16 : Kiss

Beautiful poster made by
kkeuwnam



▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

120 votes + 30 comments

Jungkook memarkirkan keretanya dihadapan rumahnya lalu dia menarik handbrake ke atas.

Sempat dia menghela nafas sebelum keluar dari keretanya.

Jeon Jungkook memerhatikan rumah Eunyoo yang terletak di hadapan rumahnya itu.

"Dia dah tidur ke?" Jungkook menyoal sendiri sambil memuncungkan bibirnya, kepalanya tidak habis-habis berpaling untuk melihat keadaan rumah gadis itu dari jarak yang agak jauh.

"Oh yalah, baik aku call dia" kata Jungkook.


Go Eunyoo POV💚

"Jadi, brek kereta tu tak rosak pun?" Eunyoo menyoal Taehyung.

Lelaki itu mengangguk dengan laju.

"Kita tak boleh nak tangkap pesalah tu macam tu je. Lagipun, kerja kita hanya menyiasat dan selebihnya akan diserahkan pada peguam dan hakim" ujar Taehyung.

"Iya, itu aku tahu" balas Eunyoo.

"Tapi daripada semua bukti ni. Dah cukup kukuh untuk tahan isteri Encik Joo dan abang iparnya" kata Taehyung.

"Jadi, bukti ni kita hanya perlu serahkan pada pendakwa raya" kata Eunyoo pula.

"Aku ada kenal seorang pendakwa raya yang hebat, Jung Hoseok" kata Taehyung.

"Ah, dia tu, memang terkenal dikalangan orang-orang kaya yang bermasalah. Tapi bukan dia peguam bela ke?" soal Eunyoo.

"Dia dah bertukar angin katanya" balas Taehyung.

"Kesimpulannya, pembunuhan Encik Joo dirancang oleh isterinya dan abang iparnya" kata Eunyoo.

"Iya, betul!" kata Taehyung lalu mengangkat tangannya tanda ingin high five dengan Eunyoo.

Dengan senang hatinya Eunyoo membalas high five itu.

"Mission accomplished!" kata Eunyoo.

Tiba-tiba sahaja telefon Eunyoo berdering dan tertera nama Jungkook disitu.

Lantas Eunyoo menjawab panggilan itu.

"Eunyoo-shi, kau ada kat rumah ke?" Jungkook menyoal.

"ada ni dengan Taehyung" balas Eunyoo.

"Apa dia buat dekat situ? bukan air dengan elektrik dekat rumah dia tu dah ada ke?" Jungkook menyoal tanda tidak berpuas hati.

"Kitorang tengah habiskan kerja sikit ni, Jungkook, aku rasa kita patut bercakap esok jelah, dah lewat ni. Kau pun mesti penat sebab baru balik kerja" balas Eunyoo.

"O-ok kita jumpa esok. Bye" kata Jungkook lalu mematikan panggilan itu.

Jeon Jungkook POV💚

Jungkook memandang kearah rumah Eunyoo itu. Satu keluhan dilepaskan dari bibirnya.

Entah mengapa dia rasa sakit hati, selama ini Eunyoo tidak pernah langsung mengabaikannya. Tidak kira dimana pun, Eunyoo sentiasa akan mengutamakannya.

"Mungkin dia penat kot, tu yang mood dia tak baik" Jungkook berkata pada dirinya sendiri.

Kim Taehyung POV💚

"Kenapa?" Taehyung menyoal gadis itu.

"Jungkook tanya apa yang kau buat dekat sini" kata Eunyoo.

"Dia tu risau betul pasal kau" ujar Taehyung seakan-akan rasa yang dia ni orang ketiga dalam hubungan mereka.

"Dia tu dah macam abang aku sendiri" balas Eunyoo sambil tersenyum apabila mengingatkan perangai Jungkook yang selalu melindungi dirinya pada bila-bila masa.

"Jadi, ideal type kau macam mana?" Taehyung menyoal.

"Entahlah, aku rasa tak ada orang nak pun dekat perempuan macam aku ni sebab boleh nampak masa depan" kata Eunyoo.

Matanya bertembung dengan mata Taehyung dan Eunyoo dapat melihat apa yang akan berlaku dalam masa beberapa minit lagi.

"Taehyung-ah" Eunyoo memanggil lelaki itu.

"iya?" Taehyung membalas.

"Kau nak cium aku ke?" Eunyoo menyoal berdasarkan apa yang dilihatnya tadi.

TBC

Nak tanyaaa korang nak cerita ni sampai chapter berapa?






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top