4: Bulan
60 Votes + 12 comments
KIM TAEHYUNG POV💚
Taehyung berlari sepantas yang dia mampu untuk mendaki bukit diatas sana bagi sampai ke destinasi menara elektrik puncak bukit yang tidak terlalu tinggi itu.
GO EUNYOO POV 💚
"Macam mana budak tu boleh sampai ke sini?" Jungkook menyoal Eunyoo sambil mereka berdua duduk diatas tanah sementara menunggu waktu yang tiba.
"mak dia lari rumah, ayah dia kaki botol. Dengan keadaan umur dia yang tak cukup matang untuk terima semua ni, dia buat keputusan untuk bunuh diri" jawab Eunyoo dengan nada mendatar.
Jungkook hanya mengangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh Eunyoo itu.
"kau nak balik ke? dah larut malam ni" soal Eunyoo.
"Eh, tak akan lah aku nak tinggal kawan aku berseorangan dekat puncak bukit ni" kata Jungkook.
Eunyoo mengukirkan senyuman tipis, itulah Jeon Jungkook seorang jejaka yang selalu ada disetiap masa yang dia perlukan, selalu datang membantu ibarat adiwira padanya.
"Aku nak tanya sesuatu,boleh?" Jungkook menyoal.
Eunyoo hanya menjongket keningnya tanda dia minta Jungkook terus melanjutkan pertanyaan.
"kau memang nampak semua ke tentang masa depan? dengan tengok mata dia je?" Jungkook bertanya.
"memang aku lihat mata orang dan terus tahu tentang masa depan. Tapi, bukan semua. Hanya sedikit sahaja yang aku nampak" kata Eunyoo.
Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi tapak kaki yang menyebabkan Jungkook dan Eunyoo terus berdiri dari duduk mereka.
Disangkanya budak tersebut, rupanya seorang jejaka tampan yang tiba disitu.
"kau siapa?" terus Jungkook menyoal.
"kau buat apa dekat sini" balas Taehyung dengan soalan juga.
Tiba-tiba terus Eunyoo berlari menjauhi Jungkook dan Taehyung di situ.
"Eunyoo-ah! kau nak pergi mana?!" jerit Jungkook lalu mengejar langkah gadis itu.
"b-budak tu dah sampai!" balas Eunyoo masih lagi dia kekal berlari.
Disebabkan itu, Taehyung turut berlari mengikut langkah mereka berdua.
"Tunggu!" teriak Eunyoo kepada kanak-kanak lelaki itu.
wajah kanak-kanak itu penuh dengan luka dan lebam. Sungguh ia kelihatan amat menyakitkan.
"A-adik, jangan buat kerja gila" perlahan-lahan Eunyoo mendekati kanak-kanak itu.
Budak lelaki itu memandang wajah Suyeon.
"akak tak tahu apa yang berlaku" kata kanak-kanak itu.
"akak tahu" balas Eunyoo.
Kanak-kanak lelaki itu memandang wajah Eunyoo lagi.
"Cha Saejin" Eunyoo menyebut nama kanak-kanak itu.
Terkejut terus kanak-kanak itu dan dia mula menjauhi sedikit jaraknya dengan Go Eunyoo.
"nampak? akak tahu" kata Eunyoo.
"macam m-mana akak tahu nama saya" suara kanak-kanak itu mulai bergetar.
Eunyoo tersenyum nipis sebelum meraut lembut lengan Saejin.
"banyak benda yang akak tahu" kata Eunyoo.
"kita pergi balai polis ya? kita buat laporan tentang ayah Saejin selalu pukul Saejin" kata Eunyoo.
Mahu sahaja kanak-kanak itu menangis kerana Eunyoo itu terlalu menakutkan. Dia tahu segalanya.
"jangan takut, memang sudah ditakdirkan untuk awak dibantu" ujar Eunyoo sambil memandang wajah Saejin.
Perlahan-lahan kanak-kanak itu mula meletakkan kepercayaan kepada Eunyoo.
"Kenapa kau ikut!" keras suara Jungkook bertekak dengan Taehyung.
"eh! suka hati aku lah" balas Taehyung lalu menolak bahu Jungkook supaya menjauhinya.
"jangan gaduh boleh tak?" tegur Eunyoo.
"lelaki nilah, dah lah tak kenal tiba-tiba sahaja nak ikut kita" kata Jungkook kepada Eunyoo.
"tak lah, Jungkook. Dia ni polis. Aku yang buat laporan pagi tadi dekat pejabat polis' kata Eunyoo.
Taehyung merenung wajah gadis itu, hanya dengan sinaran bulan purnama yang terang menghiasi malam tersebut, terserlah wajah Go Eunyoo.
"k-kau?"
TBC
Aku dah cakap cerita ni pelik, kau tak nak dengar.
Bagi tiga sebab berlainan, kenapa aku perlu teruskan cerita ni. Alasan yang paling unik aku sambung ehehe
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top