7: Jiran
200 votes + 20 comments
"bukankah aku dah cakap, jangan keluar rumah selepas pukul 6 petang" kata Eunyoo sambil menggenggam kemas tangan Taehyung.
Dengan penuh berhati-hati Eunyoo menarik Taehyung supaya kembali stabil.
"T-terima kasih" kata Taehyung.
"sama-sama" balas Eunyoo.
"m-macam mana kau ada dekat sini?" Taehyung menyoal.
"Oh, kau tak tahu ya?" balas Eunyoo.
"tahu apa?" balas Taehyung setelah dia membetulkan bajunya yang tidak teratur itu.
"kita berdua ni... jiran" kata Eunyoo.
"Ha?!" terkejut Taehyung dibuatnya.
"Sejak bila?" Taheyung menyoal lagi.
"tiga tahun lepas" kata Eunyoo.
Dahi Taehyung berkerut apabila dia cuba mengingati. Sejak bila gadis itu menjadi jirannya.
"Dahlah, tak perlu fikir tentang aku. Kau bukannya ambil kisah tentang jiran kau" balas Eunyoo.
Jelas sahaja Taehyung sentiasa sibuk, pergi kerja pagi, pulang malam.
Bila masa nak temu-ramah jiran rumah?
"aku pergi dulu" kata Eunyoo lalu menapak pergi.
"Tunggu!" teriak Taehyung.
Go Eunyoo berpaling kebelakang menghadap Taehyung.
"nama kau siapa sebenarnya?" Taheyung menyoal.
Sudah banyak kali dia terserempak dengan gadis peramal itu. Tidak pernah langsung dia tahu namanya.
"Eunyoo" balasnya.
"Go Eunyoo" sambungnya lagi.
"Err.. kalau tak keberatan. Jemputlah datang rumah aku malam ni. Aku nak masak makan malam tanda berterima kasih dengan kau" kata Taehyung sambil mengusap perlahan belakang tengkuknya.
Eunyoo tersenyum kecil.
"Betul?" Eunyoo menyoal bagi mendapatkan kepastian.
"i-iya, sudah tentu" balas Kim Taehyung.
"Sekarang dah pukul 6.30 petang" balas Eunyoo.
"oh.. mungkin lambat sedikit masa untuk aku siapkan makan malam nanti" balas Taehyung pula.
Eunyoo tergelak kecil lalu berjalan mendekati Taehyung.
"Marilah, aku tolong kau masak sekali" kata Eunyoo.
Taehyung mengukirkan senyuman lebar.
Sejujurnya, sejak kali pertama dia bertemu dengan gadis itu, sudah tertanam perasaan ingin tahu yang mendalam tentang gadis itu.
Manakala, Eunyoo sudah mengenali serba sedikit tentang Taehyung dan dia bukannya orang yang jahat.
Mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah Taehyung melalui pintu belakang, memandangkan kunci pintu rumah utamanya tertinggal di balai polis.
☆☆☆☆
Taehyung memotong lobak itu manakala Eunyoo merebus spaghetti di dalam periuk.
"Taehyung, mana tomato puri?" Eunyoo menyoal.
"cuba tengok dalam almari bawah tu, ada tak?" balas Taehyung.
Eunyoo membongkokkan sedikit tubuhnya bagi melihat dibawah kabinet itu.
"Taehyung, tak ada" balas Eunyoo lalu berpaling menghadap Taehyung.
Secara tidak sengaja, mata mereka berdua bertentangan.
Lantas Eunyoo menutup api gas dan berlari menutup suis lampu rumah Taehyung itu.
Go Eunyoo menarik Taehyung supaya menunduk dan bersembunyi di belakang kabinet itu.
Mata Taehyung membulat luas akibat terkejut dengan tindakan drastik gadis itu.
"shh, diam" arah Eunyoo.
Taehyung mengangguk laju
Tiba-tiba pintu rumah Taehyung diketuk kuat dari luar.
Bertubi-tubi ketukan kuat diberikan.
Setelah beberapa minit, akhirnya ketukan itu berakhir. Orang yang mengetuk pintu rumah itu juga sudah beredar.
Eunyoo melepaskan hembusan nafas lega sebelum wajah Taehyung itu dipandang.
Taehyung juga memandang wajah Eunyoo dengan pandangan yang menginginkan ayat penjelasan.
"Esok, kau akan dapat kes besar"
TBC
Slow update punya tahap, sampai readers pun malas nak tunggu kan?😂
Oh ya, plot cerita sebenar baru sahaja bermula😉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top