13: Tumpang
100 votes + 20 comments
"Maksud kau, rumah kau tak ada air dan elektrik?" Eunyoo menyoal Taehyung.
"iya" balas Taehyung sambil mengelap rambutnya yang basah itu menggunakan tuala.
"Apa-apa pun, terima kasih sebab tumpangkan aku mandi. Aku balik dulu ya" kata Taehyung lalu bangkit daripada sofa.
"Eh, kejap!" Eunyoo memanggil Taehyung.
Lantas jejaka itu berpaling kebelakang dan sekali lagi, mata mereka berdua bertatapan.
Maka, Eunyoo dapat melihat apa yang akan berlaku dalam masa 2 jam akan datang.
"Aku rasa, baik kau tidur di rumah aku" akhirnya Eunyoo berkata.
"Kenapa pula?" Taehyung menyoal.
"Rumah kau tiada elektrik bukan? Jadi, kau akan tidur tanpa kipas dan lampu malam ni, dan mengikut apa yang aku nampak masa depan kau..." Eunyoo teragak-agak untuk memberitahu Taehyung.
"kenapa dengan masa depan aku?" Taehyung menyoal lagi.
"kau akan tergelincir malam nanti bila kau ingin ke tandas waktu tengah malam, dan akhirnya kau akan pengsan sementara" kata Eunyoo.
"Alah, pengsan je" balas Taehyung.
"dan keesokkannya kau akan hilang ingatan sebab hentakkan yang kuat dikepala" kata Eunyoo lagi.
Terus berubah riak wajah Taehyung.
"Ok! aku nak tumpang tidur rumah kau" ujar Taehyung secara tiba-tiba.
☆☆☆☆
Eunyoo melangkah keluar daripada biliknya dan berjalan ke ruang tamu.
Dia memandang kearah Taehyung yang sedang lena diatas sofa itu.
"Taehyung-ah, dah pukul 8 pagi ni, nanti lambat nak pergi kerja" ujar Eunyoo sambil mengejutkan Taehyung.
"Hurm, kejap, 5 minit lagi aku bangun" balas Taehyung yang masih mamai lagi.
Eunyoo menggeleng kepalanya perlahan, simbah air baru tahu!
Eunyoo bergegas kearah meja makan apabila dia terdengar bunyi telefon bimbitnya berdering.
Telefon bimbit miliknya yang terletak diatas meja makan itu diambil oleh Eunyoo.
Terpapar nama Jungkook di skrin telefon itu.
Lantas dia menjawab panggilan itu.
"Hello?" Eunyoo menyapa terlebih dahulu.
"Hello, Eunyoo-shi aku dalam perjalanan nak datang rumah kau ni" kata Jungkook.
"Ah, wae?" balas Eunyoo.
"sementara waktu masih ada, jomlah sarapan sama-sama dekat luar" kata Jungkook.
"Aish, aku baru bangunlah" balas Eunyoo.
"Tak akanlah kau nak biarkan kawan baik kau ni sarapan seorang diri?" soal Jungkook sambil membuat nada sedih.
"Then, find a girlfriend untuk diri kau sendiri" balas Eunyoo.
"Alah, bukannya kau tak tahu, aku ni susah nak bergaul dengan perempuan" ujar Jungkook.
"Oh, jadi aku ni lelaki?" Eunyoo membalas.
"Tak bukan itu maksud aku, cuma.. kau tu istimewa, jadi aku lebih selesa untuk bergaul dengan kau" kata Jungkook
"Dahlah, aku nak pergi mandi ni, nanti kau datang ambil aku, kita pergi sarapan di tempat biasa" akhirnya Eunyoo bersetuju untuk bersarapan bersama Jungkook.
"okay nice! itu yang aku nak dengar sejak awal tadi" kata Jungkook lalu panggilan itu dimatikan.
☆☆☆☆
"Kau tak kata pun dia ada sekali" ujar Jungkook sambil berpeluk tubuh.
"Lagi satu, kenapa dia tidur rumah kau? Apa rumah dia tu dah hancur sampai kena tumpang rumah kau?" soal Jungkook lagi.
"Korang berdua tidur sebilik atau tak?" Jungkook menyoal lagi.
"Hei, relekslah, rumah dia cuma tiada air dan elektrik, lagipun kami berjiran, apa salahnya aku tolong dia" balas Taehyung.
"Wait, what? Jiran?" Jungkook mengulanginya.
"sudahlah tu, Jungkook" Eunyoo memujuk kawannya itu.
"Ergh, ok! masuk dalam kereta cepat, kau Taehyung, ikut sekali, tapi aku tak nak belanja kau makan, tengok je kitorang makan" kata Jungkook.
"Jungkook-ah" Eunyoo memanggil nama lelaki itu.
"Ergh! oklah! aku belanja kau sekali!" teriak Jungkook pada Taehyung.
Lantas Jungkook masuk kedalam kereta.
Taehyung memandang wajah Eunyoo buat seketika.
"Jangan risau, walaupun Jungkook tu, agak pelik, tapi dia baik" kata Eunyoo kepada Taehyung.
☆☆☆☆
Jungkook mengukir senyuman tipis apabila dia dapat mengetahui bahawa ada sebuah rumah yang belum disewa dikawasan rumah Eunyoo itu.
Lantas jejaka itu mendail nombor penjual rumah itu.
"Hello? Saya Jeon Jungkook, saya nak beli rumah yang encik jual, dan saya nak berpindah masuk secepat yang mungkin"
TBC
Maaf sebab lama tak update T-T
Tapi cerita ni makin seronok, bukan ke macam tu?😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top