2: Pindah

35 votes + 10 comments

"Taehyung, kau ok?" soal Hoseok yang merupakan rakan sekerjanya di balai polis ini.

"Ah, aku okay" Taehyung membalas sebelum dia kembali termenung.

"Kau sedih sebab kau dipindahkan atau sebab coffee kau tumpah tadi?" Hoseok menyoal lagi.

Taehyung menghalakan wajahnya menghadap Hoseok yang berdiri bersebelahan dengan dirinya.

"Kau percaya atau tidak pada tukang tilik?" Taehyung menyoal secara tiba-tiba.

Hoseok memandang pelik kearah Taehyung, lalu dia menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.

"Aku tahu kau sedih sebab dipindahkan secara tiba-tiba. Tapi, janganlah risau balai polis sana dengan sini tidak jauh pun, waktu makan tengah hari boleh jumpa" kata Hoseok.

Taehyung memandang tajam kearah lelaki itu, bukannya dia sedih yang dia dipindahkan. Akan tetapi, alasannya lain!

Kemudian Taehyung menyambung semula untuk mengemas barangnya untuk dibawa ke tempat baharu dia bekerja nanti.



☆☆☆☆



Taehyung melangkah masuk kedalam balai polis yang terletak di ditengah-tengah bandar itu.

"Selamat tengah hari" kata Taehyung lalu menunduk kecil bagi menghormati orang didalam balai itu.

"Betul! saya tak tipu! pukul dua belas tengah malam nanti semua sistem elektrik di bandar ini akan terpadam" kata seorang gadis yang sedang membuat laporan itu.

Taehyung mengerutkan dahinya, suara ini. Seakan-akan dia pernah mendengarnya.

"Cik, tolong jangan buat laporan masa hadapan" kata pegawai polis itu.

"Saya jujur, nanti akan ada seorang kanak-kanak meninggal disebabkan terkena renjatan elektrik di pusat utama bekalan elektrik, lalu seluruh bandar akan blackout " kata gadis itu lagi.

Lantas Taehyung mempercepatkan langkahnya mendekati gadis itu.

Tiba-tiba sahaja ada seorang pegawai polis muda yang muncul serta mengganggu jalannya.

"Hai, hyung pegawai detektif yang baru dipindahkan, bukan?" soal lelaki itu.

"i-iya" kata Taehyung.

"Biar saya tunjukkan jalan untuk jumpa ketua balai polis ini" kata lelaki itu.

Barulah Taehyung ingat yang dia perlu laporkan diri dahulu sebelum mula bekerja.

Sempat dia menoleh sedikit bagi melihat gadis tadi.

"T-tunggu!"

TBC

Nak tanya, berapa ramai yang masih simpan cerita ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top