5: Burger

80 votes + 20 comments

"k-kau?" Taehyung terkejut apabila dia baru menyedari yang gadis itu merupakan gadis yang meramal tentang kucing tempoh hari.

"wait, korang kenal?" Jungkook menyampuk perbualan mereka.

"whatever, korang nak gaduh. Boleh tinggal sini. Aku nak pergi balai" balas Eunyoo lalu menggapai lembut tangan Saejin.

Mereka berdua melangkah dengan penuh berhati-hati untuk turun kebawah.

Jungkook memberikan pandangan yang tajam terhadap Taehyung yang berdiri disebelahnya.

"Apa pandang-pandang?" balas Taehyung lalu dia mula berjalan mengikuti langkah Eunyoo dan meninggalkan Jungkook di situ.

Jungkook mendongak keatas lalu dia melepaskan keluhan berat.

"Seriously!" Jungkook berteriak kecil.

☆☆☆☆

Go Eunyoo menghempas tubuhnya ke katil empuk miliknya.

Satu keluhan kecil terbit dari bibirnya. Perlahan-lahan dia menyentuh matanya yang sebelah kiri itu. Matanya yang berwarna biru itu.

Tiba-tiba dia teringat sewaktu dia memandang anak mata lelaki anggota polis tadi.

Dengan kadar segera dia bangkit dari baringnya dan berjalan menuju ke tingkap.

"Oh, tidak" dia berkata perlahan apabila melihat ke luar sana.

Seperti yang sudah sedia maklum, Eunyoo dapat meramal masa depan jangka masa pendek dengan hanya melihat anak mata seseorang.

Dan sesuatu yang dia nampak ketika dia merenung anak mata lelaki itu tadi.

☆☆☆☆

Taehyung meraup rambutnya lalu dia bersandar pada kerusinya.

Perutnya sudah mula terasa bahang laparnya.

Dia merenung seketika fail-fail yang terdapat di atas mejanya. Banyak sungguh!

Padahal baru hari kedua dia bekerja disini setelah dipindahkan.

Taehyung menjenguk jam yang tergantung pada dinding itu.

Taehyung menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk makan tengah hari, Dia bangkit dari tempat duduknya.

Taehyung menggapai telefon bimbitnya sebelum mengorak langkah keluar dari balai polis itu.

☆☆☆☆

Taehyung melihat barisan panjang yang sedang beratur untuk membeli hamburger di kedai itu.

Sudah lah dia berjalan jauh sehingga ke sini, ramai pula yang beratur sudah tentu makanan itu akan habis.

Memanglah dia lapar, tetapi disebabkan dia tidak suka makan makanan yang sembarangan. Jadi, dia sanggup berlapar.

Dengan perasaan penuh hampanya, Kim Taehyung berjalan semula menuju ke balai polis.

Sempat dia menjenguk ditepi-tepi gerai makanan yang ada disitu.

Satu keluhan terbit dari bibir jejaka itu, tidak pula dia tahu yang rasa laparnya akan memberi impak yang sebegitu hebat.

Kim Taehyung teruskan berjalan dengan pantas apabila bangunan balai polis sudah kelihatan semakin dekat.

Alangkah terkejutnya apabila dia tiba dihadapan balai polis itu.

Gadis peramal itu sedang berdiri dihadapan pintu masuk balai polis.

"N-nama kau Kim Taehyung, bukan?" gadis itu menyoal.

"M-macam mana kau tahu nama aku?" balas Taehyung.

Riak wajah gadis itu bertukar sedikit tenang, dia tidak mahu tunjukkan yang dia terlalu risau dengan apa yang akan ditimpa oleh Taehyung hari ini.

"Jangan keluar rumah lepas pukul 6 petang hari ini" kata gadis itu.

"kenapa pulak?" balas Taehyung.

"Kau tak makan tengah hari lagi kan?" soal gadis itu.

"macam mana kau tahu?" Hampir sakit jantung Taehyung dibuatnya.

"apa-apa pun, jangan keluar rumah lepas pukul 6 petang ini" kata gadis itu lalu mula melangkah menjauhi Taehyung.

"apa yang sedang berlaku ini?"

TBC

Aku akan fokus cerita ni lepas habis cerita encik pengubah cuaca. Lagipun, tahun ni aku pt3. Harap kau faham lah kenapa kalau aku update lambat.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top