24 : Hospital
110 votes + 26 comments
"T-Taehyung" hampir sahaja suara Eunyoo tidak keluar apabila melihat seorang wanita rebah dilantai akibat ditembak oleh seorang lelaki.
Apa yang lebih tragis ialah, lelaki itu menembak kepalanya sendiri sementara wanita yang ditembak itu meronta-ronta untuk hidup.
Aksi itu betul-betul berlaku secara langsung dihadapan mata Eunyoo dan Taehyung.
Kim Taehyung yang asalnya tidak berkedip memandang kearah kejadian tembak-menembak itu akhirnya dia mengalihkan pandangan kearah wajah Eunyoo.
"Kau call ambulans, aku pergi dapatkan bantuan" kata Taehyung lalu berlari semula masuk kedalam balai polis.
Eunyoo hanya mengangguk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
☆☆☆☆
Taehyung berjalan kearah Eunyoo dengan dua tin air kopi ditangannya.
"Eun" suara garau milik Taehyung menyapa gegendang telinga milik Eunyoo yang sedang duduk dikerusi menunggu yang disediakan di kaunter hospital itu.
Lantas Eunyoo berpaling kearah suara itu.
"Nah" ujar Taehyung sambil menghulurkan setin kopi kepada Eunyoo.
Bukannya Taehyung tidak tahu yang gadis itu amat mengantuk, sekarang sudah masuk pukul 3 pagi dan mereka masih lagi berada dihospital untuk menunggu pembedahan wanita yang ditembak tadi selesai.
"Terima kasih" kata Eunyoo lalu menyambut tin kopi itu dari tangan Taehyung.
Kim Taehyung mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Go Eunyoo.
"Kau boleh balik kalau kau nak, aku akan tunggu sampai pembedahan tu selesai" ujar Taehyung kepada Eunyoo.
"Tak apa, kita boleh tunggu bersama" balas Eunyoo sambil membuka tin kopi itu.
"Mata kau tu dah kuyu sangat, baliklah sayang, kau memerlukan tidur" kata Taehyung dengan nada yang lembut.
Eunyoo mengabaikan kata-kata teman lelakinya itu lalu meneguk air kopi.
Taehyung menggeleng perlahan sambil tersenyum, degil tapi comel!
"Tae, kau sayang aku kan?" Eunyoo menyoal lelaki itu.
Taehyung mengangguk sambil tangan kirinya menyelak lembut rambut milik Eunyoo.
Laju sahaja Eunyoo merebahkan kepalanya pada dada bidang milik Taehyung itu.
"Tumpang kejap, teman wanita anda nak tidur sekejap ehehe" kata Eunyoo lalu memejamkan matanya.
Taehyung hanya tersenyum kecil, aduhai, comel!
☆☆☆☆
Taehyung membuka matanya apabila merasakan sepasang tangan sedang menyentuh pipinya
"Tae sayang, bangun" suara itu menyapa telinga Taehyung. Membuatkan lelaki itu membuka matanya dengan perlahan.
Taehyung melihat Eunyoo yang masih memakai pakaian yang semalam. Barulah Taehyung ingat yang mereka berdua tidak pulang lagi ke rumah dan tertidur di kerusi menunggu yang terletak di kaunter hospital itu.
"Perempuan yang kena tembak tu dah dimasukkan dalam wad" ujar Eunyoo kepada Taehyung.
Taehyung hanya mengangguk lalu berdiri dari kerusi itu.
Pasangan bercinta itu meneruskan langkah mereka ke bilik wad.
☆☆☆☆
"Jadi, cik kena tembak sebab cik nampak dia pernah mencuri?" Taehyung meminta kepastian setelah mendengar penjelasan daripada
Wanita itu mengangguk lemah kerana masih belum sihat sepenuhnya.
Lantas Taehyung menulis informasi itu di dalam buku catatannya. Untuk membuat laporan nanti.
Eunyoo pula hanya kekal diam dan memandang kearah wanita yang terlentar di atas katil itu.
☆☆☆☆
Taehyung dan Eunyoo berjalan menuju kearah rumah mereka.
"Eun, esok kan cuti, jom keluar pergi shopping" kata Taehyung sambil mengeratkan tangan kanannya pada tangan kiri milik Eunyoo.
"Ok, esok pagi tau" kata Eunyoo sambil tersenyum.
"Iya, dah pergi masuk, mandi tau, busuk" kata Taehyung sebaik sahaja tiba dihadapan rumah Eunyoo.
"Ei, macamlah wangi sangat" kata Eunyoo sambil mencubit pipi Taehyung.
"Dah dah, pergi masuk" balas Taehyung lalu menolak perlahan bahu milik Eunyoo supaya berganjak masuk ke rumahnya.
TBC
Baiklah, chapter 25 adalah chapter ending, doakan si reen ini rajin untuk publish epilogue.
Oh ya, korang nak epilogue tak??
❤❤❤
Promote
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top