9: Kes

200 votes + 30 comments

Taehyung merenung seketika meja kerjanya itu. Fail-fail kes yang sebelum ini sudah dikosongkan.

Hanya tinggal satu sahaja fail yang terletak diatas mejanya. Iaitu, fail kes yang terbaru. Kematian pengarah syarikat beg tangan berjenama di Korea.

Secara umumnya, mayat pengarah syarikat itu dijumpai didalam kereta yang sudah hangus terbakar. 

Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa itu hanyalah satu kemalangan. Tetapi, spekulasi itu masih belum sah jika, pihak polis dan pihak forensik mengesahkannya.

Taehyung berfikir sejenak, maksudnya orang yang mengetuk kuat pintu rumahnya malam tadi ialah orang yang sudah tahu bahawa Kim Taehyung yang akan menguruskan kes ini.

Jikalau Eunyoo tidak menyelamatkan Taehyung semalam. Sudah tentu Taehyung sudah dipenggal kepala atau apa sahaja.


GO EUNYOO POV

Eunyoo mengetatkan ikatan tali dibahagian kepalanya bagi memperkukuhkan penutup mata untuk menutup mata birunya. 

Hal ini, kerana Eunyoo tidak mahu melihat masa depan ketika melakukan kerjanya, dia takut jika langkah yang diambil itu salah, jadi dia lebih selesa bekerja menggunakan kemampuan dirinya sendiri.

Eunyoo membelek bahagian lengan mayat lelaki tua itu dengan berlapikkan sarung tangan getah.

"macam mana? jumpa sesuatu?" tanya Kim Namjoon, selaku rakan sekerja Eunyoo itu yang turut bersama mengendalikan kes ini.

"Dia ada diabetes?" soal Eunyoo.

Namjoon segera membelek helaian kertas yang telah dikepilkan itu bagi mendapatkan jawapan buat pertanyaan Eunyoo itu.

"tak ada" balas Namjoon.

"pihak polis dah sampai?" Eunyoo menyoal lagi.

"Hampir sampai" kata Namjoon.

Eunyoo membuka sarung tangan getah itu.

"kalau dia tak ada diabetes, maksudnya dia tak pernah jalani pembedahan pemotongan jari kaki atau jari tangan" kata Eunyoo.

Namjoon mengangguk setuju.

"tapi, aku check tadi separuh daripada ibu jari sebelah kanannya tidak ada. Dari segi pendarahan akhir tu, bentuknya nampak macam dipotong menggunakan playar muncung tirus" kata Eunyoo sambil berjalan menuju ke pintu keluar daripada bilik mayat itu.

"m-maksudnya, kemungkinan besar, pengarah syarikat tu dibunuh lepas itu ibu jarinya diambil bagi mendapatkan cap jari untuk dokumen-dokumen?" Namjoon mengungkapkan spekulasinya.

"dan mungkin juga, yang kemalangan tu cuma senario disebalik pembunuhan ini" kata Eunyoo.

Pintu bilik mayat itu ditolak lalu Eunyoo melangkah keluar.

Kim Taehyung dan seorang lagi pegawai polis sedang berdiri dihadapan pintu itu, kerana mereka ingin masuk kedalam.

"Taehyung, keluarkan kenyataan kepada media" ujar Eunyoo dengan nada serius.

Taehyung kekal mendengar.

"ini bukan kes kemalangan, ini kes pembunuhan" kata Eunyoo.

Taehyung menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan dengan Eunyoo.

Eunyoo mengerutkan dahinya sedikit akibat pelik dengan tindakan Taehyung itu.

Lalu Eunyoo turut menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan.

"kes ini baru sahaja bermula, begitu juga dengan kita berdua"

TBC

So yeah.. aku siyes busy T-T nak PT3 dah niii, siapa lagi yang masih stay??

jujurlah, cerita ni pelik nak mampus.. mengapa anda terus membaca? aku tak faham betul


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top