🌹Special Chapter 1🌹
100 votes + 40 comments
"Sayang!" laung Taehyung sambil kakinya berjalan mencari kelibat isterinya di dalam rumah itu.
"Iya!" balas Eunyoo yang sedang duduk di sofa ruang tamu.
"Lah, kenapa tak siap lagi?" soal Taehyung lalu dia berjalan mendekati Eunyoo.
"Saya tak nak pergilah, tak larat nak jalan" kata Eunyoo sambil mengusap perutnya yang berisi bayi berusia 8 bulan itu.
"Kalau macam tu, saya pun tak nak pergilah" kata Taehyung lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebalahan dengan Eunyoo.
"Eh, jangan nak mengarut, nanti siapa nak ambil pingat tu?" balas Eunyoo.
"Tak apalah, biar je dia duduk dekat situ" ujar Taehyung lalu tangannya mula melingkar di kawasan leher milik Eunyoo.
"Taehyung, pergilah, saya ok je duduk rumah sorang-sorang" balas Eunyoo.
"Sayang, kalau saya pergi, saya akan balik malam tau. Tak akanlah nak tinggal awak sorang sampai malam" kata Taehyung.
"Tapi, Taehyung, awak terpilih untuk dapat pingat pegawai polis terbaik tahun ni, kalau awak tak pergi, nanti apa pegawai atasan lain cakap pula" balas Eunyoo.
"Saya telefon Jungkook dan isteri dia suruh tumpangkan awak?" Taehyung memberi cadangan.
"Awak, Jungkook dan Suyeon tu pergi bercuti dekat Jepun, tak akanlah awak lupa?" balas Eunyoo.
Kim Taehyung menepuk dahinya akibat tertekan melihat kebodohannya sendiri.
"Jadi, macam mana ni?" soal Taehyung.
"Saya boleh tinggal dekat rumah seorang diri, janganlah risau" balas Eunyoo.
Taehyung melepaskan keluhan berat lalu dia berkata "Kalau ada apa-apa telefon saya"
☆☆☆☆
"Taehyung, awak baru call 15 minit lepas" kata Eunyoo di dalam perbualan telefon bersama Taehyung.
"Saya takut awak pengsan tiba-tiba. Oh ya, sayang, saya dah nak sampai rumah ni" balas Taehyung.
"Taklah, janganlah risau, saya tengah masak makan malam ni. Bye!" balas Eunyoo lalu dia mematikan panggilan itu.
Haih, hari ni sahaja dekat 40 kali Taehyung telefon, kalau tak setiap 15 minit, dia telefon setiap 5 minit. Haih!
Eunyoo menutup api dapur masak itu lalu dia mencapai pinggan untuk meletakkan lauk yang dimasak dalam kuali tadi
Eunyoo berjalan menuju ke meja makan untuk menyediakan nasi.
Tiba-tiba bunyi pintu pagar rumahnya dibuka menggunakan kunci.
Eunyoo hanya mengukirkan senyuman lalu dia meletakkan dua butir pinggan berisi nasi di atas meja makan itu.
"Taehyung, saya nak pergi ambil lauk sekejap!" laung Eunyoo dengan harapan Taehyung yang masih di ruang tamu itu dapat mendengarinya.
Baru sahaja Eunyoo ingin menuju semula ke dapur, satu suara asing menegurnya.
"Hei, lama tak jumpa, baguslah suami kau tak ada. Senang kerja aku"
TBC
Surprise!!
Jap, siapa still simpan cerita mengarut ni?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top