tok Aba. Dah beberapa hari dia tak berbuka puasa di rumah Tok Aba. Harap Gempa tak berkecil hati.

Sebenarnya sepanjang Hali bersama Rin bukan bermaksud dia suka pada Rin tetapi dia ingin meminta pertolongan Rin untuk mendekatkan dirinya dengan Gempa.

Gempa seorang yang pendiam dan lebih rela berseorangan buat kerja daripada bergaul rapat dengan orang lain kecuali saudara rapat.

Memandangkan Hali tidak ada apa2 kaitan dengan Gempa selain status 'boyfriend' arwah Taufan, jadi dia tidak tahu bagaimana hendak bergaul dengan Gempa.

Nak ambil hati Gempa pun dia tak tahu...=^='

Jadi, sebab itulah dia berjauhan daripada Gempa buat sementara. Nasib baik Rin ada dan sudi menolong Hali selepas penerangan Hali.

FLASHBACK

Ingat lagi tak sewaktu malam solat untuk arwah Taufan? Sewaktu Hali haling Gempa dan tolong Rin bawa kawah besar tu. Haa...waktu tulah!

Hali: Rin, aku nak minta tolong kau kejap.

Rin: Huh? Kejap tu berapa lama? =^=' Aku tak sure boleh tolong selagi aku tak tahu apa yang kau nak.

Hali: (sigh) Macam ni. Aku dan Gempa tak pernah berbual sangat sebelum ni. Biasanya arwah yang menjadi antara urusan kami. Jadi, bila nak kena pikat Gempa ni susah sikit. Kau rapat kan dengan dia. Boleh tolong aku?

Rin: Ohooo~ kau ni boleh tahan tsundere jugak. X'D

Hali: Diamlah. Jadi. Kau sudi tak tolong aku?

Rin: Well...demi kawan baik aku. Aku akan tolong kau. But first, kau kena jauh dari dia.

Hali: Huh? Kenapa pula?

Rin: Nak buat dia jeles. Kita uji dulu Gempa tu.

Hali: Kalau dia tak suka aku?

Rin: Nasiblah~

Dan Rin pun meninggalkan Halilintar yang masih terpinga-pinga. Tak boleh jadi ni! Hali mesti buat Gempa jatuh cinta!

END FLASHBACK.

Hali: Assalamualaikum. (menaiki tangga)

Tok Aba: Wa'alaikumussalam. Ha, balik pun kamu. Ingatkan nak berbuka puasa terus dekat rumah Rin tu.

Hali: Hm. Gempa mana tok?

Tok Aba: Tak tahulah. Waktu atok balik tadi pintu dah berkunci. Ingatkan dia pergi rumah Rin juga.

Hali: Mana ada. Dia tak pergi pun.

Tok Aba: Pelik..ataupun...

Hali: Ataupun?!

Tok Aba: Entah-entah dia dah lari kot..? (pura-pura suspen)

Tergamam Hali dibuatnya! Biar betul! Gempa lari?! Hatinya sudah berdegup bagai dipukul gendang. Tolonglah katakana tidak! Ini tidak boleh jadi!

Pantas Hali pusing dan turun dari rumah semula. Keretanya dihidupkan kembali dan dengan pantas lesap dari rumah Tok Aba. Tok Aba hanya memerhatikan pacuan empat roda Hali hilang dari pandangan dengan keluhan.

Tok Aba: Sekali-sekala kena hajor sikit budak ni. (masuk dalam rumah dan tutup pintu)

.

.

.

.

.

Gempa's POV

Jantung aku berdegup kencang dengan situasi yang terjadi sekarang. Tadi Ermin nak pukul aku, sekarang tiba-tiba ada orang berhenti dekat sini. Hero siapa pulak yang datang ni? Aku tak mintak tolong pun. Dengan pacuan empat roda merah yang mewah. Kejap...merah? 0-0'

Hali: (keluar dari kereta) Woi samseng?! Kau nak buat apa pada bakal isteri orang hah?! (tutup pintu kereta dengan kuat)

Hali dengan penuh amarah menghampiri kami berdua. Tangan Ermin yang sedari tadi memegang pergelangan tangan baju aku dilepaskan dengan cara menepis.

