21: Sembur
100 votes + 20 comments
"Jangan ingat saya tak berani nak bunuh awak" kata pak cik itu.
Langkah Eunyoo terhenti apabila dia sudah sampai ke sudut hujung bilik itu.
"Pak cik, bilik soal siasat ni penuh dengan kamera. Cermin yang tepi pak cik tu, ada orang sedang perhatikan pak cik dari sebalik cermin tu" kata Eunyoo kepada pak cik itu.
Perlahan-lahan pak cik itu mula melangkah menjauhi Go Eunyoo.
Eunyoo mula melangkah kearah meja soal siasat itu semula.
"Pak cik jangan nak macam-macam ya, teman lelaki saya, polis tau" ujar Eunyoo.
Pak cik tua itu hanya memandang Eunyoo dengan pandangan yang mahu menembusi kepingan plumbum.
☆☆☆☆
Taehyung berdiri dihadapan ibu pejabat Forensik negara itu sambil menunggu teman wanitanya tiba. Mereka ingin pulang ke rumah bersama-sama.
Setelah beberapa minit dia menunggu, akhirnya kelibat Eunyoo mula kelihatan.
Eunyoo mula berlari menuju ke arah Kim Taehyung dengan senyuman terukir dibibirnya.
Mereka berdua mula berjalan menuju ke rumah mereka.
"Macam mana kerja hari ni?" Taehyung menyoal gadis itu.
"Haih, macam biasalah, jumpa dengan orang yang pelik-pelik. Nak ugut bunuhlah apalah" balas Eunyoo.
Terkejut Taehyung bila Eunyoo menyebut tentang bunuh. Teringat pula lelaki yang mengugut mereka berdua semasa di mahkamah itu.
"Eunyoo-shi, kau ingat tak lelaki yang datang dekat kita masa di mahkamah hari tu?" Taehyung memulakan topik perbualan baru.
Eunyoo hanya mengangguk, mana boleh dia lupa tentang itu.
"Kenapa?" Eunyoo menyoal.
"Dia anak lelaki kepada abang ipar encik Joo, pembunuh tu" kata Taehyung.
"Jadi, kau nak kata yang dia nak balas dendam sebab kita buat ayah dia masuk penjara?" soal Eunyoo.
Taehyung mengangguk.
"Nama dia Park Jisung, kalau dengar je nama dia, terus call aku" kata Taehyung.
Eunyoo tergelak kecil, ini bukan pertama kali dia diburu. Sudah banyak kali dia hampir dibunuh kerana ramai yang berdendam dengannya disebabkan kerjayanya yang mencari pesalah.
Terima kasih kepada kelebihan yang dia ada, jadi sampai sekarang dia masih selamat kerana tahu apa yang berlaku pada masa depan.
Apa yang Eunyoo rasa kelakar adalah apabila ada orang yang ingin melindunginya. Padahal selama ini memang maut sentiasa mengejarnya.
"Aigoo, janganlah risau, aku mampu jaga diri aku sendiri" kata Eunyoo sambil tersenyum kearah Taehyung.
Taehyung hanya membalas dengan muncung kecil pada bibirnya akibat tidak puas hati dengan jawapan teman wanitanya itu.
☆☆☆☆
Jungkook meneguk jus oren itu sambil memandang kearah Eunyoo. Mereka makan tengah hari bersama di sebuah restoran biasa.
"Jungkook-ah, aku dah ada teman lelaki" kata Eunyoo dengan teruja.
Tersembur air oren dari mulut Jungkook itu. Habis basah muka Eunyoo itu.
"m-maaf" kata Jungkook lalu menghulurkan tisu kepada gadis itu.
Eunyoo mengelap wajahnya yang basah itu dengan tisu yang diberikan oleh Jungkook.
"Siapa teman lelaki kau tu?" soal Jungkook lagi dengan nada mendatar lalu dia meneguk lagi air oren itu, terasa panas pula bila dengar berita ni.
Tipulah kalau dia tidak kecewa, hampir 8 tahun dia menyimpan perasaan terhadap Eunyoo. Akhirnya, Eunyoo bukan miliknya.
"Kim Taehyung" balas Eunyoo sambil tersengih suka.
Sekali lagi air oren dari mulut Jungkook itu tersembur dan kena pada wajah Eunyoo.
Lantas Jungkook mengambil tisu dan mengelap wajah Eunyoo itu.
"Maaf weh, aku betul-betul tak sengaja" kata Jungkook kepada Eunyoo.
Eunyoo hanya menahan gelak, entah mengapa dia rasa lawak pula bila Jungkook tersembur 2 kali, kena mukanya pula tu.
"kau pun satu, bagitahu berita ni masa aku tengah minum, agak-agaklah masa kau nak umumkan tu" ujar Jungkook.
Akhirnya terburai juga tawa Eunyoo. Jungkook memarahinya disebabkan air yang tersembur itu memang lawak baginya.
"Gelak pula dia ni" ujar Jungkook setelah selesai mengelap wajah Eunyoo dia kembali menjamah makanannya.
"Jadi, apa pendapat kau?" soal Eunyoo.
"pendapat tentang apa?" Jungkook menyoal kembali.
"Tentang aku dan Taehyung" ujar Eunyoo.
"Kalau aku cakap yang aku cemburu?" balas Jungkook dengan kening kanannya dijongketkan.
TBC
Sila jujur, siapa yang kurang faham dengan masalah pembunuhan encik Joo tu?
Aku tahu bukan semua minat nak baca pasal kerja-kerja ni😂 sorilah beb, cerita ni memang terabur T-T maaf weh
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top