22 : Gelaran
100 votes + 25 comments
"Kalau aku cakap yang aku cemburu?" soal Jungkook.
Mati terus kata-kata Eunyoo, tiada lagi senyuman di bibirnya.
Jungkook tergelak kecil, jelas sekali yang itu tawa palsu semata-mata.
"Tak apalah weh, asalkan kau bahagia, aku tumpang senang untuk kau" kata Jungkook.
Tak akanlah dia mahu rosakkan hubungan kawan baiknya sendiri?
Lagipun memang salahnya kerana tidak memberitahu kepada Eunyoo yang dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu sejak zaman sekolah lagi.
Eunyoo kekal membatu disitu. Tidak tahu mahu berikan reaksi yang bagaimana.
"Hei, relekslah aku boleh belajar terima kenyataanlah. Lagipun kau kan kawan aku, tak akanlah aku nak marah kau pula" kata Jungkook apabila dia melihat Eunyoo tidak berkata apa-apa.
Akhirnya gadis itu mengukirkan senyuman.
"Terima kasih sebab memahami aku" kata Eunyoo.
☆☆☆☆
Taehyung menunggu Eunyoo di hadapan pejabat gadis itu bersama payung ditangan lelaki itu
Entah mengapa hari ni hujan terlalu lebat, adakah seseorang sedang menangis sehingga menyebabkan hujan turun dengan lebat.
Setelah beberapa minit Kim Taehyung menunggu, akhirnya kelibat teman wanitanya itu mula kelihatan.
Dengan kadar segera, Kim Taehyung berlari kearah Eunyoo supaya gadis itu tidak perlu meredahi hujan.
Eunyoo menggapai tangan Taehyung lalu dia menarik lelaki itu untuk berteduh di bangunan pejabat forensik itu.
"Hujan lebat sangat ni" kata Taehyung.
"Tu lah" balas Eunyoo sambil memandang ke arah tanah. Kelihatan butir-butir air hujan yang jatuh.
"Eunyoo-shi" Taehyung memanggil.
Eunyoo hanya memandang kearah lelaki itu.
"Kita kan dah officially dating tak rasa macam pelik ke guna kau-aku?" Taehyung menyoal.
Eunyoo mengangguk. Langsung tak ada ciri-ciri pasangan yang bahagia.
"Jadi, kalau kita tukar nama panggilan nak tak?" soal Taehyung.
"Nak panggil apa?" balas Eunyoo.
"Sayang?" cadang Taehyung.
"Rasa macam over sangat" balas Eunyoo.
"Baby?" Taehyung memberikan lagi cadangan.
"Klasik sangat tu" balas Eunyoo.
"Kalau saya-awak?" soal Eunyoo kepada Taehyung.
"Macam kamus kata ganti nama diri pulak" kata Taehyung.
"Dah tu? nak panggil apa?" soal Eunyoo.
☆☆☆☆
Taehyung memandang kearah cermin yang tergantung pada dinding bilik airnya itu.
Berus giginya dicapai lalu dia mengambil ubat gigi pudina disampingnya itu.
Otaknya ligat memikirkan gelaran untuk dirinya dan Eunyoo.
Kim Taehyung mula memberus giginya sambil otaknya memikirkan gelaran.
Go Eunyoo POV💚
Eunyoo menuang susu kedalam mangkuk yang berisi bijin berperisa coklat itu.
Sambil otaknya sedang cuba mencari gelaran yang sesuai untuk mereka berdua.
Semalam dia dan Taehyung berbincang sehingga hujan berhenti. Tetapi masih belum mendapat gelaran yang sesuai.
Perbicangan yang sungguh panjang seolah-olah sedang berbincang tentang masalah negara, padahal tentang nama gelaran je.
Eunyoo mencapai sudu lalu menyuapkan bijirin itu kedalam mulutnya, sambil otaknya ligat berfikir nak guna gelaran apa.
TBC
Baiklah, aku tak ada idea nak letak gelaran apa. Jadi aku serahkan kepada readers yang kreatif ni.
Apakah cadangan anda bagi gelaran antara mereka berdua?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top