Ermin: Hoi, kau sape hah? Dahl ah masuk tak bagi salam. Ada hati nak tiba2 kecam.

Hali: Pekak eh? Aku dah cakap yang dia tu isteri orang. Maksudnya aku ni laki dialah.

Ermin: Sejak bila kau menikah dengan dia? Aku tak nampak pun cincin dekat jari dia. (smirk)

Adehh..Halilintar ni pun pandai jugak. =^=' Nak cakap tu pikir lah dulu. Kan dah terkena batang hidung sendiri.

Hali: Huh! Tak lama lagi aku menikah lah ngan dia! Yang kau ni, takde apa-apa hubungan nak ganggu dia pulak! Apesal?

Ermin: Aku takkan ganggu dia selagi dendam aku tak terbalas! Faham tak?!

Hali: Apa dendam yang kau simpan tu? Cuba kau cakap!

Ermin: Disebabkan minah nilah aku tak dapat nak raih cinta aku pada Taufan! Disebabkan kecuaian dialah Taufan mati kau tahu tak?! Bila dia balik je tau-tau orang kampung cakap yang Taufan dah mati. Kau ni menyusahkan kakak kau je kau tau tak perempuan?!

ZzzZuUUPpp!!!

Terasa seperti jarum menusuk ke hati aku. Benar apa yang dikatakan Ermin. Disebabkan kecuaian aku Kak Taufan mati. Aku tak pandai bertindak semasa kejadian tu. Aku ni...menyusahkan aje.

Hali: Woi, dah takdir dia nak mati. Kau siapa nak tentukan hidup mati dia! Kalau dia hidup pun sekarang,heh.. kau rasa cinta kau tu berbalas tak? (sinis)

Ermin: Hohoho...berani kau?!

Gempa: Sudah! Hentikan!

Ermin&Hali: (terkejut)

Badrol: Dahl ah Ermin. Dah nak berbuka ni! Baik kita balik cepat.

Ermin: Baik..nasib baik aku puasa. Kau siap jantan. Kalau aku dapat kau taulah apa aku nak buat!

Kemudian, Ermin dan kawannya menaiki motosikal dan berlalu pergi. Kini hanya tinggal aku dan Halilintar sahaja.

Hali: Dah, jom kita balik. (buka pintu kereta)

Lelaki tu. Buat aku bertambah benci kepada dia! Dia ni tak habis-habis mainkan perasaan aku! Waktu mula-mula bersungguh nak kahwin, ni pergi lepak rumah anak dara orang! Menyampah lah!

Gempa: Tak nak.

Hali: Apa kau cakap?

Gempa: AKU CAKAP TAK NAK! Tak habis lagi ke nak mainkan perasaan aku?! Mula-mula kau hancurkan hati aku dengan couple ngan Kak Taufan, lepastu bila arwah dah takde kau tiba-tiba nak menikah dengan aku! Dan sekarang kau mainkan perasaan aku dengan pergi bersama kawan baik aku pulak?! Lelaki apa kau ni, hah?!

Dengan pantas Hali menutup pintu keretanya dan melangkah menghampiri aku.

Hali: Gempa...kau tak faham situasi aku! Aku cuba untuk-

Gempa: Cuba untuk apa?! Weyh, kalau kau nak mainkan perasaan aku...baik kau berhenti aje. Kau pikatlah aku dengan ros bagai...aku tak kisah. Tapi kau kena ingat, aku masih anggap kau macam abang aku je. Dan...sebesar zarah pun AKU TETAP TAKKAN JATUH CINTA DENGAN KAU! Faham?!

Tak tahan nak hadap dah muka mamat tu! Aku berlalu pergi meninggalkan dia yang masih berdiri kaku. Aku dah tak kisah. Aku akan anggap dia langsung tak wujud dalam dunia aku! Muktamad!

Gempa's POV END

To Be Continue~

=============================

Omegwad~!! Nampaknya Gempa sudah benci Halilintar! Macam mana ni?! OAO'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top