18 : Mahkamah
90 votes + 30 comments
Eunyoo melangkah masuk ke dalam dewan makhamah.
Sengaja dia mencari dimana Taehyung berada. Satu senyuman diterbitkan dari bibirnya apabila melihat Taehyung sedang duduk di barisan kedua menghadap ke hadapan.
Laju sahaja kakinya berjalan menuju kearah jejaka itu.
Eunyoo melabuhkan punggungnya pada tempat duduk. Dia memandang sekilas ke arah Kim Taehyung.
"Hai" Eunyoo menegur jejaka itu dengan nada suara yang perlahan.
"H-hai" balas Taehyung. Sejujurnya dia masih malu tentang apa yang berlaku beberapa hari yang lepas itu.
Pengumuman di beri menandakan hakim akan masuk ke dalam dewan makhamah itu.
Maka, semua orang berdiri tanda menghormati status hakim tersebut.
Perbicaraan itu diteruskan dengan hujahan peguam bela dan pendakwa raya.
Jung Hoseok mula mengeluarkan bukti-bukti yang didapati sepanjang Taehyung dan Eunyoo menyiasat kes ini.
"Yang arif, saya ada ramalan untuk motif si pesalah ini membunuh encik Joo" ujar Hoseok.
"Teruskan, pendakwa raya" balas hakim itu.
"Encik Joo merupakan seorang yang berpengaruh dalam bidang perdagangan. Jadi, si pesalah telah menggunakan statusnya sebagai abang ipar encik Joo dan membunuh encik Joo" lantang sungguh kata-kata Hoseok itu.
"Menurut bukti yang ada, wang berjumlah 30 juta usd telah dipindahkan kedalam akaun si pesalah dengan bantuan adik si pesalah yang merupakan isteri kepada encik Joo, secara tidak langsung Puan Joo sebenarnya merancang pembunuhan ini" kata Hoseok sambil menunjukkan helaian kertas bukti duit telah di pindahkan ke akaun si pesalah.
Peguam bela pula berdiri tanda dia ingin bersuara bagi pihak pesalah.
Sepanjang perbicaraan berlangsung, Taehyung langsung tidak memandang kearah Eunyoo.
☆☆☆☆
Perbicaraan tersebut akan disambung pada hari jumaat minggu depan. Maka, tamatlah perbicaraan hari ini.
Lantas Taehyung dan Eunyoo bangkit dari tempat duduk mereka. Baru sahaja mereka ingin berganjak, seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua.
"Kau akan terima padahnya" kata lelaki itu perlahan sambil mengukirkan senyuman yang menakutkan.
Setelah itu, lelaki itu pergi berjalan keluar dari dewan mahkamah itu.
Taehyung dan Eunyoo saling berpandangan.
☆☆☆☆
"lelaki tu siapa?" Taehyung menyoal sambil kakinya berjalan keluar dari mahkamah.
"Ingat tak masa ada orang datang ketuk pintu rumah kau macam nak roboh tu?" Eunyoo menyoal kembali.
"Yang masa tiba-tiba kau tutup lampu tu?" Taehyung menyoal pula.
Go Eunyoo mengangguk.
"lelaki tulah yang ketuk pintu rumah kau masa tu" ujar Eunyoo.
"Tapi, dia tu siapa? kenapa tiba-tiba nak ugut kita macam tu?" Taehyung masih bingung.
Eunyoo hanya mengangkat bahu tanda tidak mengetahui lelaki itu siapa.
☆☆☆☆
"Eunyoo-shi, esok ada pembedahan mayat, tau, datang awal sikit" pesan Namjoon.
"kategori apa?" Eunyoo menyoal.
"Insurance" balas Namjoon.
Apabila syarikat insurans menyediakan insurans nyawa. Ahli forensik diperlukan untuk memastikan mayat tidak dibunuh semata-mata mahu dapatkan wang pampasan insurans.
"Oh, ok, esok kita jumpa" balas Eunyoo lalu mengambil beg tangannya untuk pulang ke rumah memandangkan waktu bekerja sudah tamat.
☆☆☆☆
Go Eunyoo berjalan menuju kerumahnya sambil menyelukkan tangannya ke dalam poket baju sejuknya. Angin malam ini sungguh dingin.
"Yah" satu suara garau menegur Eunyoo.
Eunyoo berpaling kebelakang untuk melihat suara yang memanggilnya itu.
"Taehyung-ah" jelas sekali gadis itu teruja dengan kehadiran Taehyung.
Taehyung mempercepatkan langkahnya mendekati Eunyoo. Apabila difikirkan semula, sepatutnya dia tidak perlu malu pun tentang kejadian hari itu, sekurang-kurangnya gadis itu telah mengetahui tentang perasaannya.
"Sabtu ni, kau sibuk tak?" Taehyung menyoal.
"Tak" balas Eunyoo.
"Kita keluar nak?" Taehyung mengajak Eunyoo.
"Boleh je, tapi nak pergi mana?" Eunyoo menyoal.
"Adalah, mana boleh bagi tahu" balas Taehyung sambil tersenyum kecil.
Eunyoo turut mengukirkan senyuman.
TBC
Jadi, aku telah memutuskan untuk letak part sweet tu dekat chapter seterusnya, memandangkan aku tahu para readers masih belum sedia nak hadap ke sawitan.
Sediakan plastik untuk muntah pada chapter akan datang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top