19 : Ice Skating

100 votes + 20 comments

Eunyoo menyemak fail mayat tersebut. Memang jelas sekali yang mayat itu tidak mempunyai tanda-tanda mabuk sebelum dia kemalangan.

Matanya yang berwarna biru itu ditutup dengan sehelai penutup mata supaya dia dapat selesaikan tugas dengan baik tanpa melihat masa depan.

Sepertinya, dia dibunuh. Mungkin brek kereta dirosakkan.

"Namjoon, nanti suruh orang kita pergi buat pemeriksaan pada kereta mayat ni. Aku syak brek kereta dia dirosakkan" kata Eunyoo.

"Ok" balas Namjoon.

"Tapi, kita ada satu lagi masalah" kata Namjoon.

Eunyoo memandang kearah lelaki itu, seperti dia dapat mengagak apa yang akan dikatakannya.

"Biar aku teka, ahli keluarga dia dah tinggalkan negara dan berpindah ke negara lain?" soal Eunyoo.

Namjoon mengangguk sambil menunduk memandang kearah lantai.

Eunyoo mengeluh lalu dia mengeliat kecil. Gadis itu memandang kearah Namjoon.

"Aku tak faham kenapa keluarga dia sanggup bunuh dia semata-mata nak dapatkan duit insurans" kata Eunyoo.

"Semakin maju manusia, semakin mundur nilai kemanusiaan tu" balas Namjoon.

"Siapkan fail kes ni. Kita akan bawa ke mahkamah" kata Eunyoo selaku ketua di bahagian penyiasatan forensik negara.

Namjoon hanya akur dengan arahan gadis itu.

☆☆☆☆

Taehyung melihat kearah telefon bimbitnya, sibuk dia mencari tempat-tempat menarik untuk pasangan bercinta.

Dan ketika itulah Taehyung baru terfikir. Dia dan Eunyoo masih belum bercinta lagi, boleh ke nak bawa pergi tempat macam tu?

Jika difikirkan balik, tidak salah pun kan kalau ingin melamar gadis itu ditempat sebegitu.

Tanpa berfikir panjang, Taehyung terus menempah secara atas talian.

☆☆☆☆

Eunyoo melangkah keluar dari rumahnya dengan lengkap berpakaian baju kasual biasa.

Kim Taehyung yang sedang menunngu dihadapan pagar rumah Eunyoo itu sudah mengukirkan senyuman manis. Gadis itu kelihatan sungguh menawan.

Lantas Taehyung mengeluarkan sehelai kain putih.

"Aku tak nak apa yang aku rancang malam ni, kau dapat lihat apa yang berlaku nanti. Jadi, aku nak kau tutup mata biru kau yang cukup menawan itu" kata Taehyung sambil menutup sebelah mata milik Eunyoo.

"Sesuatu yang cukup istimewa?" Eunyoo menyoal sambil tergelak kecil.

"Iya, sudah tentu" balas Taehyung.

"Rasa agak pelik bila keluar dengan seorang lelaki dan perlu menutup sebelah mata" kata Eunyoo.

"Lagi pelik rasa jantung aku bila dekat dengan kau" ujar Taehyung.

Eunyoo hanya memandang kearah wajah lelaki itu. Sudah tentu dia sudah mengetahui yang jejaka itu menyimpan perasaan terhadap dirinya.

☆☆☆☆

Eunyoo menikmati makan malam bersama Taehyung di restoran mewah itu.

"Jadi, macam mana hari kau hari ni?" Taehyung menyoal Eunyoo.

"macam biasa, cuma ada kes yang melibatkan pembunuhan keluarga sendiri semata-mata nak ambil wang insurans nyawa" kata Eunyoo.

Taehyung memandang kearah gadis itu. Mulutnya terhenti daripada aktiviti mengunyah.

"Lelaki yang kita jumpa di mahkamah tu, ada ganggu kau?" Taehyung menyoal gadis itu.

Eunyoo menggeleng laju.

"Kenapa dia ada ganggu kau ke?" Eunyoo menyoal.

"Tak, tak ada" balas Taehyung sambil mengukirkan senyuman. Tidak mahulah gadis itu risau pada saat ini.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" soal Eunyoo.

"adalah, mana boleh bagitahu ehehe" balas Taehyung.

☆☆☆☆

"B-betul ke ni?" soal Eunyoo sambil matanya memandang kearah pasangan-pasangan yang lain sedang bermain ice skating di situ.

"Betullah" kata Taehyung lalu melangkah masuk ke kawasan dipenuhi ais itu.

"T-tapi aku tak reti main benda ni" kata Eunyoo yang masih diluar.

"Tapi kau kan dah pakai kasut tu" ujar Taehyung lalu memimpin lembut tangan gadis itu.

"Mula-mula, kalau kau nak imbangkan badan, kau mesti buat bentuk V dengan dua kaki kau" kata Taehyung.

Perlahan-lahan Eunyoo mengikut arahan jejaka itu.

"Kan boleh tu" kata Taehyung sambil tersenyum.

Perlahan-lahan Kim Taehyung mula bergerak dan Eunyoo mengikuti langkahnya dengan perlahan.

"macam tu lah" ujar Taehyung.

Eunyoo mula rasa seronok dengan aktiviti ini.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu" Taehyung memulakan perbicaraan.

Eunyoo memandang wajah Kim Taehyung.

"A-aku suka kau" kata Taehyung.

TBC

Apa perkembangan para readers sekalian?😂



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top