17 : Laporan

70 votes + 25 comments

"Kau nak cium aku ke?" Eunyoo menyoal Taehyung.

Terus kaku pergerakan Taehyung. Rasa kekok buat sementara.

"A-aku balik dulu" kata Taehyung lalu berdiri dari kerusi itu.

Eunyoo hanya kekal senyap, kalau difikirkan semula, sepatutnya dia hanya perlu diam dan biarkan Taehyung menciumnya.

Eh? apa yang dia sedang mengarut ni?

☆☆☆☆


Taehyung bangkit dari baringnya, susah betul dia nak tidur malam ni. Dalam kepalanya asyik terfikirkan tentang perkara tadi.

"Kalau aku cium dia tadi, dia akan balas atau tak?" Taehyung menyoal sendiri.

"Argh! dahlah! benda tu memalukan!" marah Taehyung pada dirinya sendiri.

Lantas Taehyung menekup wajahnya dengan bantal. Beberapa kali nafasnya dihembus kasar untuk mengembalikan nafas normalnya.

Dari tadi jantungnya berdegup kencang. Sehinggakan dia tidak boleh tidur.

☆☆☆☆

Eunyoo menyemak helaian-helaian kertas kerjanya. Memang dia suka dengan kerjanya yang mencabar itu.

Cuma dia tak suka bila kes dah selesai dan dia perlu habiskan semua laporan kerjanya itu.

"Dah lah banyak! Ni malas ni" Eunyoo merungut.

"Hei, berhentilah merungut. Bukan siap pun kerja kau tu" ujar Namjoon lalu mengambil kerusi dan duduk bersebelahan dengan Eunyoo.

Gadis itu menyembamkan kepalanya pada meja kerjanya.

"Aku penatlaa" Eunyoo merungut lagi.

Lantas Namjoon meluku kepala Go Eunyoo sambil tertawa kecil.

"Kawal lah sikit muka kau tu, macam keropok lekor dah aku tengok" kata Namjoon.

"Tak membantu, weh" balas Eunyoo sambil memuncungkan bibirnya. Kawan tak guna.

"Ni aku nak cakap sesuatu" kata Namjoon yang membuatkan Eunyoo memandang kearah wajah lelaki itu.

"Apa?" Eunyoo menyoal.

"Kes Encik Joo akan dibicarakan di makhamah esok" kata Namjoon.

"Apa? cepatnya!" balas Eunyoo, laju sahaja  gadis itu mengangkat kepalanya.

"Apa kau mengarut ni, dah 3 hari berlalu, mestilah peguam dah selesai siapkan penyata" kata Namjoon.

Terasa cepat sahaja masa berlalu.

"Taehyung cakap dia nak pergi masa perbicaraan tu nanti" kata Namjoon lagi.

"Iya? aku nak pergi jugalah kalau macam tu" kata Eunyoo.

"Eh, laju je. Dah terjatuh hati ke ni?" Namjoon menyoal dengan nada usikkan

"M-mana ada!" Eunyoo menafikan kata-kata Namjoon itu.

"Iya? kau pasti?" Namjoon menyoal lagi.

"E-entahlah, aku tak pasti" akhirnya Eunyoo jujur.

"Ahaha, aku rasa Taehyung ok apa? baik, budiman, kacak. Ha, apalagi yang kau nak? semua dia ada" kata Namjoon dengan penuh perasaan.

"Sejak bila kau jadi cupid ni?" balas Eunyoo.

"Sejak kau jatuh cinta" balas Namjoon pula.

"Diamlah" ujar Eunyoo

"Ha, kalau nak pergi perbicaraan esok. Kau kena siapkan laporan. Aku dah siap dah~" kata Namjoon lalu berjalan meninggalkan Eunyoo.

"Ei, tak guna punya kawan" kata Eunyoo perlahan sambil tangannya bergerak menyiapkan laporannya.

TBC

Aku nak buat cerita ni sampai 30 chapter!   Oh ya, aku kurangkan target sebab nak cepat-cepat update. Nanti mood hilang bah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top